UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
*πŸ•Œβœ¨[ Bengkel Pengurusan Jenazah Virtual]βœ¨πŸ•Œ*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh *KOQ Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti* dengan kerjasama *Pusat Islam UTM*. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara menguruskan jenazah mengikut syariah Islam.

Berikut merupakan ketetapan program
πŸ—“ Tarikh: 5 Jun 2021
⏳ Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
πŸ’» Platform: Google Meet
πŸ… E-sijil disediakan

Jumpa anda di sana! πŸ’―πŸ’―

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
πŸ“ž Danish: 011 6110 2534
πŸ“ž Aidil: 013 350 5226
*INTERNAL NACES 2021 REGISTRATION*

Hi everyone, greetings from IChemE-UTM SC ✨We proudly announced that the Internal NACES 2021 is here!! πŸ“’

Internal NACES is a competition related to chemical engineering field. The winners of this competition will represent UTM to join the NACES 2021 international events/competition.

There are 3 challenging yet insightful competitions for Internal NACES 2021.

πŸ“ŒTechnical Presentation Competition
πŸ“ŒTechnical Case Study Competition
πŸ“ŒTechnical Video Competition.

πŸ“… 14th May - 4th June 2021

Wanna test yourself? Wanna increase your exposure? Wanna show your creativity?

These competitions are now open for registration πŸ€©πŸ“

✨Further details for each of the competition are in the google form!!✨

Join us now

πŸ“‘Google form: https://forms.gle/GSKcvvTU2wgpRjeg7

☎️
Syahirah : 013-7005080
Jin Hong : 016-7896831
Wen Yi : 017-5506619

FB: https://facebook.com/IChemE-UTM
IG: https://instagram.com/icheme.utm
Berita baik kepada semua pelajar UTM!

Adakah anda mahir dalam pembikinan video?Atau masih zero?? Belum cuba belum tahu!😎

Pusat Kaunseling UTM menjemput anda untuk menyertai Pertandingan Mencipta Video Kreatif bertemakan *Kesihatan Mental & Kesejahteraan Psikologi*

Hasilkan video mengikut kreativiti anda dan rebutlah peluang memenangi *HADIAH WANG TUNAI* πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ† sehingga RM500!πŸ₯³

βœ“Tiada Syarat Ketat!
βœ“Tentukan Sendiri Durasi Video!
βœ“Genre & Konsep Video Adalah Bebas!

Rujuk poster dilampirkan untuk maklumat lanjut.. 😎 atau klik link ini untuk melihat terma dan syarat pertandingan >> https://bit.ly/vibterms

πŸ‘‰Ekspresi diri anda bermakna buat kami.
Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Dalam pendekatan menyesuaikan diri dengan norma baharu, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKMKTHO) akan menganjurkan πŸ† *Pertandingan Debat Piala Hussein Onn 2021* πŸ† yang merupakan sebuah pertandingan debat atas talian. Acara ini akan dipertandingkan oleh barisan-barisan pemimpin di UTM bagi mengasah bakat mereka dalam menyampaikan hujah-hujah yang bernas.

Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
πŸ—“οΈ Tarikh: *28 - 29 Mei 2021 (Pusingan Awal - Akhir)*
πŸ“ Tempat: *Platform Atas Talian*
🏷️ Yuran penyertaan: *PERCUMA* πŸ’―
πŸ“† Tarikh Tutup Pendaftaran: *27 Mei 2021*

Syarat-syarat Penyertaan Debat Piala Hussein Onn:
https://drive.google.com/file/d/1vh69IE0wqBUJYfhpxAKWF0SkG9FQvuy8/view?usp=sharing

Borang Pendaftaran Pertandingan Debat Piala Hussein Onn:
https://forms.gle/hPTFvwDQoXpmVq8f7

Antara hadiah menarik yang menanti anda adalah:
*Johan: RM 1000 πŸ₯‡*
*Naib Johan: RM 800 πŸ₯ˆ*
*Pendebat Terbaik Akhir: RM 200 πŸŽ–*
*Pendebat Terbaik Keseluruhan : RM 200 πŸ…*

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
πŸ“± Danial Haikal: +60 13-779 9720
πŸ“± Aidilhafidz: +60 13-350 5226
Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

27 MEI 2021 || 15 SYAWAL 1442H
PMIUTM || PROGRAM UTM BERMUNAJAT BERSAMA PMIUTM

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pengetahuan saudara/saudari, Persatuan Mahasiswa Islam UTM dengan kerjasama pusat kaunseling, majlis pengetua, jkm kolej & kelab persatuan UTM akan menganjurkan Program UTM Bermunajat. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Mei 2021 (Khamis)
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Atas talian (Google Meet, FB live)

Kami amat berbesar hati untuk menjemput semua pelajar UTM yang berkelapangan untuk hadir bersama dalam live UTM Bermunajat yang akan dibawa secara langsung di Facebook live Persatuan Mahasiswa Islam UTM, UTM Student Affairs & Masjid Sultan Ismail UTM.

