UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
✨🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MERDEKA KDSE 🇲🇾✨

Ayuh marilah kita bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Majlis Penutupan Program Merdeka KDSE yang akan dirasmikan oleh YBrs Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi Malaysia.

Para pemenang bagi Program Merdeka KDSE pada tahun ini akan turut diumumkan ketika majlis ini 🏆🎁

🗓 16 September 2021 (Khamis)
⏰ 9.45 - 10.30 malam
💻 https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM

📌 E-sijil & merit UTM akan diberikan

Jumpa anda di sana!

#MerdekaKDSE
#KDSEGearUp
#MalaysiaPrihatin
#myheputm
#utm
MAJLIS KEMUNCAK DAN PENUTUPAN SEMARAK PERPADUAN: BULAN KEBANGSAAN 2021 PERINGKAT SEKRETARIAT RUKUN NEGARA 🇲🇾

Sekretariat Rukun Negara UiTM Shah Alam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan mengadakan Majlis Kemuncak dan Penutup Semarak Perpaduan: Bulan Kebangsaan 2021 peringkat Sekretariat Rukun Negara.

Ucapan istimewa daripada:

Encik Abdul Halim bin Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara

Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi
Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM)

🗓️ Tarikh : 16 September 2021 (Khamis)
🕘 Masa : 8.30 - 10.30 malam
📱Platform : Youtube SRN UiTM Shah Alam
🔗Link : https://www.youtube.com/watch?v=yM_aA01JvTI

📌 E-sijil disediakan.

📌 Kehadiran akan diambil.

Oleh itu, SRN UiTM SHAH ALAM berbesar hati ingin menjemput semua Mahasiswa Universiti Awam dan Swasta, khususnya Ahli Sekretariat Rukun Negara untuk sama-sama turut serta memeriahkan majlis.

📌Sebarang permasalahan boleh hubungi
☎️ Syafiqah : https://wa.me/601111484754
☎️ Shahirah : https://wa.me/60192862320

#bulankebangsaan2021
#myheputm
#utm
UNDIAN BAGI KATEGORI POPULAR PERTANDINGAN VIDEO PAKAIAN TRADISIONAL & KREATIF ا

Hi semua!!

Tempoh penyertaan Pertandingan VIDEO PAKAIAN TRADISIONAL & KREATIF yang bertemakan kemerdekaan telah TAMAT!

Terima kasih kepada semua pelajar UTM yang telah menyertai pertandingan ini.

Cara undian adalah berdasarkan undian LIKE terbanyak Jangan tunggu-tunggu lagi! Sila “LIKE” pada VIDEO PAKAIAN TRADISIONAL & KREATIF yang menarik perhatian anda.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan “LIKE” . Pengiraan undi “LIKE” adalah sehingga 16 September 2021 (Khamis) jam 11.59 malam. “JOM UNDI SEKARANG!!!”

#videopakaiantradisional
#myheputm
#utm
[🇲🇾PERTANDINGAN KUIZ MERDEKA 2021🇲🇾]

[Edisi istimewa bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia]

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 64 yang bakal berlangsung, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KDSE akan menganjurkan program Pertandingan Kuiz Merdeka 2021 yang akan berlangsung pada jam 8.00pm seperti di tarikh yang berikut;

Sesi 1: 21 Ogos 2021
Sesi 2: 28 Ogos 2021
Sesi 3: 31 Ogos 2021
SESI 4:16 SEPTEMBER 2021

Cabar pengetahuan anda mengenai negara Malaysia yang tercinta ini dengan menjawab soalan berkenaan pengetahuan am serta fakta-fakta menarik mengenai Malaysia dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa baucer Grab bernilai sehingga RM50 (21 dan 28 Ogos) dan RM64 (31 Ogos dan 16 September)!
( Tertakluk kepada perubahan akan diberitahu kemudian )

Tema Kuiz Merdeka 2021 Sesi 4: Pasca Merdeka!

Layari laman sesawang Facebook Kolej Datin Seri Endon untuk menyertai kuiz ini!
https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM/

Jangan melepaskan peluang terakhir untuk menebus diri

#kuizmerdeka2021
#myheputm
#utm
❗❗❗ PEMAKLUMAN LANJUTAN TARIKH PENYERTAAN & PINDAAN PROGRAM

JEMPUTAN MENYERTAI BICARA KEPIMPINAN PATRIOTIK (BKP) SECARA DALAM TALIAN INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program Bicara Kepimpinan Patriotik 2021. Walaubagaimanapun, program telah dipinda daripada 4 sesi kepada 1 sesi sahaja. Sehubungan itu, program hanya terbuka kepada 25 orang peserta sahaja.

Penyertaan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa semua mahasiswa dan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

🗓 Tarikh tutup penyertaan : Sebelum atau pada 16 September 2021, jam 12 malam
💻 Pendaftaran penyertaan boleh dibuat melalui pautan (link) seperti di bawah :
https://forms.gle/c3eyuq1yX7nL86Sb7
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan program ini boleh dimajukan kepada urusetia program :

1. Puan Merry binti Gabali
📧 merrygabali@kbs.gov.my
📱 012-8349262
2. Encik Mohd Iskandar bin Ishak
📧 iskandarishak@utm.my
☎️ 07-5538846
📱 011-21666456
3. Cik Farah Liana binti Mahad
📧 fliana@utm.my
☎️ 07-5538880
📱 018-3818212

#bicarakepimpinanpatriotik
#myheputm
#utm
Forwarded from UTM Official Students Channel (Zue)
✨✨PERTANDINGAN TIKTOK KHAZANAH HUJUNG MEDINI 2021✨✨

Pertandingan Tiktok Khazanah Hujung Medini 2021 merupakan pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia melalui Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kritis (DEPIKIR).

