UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
GRADpreneur @ State-Terengganu bagi PENJANA KPT Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP)
Program ini adalah khas untuk anak Terengganu dan berikut merupakan kriteria kelayakan masuk: -

Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Anak Negeri Terengganu
3. Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
4. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

#HEPprihatin
#penjanaKPT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuka permohonan penajaan bagi Ijazah Pertama iaitu Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023 bermula 20 Mac 2023 (8.00 pagi) sehingga 2 April 2023 (11.59 malam). Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dan perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.

๐Ÿ“ƒ Sila rujuk poster dan iklan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Seksyen Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar,
Bahagian Pentadbiran HEP
Jabatan TNC (HEP), UTM Johor Bahru

#studentaffairs
#myheputm
#PIDN
Palm Oil Video Competition 2023

POPSIG organises Palm Oil Video Competition 2023 for the students to participate. Selected videos will each be awarded RM3,000 cash prize sponsored by Kuala Lumpur-Kepong Oleomas Sdn Bhd (KLK OLEO). The details are as follow:

1. Registration and submission: Open from 20 March 2023.
2. Theme of video (as per poster)
3. Deadlines of 1st entry: 30 April 2023; Deadline of 2nd entry: 31 May 2023
4. Eligibility: Open to all students of all faculties
5. Detail and registration: https://www.icheme.org/media/19817/video-guideline.pdf

All entries will be closed at 11:59 PM MYT (GMT+8) on the deadline.
STUDENT PROTECTION SCHEME UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Please do not hesitate to contact Department of Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs) if have any questions:

Phone Number: 07-5530680
Email: bkkthep@utm.my

Thank you

#studentaffairs
#myheputm
Pemakluman kepada semua pelajar UTM Kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Harap maklum dan mohon kongsi.

----------------------------------------------------------------------------

Announcement for all UTM Students.

Please share.

#hepprihatin
#myheputm
#ramadan
#sahur
๐Ÿ“ADVANCED LEADERSHIP PROGRAMME๐Ÿ“

FIESTRAโ€™23 KINI KEMBALI โ€ผ๏ธ
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 11 Mei - 13 Mei 2023
โฐ Masa : 8 am - 12 am
๐Ÿซ Tempat : Parking Student Mall dan Blok G01 KRP Universiti Teknologi Malaysia

โœจKarnival FIESTRAโ€™23 ini merangkumi pelbagai program seperti Splash Zone Run๐Ÿ”ซ , Karnival Jualan ๐ŸŽช, Karnival Sukan๐Ÿ…, Kempen Derma Darah & pemeriksaan kesihatan percuma๐Ÿ’‰,pertandingan-pertandingan menarik, rumah hantu ๐Ÿ‘ป dan banyak lagiโ€ผ๏ธ

Kami dari pihak krew FIESTRA 2023 akan melakukan Advance Leadership Programme (ALP) dengan bertujuan mencari dana tambahan bagi program FIESTRAโ€™23.

๐Ÿ›  Kami menyediakan pelbagai servis seperti:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Mencuci kereta/kenderaan
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Mengemas rumah
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Membersihkan laman
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Apa jua jenis pekerjaan yang bersesuaian

Sila hubungi nombor dibawah untuk sebarang tempahan servis :
Danny - http://www.wasap.my/+60105519966
Syed - http://www.wasap.my/+60175039474

Ikuti laman sesawang kami untuk informasi lebih lanjut :-
https://linktr.ee/fiestrakrputm

#myheputm
#studentaffairs
#fiestrakrputm
*MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT UNIVERSITI 1444H/2023M*๐Ÿ•Œ

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡
โœจSelamat Sejahtera , Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain. (Sahih Ibn Khuzaimah, 1887)

Dan antara amalan sunat yang boleh diamalkan adalah bertadarus.
Untuk pengetahuan saudara/i, Rasulullah SAW saling bertadarus al-Quran bersama malaikat Jibril AS ketika Jibril AS datang kepada Baginda SAW setiap malam di bulan Ramadan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas RA (Riwayat al-Bukhari, 3220).

