UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Forwarded from UTM Official Students Channel (Zue)
PELAKSANAAN INISIATIF BAUCAR BUKU MADANI FASA KEDUA TAHUN 2024 KEPADA PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI BAWAH SELIAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian baucar pembelian buku bernilai RM100 kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) pada 30 Mei 2024 yang lalu.

Pada Fasa Kedua ini, pelajar boleh menebus baucar bernilai RM100 melalui portal MySiswaPlace yang telah dibangunkan oleh Yayasan Perkasa Siswa. Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal mySiswaPlace melalui pautan https://mysiswaplace.my/, bermula 30 Oktober 2024 yang lalu. Penebusan kod baucar RM100 hanya sah digunakan untuk pembelian buku di platform MySiswaPlace sahaja sehingga 31 Disember 2024.

Untuk pertanyaan lanjut, pelajar boleh menghubungi pihak Yayasan Perkasa Siswa di talian 03 8870 6878 / 019 2267 267.

#studentaffairs
#myhepautm
#baucarbuku
Assalamualaikum w.b.t.
你好, வணக்கம்
Selamat Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Pengguna Bijak,
Salam Malaysia Madani.

Dimaklumkan bahawa Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM Johor Bahru merupakan kelab/persatuan pelajar berdaftar di UTM yang berperanan sebagai perantara di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan golongan belia khususnya pelajar-pelajar di UTM untuk menyalurkan maklumat berkaitan isu-isu dan Pendidikan Kepenggunaan bagi melahirkan golongan Pengguna Muda Bijak.

Sehubungan dengan itu, Kelab GPS UTM Johor Bahru mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kajian Rintis Sikap Pelajar UTM Terhadap Isu dan Pendidikan Kepenggunaan di kalangan Pelajar UTM. Semua pelajar UTM adalah dipelawa untuk memberikan maklumbalas melalui kajian rintis ini. Hasil dapatan daripada kajian rintis ini akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi membantu merangka dasar berkaitan kepenggunaan yang lebih komprehensif.

Kajian rintis ini terbahagi kepada TIGA BAHAGIAN dan responden diminta untuk menjawab semua soalan yang disediakan.

📌 https://forms.gle/WXKi88Nhfhv5Pqbg9

📌Ikuti media sosial rasmi GPS UTM
https://linktr.ee/gps_utm

“Interaktif, Dinamik & Progresif”

#gpsutm
#penggunabijak

Kelab Gerakan Pengguna Siswa
Universiti Teknologi Malaysia
Kampus Johor Bahru
Sesi 2024/2025
❤3👍1
Ceramah Persediaan Menghadapi Misi Banjir bersama NADMA

Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa!

Kelab Volunteer@UTM & Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar, JTNCHEPA UTM akan mengadakan Ceramah Persediaan Menghadapi Misi Banjir yang akan disampaikan oleh wakil daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sesi bual bicara ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para sukarelawan dalam penyediaan misi banjir. Ayuh sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini🔥

🗓 Tarikh: 3/12/2024 (Selasa)
⏰ Masa: 8:30PM - 10:00 PM
📍 Platform:Webex Meeting & Facebook Volunteer UTM dan Facebook live Student Affair

🔗 Pautan link Webex Meeting : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m05a927bcee4dfff4fd3c8ecb2fc98ff9
🔗 Pautan link Facebook Volunteer UTM : https://www.facebook.com/volunteerUTM
🔗Pautan link Facebook UTM Student Affair: https://www.facebook.com/heputm

🤵🏻 Penceramah : Encik Muhammad Azam bin Zakuan (Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA)

📌 Merit UTM disediakan
📌 Terbuka kepada semua pelajar dan staf UTM
📌 Cabutan bertuah berupa wang ringgit untuk 10 orang peserta

Kerjasama anda amat dihargai dan jumpa di sana!

Ikuti kami untuk mendapatkan info terkini :-
IG: volunteer_utm

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
📞 Nisa - 011-28683969
📞 Dya - 011-58723894

Kelab Volunteer@UTM & Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar, JTNCHEPA UTM

"Volunteer, A Free Yet Priceless Act"

#studentaffairs
#myhepautm
#NADMA
👍2
👍1
*[PENDAFTARAN PENYERTAAN PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN BERSAMA KPDN CAWANGAN PONTIAN]*

Assalamualaikum w.b.t
你好, வணக்கம்
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

