Techsamana
450 subscribers
891 photos
51 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Ok, asyik semua orang share update perjalanan pulang ke kampung dan aktiviti mengemas rumah.

Saya nak share sikit tips keselamatan siber sepanjang hari raya Aidilfitri kali ini :-

1. Check-in
Keperluan check-in samada melalui Facebook, Instagram, dan sebagainya perlu dinilai pada aspek keselamatan diri sendiri dan keluarga. Dengan memberi maklumat setiap lokasi di mana anda berada pada setiap masa boleh memberi gambaran samada kediaman anda kosong atau pun tidak.

Sudah tentu, ini adalah maklumat penting bagi penjenayah dan pencuri untuk memecah masuk kediaman mewah anda.

2. Bergambar / selfie
Tak perlu dimuat naik(upload) semua gambar dari pelbagai sudut di rumah anda ke laman sosial.

Pastikan setiap gambar yang dimuat naik dinilai terlebih dahulu. Maklumat seperti jenis pintu rumah anda, lokasi pintu belakang, pintu pagar, jenis siling serta kedudukan kotak kunci rumah anda adalah maklumat yang amat bermakna bagi si penjenayah.

Selain itu, pastikan gambar yang sesuai sahaja dimuat naik, seperti menutup aurat dan ekspresi wajah yang jauh dari fitnah terutamanya kaum perempuan. Dan sebenarnya adalah lebih baik tidak dikongsi kepada umum pun. Kalau rasa tak keruan nk berkongsi sangat pun, berkongsilah dengan ahli keluarga terdekat sahaja.

Baru-baru ini kes pedofilia di Malaysia menjadi perhatian umum dan kita masih berkongsi gambar anak-anak kita yang comel tu di laman sosial, siap set 'Public' lagi.

3. Mode GPS
Pastinya beraya ke rumah sanak saudara memerlukan kita menggunakan teknologi GPS seperti Waze dan Google Maps.

Aktifkan mode GPS bila perlu sahaja, padamkan ia setelah menggunakannya. Ini dapat mengelak daripada peranti kita merakamkan setiap aktiviti pergerakan kita.

4. Keselamatan peranti
Seronok beraya, rumah terbuka dan melayan saudara akan membuatkan kita leka dengan harta benda kita termasuklah gajet-gajet mahal anda seperti komputer riba, telefon pintar dan tablet.

Disarankan untuk sentiasa mengaktifkan kekunci skrin (screen lock) dan sentiasa di bawa bersama. Paling tidak pun, letakkan di laci berkunci untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. Kita kadang-kadang tak sedar pun sapa yang keluar masuk semasa rumah terbuka kita.

5. Elak kan 'public WiFi'
Internet percuma adalah satu nikmat yang tidak dapat dinafikan, apatah lagi ia menjimatkan quota bulanan internet kita.

Saranan saya adalah elakkan menggunakan internet percuma ini atau public WiFi sepanjang anda beraya nanti terutamanya untuk akses ke laman-laman sensitif seperti internet perbankan. Penjenayah (baca:penggodam) mungkin boleh menyalah gunakan kemudahan WiFi percuma ini untuk kegiatan jenayah seperti mencuri kata kekunci internet perbankan anda.

Sebenarnya, yang lebih baik adalah elakkan terus menggunakan internet ketika bersama saudara mara. Fokuskan kepada aktiviti mengeratkan silaturrahim sepanjang hari lebaran ini. Gunakan telefon anda untuk kegunaan yang utama sahaja.

Akhir kata, semoga amal dan ibadah sepanjang bulan Ramadhan kita diterima Allah dan lebaran kali ini lebih bermakna untuk anda seisi keluarga.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Ikhlas dari,
Azril Hanafi @Techsamana
Tabiat yang bagus untuk dibentuk setiap kali nak keluarkan duit di mesin ATM adalah 'mengusap-usap' mesin ATM tersebut terutama di tempat cucuk kad dan juga kawasan di atas papan kekunci untuk memastikan tiada bendasing/alatan rahsia (seperti magnetic strip skimmer, camera) dilekatkan yang mungkin digunakan untuk mencuri info kad anda.

Finding an ATM Skimmer in Vienna
https://www.youtube.com/watch?v=ll4f0Wim4pM
POKEMON-GO … dan data-data peribadi/personal anda pun “Gone” juga!

