UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Get ready for the Bursa Inter-Varsity Stock Challenge! ๐ŸŽฎ

We've invited N2N Connect Bhd, the trading simulator provider, to showcase the functionalities and features of the trading simulator you'll be using. This session will give you clear insights on how everything works, ensuring you're well-prepared. ๐Ÿ’ก

With RM78,500 up for grabs, you definitely don't want to miss this! ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ† Get familiar with the challenge and register now! ๐Ÿ“๐Ÿš€

๐Ÿ”— Registration Link: https://bit.ly/4f04UI1

#studentaffairs
#myhepautm
โค1๐Ÿ‘1
Perhatian kepada Pelajar Asasi & Diploma UTM kemasukan Julai 2024!

Dapatkan Kad MySiswa anda mengikut masa dan tempat yang ditetapkan.

Sila rujuk poster untuk maklumat yang lebih terperinci.

Terima kasih

#myhepautm
#studentaffairs
#kadmysiswa
๐Ÿ‘6
YAYASAN UEM - GRADUATE ACCOUNTANT PROGRAMME (YUEM-GAP) 2024 - UTM

Yayasan UEM Graduate Accountant Programme (YUEM-GAP) telah dibuka bermula pada 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara langsung di laman sesawang YUEM, iaitu https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx.

Syarat kelayakan untuk memohon program YUEM-GAP adalah sepert berikut:
i) Siswazah yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda samada dalam bidang Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Perakaunan (Sistem Maklumat)/Ekonomi) atau Kejuruteraan (Sivil/Mekanikal/Elektrikal) sahaja;
ii) Ijazah Sarjana Muda: Minimum 2:1 atau CGPA 3.5;
iii) Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi: Minimum CGPA 3.5;
iv) Perlu mendapat gred โ€œAโ€ bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM;
v) MUET: Band 4 dan ke atas sahaja;
vi) Graduan yang menunjukkan kesungguhan yang tinggi, berprestasi tinggi dan boleh bekerja dalam kumpulan serta komited terhadap pembangunan diri, berusaha untuk berjaya serta memiliki kemahiran komunikasi dan interaksi yang baik, di samping memegang jawatan kepimpinan di kelab-kelab di sekolah/universiti.

Melalui YUEM-GAP, pemohon yang berjaya (pelatih) berpeluang memperoleh sijil perakaunan profesional yang berprestij daripada Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Chartered Accountants Australia and New Zealand (CAANZ). Pelatih akan bekerja sambil belajar di syarikat perakaunan bertauliah di United Kingdom atau Australia yang dipilih oleh YUEM selama tempoh 4 tahun.

Pelatih yang berjaya mendapat tempat dalam program YUEM-GAP akan menerima:
i) Pengalaman kerja di luar negara selama 4 tahun;
ii) Gaji asas;
iii) Latihan dan bimbingan professional;
iv) Semua perbelanjaan berkaitan ICAEW atau CAANZ (pendaftaran, yuran tuisyen dan peperiksaan) akan ditanggung oleh YUEM; dan
v) Perbelanjaan bagi visa dan permit kerja.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

#studentaffairs
#YUEM
#myhepautm
๐Ÿ‘8โค3
Sesi Perkongsian OSHE: Edisi Seksyen Sinaran & Biokeselamatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM akan mengadakan Sesi Perkongsian OSHE: Edisi Seksyen Sinaran & Biokeselamatan. Sesi perkongsian ini diadakan bagi berkongsi mengenai 'Meneroka Sinaran di Sekeliling Manusia'. Semua warga UTM dijemput menyertai sesi perkongsian dengan butiran berikut:
.
Tarikh : 7 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : 2.30 - 3.30 petang
Penceramah oleh: Dr. Mohamad Syazwan bin Mohd Sanusi, Fakulti Sains
Moderator oleh: Dr. Nor Ezzaty binti Ahmad, Pejabat OSHE
Platform: Facebook Live (https://www.facebook.com/osheactivities)
.
Staf yang menyertai program ini akan direkodkan dalam Sistem UTMSMILE (mata CPD) dan e- sijil akan diemelkan kepada para peserta.

#studentaffairs
#myhepautm
#OSHE
๐Ÿ‘3
Penganjuran Program The Varsity P.U.L.S.E

Persatuan Transplan Malaysia sedang menganjurkan program The Varsity P.U.L.S.E (Pledge For Urgent Life-Saving Effort) iaitu sebuah program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pendermaan organ dalam kalangan mahasiswa.

Program ini dilaksanakan menerusi Kempen Kesedaran Pendermaan Organ The Varsity P.U.L.S.E yang mensasarkan sekurang-kurangnya 300 orang mahasiswa penderma organ yang baharu, menawarkan hadiah berjumlah RM5,000.00 bagi pemenang kategori universiti terbaik kempen tersebut. Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah lebih daripada RM2,500.00 bagi pemenang Cabaran TikTok Derma Organ.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi wakil Persatuan Transplan Malaysia iaitu Encik Muhamad Fahami Ahmad di talian 019-611 3492 atau menerusi emel thevarsitypulse@moh.gov.my.

