Techsamana
448 subscribers
891 photos
52 videos
20 files
501 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Techsamana Perkukuh Kerjasama Dengan USM Dalam Agenda Pembangunan Bakat STEM dan Kedaulatan Teknologi Negara

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 — Komuniti teknologi nasional, Techsamana, meneruskan Siri Jelajah Utara 2026 menerusi kunjungan hormat dan sesi pengenalan organisasi ke Aerospace Discovery Centre (ADC), Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan strategik antara sektor komuniti teknologi dan institusi pendidikan tinggi negara.

Lawatan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), inovasi teknologi serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan bagi menyokong agenda transformasi ekonomi dan teknologi negara.

Delegasi Techsamana diketuai oleh Pengerusinya, Ts. Azril Hanafi bin Abdullah Sharwani, bersama Timbalan Pengerusi, Muslim Abdullah Zaik, Setiausaha, Ts. Ahnaf Qais, dan Ahli Jawatankuasa, Mohd Haaziq Mohd Yusof & Ahmad Faisal Hamdi bin Yop.

Pihak USM pula diwakili oleh Encik Mohamad Zihad bin Mahmud, Pegawai Latihan Vokasional, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa; Dr. Aslina Anjang binti Ab Rahman, Dr. Siti Harwani binti Md. Yusoff dan Ir. Dr. Ahmad Faizul bin Hawary, masing-masing Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

Menurut Ts. Azril Hanafi, Techsamana melihat Aerospace Discovery Centre (ADC) USM sebagai antara institusi strategik yang mempunyai peranan penting dalam melahirkan generasi baharu bakat teknologi dan aeroangkasa negara.

“Pembangunan kedaulatan teknologi tidak hanya bergantung kepada pembangunan infrastruktur atau teknologi semata-mata. Ia perlu disokong oleh ekosistem bakat yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan mempunyai keupayaan untuk membangunkan teknologi strategik negara pada masa hadapan.

“Dalam konteks tersebut, Techsamana melihat ADC USM sebagai rakan orbit yang kritikal dalam merealisasikan wawasan kedaulatan teknologi Malaysia,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha memperkukuhkan hubungan antara komuniti teknologi, industri dan institusi pendidikan merupakan komponen penting dalam membangunkan ekosistem inovasi yang mampan serta mampu menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

Sesi perbincangan turut menyentuh pelbagai peluang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan termasuk program pembangunan bakat STEM, pendedahan teknologi kepada pelajar sekolah dan universiti, aktiviti komuniti teknologi, program TVET serta inisiatif yang dapat memperkukuhkan minat generasi muda terhadap bidang aeroangkasa dan teknologi maju.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Siri Jelajah Utara Techsamana 2026 yang memberi fokus kepada pembinaan jaringan strategik bersama institusi pendidikan, industri dan organisasi berkaitan teknologi bagi menyokong aspirasi Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Pada ketika negara berdepan cabaran penurunan minat pelajar terhadap bidang STEM, Techsamana percaya usaha membangunkan bakat teknologi tempatan tidak lagi boleh dilihat sebagai pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik negara. Dalam landskap persaingan teknologi global yang semakin sengit, pelaburan berterusan dalam pendidikan, inovasi dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi akan menjadi faktor penentu kepada keupayaan Malaysia untuk mencapai kemandirian dan kedaulatan teknologi pada masa hadapan.
❤1
Lokal membantu pembangun teknologi Malaysia memahami tahap pergantungan produk mereka melalui penilaian terhadap ‘tech stack’ yang digunakan, serta menghubungkan pilihan teknologi tempatan yang andal dan boleh dipercayai.

Temui teknologi tempatan.
Sokong inovasi Malaysia.

https://lokal.techsamana.my
🔥2🏆1
Teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga manusia yang mampu mereka bentuk, mengintegrasi, menguji, membaiki dan menaik taraf sistem tersebut.

Bakat yang berdaulat ialah bakat yang bukan sekadar tahu menggunakan teknologi, tetapi mampu memahami bagaimana teknologi itu dibina, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia boleh ditambah baik

https://techsamana.my/bakat-tempatan-penentu-kedaulatan-teknologi-drone-malaysia/
Kedaulatan teknologi drone tidak hanya bergantung kepada kemampuan menghasilkan atau membeli pesawat tanpa pemandu (UAS), sebaliknya merangkumi penguasaan teknologi teras, data dan perisian, bakat tempatan, rantaian bekalan serta keupayaan menentukan hala tuju teknologi itu sendiri.

Persoalannya bukan sekadar berapa banyak drone yang boleh kita miliki, tetapi sejauh mana kita mempunyai kebebasan untuk menentukan penggunaannya, membaikinya, menaik tarafnya dan membangunkan generasi seterusnya,

https://techsamana.my/malaysia-perlu-kuasai-ekosistem-drone-bukan-sekadar-memiliki-teknologi/
Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abd Zaik, berkata pembangunan teknologi tempatan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada proses melokalkan produk asing, sebaliknya perlu bermula dengan mengenal pasti khazanah ilmu, sumber dan keupayaan tempatan yang boleh diterjemahkan menjadi penyelesaian teknologi.

