UTM Official Students Channel
17.3K subscribers
3.64K photos
38 videos
284 files
2.43K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SESI 25/26 πŸ•Š

Assalamualaikum wbt,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam RPI Memimpin.

Sukacitanya, dimaklumkan bahawa Rakan Pusat Islam UTM akan menganjurkan program Kursus Pengurusan Jenazah bagi sesi 2025/2026 untuk memberi pendedahan teori dan praktikal mengenai pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Program akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

πŸ“… Sabtu, 21 Jun 2025
πŸ•— 8:30 pagi – 12:45 tengah hari
πŸ“ Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, UTM

🎁 30 peserta terawal hadir akan menerima cenderahati PERCUMA!

Rakan Pusat Islam mengalu-alukan kedatangan mahasiswa/i UTM yang berkelapangan bagi memeriahkan lagi program ini.

πŸ“ž Pertanyaan:
πŸ“± Adam: 011-6235 0472
πŸ“± Rafiq: 011-1283 9200

Link Pendaftaran:
https://forms.gle/emvVfnUBSUvPJvjh7

Sekian, terima kasih.

RPI MEMIMPIN
Tarbiah β€’ Ta’lim β€’ Ta’dib

Rakan Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 25/26

#studentaffairs
#myhepautm
#pengurusanjenazah
❀2
πŸ“£ Calling All Civil Engineering Students!

Warm greetings from the Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)!

We are excited to invite you to:

πŸŽ“ FKA Industry-Community Engagement Day 2025 (FKA-ICE Day 2025)
πŸ—“ Date: Tuesday, 17 June 2025
πŸ“ Venue: Faculty of Civil Engineering, UTM Johor Bahru

Why You Should Join:
πŸ’Ό Industry Interview Sessions – Attend open walk-in interviews for those seeking job placements
πŸ“„ Drop your Resume – for internship or industrial attachment opportunities
🎀 Attend Industry Talks – gain insights from professionals on career paths and current industry trends
🌟 Explore Internship Opportunities – connect with potential employers

πŸ†• OPEN WALK-IN INTERVIEW DURING EVENT
Register! Bring your resume and impress recruiters on the spot.

βœ… What to Prepare:
βœ”οΈ Updated resume (both printed & softcopy)
βœ”οΈ Dress professionally – first impressions matter!
βœ”οΈ Bring a notebook or device for note-taking
βœ”οΈ Be ready with your elevator pitch to impress!

πŸ“˜ Need Help Preparing Your Resume or Interview?
🎯 Resume & Interview Tips: https://shorturl.at/2w8cH
πŸ“„ Resume Template (Editable): https://rb.gy/0orrk6

🏒 Participating Industry Partners include:
β€’ GreenIBS Consult Sdn. Bhd.
β€’ Laubros Holdings (M) Sdn. Bhd.
β€’ MGB Berhad
β€’ EcoWorld
β€’ Lagenda Properties Sdn. Bhd.
β€’ China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd.
β€’ Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd.

πŸ“’ Seats are limited to 150 participants for the Industry Talk & Interviews.
πŸ“Œ Register here now: https://forms.gle/QKUiRmU5CESyFMPA6

πŸ•’ Event timetable will be shared soon.

🎯 Don’t miss this chance to kickstart your career!

For more info, contact:
πŸ“ž Dr. Zuhaili – 013-712 6280
πŸ“ž Puan Zamila – 010-769 6528

We look forward to seeing you there! πŸ’Όβœ¨

#fka
#ICEDAY
πŸ‘1
❀1
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi & UPSI akan mengadakan Majlis Tahlil Perdana kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 9 Jun 2025.

Sehubungan dengan itu, pihak UPSI menjemput semua pihak terutama Warga Universiti Awam dan Swasta untuk menyertai majlis tersebut secara dalam talian melalui pautan berikut

Majlis Tahlil Perdana
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/qhw-gskf-frn

Tarikh : 16 Jun 2025
Anggaran Masa : 7.25 pm

Semoga penyertaan semua pihak dapat menyempurnakan lagi majlis dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Jazakumullahu khairan atas kesudian dan doa yang dipanjatkan. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

#studentaffairs
#myhepautm
#tahlilperdana
❀6
https://youtu.be/pXZcw572GGQ?feature=shared

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

🌟 Sembang Adab: Adab Terhadap Ilmu 🌟

Ilmu adalah cahaya yang menerangi jalan kehidupanβ€”namun cahaya ini hanya memberi manfaat apabila kita menghargai dan memuliakannya. Dalam episod Sembang Adab kali ini, kami bawakan satu tajuk yang amat penting bagi setiap penuntut ilmu: "Adab Terhadap Ilmu".

πŸ•Œ Panel Jemputan: Ustaz Amir Irsyad Bin Saim
🎀 Moderator: Syamil, Majlis Perwakilan Pelajar UTM 2024/2025
PENCARIAN BAKAT PEMUZIK BAGI JK TEMA DAN MUZIK SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-69 UTM

Universiti Teknologi Malaysia sedang mencari dan mengenal pasti bakat-bakat pemuzik dari kalangan pelajar dan staf bagi menyertai Jawatankuasa Tema dan Muzik sempena Majlis Konvokesyen ke-69 UTM yang akan berlangsung pada bulan November 2025.

Pemuzik yang terpilih akan menjadi sebahagian daripada pasukan Orkestra UTM yang akan mengiringi majlis konvokesyen UTM, termasuk persembahan lagu tema, lagu rasmi, dan iringan muzik semasa majlis berlangsung.

Peluang ini terbuka kepada individu yang

1. Membaca notasi muzik
2. Komitmen & disiplin
3. Bekerjasama dalam kumpulan
4. Bersedia dengan lagu yang diberikan "Music Director"

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JK TEMA & MUZIK : -

+6017-7972712
Encik Masnawi bin Miskam

+6019-7391796
Encik Muhamad Hakim bin Isa

#UniversitiTeknologiMalaysia #UTM #UniMaroon #SeksyenKebudayaanDanOratori #utmsanjunganbangsa #keranatuhanuntukmanusia