#studentaffairs
#myhepautm
#dermaorgan
๐Ÿ‘1
Photo from Zue
*PROTON x UTM Business Case Study Challenge 2024*

๐ŸคฉParticipate now and stand a chance to win a Rewarding Career and cash prizes up to RM5,000!

PROTON Business Case Study Challenge is a business case study competition that *requires participants to formulate and present the best solution to a business case study within the allocated time frame by utilizing data analysis, business judgment, and innovation*

Open for all nationalities, fresh graduates, undergraduate & postgraduate students from all courses, semester 1 to final semester.

Scan the QR Code for the details and terms & conditions and register your team now!

Any enquiries please emel to atiqahj@proton.com

#studentaffairs
#myhepautm
#ptotonbusiness
๐Ÿ‘3โค1
Assalammualaikum
Selamat sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

Anda mempunyai semangat daya yang tinggi? Berminat untuk menjadi sebahagian dari Kabinet Kelab Gerakan Pengguna Siswa? Mudah untuk berkerja dalam kumpulan? Jom beranikan diri anda untuk menghadiri temuduga secara atas talian ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM Johor Bahru sedang mencari Barisan Kabinet Kelab Gerakan Pengguna Siswa sesi 2024/2025โœจ

Tempoh permohonan : 17 hingga 27 Ogos 2024
Tarikh temubual : 29 Ogos 2024 (secara atas talian)

๐Ÿ“Jawatan yang ditawarkan:

โ—พ๏ธMajlis Eksekutif
โ–ซ๏ธExco Multimedia
โ—พ๏ธExco Publisiti
โ–ซ๏ธExco Dokumentasi
โ—พ๏ธExco Kebajikan & Sosial
โ–ซ๏ธExco Akademik & Intelektual
โ—พ๏ธExco Keusahawanan & Ekonomi

๐Ÿ”— https://forms.gle/nmqKhrgoshQrJQwR6

Jom sama-sama rebut peluang ini. Mungkin anda yang kami cari!!! Sebarang pertanyaan boleh hubungi +60 11-1514 0609 (Insyirah)

๐Ÿ“ŒIkuti media sosial rasmi GPS UTM
https://linktr.ee/gps_utm

"Interaktif, Dinamik & Progresifโ€

Kelab Gerakan Pengguna Siswa
Universiti Teknologi Malaysia
2023/2024

#myhepautm
#studentaffairs
#KelabGerakanPenggunaSiswa
โค4๐Ÿ‘3
KAJIAN POLLING BULI SIBER DALAM KALANGAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melaksanakan Kajian Polling Berkaitan Buli Siber Dalam Kalangan Belia Malaysia. Objektif utama kajian ini dilaksanakan bertujuan:
i. Meninjau gejala buli siber yang berlaku dalam kalangan belia;
ii. Mengenalpasti faktor gejala buli siber dalam kalangan belia;
iii. Mengenalpasti kesan buli siber dalam kalangan belia; dan
iv. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi isu buli siber dalam kalangan belia.

Pautan kajian BULI SIBER DALAM KALANGAN BELIA MALAYSIA : https://bit.ly/bulisiberIYRES

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Shahhanim Yahya (shahhanim@iyres.gov.my) dan Puan Nur Shazwanie Rosehan (nurshazwanie@iyres.gov.my)

#studentaffairs
#myhepautm
#kajianbulisiber
โค2
Perhatian kepada Pelajar Asasi & Diploma UTM kemasukan Julai 2024!

Dapatkan Kad MySiswa anda mengikut masa dan tempat yang ditetapkan.

Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

#studentaffairs
#myhepautm
#KadMySiswa
ACARA KERETAPI SARONG JOHOR 2024 X HAB HAB HOORAY

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (IYHSB) akan menganjurkan Keretapi Sarong Johor 2024 X HAB HAB Hooray bersempena Hari Malaysia dengan mengetengahkan aspek kesenian, kebudayaan dan warisan Johor dan Malaysia seperti ketetapan berikut:

Acara : Keretapi Sarong Johor 2024
Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
Tempat Bermula Perarakan : Pejabat Pos Besar Johor Bahru
Tempat Berakhir Perarakan : Pusat konvensyen Antarabnagsa Persada Johor

Acara : HAB HAB Hooray
Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi โ€“ 10.30 malam
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Nur Hanani Mohd Yazid 018-2445133 atau En. Amiluddin Tajudin 012-2135227 atau layari sosial media Johor Youth Hub.

#studentaffairs
#myhepautm
#IRDA
#IYHSB
๐Ÿ‘2๐Ÿคฉ1
๐Ÿ”Š*PERMOHONAN TRANSKRIP AKTIVITI PELAJAR (UTMSAT) TAHUN 2024 KINI DIBUKA!*๐Ÿ”Š

1. Hanya terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda semester akhir yang akan bergraduasi pada Nov 2024.
2. Permohonan boleh dibuat melalui portal MyUTM.
3. Panduan permohonan : https://studentaffairs.utm.my/bapp/home/
4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 07 - 553 8850 atau email ke activitysystem@utm.my

๐ŸŸข Tarikh Buka: *20 Ogos 2024*
๐Ÿ”ด Tarikh Tutup: *20 Oktober 2024*