UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
Research Canvas Competition is back with its 4th edition this year! Stand a chance to win a brand new laptop or lots of other attractive prizes! Just follow the rules and any of these prizes might be yours*

Submit your Research Canvas here >> https://bit.ly/RC2021submission
Due date for submission is on 22nd August 2021, at 5.00 pm

For more details, visit our website at http://library.utm.my/research-canvas-competition-2021/

We wish the best of luck to everyone!

*Terms and conditions applied
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
Sukacitanya dimaklumkan, Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UTM akan menganjurkan Fiesta Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Maya UTM 2.0 dengan kerjasama JKKP Negeri Johor bermula pada 13 Julai 2021 sehingga 15 Julai 2021.
Sehubungan dengan itu, OSHE UTM ingin menjemput semua warga UTM bersama-sama untuk memeriahkan Fiesta PKKP ini di samping kita dapat menambahkan pengetahuan di dalam aspek KKP.
Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz dan cabutan bertuah boleh disertai oleh semua! Jangan lepaskan peluang ini!!
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) ingin menjemput semua pelajar UTM untuk menghadiri sesi Taklimat Ops Hantar Pelajar Pulang 3.0 yang akan dianjurkan melalui Facebook Live Student Affairs dan Webex. Berikut merupakan maklumat berkenaan dengan taklimat tersebut:

🗓️ Tarikh: 13 Julai 2021 (Selasa)
⏰ Masa: 8.30 malam
👨🏻‍💼 Speaker: Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (HEP), UTM
👨‍🎓 Moderator: Fitri Nurliza binti Syapri, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

📍 Medium:

🟣 FACEBOOK: UTM Student Affairs
https://www.facebook.com/heputm/

🔴WEBEX JTNCHEP:

Meeting Link : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=mf484d3f9bb30c2faccffbb1a75a0cc0e

Meeting number : 184 552 8092

Password: Hep12345

Sesi ini diadakan sebagai satu inisiatif Jabatan TNC (HEP) untuk memberi penerangan yang lebih jelas mengenai Pergerakan Pelajar Pulang Sempena Cuti Semester 2020/2021.

Semua Pengetua Kolej Kediaman dan juga Felo adalah turut dijemput sama untuk menyertai taklimat ini.

Sekian, dimaklumkan.

JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Nak tonton video idea inovatif dan dapat e-Cert? Jom tengok video menarik dalam senarai Festival of Ideas KPT minggu ini dari UPSI dan UTM pada jam 11 pagi hari ini di web Festival of Ideas >> https://foi.mohe.gov.my/
Mudah je, daftar, tonton dan dapatkan e-Cert anda 😍
Situasi pandemik Covid-19 yang melanda memberi impak yang sangat besar kepada tahap kesihatan mental rakyat Malaysia. Statistik PDRM menunjukkan berlaku peningkatan kes bunuh diri. Apa yang membimbangkan, secara purata sebanyak 2 kes bunuh diri berlaku setiap hari di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Kemurungan, kehilangan pendapatan dan sebagainya merupakan antara faktor risiko penyebab kecenderungan kepada membunuh diri. Ini ditambah pula dengan ketidakmampuan untuk memperoleh penyelesaian masalah. Maka, melihat mengambil nyawa sendiri sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan kesulitan.

Bersama-sama kami Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dalam program DAMAI DI HATI. BUNUH DIRI: BUKAN JALAN PENYELESAIAN...TAHU LANGKAH PENCEGAHAN PADA 16 Julai 2021 (Jumaat), bermula pada jam 10.00 pagi.

Link pendaftaran di https://forms.gle/Rk5vVFQRk4VaLvHe6 atau imbas QR Code di dalam poster.

Mata CPD dan MyACAD disediakan...!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semua staf dan pelajar dijemput menyertai ceramah di atas menerusi aplikasi Facebook Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Victor Hoe Chee Wai, Ketua Jabatan Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya (UM) dan butiran maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Julai 2021 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Facebook LIVE : https://www.facebook.com/osheactivities
Moderator : Dr. Saleha binti Shahar, Fakulti Sains

Terdapat kuiz, cabutan bertuah dan hadiah menarik menanti anda.. Jangan lupa rebut peluang keemasan ini..