Dalam konteks drone, kekuatan tempatan perlu diterjemahkan daripada sumber kepada penyelidikan, reka bentuk, prototaip, pengeluaran dan akhirnya membentuk rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan.

"Ilmu global boleh menjadi pemangkin, tetapi nilai strategiknya hanya tercapai apabila ia dikuasai, diperkaya dan diterjemahkan melalui kemampuan tempatan,” katanya.

https://techsamana.my/sumber-tempatan-berpotensi-jadi-komponen-drone-masa-hadapan/
𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, marilah kita menghayati kemerdekaan bukan sekadar sebagai kebebasan yang diwarisi, tetapi sebagai amanah untuk memastikan Malaysia terus berupaya menentukan masa depannya dengan kekuatan sendiri.

Bagi Techsamana, semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui pembangunan bakat tempatan yang mampu mencipta dan memimpin; penghayatan kearifan lokal yang menjadikan nilai, budaya dan pengalaman bangsa sebagai asas inovasi; serta pengukuhan kedaulatan dan kemandirian teknologi supaya negara berupaya membangunkan keupayaan strategiknya sendiri seterusnya menjamin kemerdekaan negara.

Inilah makna kemerdekaan yang perlu terus kita perjuangkan. Merdeka dalam pemikiran, berdaulat dalam teknologi dan mandiri dalam membina masa depan negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ts. Azril Hanafi
Pengerusi Techsamana
🔥1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Techsamana melancarkan aplikasi Al-Mathurat : Kubra & Sughra untuk memudahkan umat Islam berzikir secara interaktif di mana-mana.

• Zikir pagi & petang — Wazifah Kubra (42 bacaan) dan Sughra (29 bacaan)
• Audio bacaan penuh oleh Ustadz Nandar S., dengan sorotan ayat selari
• Waktu solat JAKIM untuk 60 zon — zon dikesan automatik dari lokasi
• Azan penuh pada setiap waktu masuk, dengan tiga pilihan rakaman
• Kompas kiblat langsung
• Rentetan istiqamah, maqam, dan 19 anugerah
• Berfungsi tanpa internet; tiada iklan, tiada akaun, tiada penjejakan

Muat turun sekarang di

Apple AppStore
https://apps.apple.com/us/app/al-mathurat-kubra-sughra/id6762747747

Google PlayStore
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.techsamana.almathurat
❤5👍2👏1
🇲🇾 SOFT LAUNCH: NAVIGASI OLEH TECHSAMANA

Kami memperkenalkan Navigasi, aplikasi peta dan panduan perjalanan yang dibangunkan oleh komuniti Techsamana untuk rakyat Malaysia!

Antara ciri yang tersedia:
📍 Arahan suara Bahasa Melayu
🛣️ Maklumat harga tol dan pilihan laluan
⛽ Stesen minyak, surau, R&R dan pengecas EV
🕌 Waktu solat dalam perjalanan
🚧 Laporan kesesakan, kemalangan dan banjir

✅ Percuma
✅ Tanpa perlu akaun

Kami menjemput anda mencuba aplikasi ini dan berkongsi maklum balas untuk membantu menambah baik Navigasi.

🔗 Cuba Navigasi sekarang:
https://navigasi.techsamana.my/

Sama-sama kita membina teknologi yang bermanfaat untuk rakyat Malaysia.

Kuasa. Kedaulatan. Kearifan.

#Techsamana #Navigasi
👍5🏆2❤1🎉1
🇲🇾 NAVIGASI KINI DI GOOGLE PLAY STORE!

Pernah terfikir, kenapa kita perlu bergantung sepenuhnya pada teknologi navigasi luar sedangkan kita juga boleh membina penyelesaian sendiri?

Hari ini, Techsamana mengambil satu lagi langkah kecil ke arah membina teknologi yang lebih dekat dengan keperluan rakyat Malaysia.

🚗 Kenali Navigasi, aplikasi peta dan panduan perjalanan yang dibangunkan oleh komuniti Techsamana.

Antara ciri yang boleh anda terokai:

📍 Arahan navigasi suara dalam Bahasa Melayu
🛣️ Semak harga tol dan pilihan laluan
⛽ Cari stesen minyak, surau, R&R dan pengecas EV
🕌 Maklumat waktu solat ketika dalam perjalanan
🚧 Kongsi laporan kesesakan, kemalangan dan banjir

Lebih menarik, Navigasi boleh digunakan secara percuma, tanpa iklan dan tanpa perlu membuat akaun.

📲 Muat turun Navigasi di Google Play Store:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.techsamana.navigasi

Kami masih dalam fasa membangunkan dan menambah baik aplikasi ini. Jadi, kami mengalu-alukan anda untuk mencubanya, berkongsi maklum balas dan membantu kami menjadikan Navigasi lebih baik.

Ini bukan sekadar tentang aplikasi peta. Ini tentang keupayaan komuniti tempatan untuk membina teknologi sendiri, berdasarkan keperluan dan kearifan kita.

Teknologi untuk rakyat. Dibina bersama komuniti tempatan.

Kuasa. Kedaulatan. Kearifan.

#Techsamana #Navigasi #TeknologiTempatan #KedaulatanTeknologi
👍1💯1