Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
PENGUMUMAN

Definite Security Sdn Bhd membuka peluang kepada mana-mana mahasiswa universiti berlatar belakang "Sains Komputer" , "Teknologi Maklumat" dan " Kejuruteraan Perisian" untuk menjalani Latihan Industri di Jabatan Pembangunan Aplikasi kami.

Pengambilan segera dan hantarkan resume anda ke info@definite.my

Terima kasih
*SERUAN HADIR KE SOLIDARITI BANTAH PERISYTIHARAN BAITUL MAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL*

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia membantah sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika, Donald Trump yang mengisytiharkan Kota Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel.

Tindakan Trump itu sekaligus mengundang kemarahan umat Islam terutama rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas.

Setelah amaran dunia tidak diendahkan Trumph, kini tiba masanya dunia menyaksikan kebangkitan Islam sebagai tindakan balas terhadap kezaliman Amerika Syarikat.

Justeru, kami menyeru semua NGO mahupun individu tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik untuk hadir ke Himpunan Aman membantah tindakan Trump ini. Himpunan akan diadakan di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok (8 Disember 2017).

Semoga usaha kecil ini membuktikan solidariti sebagai rakyat Malaysia terhadap nasib saudara Islam kita di bumi Palestin.

Ayuh rakyat Malaysia! Baitul Maqdis milik Islam!

*HJ AMINUDDIN YAHAYA*
Pengerusi
Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
18 Rabiul Awal 1439
7 Disember 2017
The Hacker News
Here's the NSA Employee Who Kept Top Secret Documents at Home

A former employee—who worked for an elite hacking group operated by the U.S. National Security Agency—pleaded guilty on Friday to illegally taking classified documents home, which were later stolen by Russian hackers.

In a press release published Friday, the US Justice Department announced that Nghia Hoang Pho, a 67-year-old of Ellicott City, Maryland, took documents that contained top-secret

http://feedproxy.google.com/~r/TheHackersNews/~3/CxmyNYgoKbQ/nghia-hoang-pho-nsa.html
Kita sekarang berada dalam musim "kemarau" dan ini buktinya. No 10 paling sentap.

1. Terbaru, Pasaraya Giant menutup 5 cawangan di seluruh Malaysia.

2. Bulan lepas, Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M) yg menerima bantuan kerajaan pun ditutup operasinya selllluuuruuuh Malaysia.

3. Sebelum ini, syarikat antarabangsa Toys R Us diisytiharkan bankrap. Di Malaysia operasinya masih berjalan.

4. Bank tempatan, CIMB Bank menutup 23 cawangan di seluruh Malaysia sejak tahun lalu.

5. Syarikat kenderaan motosikal dari Jepun, Suzuki Motor Corporation terpaksa menutup kilangnya di Pulau Pinang.

6. Syarikat IT dari US, Saegate Technology pun menutup kilangnya di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

7. Di negara jiran, Indonesia, rangkaian kedai 7-11 ditutup operasinya sejak Jun lalu.

8. Syarikat rokok Amerika, British American Tobacco menutup kilangnya di Petaling Jaya sejak tahun lalu.

9. Manakala syarikat rokok Jepun, Japan Tobacco International mengumumkan akan menutup kilangnya di Shah Alam hujung tahun ini.

10. Kau, pagi-pagi buka FB dan bersungut "Monday Blues". Lepas itu status macam ni pun confirm tak nak share.
.
Tambahan dari komen rakan-rakan selepas update status ini;

11. Shell IT menutup operasi IT di Cyberjaya dan dipindahkan ke India. 700 pekerja Malaysia terlibat dan di VSS

12. INTEL pun tutup beberapa building sebelum ni dan ramai pekerja yg diberhentikan secara berperingkat (VSS & VSP).

13. Kilang sabun Dinamo gabungan Felda & P&G di Kuantan, ditutup dan dipindahkan ke China. Hampir 2 tahun berlalu.

Ada lagi nak tambah?

Follow FB Afyan Mat Rawi
Copypaste:
Ringkasan tentang Bitcoin oleh Ustaz Dr Zaharuddin di Astro pagi ini:

- Bitcoin boleh dianggap sebagai mata wang walaupun ia bukan 'legal tender'
- Bitcoin ialah mata wang digital. Fungsinya serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.
- Mata wang fiat dan mata wang digital tiada nilai instrinsik.
- Nilai mata wang fiat ditentukan oleh kerajaan.
- Nilai mata wang digital ditentukan oleh pihak 'anonymous'.
- Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi.
- Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.
- Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu.
- Bitcoin melalui proses penempaan yang ketat. Tiada unsur di sini.
- Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange. Dan jika ditipu, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.
- Hukum penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain. Hukum riba' terpakai dalam urusan bitcoin.
- Haram membeli bitcoin untuk spekulasi seperti forex.
- Bitcoin berisiko menjadi 'tool' scammer seperti emas yang digunakan untuk menipu orang awam.

Kesimpulan:
Satu 'benda' yang diterima oleh ramai orang sebagai tukar ganti untuk membeli barang contohnya bitcoin boleh dianggap sebagai mata wang. Maka, terpakai hukum riba' di sini. Serahan tidak boleh bertangguh.

Harus memiliki untuk menyimpan bagi nilai yang lebih baik dan menggunakannya untuk membeli barang.

Haram digunakan untuk spekulasi seperti forex.

Nota saya:
Mesti tahu risiko memiliki bitcoin walaupun Dr Zaharuddin menyatakan di sini ianya adalah harus.

Harga bitcoin mencecah paras tertinggi USD20k. Kemudian, berlaku 'correction' dalam pasaran pada minggu ini.

Selain Bitcoin, ada beberapa mata wang digital lain seperti Litecoin, Dash dan sebagainya wujud di pasaran. Bukan Bitcoin sahaja yang mengalami penurunan. Mata wang digital lain juga menurun nilainya.

Bitcoin Futures sudah dilancarkan di AS. Satu lagi sistem yang kompleks dan mesti difahami sebelum terlibat dalam instrumen kewangan ini.

#bitcoin #hukumbitcoin
PELEPASAN CUKAI 2017

Tinggal berapa hari lagi

Eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2017 ni. Boleh mula berbelanja pada pelepasan2 cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit2nya. Ini utk mengelakkan tahun depan masa isi E-Filing LHDN baru kita kalam kabut nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak

Berdasarkan laman web LHDN, di sini disenaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017.

1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3. Kesihatan
• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Pendapatan bercukai pada tahun 2017 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.

Sekian, Terima kasih.

(Copy&paste)