Techsamana
450 subscribers
891 photos
51 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
** KECEMASAN **

Jika anda pengguna Yahoo! mohon segera tanpa menunggu untuk menukar kata laluan anda.

Menurut Yahoo!, hampir 500 juta pengguna Yahoo! telah terkesan dan kejadian penggodaman ini telah berlaku semenjak akhir 2014 lagi di mana maklumat seperti nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, kata laluan dan juga soalan keselamatan telah dicuri.

Ini merupakan kes jenayah keselamatan siber yang terburuk setakat ini.

Ambil tindakan segera sebelum padah menanti anda !

Rujuk : http://money.cnn.com/2016/09/22/technology/yahoo-data-breach/

#techsamana
#jangankataabamtakpayung
Kejadian pecah masuk Yahoo!
Apa yang saya perlu lakukan ?
Kejadian pecah masuk Yahoo!
Apa yang saya perlu tahu ?

1. Adakah maklumat peribadi saya telah dicuri ?
Anggap sahaja ia telah dicuri.

2. Adakah saya perlu tukar kata laluan ?
Ya, tukar kata laluan dan soalan keselamatan anda.
Sila pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh.

3. Adakah kata laluan sahaja sudah mencukupi ?
Belum, Guna dan aktifkan Two-Factor Authentication.

4. Bagaimana saya boleh mengelak maklumat peribadi saya dicuri ?
Malangnya, tidak boleh. Anda perlu menguruskan maklumat peribadi anda dengan sebaiknya.
Dedahkan maklumat yang sepatutnya sahaja.

#Techsamana
Follow @ https://telegram.me/techsamana
Apple Dikatakan Turut Berbincang Dengan Lit Motors Untuk Pengambil-Alihan https://t.co/nwsoDGLcsv https://t.co/v0ILMoS7UY
Lately saya agak berminat untuk meneroka satu gajet yang diberi nama Raspberry Pi.

Ia adalah sebuah komputer yang bersaiz kad kredit. Kemudahalihan (portability) seperti ini membuka banyak kemungkinan untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan IoT.

IoT?

IoT (Internet Of Things) atau Internet Untuk Kebendaan adalah sebuah buzzword yang bermaksud barang-barang harian anda -- seperti mesin basuh, almari, seterika dan yang sewaktu dengannya -- mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan objek lain dan dunia luar melalui internet.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai mesin basuh berkeupayaan IoT di rumah, selesai sahaja mesin tersebut melakukan basuhan, anda akan memperoleh notifikasi pada peranti pintar anda samada telefon pintar atau jam pintar.

Ataupun peti ais anda yang dilengkapi dengan keupayaan IoT mampu untuk mengenalpasti kandungan barang-barang runcit (groceries) di dalamnya, dan akan mengemaskini senarai todo list di telefon pintar anda dan memberikan peringatan untuk melakukan beli-belah sekiranya barangan tersebut hampir habis.

Namun di sana ada juga isu yang agak merisaukan. Iaitu isu sekuriti. Bayangkan je la kalau mesin basuh anda kena hack. atau peti ais. Penjahat boleh merosakkan baju anda dengan mengubah mod basuhan. Barang-barang dalam peti ais anda juga boleh dirosakkan dengan hanya mengubah suhu peti ais kepada suhu yang tidak sesuai. Kalau kereta IoT (Tesla contohnya), hacker boleh suka-suka hati brake kereta. Eksiden satu malaysia dan akhirnya huru-hara negara.

Teknologi seperti mana alat-alat lain boleh memudahkan dan boleh menyusahkan. Jadi, anda kena lah usaha lebih sikit untuk memastikan ia lebih banyak memudahkan dan tidak berapa banyak menyusahkan diri anda.

Mohd Rusman A Rahman
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1782247308714626&id=100007881228912
Ransomware is on the rise. According to the FBI, an average of 4,000 ransomware attacks happen per day. Today's businesses are routinely choosing to pay hefty ransoms rather than lose access to their intellectual property, patient records, credit card information, and other valuable business data.

Simply put, targeted businesses are paying ransoms in order to avoid significant disruptions to every-day operations.

Is your organization properly prepared to defend against ransomware?