Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Anak-anak Malaysia!

Lihatlah keychain ini – bukan sekadar aksesori, tetapi lambang harapan, kebanggaan, dan cita-cita bangsa! Dengan memilikinya, anda bukan sekadar mewakili diri anda, tetapi seluruh generasi muda yang akan membawa Malaysia ke puncak dunia. Ya, anda adalah penerus legasi, obor kemajuan negara kita!

Wahai ibu bapa yang dihormati!

Keychain ini adalah simbol perjuangan anda – generasi yang membuka langkah besar, yang memulakan era Malaysia sebagai kuasa nasional. Dengan memilikinya, anda mengingatkan diri bahawa perubahan bermula dengan keberanian, usaha, dan cinta kepada tanah air. Anda adalah pembawa obor perubahan, penggerak langkah pertama untuk sebuah negara hebat!

Marilah kita bersama!
Dapatkan keychain ini dan bawa semangat ini pulang ke rumah anda. Jadikan ia bukti bahawa kita tidak pernah berhenti bermimpi, berjuang, dan berusaha. Anak-anak kita, masa depan kita, Malaysia kita – semuanya bermula di sini!

Bersama kita ukir sejarah, bersama kita cipta kebanggaan!
πŸ‘4
Kemaskini SATELIT UzmaSAT-1:

Pada jam 12:13 tengah hari, waktu Pasifik, UzmaSAT-1 telah berjaya dipisahkan dari roket! Langkah seterusnya adalah menunggu isyarat pertama (First Beacon) untuk mengesahkan satelit beroperasi dengan baik. Sama-sama kita doakan kejayaan ini! Jom kita kenali satelit canggih UzmaSAT-1.

Sumber: CEO Uzma Berhad & SpaceX
Rakyat Malaysia, hari ini sejarah baru terukir di angkasa! UzmaSAT-1, satelit kebanggaan tanah air, telah berjaya berfungsi dengan sempurna selepas pelancaran yang penuh gemilang. Kejayaan ini bukan sekadar tanda kemajuan teknologi, tetapi simbol keberanian dan daya juang anak bangsa yang tidak pernah gentar meneroka batas baharu. Ayuh, kita teruskan perjuangan ini, membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mampu mencipta keajaiban, di bumi mahupun di angkasa raya!1

Sumber: Satellogic
πŸ‘4πŸ‘1
β€œSalam dunia, UzmaSAT-1 disini..!”

UzmaSAT-1, satelit yang dilancarkan hasil kerjasama antara Uzma dan rakan satelit antarabangsa, Satellogic, mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya merakam dua imej pertamanya dalam tempoh 48 jam selepas pelancaran.

Imej-imej tersebut kini sedang digunakan untuk proses penentukuran bagi memastikan muatan satelit dioptimumkan sepenuhnya, seterusnya menyediakan data berkualiti tinggi untuk pelbagai aplikasi.
πŸ”₯4
Techsamana mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Azizi Ayob dan pasukannya atas kejayaan menjadi juara INNOVATHON Musim Ke-2, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta pelaburan pembangunan perniagaan bernilai hingga RM1 juta.

Prof. Dr. Azizi memperkenalkan teknologi inovatif yang menukarkan bioprotein cecair kepada serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal. Teknologi ini memanjangkan jangka hayat produk daripada 6 bulan kepada 18 bulan, menjadikannya lebih mudah disimpan dan digunakan.

Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga mengekalkan keberkesanannya dalam merawat luka kronik, trauma, dan ulser. Produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan sedang dalam proses pendaftaran kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
❀3πŸ”₯3πŸ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai agenda kuasa nasional, rakyat Malaysia patutnya bangga kita hantar satelit UzmaSAT-1
πŸ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rantaian data ni kalau betul guna boleh angkat Malaysia jadi gergasi
πŸ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Data is a new gold
❀1πŸ”₯1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Boleh ke satelit Malaysia ni bersaing dengan negara lain?
πŸ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia ada banyak pakar dalam bidang geospatial?
❀1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Macam mana hantar satelit boleh buat Malaysia jadi negara berkuasa dan berdaulat? πŸ€”
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bila data satelit itu hak kita, kita boleh buat apa kita nak
πŸ‘1
Terinspirasi dari kejayaan pelancaran UzmaSAT-1 ke orbit, Pn. Farhana yang merupakan ahli Techsamana telah berjaya menghasilkan inovasi pendidikan melalui penerbitan e-Buku bertajuk β€˜Kebanggaan Kami’.

Buku ini membawa misi besar untuk menginspirasi kanak-kanak Melayu menjadi bangsa pencipta generasi yang mampu mencorakkan masa depan dengan inovasi dan kreativiti, bukan sekadar menjadi bangsa pengguna.

Dapatkan ebook beliau disini:-
ezy.la/Kedai_Techsamana
πŸ‘1πŸ”₯1