Terbuka kepada:

📌 Individu berbilang bangsa yang lahir di negeri Johor.
📌 Individu yang menetap dan belajar di negeri Johor.

Apa yang menarik ?

📌Tiada yuran penyertaan.🤩

📌Hadiah wang tunai :
Johan: RM 2000.00
Naib Johan: RM 1000.00
Tempat Ketiga: RM 500.00
Saguhati: RM 300.00 (3 pemenang)🤩

📌E-sijil program akan diberikan kepada semua peserta yang berdaftar dan menghantar karya mereka.🤩

Tarikh tutup penghantaran penyertaan:
25 September 2021

Ikuti laman media sosial kami di pautan berikut untuk maklumat lanjut pertandingan🤩
https://linktr.ee/Tiktokkebudayaan

Belum mendaftar sebagai peserta?
Jangan risau, peluang untuk mendaftar masih dibuka!!😊 Isikan google form yang tertera di bawah untuk penyertaan 🤗

https://forms.gle/kFdGVWcFhzHJE1eD8

Jika ada sebarang persoalan sila hubungi:
Saudara Adhar - https://wa.me/+60183193360

#tiktokkhazanahhujungmedini2021
#myheputm
#utm
Pekeliling_Pelajar_142021_Prosedur_Pergerakan_Pelajar_Memasuki_Kampus.pdf
183.1 KB
Pekeliling Pelajar 142021 - Prosedur Pergerakan Pelajar Memasuki Kampus UTM JBKL Mulai 15 Oktober 2021.pdf
Student_Circular_142021_Procedures_for_Students'_Movement_to_Enter.pdf
213.2 KB
Student Circular 142021 - Procedures for Students' Movement to Enter UTM JBKL Campuses Beginning 15 October 2021.pdf
[NESS PODCAST EPISODE 2]

RADIOPHARMACY

Nuclear Engineering Student Society (NESS) is inviting you to our second episode of our NESS Podcast where our journey towards endless possibilities begin.

We bring you Francisca Alli-Idowu, the Radiopharmacy Production Manager of East Kent Hospital University NHS foundation. She will be sharing her expertise in radiopharmacy which is also known as nuclear pharmacy that basically
involves preparation of radioactive materials for patient administration that will be used to diagnose and treat specific diseases in nuclear medicine.

Details of the program:

Date: 18 September 2021 (Sunday)

Time: 8.30 p.m. - 9.00 p.m.

Live: Nuclear Engineering Student Society Facebook

📌 Free entry for all

📌 UTM Merit for UTM students

📌 International certificate

What are you waiting for? Join us in our global youth movement into creating a revolutionary generation and award yourselves with international certificates for free. Quickly register yourselves down below for an extraordinary experience into the radioactive world.

📌 Registration link: https://forms.gle/vbXDeJCKeEHrkMXa7

For any inquiries, please contact us :

Mr. Safwan:
https://wa.me/60192159905

Mr. Fahmi:
https://wa.me/60137155249

Keep in touch with us for more updates via:

Instagram:
https://instagram.com/nessutmofficial?igshid=1gs6khr052fkb

Facebook:
https://www.facebook.com/nessutmofficial/

LET THE ENDLESS POSSIBILITIES BEGIN

#nesspodcast
#myheputm
#utm
JEMPUTAN MENYERTAI HARI SUKAN NEGARA 2021

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kulai dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah Kulai akan mengadakan program Hari Sukan Negara Daerah Kulai bermula 15 September 2021 hingga 10 Oktober 2021.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan acara sukan yang dipertandingkan boleh layari pautan link berikut :

https://mylink.la/majlissukandaerahkulai

Ayuh mahasiswa UTM💪Sertai dan rebut peluang keemasan ini,
Anda bakal menjadi Juara🏆

#harisukannegara
#myheputm
#utm
BORANG PENILAIAN PROGRAM BAGI JKM SESI 2020/2021 KOLEJ TUN DR. ISMAIL

Pihak JKM KTDI sedang merancang untuk penambahbaikan bagi program, pentadbiran dan gerak kerja bagi setiap program yang akan datang.

Bagi memastikan penambahbaikkan dapat dilakukan, pihak JKM KTDI sedang menjalankan survei bagi mendapatkan maklum balas bagi program JKM KTDI yang telah dijalankan.

Oleh yang demikian, pihak JKM KTDI menjemput anda untuk mengisi survei melalui pautan yang disediakan bagi membantu melengkapkan survey tersebut. Segala maklumat yang dikongsikan adalah sulit dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain atau didedahkan kepada umum.

Berikut merupakan link survei tersebut https://forms.gle/qRxvquNqKisopJyDA

#KOLEJTUNDRISMAIL
#myheputm
#utm