Techsamana
450 subscribers
891 photos
52 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Forwarded from Akademi Teknologi DS
πŸ‘‰πŸΏWhatsApp Android beta 2.18.109 pepijat dibaiki dengan kemaskini terbaru

πŸ‘‰πŸΏApple tawar baikpulih percuma Apple Watch Series 2 jika berlaku bateri kembung dan masalah kuasa

πŸ‘‰πŸΏSelepas menyoal Zuckerberg, Kongres kini alih fokus kepada Google dan Twitter

πŸ‘‰πŸΏComcast beri jaminan akaun-akaun penggunanya kalis godam

πŸ‘‰πŸΏWeibo China berkerja keras membuang kandungan berunsur keganasan dan seksual

πŸ‘‰πŸΏElon Musk akui robot-robot dan automasi kilangnya melambatkan pengeluaran Model 3
πŸ‘‰πŸΏAplikasi terbaru Google mampu menjawab soalan-soalan yang ditanya, dengan cara membaca ribuan buku-buku

πŸ‘‰πŸΏApple melancarkan tvOS 11.4 beta bagi kegunaan pembangun-pembangun aplikasi

πŸ‘‰πŸΏTeachable memperoleh dana USD 4 juta untuk menghasilkan aplikasi yang boleh menukar pelajaran dalam "online class" menjadi "real business"

πŸ‘‰πŸΏSpotify akan memperkenalkan aplikasi dengan fungsi kawalan menggunakan suara dan sebuah peranti baru

πŸ‘‰πŸΏwatchOS 4.3.1 Beta akan menyokong peranti-peranti pihak ketiga (third party watches)

πŸ‘‰πŸΏiOS 11.4 beta 2 untuk iPhone dan iPad kini boleh dimuaturun

πŸ‘‰πŸΏSamsung kemungkinan akan menggunapakai blockchain dan matawang kripto

πŸ‘‰πŸΏAndroid P menambahbaik nav bar dan menu aplikasi
Amalan Harian Muslim dilancar sebagai panduan dan peringatan diri (mutabaah) kepada muslimin dan muslimat. Checklist boleh disunting padam dan tambah sesuai keperluan dan peningkatan.

Amalan Harian Muslimin:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.javapro.amalanharianmuslim2

Amalan Harian Muslimah:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.javapro.amalanharianmuslimah2
Rakyat Malaysia di Rusia boleh muaturun Telegram melalui Google Play Store dengan kemaskini terbaru versi v4.8.6

Sebagai info, kerajaan Rusia menyekat Telegram sejak 24 jam yang lalu kerana Telegram enggan menyerahkan kunci penyulitan (encryption key) kepada Rusia, bagi melindungi data dan kandungan pengguna-penggunanya.

Google, Apple, Amazon dan Microsoft bagaimanapun terus memberi sokongan kepada Telegram.

Kerajaan Rusia mengarahkan ISP di negara itu untuk menyekat 13.5 juta alamat IP yang dipetakan kepada storan awan Telegram.

⚠ Kemaskini v4.8.6 hanya untuk pengguna-pengguna di Rusia, bagi memintas (bypass) sekatan tersebut.