Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Jejak Perjalanan STEM: Dari Mula hingga Kini

Arena Techsamana 2024 kali ini bakal mengetengahkan tokoh remaja berumur 15 tahun yang merupakan ikon STEM Kids Malaysia di Techlympics 2023.

Adik Muhammad Khawarizmi Bin Muhamad Kamalrul Zaman, akan berkongsi pengalaman beliau dan adik beradiknya melibatkan diri dalam aktiviti STEM, membina ruang makerspace di rumah serta penglibatan pertandingan yang pernah disertai.

Dengan latar belakang beliau sebagai inspirasi bagi kanak-kanak dan remaja, sesi ini dijangka memberi perspektif baharu buat golongan dewasa khususnya ibu bapa bahawa untuk menggalakkan penglibatan anak-anak dengan aktiviti sains and kejuruteraan di usia muda.

Daftar sekarang: https://bit.ly/arenatech25

#ArenaTechsamana2024
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐——๐—ฟ๐—ผ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pada 23 November ini, En. Nizzal Syafiq Bostaman akan berkongsi pandangan beliau tentang program dron nasional Malaysiaโ€”sebuah cita-cita yang hebat, namun terhalang oleh kekurangan visi dan objektif yang jelas.

Walaupun terdapat usaha daripada syarikat-syarikat tempatan dan kajian berharga dari universiti Malaysia, sumber-sumber ini masih kurang dimanfaatkan dan tidak diselaraskan dengan baik. Dasar serta inisiatif yang ada lebih cenderung dipacu oleh faktor ekonomi berbanding komitmen strategik untuk membina kuasa nasional. Pendekatan ini mengabaikan peluang penting untuk membina rantaian bekalan yang kukuh, memajukan pemindahan teknologi, dan menyepadukan syarikat pertahanan tempatan dalam satu rangka kerja yang padu.

Arena Techsamana, akan mengumpulkan pemimpin teknologi, pakar, dan penyokong untuk membincangkan isu-isu ini secara terbuka serta meneroka perspektif alternatif. Melalui kajian kes dan dialog jujur, kami berhasrat memupuk falsafah baru tentang teknologi dan memperkasa kedaulatan teknologi nasional.

Daftar sekarang untuk menyertai perbincangan penting ini!

https://bit.ly/arenatech25
40 tahun, ke mana hilangnya graduan teknologi maklumat (IT) negara?

Setelah sekian lama negara mengeluarkan graduan tempatan, kekurangan bakat tetap menjadi permasalahan utama dalam industri teknologi maklumat (IT).

Apakah akar permasalahan 'brain drain'?

Apakah dasar ekonomi terbuka telah merencatkan industri teknologi maklumat di negara sendiri?

Sertai kami dalam program Arena Techsamana 2024 untuk meneroka isu-isu kritikal berkaitan pembangunan tenaga berkemahiran tempatan dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Muhammad Hanis Mohd Ismail, merupakan Senior Talent Acquisition Specialist (Ingram Micro) pakar pengurusan bakat bakal berkongsi tentang cabaran, peluang, serta potensi sebenar graduan teknologi maklumat (IT) dalam membina masa depan ekonomi digital Malaysia.

Daftar sekarang -ยป https://bit.ly/arenatech25
Menginspirasi Anak-Anak Meneroka Teknologi dan Memupuk Budaya Inovasi Sejak Usia Muda

Bagaimana teknologi boleh membentuk anak-anak menjadi pencipta masa hadapan? En. Muhammad Kamalrul Zaman adalah bukti bagaimana semangat STEM dapat diterapkan dalam keluarga.

Bermula dengan minat terhadap teknologi roket, beliau berjaya menggalakkan anak-anaknya untuk terlibat aktif bersama, kini anak-anaknya bukan sahaja menguasai reka bentuk 3D, pembikinan augmented reality (AR), pengaturcaraan, dan pembangunan aplikasi tetapi kini anak sulungnya telah ditawarkan bekerja sebagai embedded programmer pada usia 14 tahun!

Semasa PKP, makerspace di rumah mereka ditukar menjadi โ€˜kilang miniโ€™ untuk menghasilkan 3D printed face shield, membuktikan bagaimana keluarga boleh berkolaborasi dalam projek membangun komuniti dan masyarakat. Kini, mereka aktif menginspirasi masyarakat melalui demonstrasi teknologi roket STEM di sekolah-sekolah atas nama Young Rocketeer.

Sudah tentu kita ingin tahu pengalaman dan kaedah En. Kamalrul memupuk minat anak-anak sejak usia muda. Sertai sesi ini untuk mendapatkan inspirasi dan idea bagaimana kita semua boleh membentuk generasi pencipta masa depan dalam keluarga kita sendiri!

Jangan lepaskan peluangโ€”daftar sekarang!
https://bit.ly/arenatech25
๐˜ฝ๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™™๐™–๐™ฉ๐™– ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™—๐™–๐™ ๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™˜๐™–๐™ฅ๐™–๐™ž ๐™๐™–๐™จ๐™ž๐™ก ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ข๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฃ?

Dalam era teknologi ini, data bukan sahaja membantu organisasi memahami apa yang sedang berlaku, tetapi juga meramalkan apa yang bakal berlaku. Namun, masih ramai yang terperangkap dengan keputusan berdasarkan andaian.

Jadi, bagaimana kita boleh menggunakan data untuk membawa perubahan ketara dan bermakna ?

Yusri Jamal , berpengalaman dalam transformasi pengurusan dan pengoptimuman sumber organisasi, akan berkongsi:
๐Ÿ”น Strategi menggunakan data untuk mengenal pasti peluang dan menyelesaikan masalah.
๐Ÿ”น Kepentingan pendekatan berasaskan data dalam membina komuniti yang lebih cekap dan berdaya saing.

Sertai sesi ini di Arena Techsamana 2024 dan pelajari bagaimana anda boleh menggunakan data untuk mencipta perubahan bermakna dalam komuniti anda.
Jangan lepaskan peluang!


Daftar sekarang >>> https://bit.ly/arenatech25
Daftar sekarang >>> https://bit.ly/arenatech25
Daftar sekarang >>> https://bit.ly/arenatech25
๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐˜๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐ฒ๐ข: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ˆ๐Ž๐“ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐„๐ซ๐š ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ

Aplikasi Internet Benda atau Internet of Things (IoT) akan diperkasakan dengan peluasan liputan infrastruktur 5G di seluruh negara.

Menurut penganalisa teknologi, dianggarkan pada tahun 2027, 30 peranti mudah alih akan digunakan pada setiap badan manusia untuk pelbagai fungsi membantu rutin hidup manusia.

Namun, dalam keterujaan teknologi meningkatkan potensi manusia dalam menjalankan kehidupan sehari-hari terdapat ancaman keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh umat manusia.

Dr. Afif Husman , Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan berkongsi risiko yang tersembunyi di dalam keselamatan IoT di Arena Techsamana 2024 pada Sabtu, 23 November 2024.

Daftar sekarang untuk sesi yang tidak boleh dilepaskan!

Pautan pendaftaran: https://bit.ly/arenatech25
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/arenatech25
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/arenatech25