UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
[PERINGATAN MESRA : TAKLIMAT PENGURUSAN KESELAMATAN PROGRAM ANJURAN PERSATUAN PELAJAR UTM]

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) melalui Jawatankuasa Induk OSHE JTNCHEP akan mengadakan Taklimat Pengurusan Keselamatan Program Anjuran Persatuan Pelajar UTM sepertimana butiran berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 5 Julai 2022 (Selasa)
๐Ÿ•˜ 8.30 malam hingga 10.00 malam
๐Ÿ’ป Aplikasi CISCO Webex Meeting
๐Ÿ–ฑ๏ธ Meeting link: https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=macff0d7bb707f3c544fa3ff3ce014e29
Meeting number: 2512 422 0915
Password: YcXP2HB6222

2. Sehubungan dengan itu, semua wakil Persatuan Pelajar/ Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)/ Badan Beruniform adalah dipersilakan hadir ke sesi taklimat ini. Setiap Persatuan Pelajar/JKM/Badan Beruniform adalah DIGALAKKAN mengemukakan sekurang-kurangnya 3 orang wakil bagi menyertai sesi taklimat ini.

3. Selain itu, kehadiran semua Penasihat Persatuan Pelajar/JKM/Badan Beruniform amat dialu-alukan. Kehadiran pelajar akan direkodkan sebagai Mata Merit UTM manakala kehadiran staf akan direkodkan sebagai Mata CPD.

Kerjasama semua Persatuan Pelajar/JKM/Badan Beruniform adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Urus setia
Jawatankuasa Induk
Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jabatan TNC (HEP)
MENU KASIH PELAJAR KELUARGA MALAYSIA

Inisiatif antara JTNC(HEP) dan JTNC(P). Berkuatkuasa pada 11 Julai 2022.

Sebarang aduan sila laporkan kepada taluan hotline 011-55599651 atau emelkan kepada studentaffairs@utm.my.

#menukasih
#studentaffairs
#myheputm
iGV (PBoX) OCV Application

Do you wanna make meaningful impacts to the society at the same time have fun during your semester break?๐Ÿคฉ

๐Ÿ‘‰Application is opened for COP 13.0, ECHO 1.0 & HELIO 2.0๐Ÿ‘ˆ

COP 13.0 and ECHO 1.0 are hybrid projects whereas HELIO 2.0 is a virtual projectโœŒ๐Ÿป

If you are the OCV, you can gain:

๐ŸŒŸProject management knowledge and experience.
๐ŸŒŸSoft skills and leadership development platform.
๐ŸŒŸTeam working experience.
๐ŸŒŸNetwork building - Externals, university and friends.
๐ŸŒŸOpportunities to work with social impact advocates.
๐ŸŒŸSocial impact creation towards community.
๐ŸŒŸSelf development and practical experience platform.

Welcome AJBians or alumni to apply! Join us now by filling the Application Form below!

๐Ÿ–ŒApplication Form: https://forms.gle/ZjF44eEtpvmvpJTb7

(https://forms.gle/ZjF44eEtpvmvpJTb7)โ—๏ธOCV Applications closes at 4th of July, Monday 11.59pmโ—๏ธ

Do not hesitate to contact me if you have any queries ~
0164161666 (Yi Qing)
Malam Sinaran Keunggulan Kolej Rahman Putra (SUTRAโ€™22) ๐Ÿ’™๐Ÿค

Assalamualaikum dan salam UTM sanjungan bangsa.

Malam Sinaran Keunggulan Kolej Rahman Putra (SUTRAโ€™22) kembali lagi ๐Ÿ”ฅ

Program ini merupakan majlis makan malam tahunan yang dijalankan bagi meraikan pencapaian semu warga Kolej Rahman Putra atas prestasi yang telah diperolehi serta tingkatkan perpaduan dalam komuniti kolej.๐Ÿ’“

Tarikh: 15 Julai 2022 (Jumaat)
Masa: 8:00 โ€“ 11:00 Malam
Harga Asal : RM80
Tempat: Dewan Inderaputera, Pulai Springs Resort
Tema pakaian: Pastel Colours

Early Bird : RM50 untuk 50 orang terawal !!

