Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Forwarded from Akademi Teknologi DS
Ikuti Awani Pagi dengan kupasan menarik tentang DRON Prospek Karier Masa Depan bersama Pengarah Akademi DS, En. Ghazali dan Pengarah Aeronerve, En. Muslim.
Saya mengikuti rapat perbincangan dan wacana di pentas media utama seperti Bernama, Awani pasca pembentangan bajet kerajaan bagi tahun 2020 terutamanya berkaitan persediaan negara bagi menghadapi Revolusi Industri ke-4.

Kebanyakan panel dan komentar yang disampaikan agak meleset dan jauh daripada kerangka IR4.0 ini di mana perbincangan masih di sekitar IR3.0 seperti pemerkasaan penggunaan aplikasi internet, e-commerce dan media sosial.

Perbincangan ketika ini sepatutnya berkaitan bagaimana perniagaan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan bidang business intelligence (data analytics, user behaviour).

Bagaimana kita boleh memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan kos operasi dan produk, meningkatkan produktiviti serta meluaskan lagi pasaran produk ke luar negara bukan jaguh tempatan semata-mata.

Automasi kerja juga boleh dimanfaatkan oleh PKS daripada peringkat pemasaran produk atau servis hinggalah ke proses terakhir iaitu penyerahan produk.

Saya pernah bersembang dengan seorang usahawan servis penghawa dingin di Klang di mana beliau melakukan automasi kerja daripada pendaftaran online untuk permohonan servis, sebut harga dikeluarkan berdasarkan permintaan dan jika setuju terus work order akan diserahkan kepada juruteknik beliau dan semua itu berlaku secara automatik.

Mungkin apabila berbincang mengenai automasi kerja di peringkat PKS ia agak jauh atau dilihat sukar dilaksanakan atau ia mungkin hanya melibatkan kilang-kilang besar sahaja.

Yang menariknya, latar belakang beliau adalah kontraktor kerja sivil dan tiada pendidikan kemahiran berkaitan teknologi.

Iklim ekonomi dan industri kini telah berubah, PKS sepatutnya lebih adaptable dan fluid dalam melakukan perubahan gerak kerja operasi mereka kerana saiz dan skala operasi yang lebih kecil berbanding kilang yang sebenarnya lebih sukar untuk melakukan perubahan kerana struktur sistem serta perkakasan yang lebih kompleks.

Dengan sokongan kerajaan untuk mengukuhkan lagi persediaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam menghadapi IR4.0 ini sepatutnya setiap pihak memahami dengan jelas keperluan dan impak kepada implementasi teknologi ini kepada negara.

Kerisauan saya ia akan menjadi satu lagi tragedi pembaziran duit rakyat kerana membuat sesuatu tanpa strategi yang tepat dan bersifat jangka panjang dan akhirnya pemohon geran serta dana kerajaan tersebut menghabiskan duit tersebut tanpa hala tuju yang jelas.

Azril Hanafi
Pengerusi Techsamana
Mengapa perniagaan anda perlu ada dasar pengurusan dan pemulihan data?

Data merupakan senjata terpenting dalam sesebuah perniagaan.Ia memberikan gambaran utama tentang pekerja, pelanggan, produk dan pesaing.

Percaya atau tidak data yang terkumpul dari pelbagai sumber ini mampu menjadi punca kejayaan mahupun kegagalan perniagaan anda. Oleh itu data harus dilihat sebagai aset yang amat penting bagi perniagaan anda.

Bayangkan data syarikat mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dikumpul. Sekiranya data itu hilang sebahagian besar daripada nilai syarikat juga akan hilang. Sekiranya anda tidak mempunyai penyelesaian sandaran (backup) dan pemulihan data, sekarang adalah masa untuk mula mempertimbangkannya.

Menurut portal Clutch, 58% perniagaan di Amerika Syarikat tidak bersedia untuk kehilangan data, walaupun 60% daripada perniagaan yang mengalami kebocoran data terpaksa menghentikan perniagaan mereka hanya 6 bulan setelah kehilangan data. Laporan yang sama mendedahkan 29% kegagalan cakera keras disebabkan oleh kemalangan.

Saban hari kita akan dengar mengenai kehilangan data dimana-mana. Maka menjadi kewajiban untuk bersiap sedia sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kita.

Dan solusi terbaik adalah dengan memiliki dan melaksanakan dasar pemulihan data sekiranya data perniagaan kita hilang mahupun dicuri penggodam.

Mohd Haaziq Mohd Yusof
Pakar Pemulihan Data
TVET diajar semula ikut kehendak industri - PM

Baca lebih lanjut di sini » https://techsamana.my/2020/02/07/tvet-diajar-semula-ikut-kehendak-industri-pm/
For the national celebration of Safer Internet Day 2020, the theme is Digital Fluency or #FasihDigital. Digital Fluency is the process of understanding technology and its use. The better educated or “digitally fluent” internet users are more likely to make good decisions online and can influence other internet users in a positive way.

We are inspired to create digital fluent Malaysians and therefore, we would like to invite you to be part of the Safer Internet Day celebration on February 11, 2020 from 8.30am - 1.00pm at Putrajaya Marriott Hotel.

The event will start with a forum on “Fostering Digital Fluency in The 21st Century” and followed by an officiation by our beloved Deputy Prime Minister, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. For more information, visit cybersafe.my. We look forward to see you there!

Make sure you register through the link below! You are invited!
www.cybersafe.my/saferinternetday/forum.html

#FasihDigital #saferinternetday #SID2020 #cybersafe
Tips keselamatan siber semasa tempoh sekatan pergerakan ini