*Tak Tahu Hak Anda sebagai Pengguna? Nak jadi Pengguna yang bijak?*

Jom sertai Program *Advokasi Kepenggunaan bersama KPDN Cawangan Pontian*. Program anjuran KPDN Cawangan Pontian dengan kerjasama Kelab GPS UTM Johor Bahru dan JKM KTDI ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang hak-hak pengguna serta cara untuk menjadi Pengguna Bijak. Anda boleh menguji pengetahuan dengan menyertai *Kuiz Kahoot Kepenggunaan* pada program ini. So, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu sambil bersaing memenangi hadiah menarik yang disediakan! 🎁

*Berikut adalah butiran program*:
🗓 Tarikh: 7 Disember 2024 (Sabtu)
📍 Tempat: Dewan Sri Resak, Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), UTM.
⏰ Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang

🎉 *HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!* 🎉
🏆 Tempat Pertama: RM 100.00
🥈 Tempat Kedua: RM 70.00
🥉 Tempat Ketiga: RM 50.00
🎖️ Tempat Keempat: RM 40.00
🎖️ Tempat Kelima - Kesepuluh: RM 30.00

✅ Merit UTM & E-Sijil disediakan
✅ Sarapan dan Makan Tengahari disediakan
✅ Cabutan Bertuah

🔗 Daftar sekarang: https://forms.gle/TnyKpxj9L2fyeH7t5

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
🤵🏻‍♀ Izzah: https://wa.me/60197773408
🤵🏻‍♀ Dayah: https://wa.me/60177149577

📌 Ikuti media sosial rasmi GPS UTM: https://linktr.ee/gps_utm

“Interaktif, Dinamik & Progresif”

#gpsutm
#penggunabijak

*Jawatankuasa Pelaksana*
Program Advokasi Kepenggunaan 2024
Kelab Gerakan Pengguna Siswa
Universiti Teknologi Malaysia
Kampus Johor Bahru
👍2
[ 👮🏻‍♂️🎙PODCAST BERSAMA KOR SUKSIS UTM 🎙👮🏻‍♂️]

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Mari sertai kami dengarkan topik-topik menarik yang akan dikongsikan di dalam ✨Podcast Bersama Kor SUKSIS.✨

Daripada temu bual mendalam bersama Kor SUKSIS kepada perbincangan menarik mengenai “Tips Menguruskan Akademik dan Latihan serta Disiplin dan Kepimpinan: Bagaimana SUKSIS Bantu Membentuk Karakter Mahasiswa” ✨

Jangan ketinggalan ‼️

🎧 Dengarkan podcast kami secara langsung pada:

🗓Tarikh: 10 December 2024 (Selasa)
⏱️Masa: 2:30pm - 3:30pm
📍Lokasi: Studio USSC UTM
🔗Link pautan: https://youtube.com/@utmstudentstudio?si=47-8DH2u8M4G-vjt

👮🏻‍♀️ Moderator: NUR NAJIHA BINTI MOHD HUMAIDI
Panelis:
👮🏻‍♂️ Ajutan Kor SUKSIS: DSP/KS DR. ZULFIKAR BIN AHMAD
👮🏻‍♂️ Presiden Kor SUKSIS: MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN RAHMAN

#KorSUKSISUTM
#SediaBerkhidmat
#suksisfamily
#utmsanjunganbangsa
❤7👍2
👧👦 EKSPLORASI CILIK AKTIF - Seronok Belajar Sambil Bermain! 📚✍️🧮

✨ Nak anak-anak anda lebih mahir membaca, menulis, dan mengira sambil berseronok? Jom sertai EKSPLORASI CILIK AKTIF!
🎈 Kami bawakan pengalaman pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan, dan penuh ilmu untuk anak-anak berusia 7 hingga 9 tahun!

📅 Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Johor Bahru

🌟 Kelebihan Program:
✅ Tingkatkan kemahiran harian seperti membaca papan tanda, menulis nota, dan memahami nilai wang.
✅ Mudahkan anak-anak kuasai subjek seperti sains, matematik, dan bahasa.
✅ Bantu mereka lebih yakin untuk berkomunikasi & beraksi dalam pembelajaran.

📝 Syarat Penyertaan:
✨ Terbuka untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun.
✨ Perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa.

💸 Yuran Pendaftaran:
👧 1 orang: RM60
👨‍👩‍👧 2 orang: RM100
(Makanan & minuman disediakan!)

📲 Daftar Sekarang: Klik QR Code pada pada poster atau layari https://bit.ly/3VgtRGW

📞 Sebarang pertanyaan? Hubungi:
+60179327684 (ARIF)
+60199811247 (DAYANA)

🎉 Jangan lepaskan peluang untuk anak-anak anda belajar sambil bermain! Jom daftar sekarang!🌈

#studentaffairs
#myhepautm
#eksplorasicilik
👍1