Pelajar akan direkodkan dalam sistem aktiviti pelajar (UTM ACAD)(mata Merit). Link Google Form akan dibuka bermula pada jam 3.00 petang.
Panduan Permohonan Balik Kampung.pdf
1.9 MB
PEMAKLUMAN:

Panduan Permohonan Balik Kampung.

Daripada:
Bahagian Pentadbiran, Jabatan TNC (HEP)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Kemahiran tatarias diri dan dandanan amat penting bagi setiap individu bagi tujuan mengekalkan kebersihan dan kekemasan diri yang juga memberi impak kepada pengaruh hubungan sosial dalam organisasi dan masyarakat. Oleh kerana terdapat manafaat yang besar kepada psikologi diri individu yang menitikberatkan penjagaan rutin harian tatarias diri dan dandanan, kami Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program BITARA WAJAH SIRI 1/2021 pada 19 Julai 2021 bermula pada jam 10.00 pagi.
Pautan Program (Webex) adalah seperti berikut https://bit.ly/BITARAWAJAH01 atau imbas QR CODE di poster yang dilampirkan.
Mata CPD dan MyACAD disediakan...!
Sekian, terima kasih.
CHANNEL TELEGRAM ANAK JOHOR UTM🔴🔵

Assalamualaikum,salam sejahtera, Salam Makmur Johor

CHANNEL ini ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan semua anak-anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim yang menuntut pengajian di UTM bagi menyampaikan informasi-informasi seperti bantuan, program ,aktiviti dan sebagainya.

Sila Click ke link berikut :

https://t.me/AnakJohorUTM
Hari ini.

Jom saksikan kemuncak Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Johor 2021 yang akan disiarkan menerusi Facebook DOSH JDT. Program kerjasama bersama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM.

Tarikh : 15 Julai 2021 (Hari ini)
Masa : 9.30 pagi
Link : https://www.facebook.com/doshjdt
Sesi Sharing Knowledge : UTM COVID19 Survival Story

Jom ikuti sesi perkongsian pengalaman Pasukan Tindakan Keselamatan (Emergency Response Team) UTM dalam menangani Pandemik COVID19 semasa tempoh PKPD.
Penceramah : En. Mohd Faizal bin Abd. Latib, Yang Menjalankan Fungsi Pengarah Bahagian Keselamatan

Tarikh : 15 Julai 2021 (Hari Ini)
Masa : 11.25 pagi
Facebook : https://www.facebook.com/osheactivities

Teruskan bersama kami..
🏜 WEBINAR AIDILADHA KDSE: HIKMAH IBADAH KORBAN 🏜

Tahun ini, umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai 2021. Akan tetapi, di saat musim pandemik yang semakin meruncing ini, sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini adalah tidak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Namun begitu, hikmah Hari Raya Aidiladha ini hendaklah sentiasa kita hayati supaya kita masih mampu beramal dan mendapat keredhaan Allah SWT dalam melakukan apa pun bentuk ibadah korban.

Sehubungan itu, Kolej Datin Seri Endon akan mengadakan webinar Aidiladha yang bertajuk Hikmah Ibadah Korban. Butiran webinar tersebut adalah seperti berikut:

🔸 Tarikh: 16 Julai 2021
🔸 Masa: 9.00 - 10.00 malam
🔸 Penceramah: Dr Mohd Nasir Masroom, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM
🔸 Platform: FB Kolej Datin Seri Endon
https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM

⭐ Moderator
Ku Nor Airul Afizal Ku Riya
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)

🍀 Merit UTM & mata CPD akan diberikan
🍀 Borang pendaftaran akan diberikan ketika program

♦️ Anjuran
JKM KDSE, UTM
PEMAKLUMAN:

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Pekeliling Pelajar Bil. 13/2021:
Prosedur Pergerakan Pelajar Pulang Sempena Cuti Semester 2020/2021 untuk rujukan dan tindakan pelajar selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Bahagian Pentadbiran
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru