UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
CamScanner 07-26-2021 11.13.pdf
921.4 KB
CamScanner 07-26-2021 11.13.pdf
#mahasiswaJohor | INSENTIF SUMBANGAN E-BAUCAR MAKANAN KFC BERNILAI RM20

• Antara bantuan Kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRE Ihsan Johor 3.0

• Khas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermustautin di Negeri Johor.

• Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40

• Permohonan dibuka sehingga 31 JULAI 2021

• Pautan secara atas talian https://docs.google.com/forms/u/1/d/1fRDxKjwCJ0wZTMj6cm36KQrWv9nHumd2ZLFk882M8uY

#YayasanPelajaranJohor
#membinainsanberkualiti
💻 *WEBINAR GLOW-PENJANA: JANA PENDAPATAN MELALUI FREELANCE* 💻

🤔 Apa itu Glow Penjana?
🤔 Apa maksud Freelance?
😱 Boleh kerja dari rumah?

📌 Ikuti sesi pengenalan program GLOW-PENJANA bagi menjawab soalan-soalan anda secara atas talian di platform Facebook live pada :

🗓 *Tarikh : 27 July 2021 (Selasa)*
⏰ *Masa : 2.30 petang*
💻 *Platform : Laman Facebook KolejDatinSeriEndon* https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM/

‼️Anda perlu sertai sesi Webinar ini jika anda :
1️⃣ Ingin meneroka peluang kerjaya sebagai seorang _digital freelancer_
2️⃣ Mempunyai kemahiran dan kelayakan tetapi tidak tahu bagaimana memasarkan perkhidmatan anda di atas platform _freelance marketplace_
3️⃣ Masih belum berjaya mendapat sebarang peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian

📲 Sertai kami secara *_Live_* di *Facebook*


#glowpenjana
#workfromhome
#erezeki
#kdse
#utm
SOUL FITNESS FOR YOUTH

Tanpa disedari masalah Covid-19 mempengaruhi kesihatan mental rakyat Malaysia, khususnya Mahasiswa dan Belia.

Mengambil contoh situasi Mahasiswa yang tinggal di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan/Lockdown, ada di antara mereka yang mengalami tekanan dan berisiko menghadapi masalah kesihatan mental sekiranya tidak ditangani dengan baik. Mereka perlu dibantu melalui amalan gaya hidup sihat dan khidmat konsultasi kesihatan mental sekiranya perlu.

Kami di TickTalk TV ingin mengambil inisiatif mengadakan sesi SOUL FITNESS FOR YOUTH khas kepada belia berusia lingkungan umur 20-25 tahun seperti ketetapan berikut:

Siri 1: Tuhan Sayang Kita.
Tarikh: 31 Julai 2021 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 12 tengah hari
Pelantar: Facebook Live

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Klik link di bawah untuk mendaftar:
https://bit.ly/SoulFitnessforYouth

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tertera dibawah:
1.Muhammad (+6011-11828208)
http://wa.me/601111828208

2.Syafira (+6019-4241780)
http://wa.me/60194241780

Sekian, terima kasih.

#TickTalkTV
#SoulFitnessForYouth
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan bantuan pinjaman komputer riba kepada pelajar UTM
Sila mohon melalui pautan:
https://forms.gle/JcwAbE5f4bc9Gi3e9
Permohonan dibuka mulai 29 Julai 2021-7 Ogos 2021
Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada:
studentafairs@utm.my atau hubungi di talian 07-5530683

Terima kasih.
NOTIS PEMAKLUMAN KLUSTER HOSPITALITI

Urusan pengosongan bilik kolej kediaman sempena cuti semester akhir sesi 2020/2021 bagi pelajar yang tidak dapat kembali semula ke kampus semasa pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya.

Kluster Hospitaliti
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Universiti Teknologi Malaysia
The Ministry of Higher Education is in the process of gathering information on covid 19 vaccination status among public universities students. Therefore all students (undergraduate, post graduate, UTMSpace) is required to fill in the form before 11.00 am, 30 July 2021.

Link: https://forms.gle/ui59iE1ZBsnXQjmn9

Thank you.