SERTAI KAMI SEKARANG๐Ÿ‘‡
๐Ÿ”— https://forms.gle/wgzSUF3etAmi4z9dA

Dengan menyertai SUTRAโ€™22, anda akan menikmati:-
โ˜• JUADAH YANG MENYELERAKAN
๐ŸŽค PERSEMBAHAN YANG MENARIK
๐ŸŽ PELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH
โœจ MEMORI BERHARGA SEBAGAI PELAJAR KRP
๐Ÿ“ MERIT KOLEJ

Lawati FB, IG dan Telegram kami untuk mendapat info terkini!
https://linktr.ee/rahmanputrautm_college

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ RAHMAN PUTRA SESI 2022
FUN RUN 2022 ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan segala sukacitanya, bersempena dengan Festival Sains dan Matematik, Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Negeri Johor (PPSMJ), menjemput orang ramai untuk menyertai :

"Fun Run 2022" sejauh 5 KM (Larian boleh dikumpul bagi tujuan penghantaran keputusan)

Butiran penyertaan adalah seperti berikut:

1. Tempoh larian: 1 - 31 Julai 2022
2. Pendaftaran: RM 60 (Peserta akan menerima T- Shirt , E Sijil, Medal)
3. Jarak larian: 5KM (kumulatif)
4. Aplikasi merekod larian: Strava, Map my Run, atau mana-mana aplikasi yang bersesuaian
5. Pautan pendaftaran adalah seperti berikut:
https://forms.gle/4ytgUv8CCR1oKJjp9

Marilah bersama - sama kita menyertai program ini bagi menyemarakkan sambutan Festival Sains dan Matematik dan menggalakkan gaya hidup sihat untuk semua.

#funrun2022
#fsm2022
#ppsmj
๐Ÿ”Š PENEMPATAN BILIK DI KOLEJ RAHMAN PUTRA UNTUK SESI 22/23 ๐Ÿข

Dimaklumkan bahawa, permohonan bilik di Kolej Rahman Putra untuk Sesi 22/23 boleh dibuat melalui permohonan KUOTA PELAJAR AKTIF.

Semua Pelajar Kanan UTM sesi 22/23, terutamanya yang ingin menduduki serta bergiat aktif dalam Kolej Rahman Putra, boleh membuat permohonan dengan mengisi GOOGLE FORM dan lengkapkan segala informasi yang diminta.

LINK:-
https://forms.gle/o84ugqatyz75y1af8
atau scan QR Code pada poster .

๐Ÿ“† Google Form dibuka bermula 7 Julai 2022 (12.01am) sehingga 17 Julai 2022 (11.59pm)

๐Ÿ—“๏ธ Hebahan Senarai Tampal dan Tarikh pemilihan bilik akan dimaklum kemudian di Official Telegram Channel Kolej Rahman Putra.

Mohon, jangan tak mohon!!
Peluang hanya datang sekali โœจ๐Ÿ’ซ
Rezeki tak pernah salah alamat ๐Ÿ’

Ikuti laman sosial media kami untuk maklumat lebih lanjut:-
https://linktr.ee/rahmanputrautm_college

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ RAHMAN PUTRA 2022

#permohonanbilik
#studentaffairs
#myheputm
Photo from Zue
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
Salam Sejahtera,

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH (FIZIKAL) ANJURAN PUSAT ISLAM UTM

Pusat Islam UTM menjemput Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato'/ Prof / Dr / Saudara bagi menghadiri Bengkel Pengurusan Jenazah yang diadakan mengikut kesesuaian masa pihak peserta sama ada pilihan hari bekerja atau pada hari cuti hujung minggu (Rujuk Poster Program).

Bengkel ini adalah terbuka kepada semua staf atau mahasiswa serta orang awam bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menguruskan jenazah dalam kalangan ahli waris, rakan dan taulan atau jiran tetangga.
Peserta yang berminat hendaklah mengisi link google form berikut SEBELUM atau PADA 19 Julai 2022 https://forms.gle/ETQfZfwgBq4vGFxu9
Sebarang pertanyaan hubungi Cik Sabrina (LI PIUTM) di talian 011-3791 9192.

Sekian, terima kasih.

