Techsamana
450 subscribers
891 photos
52 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
PELEPASAN CUKAI 2017

Tinggal berapa hari lagi

Eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2017 ni. Boleh mula berbelanja pada pelepasan2 cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit2nya. Ini utk mengelakkan tahun depan masa isi E-Filing LHDN baru kita kalam kabut nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak

Berdasarkan laman web LHDN, di sini disenaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017.

1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3. Kesihatan
• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Pendapatan bercukai pada tahun 2017 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.

Sekian, Terima kasih.

(Copy&paste)
Forwarded from Telegram Geeks
remember that the news about the ICO are 100% rumor right now

ℹ️ @geeksChannel
Forwarded from Info
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jupyter merupakan editor berasaskan web di komputer yang boleh menulis kod Python, pengiraan nombor, visualisasi data dan juga sebagai Markdown editor. @peraktechnology @pythonmalaysia
Forwarded from Info
Naiktaraf sistem pengoperasian komputer anda kepada Windows 10 secara percuma sebelum 31 Disember 2017. Layari laman web https://www.microsoft.com/en-us/accessibility/windows10upgrade @peraktechnology
Hi All, MyCERT is hiring again, check this out for more details:
https://pastebin.com/D3h8Lscj

MyCERT - Mobile Threat Analyst - Pastebin.com
http://maybn.co/my/ << website ini adalah phishing (website palsu). Mohon jangan klik jika anda menjumpainya dimana-mana termasuk di dalam telegram ini
Forwarded from Akademi Teknologi DS
Forwarded from Akademi Teknologi DS
Pengambilan sesi 2018 kini dibuka!

Memperkenalkan program "TECHSAMANA Junior" khas buat pelajar berumur 7-17 tahun.

Pelajar bakal didedahkan dengan kurikulum pendidikan teknologi berstruktur yang menggabungkan elemen Science, Technology, Engineering, Arts & Maths (STEAM).

Program ini menggalakkan remaja Malaysia untuk mengikuti kursus tertiary yang relevan untuk membuka jalan kepada karier teknologi digital dan antara subjek yang ditawarkan adalah Robotik, Asas Animasi, Cipta Aplikasi, Asas Dron, Reka Grafik, Videografi dan Fotografi.

Semester baharu akan bermula pada 15 Januari 2018 dan akan dijalankan setiap minggu sepanjang tahun.

Link pendaftaran ==> bit.ly/intake2018
Link pendaftaran ==> bit.ly/intake2018
Link pendaftaran ==> bit.ly/intake2018

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 0193405200 (call / Whatsapp) atau email di info@akademids.com
Forwarded from Info
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Telegram sekarang boleh digunakan bersama beberapa nombor telefon atau akaun berbeza serentak. Kemaskini Telegram anda di Google Play Store dan Apps Store sekarang.
@peraktechnology
@peraktechinfo