“Oliver Stone: Pokemon Go is a New Stage in “Totalitarism” and “Surveillance Capitalism”.

Bukan Mohd Luttfi kata, tapi Oliver Stone tau!

Antara kata-kata pengarah filem tersohor Hollywood ketika membicarakan filem terbaru beliau “Snowden” dalam satu diskusi panel di Comic-Con 2016, San Diego baru-baru ini:

“It’s a new level of invasion,” Stone said of the game. “Nobody has ever seen, in the history of the world, something like Google, ever. It’s the fastest-growing business ever, and they have invested huge amounts of money into what surveillance is, which is data-mining. They’re data-mining every person in this room for information as to what you’re buying, what it is you like, and above all, your behavior.”

Selanjutnya:

“Pokemon Go kicks into that. It’s everywhere. It’s what some people call surveillance capitalism. It’s the newest stage,” he said. “You’ll see a new form of, frankly, a robot society, where they will know how you want to behave and they will make the mockup that matches how you behave and feed you. It’s what they call totalitarianism.”

Permainan ini akan meminta akses penuh kepada Akaun Google anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat e-mail, alamat IP, lamanweb yang anda sedang lawati sebelum “logging” masuk ke dalam Pokemon-Go, “username” dan lokasi anda. Permainan ini juga boleh mengakses ke dalam seluruh akaun Google anda - sekiranya tidak dibatalkan.

Maksudnya, ia boleh mengakses semua aplikasi di bawah Google - e-mail, Google Drive, Docs, Calendar. Sekiranya server pencipta permainan ini (Niantic) berjaya digodam, maka penggodam tersebut boleh juga mengakses akaun Google anda dan semua info/maklumat di dalamnya.

Maklumat-maklumat peribadi anda boleh juga dikongsikan, antara lain, dengan “pihak ketiga” (termasuk polis dan penguatkuasa undang-undang) untuk melakukan “research and analysis, demographic profiling, and other similar purposes.”

Terdapat banyak perdebatan sengit perihal permainan ini - masalah sosial, emosi, kebebasan, hak pribadi dan seumpamanya.

Bagaimanapun, tidak ramai yang ingin melihat “fenomena” ini dari sudut “penaklukan” ke atas maklumat dan data peribadi, keselamatan dan nyawa serta kewangan, terdedahnya rahsia diri sendiri kepada pelbagai ancaman dan bahaya yang tidak disedari atau diketahui punca datangnya.

Bagaimana sekiranya pengganas-pengganas seperti ISIS, Daesh, Syi’ah dan seumpamanya dapat menceroboh masuk ke dalam akaun Google anda?

Atau anda dapati setiap ringgit dan sen di dalam akaun simpanan anda lenyap sekelip mata?

Atau keselamatan atau nyawa sendiri atau orang-orang tersayang begitu mudah terancam?

Fenomena sosial kadangkala boleh berubah menjadi musibah kepada ummah.

#PeduliUmmah
Sumber : FB Mohd Luttfi
POKEMON GO, 'acedia' dan kebosanan dalam lif

Gelisah, panik, rasa kosong dan bosan sekiranya tidak menghadap skrin telefon. Sifat kejiwaan ini digelar sindrom 'acedia' (bahasa Latin) oleh Syaikh Hamza Yusuf, satu krisis spiritual era teknologi digital. Manusia pascamoden tidak lagi berupaya meluangkan masa bersendirian, melayan fikiran sendiri, menikmati alam, bahagia dan tenang tanpa skrin.

Professor Sean Young dari UCLA menggelarkan kondisi ini "Restless Elevator Syndrome" (dalam lif, biasanya ada yang akan resah, lalu ditumpu pada skrin).

Ketagihan terhadap skrin ada asas neurobiologi. Internet mengakibatkan otak manusia alami "rewiring" untuk adaptasi cara hidup era digital.

Pokemon GO mengeksploitasi kelemahan ini, atas kesanggupan kita menghabiskan masa yang lama, setiap hari, untuk menghadap skrin. Dunia kini dijadikan ia seolah olah "elevator ride" tersebut, yang panjang dan ... restless.

-Dr Ahmad Farami