Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Ok, asyik semua orang share update perjalanan pulang ke kampung dan aktiviti mengemas rumah.

Saya nak share sikit tips keselamatan siber sepanjang hari raya Aidilfitri kali ini :-

1. Check-in
Keperluan check-in samada melalui Facebook, Instagram, dan sebagainya perlu dinilai pada aspek keselamatan diri sendiri dan keluarga. Dengan memberi maklumat setiap lokasi di mana anda berada pada setiap masa boleh memberi gambaran samada kediaman anda kosong atau pun tidak.

Sudah tentu, ini adalah maklumat penting bagi penjenayah dan pencuri untuk memecah masuk kediaman mewah anda.

2. Bergambar / selfie
Tak perlu dimuat naik(upload) semua gambar dari pelbagai sudut di rumah anda ke laman sosial.

Pastikan setiap gambar yang dimuat naik dinilai terlebih dahulu. Maklumat seperti jenis pintu rumah anda, lokasi pintu belakang, pintu pagar, jenis siling serta kedudukan kotak kunci rumah anda adalah maklumat yang amat bermakna bagi si penjenayah.

Selain itu, pastikan gambar yang sesuai sahaja dimuat naik, seperti menutup aurat dan ekspresi wajah yang jauh dari fitnah terutamanya kaum perempuan. Dan sebenarnya adalah lebih baik tidak dikongsi kepada umum pun. Kalau rasa tak keruan nk berkongsi sangat pun, berkongsilah dengan ahli keluarga terdekat sahaja.

Baru-baru ini kes pedofilia di Malaysia menjadi perhatian umum dan kita masih berkongsi gambar anak-anak kita yang comel tu di laman sosial, siap set 'Public' lagi.

3. Mode GPS
Pastinya beraya ke rumah sanak saudara memerlukan kita menggunakan teknologi GPS seperti Waze dan Google Maps.

Aktifkan mode GPS bila perlu sahaja, padamkan ia setelah menggunakannya. Ini dapat mengelak daripada peranti kita merakamkan setiap aktiviti pergerakan kita.

4. Keselamatan peranti
Seronok beraya, rumah terbuka dan melayan saudara akan membuatkan kita leka dengan harta benda kita termasuklah gajet-gajet mahal anda seperti komputer riba, telefon pintar dan tablet.

Disarankan untuk sentiasa mengaktifkan kekunci skrin (screen lock) dan sentiasa di bawa bersama. Paling tidak pun, letakkan di laci berkunci untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. Kita kadang-kadang tak sedar pun sapa yang keluar masuk semasa rumah terbuka kita.

5. Elak kan 'public WiFi'
Internet percuma adalah satu nikmat yang tidak dapat dinafikan, apatah lagi ia menjimatkan quota bulanan internet kita.

Saranan saya adalah elakkan menggunakan internet percuma ini atau public WiFi sepanjang anda beraya nanti terutamanya untuk akses ke laman-laman sensitif seperti internet perbankan. Penjenayah (baca:penggodam) mungkin boleh menyalah gunakan kemudahan WiFi percuma ini untuk kegiatan jenayah seperti mencuri kata kekunci internet perbankan anda.

Sebenarnya, yang lebih baik adalah elakkan terus menggunakan internet ketika bersama saudara mara. Fokuskan kepada aktiviti mengeratkan silaturrahim sepanjang hari lebaran ini. Gunakan telefon anda untuk kegunaan yang utama sahaja.

Akhir kata, semoga amal dan ibadah sepanjang bulan Ramadhan kita diterima Allah dan lebaran kali ini lebih bermakna untuk anda seisi keluarga.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Ikhlas dari,
Azril Hanafi @Techsamana
☢ Penyelidik German dari Fraunhofer Institute for Communication, Information Processing and Ergonomics (FKIE) berkata lebih baik simpan sahaja email lama daripada memadam email itu, atas sebab keselamatan. Pemilik baru boleh menyalahgunakannya untuk membelibelah atau log masuk ke akaun media sosial yang masih berkait dengan email tersebut.

☢ Laporan bedah siasat kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan menyebutkan "Satu komplikasi kecederaan akibat letupan disebabkan oleh telefon bimbit yang meletup bersebelahan mangsa", meningkatkan amaran kepada pengguna agar menjauhkan pengecas dan telefon bimbit dari katil tempat tidur.

