Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Sudut Pandang Techsamana: Impak Pengecualian Akta Keselamatan Siber 2024 Terhadap Kedaulatan Teknologi Negara
👍3
Pengecualian Akta Keselamatan Siber 2024 kepada syarikat gergasi asing seperti Amazon, Google dan Microsoft menimbulkan dilema besar kepada negara. Di satu pihak, ia dilihat mampu menarik lebih banyak pelaburan asing dan mempercepatkan pembangunan digital.

Namun pada masa yang sama, keputusan ini melemahkan kawalan Malaysia terhadap infrastruktur maklumat kritikal, meningkatkan kebergantungan kepada teknologi luar, serta mewujudkan persaingan yang tidak adil kepada pemain tempatan yang masih terikat dengan peraturan ketat.

Keadaan ini boleh menjejaskan agenda kedaulatan teknologi negara yang berasaskan prinsip kemandirian, kearifan lokal, dan teknologi beracuan sendiri. Malaysia kini berdepan pilihan sukar — sama ada mahu kekal sebagai pengguna dalam ekosistem global atau menjadi pencipta masa depan teknologinya sendiri.

Ts. Azril Hanafi
Pengerusi Techsamana
👍2
🚀 Jangan Panik, Fahami Kripto! 🚀
Masih keliru apa itu Bitcoin, Blockchain & Mata Wang Kripto?
Jangan risau! Sertai Kelas Pengenalan Asas Dunia Kripto dan fahami dunia kewangan digital dengan cara yang mudah & jelas.

🗓Tarikh: Isnin, 6 Oktober 2025
🕓Masa: 8:30 malam – 11:00 malam
🗺 Lokasi: Aeronerve Institute, Bandar Baru Bangi

📝 Apa yang anda akan pelajari:
✅ Evolusi wang & penggunaan masa depan
✅ Bitcoin, Blockchain & mata wang kripto
✅ Teknologi di sebalik kripto
✅ Peraturan & isu undang-undang
✅ Keselamatan & cara elak penipuan dalam dunia kripto

🔴 Kelas ini sesuai untuk anda yang:
➡️Masih baru & ingin faham asas kripto
➡️Mahu tahu potensi sebenar teknologi blockchain
➡️Ingin elak terjerat skim penipuan

Daftar Sekarang:
📝 Yuran; RM99
🔗https://bit.ly/basicsafefiplus01
📞  Pertanyaan: +6011-57629130

⚡️ Tempat TERHAD. Jangan lepaskan peluang untuk fahami dunia kripto sebelum terlambat!
❤1👍1
🚀 Techsamana Pocket Talk | Siri 01/2026

Supercomputing: Pemacu Bioinformatik & Bioteknologi Negara

Bersama:
🎙 Dr Nor Azlan bin Nor Muhammad
Felo Penyelidik, INBIOSIS UKM

🗓 29 Januari 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 HQ Techsamana, Bandar Baru Bangi
https://maps.app.goo.gl/r3wTV5mgMPQrPdgW8


✨ Sama-sama kita kupas bagaimana teknologi supercomputing dapat membuka potensi baharu dalam penyelidikan & inovasi Bioinformatik serta Bioteknologi.

🔗 Daftar sekarang
https://docs.google.com/forms/d/1_hgUQC-H6aiiLr6keUiOKHuQ2_zFHuI5slj4TT7uSNQ/edit

tempat adalah terhad!
🌙 Ramadan Mubarak 2026 🌙

Di bulan suci ini, kita menyucikan hati dan memperbaharui azam untuk melihat negara bangkit dengan teknologi yang dibina oleh anak tempatan untuk tanah air tercinta.

Semoga Ramadan membawa keberkatan kepada usaha membina ekosistem digital yang mandiri, berdaulat dan membanggakan bangsa.
TECHSAMANA POCKET TALK | SIRI 02/2026

TAJUK
IMPIAN ANGKASA MALAYSIA 2030

Bersama:
Tn. Hafez Murtza
CEO & Founder
Apadilangit, Space Academy

🗓 Sabtu, 28 Februari 2026
⏰ 10.00 PG – 12.00 TGH HARI
📍 HQ TECHSAMANA, BANDAR BARU BANGI
https://maps.app.goo.gl/r3wTV5mgMPQrPdgW8

Mari bersama kita dengar perkongsian mengenai visi dan hala tuju angkasa Malaysia menuju tahun 2030 serta peranan generasi baharu dalam ekosistem aeroangkasa negara.

Tempat adalah terhad.

Daftar disini
https://gacara.techsamana.my/events/techsamana-pocket-talk-siri-02-2026
❤1👍1
Techsamana
Photo
Setiap generasi mengimpikan bintang, tetapi tak semuanya naik ke langit.

Perkongsian yang cukup menarik daripada Hafez Murtza Apadilangit berkenaan sejarah, teknologi dan dasar-dasar angkasa semasa.

Malaysia juga tidak lepas dalam perlumbaan ke angkasa ini antaranya penubuhan dan pembangunan :-

1) Malaysian Space Board Act 2022 (Act 834) untuk mentadbir aktiviti ruang angkasa nasional.

2) Dasar Malaysia Space Exploration 2030 menyasarkan sektor angkasa menyumbang RM 10 billion KDNK negara serta 5000 peluang pekerjaan bernilai tinggi.

3) Malaysia Space Industry Consortium untuk koordinasi keperluan dan pembangunan ekosistem angkasa.

Nantikan sesi-sesi seterusnya.
Alhamdulillah, kita telah sampai ke penghujung Ramadan. Bulan tarbiah, disiplin dan pembinaan diri.

Di Techsamana, kita tidak melihat teknologi sekadar alat. Kita melihatnya sebagai amanah.

Amanah untuk membina.
Amanah untuk berdiri dengan keupayaan sendiri.
Amanah untuk membuat keputusan dengan hikmah.
Kerana masa depan bukan sekadar dibeli, ia dibina.

Sempena Aidilfitri ini, kita teguhkan semula nilai yang kita bawa

Power • Sovereignty • Wisdom

Kuasa • Kedaulatan • Kearifan

عيد فطر مبارك
بالقوة والسيادة والحكمة
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Techsamana 🚀
🔥3