Program ini dianjurkan bagi memohon keselamatan dan perlindungan daripada Allah SWT berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dilaksakan di UTM baru-baru ini.

https://www.facebook.com/117756888314/posts/10158327745993315/

KEUNGGULAN ISLAM | DAKWAH KONTEMPORARI | KEPIMPINAN ANBIYA'

Melangkah Bersama, Membangun Ummah.

#UTMBermunajat
#PMIBERSAMAMU
#CekalBersamaTakwa
#staysafe
Majlis Pra Pelancaran Festival of Ideas 2021 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagaimana berikut:

Tarikh : 31 Mei 2021 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Pautan : https://www.facebook.com/MOHEOfficial/
🎬🎀🎧[LIGHTS CAMERA ACTION!] 🎬🎀🎧

▫️ UTM Career Centre cordially invites all UTM students to a sharing session by ASSOC. PROF. DR. EMMA MOHAMAD, Chairperson of the Centre of for Research in Media and Communication, UKM. This session aims to give tips and tricks on how to impress interviewers in an online job interview. Learn how to improve your confidence and sell yourself to land that dream job of yours!

β–ͺ️Date: 31st May 2021 (Monday)
β–ͺ️Time: 2:30 PM - 3.30 PM
β–ͺ️Webex link: https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m04165166c03237191db14211cc3b8412

UTM Merit will be provided for all UTM Participants!
_ Don’t missed out the chance!_

...........….……....................................
Any further information:
UTM Career Centre
Department of the Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs)
ecareer@utm.my
075538833
A chance for students of higher education institutions to win cash prizes by creating the #BEST video on Energy Sustainability! Simply form a group of up to 4 persons (students only) and start your journey on making the most creative and insightful stories that convey the selected theme. Have a talent or passion in creating contents, why not start here?

Challenge Guideline:
➊ Theme: Challenges & Solutions to Achieve Energy Sustainability
βž‹ Video duration: 3-5 minutes (English only).
➌ Participation limited to 4 members per group (Malaysians only).
➍ Only students can participate (age 18-26 years old).

T&Cs: Entry submission closes 6 July 2021 at 11:59pm. Winners will be chosen based on their total score of the judging criteria & will be announced during the final session of COPE-BEST 2021 on 29 July 2021. Open to Malaysian students only.

For full info, see bit.do/copebest2021vc
Photo from Hanifah Ahmad
[KEEP STRONG@EMCO UTM : DOODLE/KOMIK/TIK TOK/SAJAK/PANTUN/WARKAH COMPETITION]
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡ ; Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

Salam Sejahtera ; Salam UTM Sanjungan Bangsa

Hi semua!!✨

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar JTNC (HEP) menganjurkan pertandingan merekacipta DOODLE/KOMIK,TIK TOK, SAJAK/PANTUN dan WARKAH bertemakan tajuk Aku Mahasiswa Bersyukur, Terima Kasih Frontliners UTM, sebagai platform bagi mencungkil bakat-bakat pelajar UTM yang sedang dalam tempoh PKPD di dalam UTM.

πŸ“’πŸ“’ *DIBUKA KEPADA PELAJAR YANG BERADA DI DALAM UTM SKUDAI SAHAJA!!!* πŸ“’πŸ“’

πŸ”— BUTIRAN PERTANDINGAN :
*Tarikh: 27 Mei 2021 hingga 30 Mei 2021*
*Tema : Aku Mahasiswa Bersyukur, Terima Kasih Frontliners UTM*
*Registration Link :* https://me-qr.com/527468

*HADIAH SETIAP KATEGORI*
πŸ₯‡1st Place : RM 500.00
πŸ₯ˆ2nd Place : RM 300.00
πŸ₯‰3rd Place : RM 200.00
πŸ…Saguhati x10 : RM 50.00

πŸ”— *SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:*
- Terbuka kepada semua pelajar UTM yang berada di kampus Johor Bahru dalam tempoh PKPD sahaja.
- Penyertaan adalah secara INDIVIDU sahaja.
- Like Facebook UTM Student Affairs.
- Pertandingan bermula pada 27 Mei 2021 (Khamis) dan peserta dikehendaki memuatnaik bahan melalui link yang disediakan sebelum 30 Mei 2021 (Ahad) jam 11.59 malam.
- Tempoh Undian bermula 2 Jun 2021 jam 2.00 petang hingga 3 Jun 2021 jam 5.00 petang.
- Seorang pelajar hanya boleh menyertai 1 kategori sahaja.
- Penyertaan boleh samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap penyertaan yang dihantar dan memastikan hak cipta tersebut mestilah bebas, lengkap dan tiada unsur kontroversial serta tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga. Hal ini termasuk hak cipta bagi penggunaan rakaman, audio, reputasi dan privasi.
- Karya yang dihasilkan tidak boleh menyinggung mana-mana pihak dan tidak mengandungi isu-isu sensitif termasuk politik, kepercayaan agama dan perkauman.
- Pihak Urusetia akan memuatnaik bahan peserta yang layak sahaja di dalam Facebook UTM Student Affairs dan cara undian adalah berdasarkan undian LIKE terbanyak.
- Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan/kemenangan sekiranya peserta tidak berada di dalam kampus dalam tempoh PKPD ini.

✨ Penyertaan adalah PERCUMA
✨ E-certificate & Mata Merit akan diberikan kepada peserta.

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah wang tunai

#cekalbersamatakwa #StayAtCampus
#YouNeverAlone

_Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah_

KEEP STRONG@EMCO UTM
BAHAGIAN AKTIVITI DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
πŸ“£[SENARAI PROGRAM MINGGU SENI TUN RAZAK 2021]πŸ“£

✨ Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua mahasiswa dan mahasiswi ✨

Exco Keseniaan JKM KTR Sesi 20/21 dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM akan membawakan Minggu Seni Tun Razak, MISTAR'21 kepada anda semua! Pelbagai perkongsian seni yang menarik bakal mewarnai minggu anda bersempena MISTAR'21 bertemakan Sintesis Seni: Sebuah RevolusiπŸ“£

Nantikan kami‼️

πŸ“ŒBermula 28/5 sehingga 26/6 πŸ”₯
πŸ“ŒUntuk maklumat lanjut sila layari dan ikuti Facebook dan Instagram Kolej Tun RazakπŸ“’

---------------------------------------------

πŸ“£ [SENARAI PROGRAM MINGGU SENI TUN RAZAK 2021] πŸ“£

✨ Assalamualaikum and greetings to all students ✨
Exco Kesenian JKM KTR Session 20/21 in collaboration with Department of Deputy Vice Chancellor (Student Affairs) will be bringing you Minggu Seni Tun Razak, MISTAR'21! A variety of exciting art sharing sessions that will enliven your week in conjunction with MISTAR'21 themed Art Synthesis: A RevolutionπŸ“£

Stay tuned with us‼️

πŸ“ŒStarting 28/5 till 26/6πŸ”₯
πŸ“ŒFor more information please visit and follow Kolej Tun Razak Facebook and InstagramπŸ“’
πŸ§‘β€πŸŽ¨*Program Mencanting Batik :Seni Kebanggaan Kita MISTAR’21*πŸ‘¨πŸ½β€πŸŽ¨πŸ‘¨πŸ½β€πŸŽ¨πŸ€©

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua siswa dan siswi

Exco Kesenian Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) KTR akan mengadakan program Minggu Seni Tun Razak 2021 (MISTAR’21). Program mencanting batik ini bertujuan bagi mendalami dengan lebih mendalam pembuatan mencanting yang betul dan mencorak dengan pelbagai kaedah yang berlainan. Program ini mendedahkan diri dalam:

⚜️Menggunakan peluang keemasan ini dalam mencanting batik
⚜️Mencungkil bakat terpendam pelajar UTM yang mempunyai tangan emas
⚜️Mendedahkan pelajar kepada aktiviti berunsurkan kesenian

❗❗Marilah kita bersama-sama menonton Talk yang bertajuk Seni Kebanggaan Kita anjuran Exco Kesenian Jawatankuasa Mahasiswa (JKM)KTR pada :

πŸ—“οΈTarikh: 28 Mei 2021
πŸ•°οΈMasa: 2.30p.m - 4.30p.m
πŸ“½οΈPlatform: Facebook Live KTR
πŸ‘€Panel: Amir Harith Bin Mat Kashim
(Pelukis batik)

✨Terbuka kepada semua warga KTR dan UTM
🟑Merit dan E-sijil akan disediakan

Peserta boleh mengikuti live Talk: Program Mencanting Batik :Seni Kebanggaan Kita menerusi laman FB Kolej Tun Razak ,UTM JB: https://www.facebook.com/KTR.UTM.JB

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
πŸ“±Naurah - wa.me/60167007921

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa,
Kolej Tun Razak.
Sesi 2020/2021

#MISTAR’21
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, menzahirkan ucapan penghargaan kepada beberapa artis dan personaliti tanah air yang menyampaikan kata-kata semangat serta dorongan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baginda yang juga Canselor UTM, bertitah ucapan sokongan secara rakaman video daripada artis dan personaliti itu amat dihargai, di mana ketika ini Kampus UTM di Skudai dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

β€œSaya sebagai Canselor UTM ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada mereka semua yang sudi merakam video dengan menyampaikan kata-kata semangat, dorongan serta motivasi kepada pelajar-pelajar UTM yang berada di kampus ketika ini.

β€œSaya amat berharap ia juga sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan serta sokongan kepada pelajar-pelajar berkenaan,” titah DYMM Permaisuri Johor.

TONTON video ucapan dan kataΒ² semangat dari artis & selebriti di IGtv berikut :
https://www.instagram.com/tv/CPZXKSyAmqG/?utm_medium=share_sheet