☢ Twitter akan gunakan AI untuk ramal peristiwa yang akan berlaku dan bila ia akan berlaku lalu memberi notifikasi bagi membantu anda Twit maklumbalas mengenainya.

☢ Pegawai Pesuruhjaya Maklumat UK menyiasat punca dan kesan serangan cyber ke atas Dixons Carphone Plc yang menjejaskan hampir 6 juta data pemilik kad pembayaran.

☢ Serangan DDos ke atas laman web politik parti pembangkan Mexico Parti Bertindak Nasional (PAN) cetus kebimbangan menjelang pilihanraya umum negara itu.

@techsamana #berita
-----
@pengundisedar
GPS penunjuk arah hadapi pilihanraya
Kincir angin (wind turbine) ini menjana tenaga melalui aliran trafik, disamping panel solar untuk memperoleh tenaga tambahan. Projek ilham dari Istanbul Technical University ini mampu menjana satu kilowatt tenaga sejam. Mencukup untuk keperluan dua isi rumah sehari.
🕶 Memuat turun aplikasi untuk dapatkan hidangan percuma undang persoalan dan kontroversi mengenai keselamatan dan privasi data oleh pelanggan Starbuck.

🕶 Bermain permainan video secara berlebihan kini diwarta sebagai gangguan (gaming disorder) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bersama gangguan perjudian (gambling disorder).

🕶 Google melatih mesin untuk meramal bila saat kematian pesakit, berapa lama jangka hayat mereka.

🕶 Where-is-this.com bantu untuk ketahui lokasi sebenar suatu gambar atau pemandangan yang diambil.

🕶 Fisker dedah info teknikal bas futuristik elektrik mereka Orbit yang tidak memerlukan kotak gear dan motor elektrik yang bersambung terus dengan roda.

🕶 Kajian terkini Illinois State University dan the University of Michigan Medical School menunjukkan ibubapa yang kerap melihat skrin telefon atau televisyen ketika masa bersama keluarga akan menyebabkan kelakuan dan perangai anak mereka bertambah buruk.

@techsamana #berita
-----
@YayasanIkhlasMalaysia
Yayasan Ikhlas Peduli dan prihatin
📐 Toyota labur US$1bilion kepada Grab untuk pasang TransLog bagi merekod ratusan ribu data corak pemanduan kereta-kereta Grab penumpang di Asia Tenggara termasuk kelajuan, jarak pemanduan dan jangka masa berada dalam kesesakan lalulintas.

📐 Yitu Tech bekerjasama dengan hospital-hospital di Chengdu menggunakan AI bagi mempercepatkan masa pengesahan penyakit kronik seperti kanser paru-paru yang menjadi penyebab utama kematian di China melalui gabungan rekod bertulis, ujian genetik, imbasan dan pemeriksaan pathologi.

📐 Google Podcasts dilancar bagi membolehkan pengguna Android mencapai lebih 2 juta saluran podcast.

📐 IBM sedia AI sebagai medan untuk pertandingan debat antara manusia dan mesin dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan fizik.

📐 Symantec Corp dedahkan tiga komputer dari beberapa lokasi di China telah menceroboh masuk sistem operasi satelit, sistem pertahanan kontraktor dan syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

@Techsamana #berita
-----
@AMANPALESTINBERHAD Aman Palestin Berhad pantas dan mutakhir
Mitsubishi akan lengkapkan kereta keluarannya dengan dron terbina bagi menyalurkan pemandu dengan pelbagai maklumat dari angkasa termasuk keadaan kesesakkan lalulintas di hadapan dan kekosongan tempat letak kereta.
👕 Instagram cecah 1 bilion pengguna aktif sebulan, meningkat dari 800 juta pada September

👕 Instagram lancar aplikasi dan hab video panjang bernama IGTV

👕 PayPal hadang jualan permainan video tembakan rambang di sekolah (school shooting video games)

👕 China tingkat kepantasan daftar masuk keretapi bawah tanah dengan imbasan tapak tangan dan imbasan muka

👕 Tesla lakukan pendakwaan terhadap bekas kakitangan yang menggodam dan memindah keluar data syarikat

👕 Microsoft lancar pemula baru dalam pembelajaran mesin bernama Bonsai, sokong AI

👕 Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus bakal hadir dengan versi 'Sunrise gold' pada 24 Jun

@techsamana #berita
-----
@indahnyaislam
Indahnya Islam mengajak merasai keindahan Islam