UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
*PROGRAM BAJU RAYA PROJECT 2024*

Pada 23 Mac 2024, Sukarelawan Projek Kasih telah mengadakan Program Baju Raya Project 2024 di Masjid Al Jawahir, Mutiara Rini, Skudai, Johor. Program ini merupakan program kolaborasi bersama Sukeralawan Projek Kasih, Masjid Al-Jawahir dan Community Recycle for Charity. Seramai 22 orang _core team_ telah terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Dr. Naqiyatul Amirah binti Mohd Said dari Universiti Teknologi Malaysia. 270 orang sukarelawan telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar dari UTM, ILKKM, UTHM dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Program ini diadakan dengan tujuan untuk membantu mengagihkan pakaian raya dan set 5221 (5kg beras, 2kg tepung, 2kg gula dan 1 tin susu) kepada golongan asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua di sekitar Johor Bahru.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi untuk pendaftaran sukarelawan. Penerimaan barang daripada orang ramai bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Para sukeralawan diberikan tugasan mengikut seksyen pilihan masing-masing. Pada jam 1.00 petang, kesemua barang yang diterima telah dibungkus dan diasingkan mengikut 20 rumah kebajikan yang telah ditetapkan. Pengagihan barang bermula pada jam 3 petang dengan bantuan kenderaan pacuan 4 roda di Johor Bahru. Program ini juga turut dihadiri oleh 60 peserta mahasiswa/i UTM.

Dr. Naqiyatul Amirah binti Mohd Said
Pengurus Baju Raya Project Johor Bahru
Universiti Teknologi Malaysia

#studentaffairs
#hepautm
#programbajuraya
❤7
❤2
❤3
❤2
❤3
❤5
❤3
Photo from Zue
👍2
Photo from Zue
Photo from Zue
🥰1
Photo from Zue
👍1
Photo from Zue
❤1👍1🤓1
👏3
MAJLIS BERBUKA PUASA 2024 DAN BENGKEL HALATUJU KEPIMPINAN MAHASISWA ANAK PAHANG

*Pada 29 Mac 2024*

Perwakilan Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang (SEPADU UTM) telah menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Program ini merupakan anjuran Kumpulan Yayasan Pahang yang bertempat di Dataran Rumah Yayasan Pahang, Kuantan dan program ini telah disertai oleh lebih 800 mahasiswa dan mahasiswi Pahang dari pelbagai IPT dan institusi sekitar semanjung Malaysia termasuklah UTM.

Program ini telah bermula pada jam 5.00 petang dengan menyambut ketibaan diff-diff jemputan dan disertakan dengan ucapan dari Yang Amat Berhormat Dato Sri'.

Program kemudian diteruskan dengan jamuan berbuka puasa dan program ini telah berakhir pada jam 7.30 malam dengan sesi beramah mesra dan bergambar.

*Pada 30 Mac 2024*

Bengkel Halatuju Kepimpinan Mahasiswa Anak Pahang diadakan di E-Red Hotel, Kuantan dan disertai seramai 120 mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan majlis tertinggi MAMPAN dari setiap universiti seluruh semanjung Malaysia. Program ini dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan borak santai bersama mantan Presiden MAMPAN kebangsaan saudara Syed Amirul dari UniPSAS.

Program diteruskan dengan taklimat mengenai kepimpinan oleh Pengarah Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang
Yang Hormat Dato Sri’ Hajah Shahaniza binti Shamsuddin. Program ini bertujuan untuk melahirkan seorang pemimpin yang mampu menerajui MAMPAN pada sesi akan datang dengan memberi gambaran mengenai visi dan misi.

Sesi diteruskan lagi dengan pemberian 'duit raya' daripada YAB Dato Sri' Haji Wan Rosdi dan disampaikan oleh Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin. Program ini ditamatkan pada jam 1 petang dengan sesi ramah mesra dan sesi bergambar.

_Perwakilan Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang (SEPADU)_
_Universiti Teknologi Malaysia_
_Sesi 2023/2024_

“SEPADU BERTAMBAH PADU”

#studentaffairs
#myhepautm
#anakpahang
👍4❤3
❤1
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam #UTMSanjunganBangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM akan mengadakan Webinar Program Student of Universal Learning (SOUL) Siri 2/2024

🖥Tajuk: *Webinar Student of Universal Learning (SOUL) Siri 2/2024 - Fokus 360 Maksimakan Perhatian Dalam Kelas Faktor Kecemerlangan Akademik*

🗣 Panel : *Ts. Dr. Nurul Ezaila binti Alias, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM*

🗓 Tarikh : *23 April 2024 (Selasa)*
⏰ Masa : *3.00 pm - 4.00 pm*

📱 Platform : https://bit.ly/3x0bAVd (Webex)

🔗 Link Google Form untuk kehadiran akan dibuka selama 35 minit sewaktu webinar berlangsung.

👥Link kehadiran Peserta UTM (Staf & Pelajar) dan Komuniti

https://forms.gle/FyyCuvgic5HNDSLQ9

✅ Markah Merit untuk pelajar UTM dan mata CPD untuk staf UTM disediakan

✅ E-sijil disediakan.

"Perhatian maksimum, kejayaan tanpa batas!"

#studentaffairs
#myhepautm
👍7
*NOTIS TAWARAN PENGANJURAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE-68 (FESKO'68)*

_*Jom sertai festival terbesar di UTM!*_

Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar (BAPP) membuka peluang semua JKM, Kelab & Persatuan bagi penganjuran Konvokesyen Kali Ke-68 pada NOV 2024. Penyediaan Kertas Cadangan perlu dihantar seperti berikut:-

📌 *Tarikh Tutup:* 15 MEI 2024 | 4.00petang
📌 *Syarat Penyertaan:* (rujuk poster)
📌 *Penghantaran:* Secara fizikal di Galeri Siswa M42 atau muat naik melalui 'Google Form' - https://forms.gle/42XLg2SFwDX4NcZx8
📌 *Rujukan Templat:* https://docs.google.com/document/d/1ws0unbuTcidZ71nSEVKz23u16-S0U8F4/edit

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📲 Encik Ridzuan - 0107053530
📲 Encik Zack - 0177777731

Terima kasih.

#studentaffairs
#myhepautm
#konvokesyen
❤4👍2