Masjid Sultan Ismail,
UTM Johor Bahru
Tel : 07-5537501/02/08/12/21
Fax : 07-5537532
Email : islamiccentre@utm.my

#pengurusanjenazah
#studentaffairs
#myheputm
Organizing Committee Volunteer Recruitment

Do you wanna make meaningful impacts to the society at the same time have fun during your semester break?๐Ÿคฉ

Application is opened for:
๐Ÿ‘‰COP 13.0
๐Ÿ‘‰ECHO 1.0
๐Ÿ‘‰Jeremiah Welfare Charity Society & Berkat Children's Home: Education for Youth

All these projects are HYBRID projects๐Ÿ™Œ๐Ÿป

If you are the OCV, you can gain:

๐ŸŒŸProject management knowledge and experience.
๐ŸŒŸSoft skills and leadership development platform.
๐ŸŒŸTeam working experience.
๐ŸŒŸNetwork building - Externals, university and friends.
๐ŸŒŸOpportunities to work with social impact advocates.
๐ŸŒŸSocial impact creation towards community.
๐ŸŒŸSelf development and practical experience platform.

For more information, you can refer the link below:
๐Ÿ”—Projects & OCV Recruitment Details: https://docs.google.com/presentation/d/1k18kLSNz7UJEU261PcBtvgOTHB_GmwzdwupE0JIfVOg/edit?usp=sharing
Join us now by filling the Application Form below!
๐Ÿ–ŒApplication Form: https://forms.gle/ZjF44eEtpvmvpJTb7

โ—๏ธOCV Applications closes at 15th of July, Friday 11.59pmโ—๏ธ

Do not hesitate to contact the PIC if you have any query~
Yi Qing (016-4161666)
Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Program Huawei Seeds for the Future kini telah dibuka untuk permohonan oleh pelajar universiti. Program ini akan memberikan pendedahan dan latihan serta meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang ICT. Pada tahun ini, Program Huawei Seeds for the Future akan diadakan di Thailand dari 18-27 Ogos 2022.

Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk Program Huawei Seeds for the Future untuk maklumat yang lebih terperinci.

Sekian, terima kasih.

Raymond Teoh
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

#myheputm
#studentaffairs
#huaweiseeds
Seluruh warga UTM mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kenalan kepada pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah UTM, Allahyarhamah Farah Khalilah Rusland, yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Julai 2022.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Al-Fatihah....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Info Terkini Pelaksanaan Kad Prihatin Siswa (KPS)

Merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, โ€˜cashless campusโ€™, โ€˜smart campusโ€™ & mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.

Semua pelajar sepenuh masa dan separuh masa (UTMSPACE) DIWAJIBKAN untuk membuat penukaran kad matrik sedia ada kepada Kad Prihatin Siswa.

Pelajar boleh mula membuat pengisian maklum balas Persetujuan Pelajar (Student Consent) Kad Prihatin Siswa sehingga 31 Julai 2022.

๐Ÿ“ƒSila rujuK info untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
UTM Johor Bahru

#kadprihatinsiswa
#studentaffairs
#myheputm
[PENGUMPULAN SUMBANGAN BANTUAN KASIH BENCANA BANJIR BALING, KEDAH]

‎ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู, ไฝ ๅฅฝ, เฎตเฎฃเฎ•เฏเฎ•เฎฎเฏ,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UTM mengambil maklum akan bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini. Oleh itu, satu langkah inisiatif MPPUTM dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM UTM) telah diambil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Kutipan sumbangan akan disalurkan kepada mangsa banjir pada misi bantuan banjir yang bakal berlangsung pada 26-27 Julai 2022. Sumbangan boleh dilakukan melalui:

Pindahan wang atas talian (seperti tertera dalam poster)
Sumbangan barang keperluan seperti makanan, pakaian dan lain-lain.

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin turut sama membantu menghulurkan bantuan boleh menghubungi:

๐Ÿ“ž Noorafham Noorazman (https://wa.link/yq537y)

Setiap sumbangan dari anda sangatlah kami hargai dengan ucapan jutaan terima kasih โ™ฅ๏ธ

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2021/2022

#studentaffairs
#myheputm
#bantuankasihbencana