Department of Deputy Vice-Chancellor of Student Affairs
27 July 2021
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

PERTANDINGAN FOTOGRAFI RIAS WAJAH MERDEKA 2021

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Rias Wajah Merdeka 2021 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos 2021. Pertandingan Fotografi Rias Wajah Merdeka 2021 ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa semua golongan pelajar dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Selain itu, penganjuran program ini juga diharap dapat menarik minat para pelajar IPT dalam menyertai aktiviti seni budaya bercorak patriotik serta menjadi satu medium bagi melahirkan generasi yang lebih terampil dan berkeyakinan menggunakan pendekatan seni budaya melalui cabang solekan kesan khas. Tarikh penyertaan bagi program ini adalah pada 26 Julai hingga 14 Ogos 2021.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut:
1) Puan Nur Marwani binti Mohd Noor
Emel: marwani@mohe.gov.my / 03-88706495 / 019-9195854
2) Puan Nor Zaida binti Zakaria
Emel: zaida.zakaria@mohe.gov.my / 03-88706522 / 011-21260488

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan (link): https://forms.gle/WAXTVrjbJz1yhaCZA

Sekian, terima kasih.
Happy International Youth Day - Video wishes

In conjunction of International Youth Day 2021 (celebrated on 12 August every year), UTM will produce official video to wishing all youth around the globe.

So, we want YOU to be part as our video.

You can record a very short video (in English), contain wishes "Happy International Youth Day!" and send to us here. Yeah, you can mention your name and country too.

Selected videos will be part of official wishing video from UTM!


Term :
- Local and International students of UTM
- HD video quality
- Group (limited to housemate or remain social distance)
- Individual
- Proper attire (Good to have your own national attire)
- Closing date : 4th August 2021

Submit your video here https://tinyurl.com/UTMIntYouthDayWishes
Registration to Nestlé Malaysia's exciting virtual challenge is now open!
Be a Force For Good and tackle challenges that we have prepared head-on for a chance to win internship opportunities and exciting prizes!
Can you Conquer The Nest?
Register now at graduan.com/conquerthenest!
#NestléNeedsYOUth #NestléMalaysia #IYD2021 #ConquertheNEST
💻 *WEBINAR GLOW UP ENTREPRENEUR: JANA PENDAPATAN MELALUI FREELANCE* 💻

🤔 Apa itu GLOW UP Entrepreneur?
🤔 Apa maksud Freelance?
😱 Boleh kerja dari rumah?

📌 Ikuti sesi pengenalan program GLOW UP Entrepreneur bagi menjawab soalan-soalan anda secara atas talian di platform Facebook live pada :

🗓 *Tarikh : 30 Julai 2021 (Jumaat)*
⏰ *Masa : 8.30 malam*
💻 *Platform : Laman Facebook KolejDatinSeriEndon* https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM/

‼️Anda perlu sertai sesi Webinar ini jika anda :
1️⃣ Ingin meneroka peluang kerjaya sebagai seorang _digital freelancer_
2️⃣ Mempunyai kemahiran dan kelayakan tetapi tidak tahu bagaimana memasarkan perkhidmatan anda di atas platform _freelance marketplace_
3️⃣ Masih belum berjaya mendapat sebarang peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian

📲 Sertai kami secara *_Live_* di *Facebook*


#glowpenjana
#workfromhome
#erezeki
#kdse
#utm
Kemahiran tatarias diri dan dandanan amat penting bagi setiap individu bagi tujuan mengekalkan kebersihan dan kekemasan diri yang juga memberi impak kepada pengaruh hubungan sosial dalam organisasi dan masyarakat. Oleh kerana terdapat manfaat yang besar kepada psikologi diri individu yang menitikberatkan penjagaan rutin harian tatarias diri dan dandanan, Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program BITARA WAJAH SIRI 3/2021 pada 2 Ogos 2021 (Isnin) bermula pada jam 10.00 pagi.

Pautan Program (Webex) adalah seperti berikut https://bit.ly/DAFTARBITARAWAJAH03 atau imbas QR CODE di dalam poster di atas.

Mata CPD dan MyACAD disediakan...!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK KPT 2021

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik KPT 2021 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos tahun ini. Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik KPT 2021 ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa semua mahasiswa dan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Selain itu, penganjuran program ini juga diharap dapat memahat dan menanam rasa cinta kepada bahasa kebangsaan bagi golongan muda di negara ini yang turut berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam zaman teknologi ini. Tarikh penyertaan bagi program ini adalah pada 26 Julai hingga 14 Ogos 2021.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut:
1)Puan Nur Marwani binti Mohd Noor
Emel: marwani@mohe.gov.my/019-9195854/03-88706495
2)Puan Nor Zaida binti Zakaria
Emel: zaida.zakaria@mohe.gov.my/011-21260488/03-88706522

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan (link): https://forms.gle/u9KsTWX3GK3s1WX7A

Sekian, terima kasih.