UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
📣📣 PENCARIAN BARISAN EXCO SEKRETARIAT ANAK JOHOR DARUL TA'ZIM (SEJATI) BAGI SESI 2023/2024📣📣

Assalamualaikum Wrt Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani🔴🔵

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka peluang kepada semua mahasiswa/i UTM untuk menyertai barisan kepimpinan Exco SEJATI bagi sesi 2023/2024.

Selaku ahli barisan kepimpinan SEJATI, anda akan berpeluang untuk:
✅ Diberi pendedahan dalam mengendalikan program
✅ Memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah baru
✅ Menyertai pelbagai aktiviti di bawah kerajaan negeri
✅ Menjadi pemimpin muda yang kreatif,inovatif,dan berdaya saing

Jika berminat anda boleh mengisi maklumat melalui Google Form ini:
https://forms.gle/xpZpFLrVrCiGcCa89

Berikut merupakan tempoh pendaftaran Exco SEJATI bagi sesi 2023/2024:
📅 Tarikh: 01 September 2023 - 07 September 2023

❗️ Calon yang berjaya terpilih akan menerima emel untuk sesi penilaian dan temu duga

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk ketengahkan bakat dan kebolehan anda!
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:
🙋 Naseem - https://wa.link/a4tzv1
🙋‍♂️ Ridhwan - http://wa.link/fxohrs

#studentaffairs
#myheputm
#EXCOSEKRETARIATJOHOR
❤1
IKLAN PENGAMBILAN ARTIS RESIDEN UTM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM Johor Bahru sedang mencari individu-individu berbakat untuk menyertai pasukan Artis Residen UTM.

3. Jika anda memiliki ketrampilan dalam bidang seni dan kebudayaan, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat anda dan bergemerlapan di jumantara!.

4. Keterangan lengkap berkenaan iklan ini boleh dirujuk di lampiran yang dikemukakan bersama-sama hebahan ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Zaidi bin Haji Mohmod : zaidimohmod@utm.my
Encik Mohd Fauzi bin Abdul Rais : fauzirais@utm.my / 016-6323938
Encik Muhamad Hakim bin Isa : muhamadhakim@utm.my / 014-9736985

Sekian, terima kasih.

SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN HEP
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
07 SEPTEMBER 2023 | 21 SAFAR 1445H

#studentaffairs
#myheputm
#artisresiden
📣📣 PENCALONAN IKON BELIA, ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2023 📣📣

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saudara/i,

▪️Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sedang menyelaras pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara 2023.

▪️Tujuan Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia negara.

▪️Pelaksanaan pada tahun ini melibatkan tujuh (7) kategori Ikon Belia dan lima (5) kategori Anugerah Utama.

▪️Pencalonan Ikon Belia telah dibuka bermula 1 hingga 15 September 2023 melalui pautan http://b.my/apbn2023 berikut.

▪️Sasaran penyertaan yang melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 35 tahun.

▪️Bersama ini dilampirkan bahan promosi pencalonan Ikon Belia 2023 bagi tujuan hebahan.

▪️Sebarang pertanyaan lanjut, Saudara/i boleh menghubungi:
🔹 Cik Syafiqah Hani binti Sulaiman (03-88713295)
🔹 Puan Sri Nilam Juita binti Md Zin (03-88713294)

▪️Perhatian dan kerjasama Saudara/i berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Seksyen Kepimpinan dan Sahsiah
Bahagian Mahasiswa Holistik
Jabatan Pendidikan Tinggi
13 September 2023 | 27 Safar 1445H

#anugerahperdanabelianegara #ikonbelia
#studentaffairs #myheputm
[ MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN INSPEKTOR KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI UNIVERSITI AWAM KALI KE-19 TAHUN 2023 ]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

Kami ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada ;

INSPEKTOR KS AHMAD HASSAN BIN SUHAIMI (PELATIH TERBAIK LATIHAN LUAR)

INSPEKTOR KS INSYIRAH BINTI ASH’ARI (PELATIH TERBAIK LATIHAN AKADEMIK)

INSPEKTOR KS MUHAMMAD ZAHID BIN ROSKALANA (PELATIH TERBAIK KESELURUHAN)

atas penganugerahan yang diterima pada 9 September 2023 yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Terengganu.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan dan semoga dapat terus mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.

#suksisutm #utmmyhome