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ

Oleh itu, sempena bulan Ramadhan, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam anjuran bersama Rakan Pusat Islam dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam, Rakan Siswa Yadim dan Kelab Iqraโ€™ Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Mahrajan Al-Quran: Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana peringkat UTM 2023 seperti ketetapan berikut :

๐Ÿ“Œ Hari/Tarikh: Khamis / 6 April 2023 (15 Ramadhan 1444H )
๐Ÿ“Œ Masa: 8.00 a.m - 1.00 p.m
๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail UTM

Aktiviti yang diadakan:

๐Ÿ“–Majlis Tadarus
๐Ÿ“–Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Universiti
๐ŸŽ™๏ธ Forum Perdana
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
๐Ÿ† Pengumuman Pemenang musabaqah
๐Ÿต Agihan bubur lambuk

โœ… E-Sijil disediakan
โœ… Mata CPD disediakan (Staf UTM)
โœ… Mata Merit disediakan (Mahasiswa UTM)

๐Ÿ”—Link Pendaftaran:
https://forms.gle/PckdQSv1uxB1hKHE6

Saudara/i dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

โ˜Ž๏ธJika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah;

Ustaz Mohd Yusoff:
012-6041686 (staf)

Nur Fazilah:
01121908793 (Mahasiswa)

Sekian, terima kasih.

#majlistadarus
#myheputm
#studentaffairs
Photo from Zue
*MUSABAQAH TILAWAH AL- QURAN 1444 H*

Assalamualaikum wbt,

Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsaโœจ

๐Ÿƒ........................................๐Ÿƒ

Sempena bulan Ramadhan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Rakan Pusat Islam dengan kerjasama Pusat Islam dan Persatuan Mahasiswa Islam,  Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan program Musabaqah Tilawah Al Quran peringkat UTM 2023
seperti yang dinyatakan berikut :

๐Ÿ—“ Hari/Tarikh mula penyertaan : 23 Mac hingga 1 April 2023 (1 hingga 10 Ramadhan 1444H )

๐Ÿ“Œ Tarikh tutup penyertaan :
sebelum 1 April 2023

Merit disediakanโœ…
Sijil disediakanโœ…

Ayuh mahasiswa/mahasiswi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat UTM 2023โœจ
Kami berbesar hati menjemput anda (Qari & Qariah) UTM untuk menyertai program ini๐Ÿ˜Š

" _Sesungguhnya, sesiapa mendengar bacaan satu ayat daripada Al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat_ "

๐Ÿ“ŽLink Penyertaan adalah seperti berikut :
https://forms.gle/cqn46VjZnm7fkYsm9

โ˜Ž๏ธJika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah;

Fazilah - https://wa.me/601121908793
Salmi - https://wa.me/601121660250

Sekian, terima kasih.

*RPI MEMIMPIN*

*TARBIAHโ€ขTA'LIMโ€ขTA'DIB*

Rakan Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
22/23

#musabaqahtilawahalquran
#myheputm
#studentaffairs
*Pencarian Skim Pelajar Bekerja (SPB)*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak kami (Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar (BAPP), JTNCHEP) ingin mempelawa pelajar UTM yang berminat untuk menyertai kami sebagai Skim Pelajar Bekerja (SPB).

Berikut ialah syarat asas permohonan:
1. Pelajar UTM (tempatan) sepenuh masa yang berstatus aktif di UTM
2. Terbuka kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah UTM
3. Boleh bekerja pada bila-bila masa dan berdisiplin.
4. Mempunyai kenderaan sendiri. Kadar Bayaran : RM 7 sejam Dokumen yang diperlukan : RESUME & Surat (Emel) Permohonan Untuk maklumat lanjut, hubungi : bapphep@utm.my
Tarikh tutup permohonan : 5 April 2023

#SPB
#studentaffairs
#myheputm
*Pencarian Skim Pelajar Bekerja (SPB) / _Job on Campus (JOC)_*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seksyen Pengurusan Akademik & Konvokesyen, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar ingin mempelawa pelajar UTM yang berminat untuk menyertai kami sebagai Skim Pelajar Bekerja (SPB)/Job on Campus (JOC)

Berikut ialah syarat asas permohonan:
1. Pelajar UTM (tempatan) sepenuh masa yang berstatus aktif di UTM
2. Terbuka kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah UTM
3. Berkemahiran mengendalikan komputer
4. Boleh bekerja dalam kumpulan dan berdisiplin
5. Waktu bekerja adalah fleksibel

Tempoh Bekerja : 7 Mei 2023 hingga 22 Jun 2023

Kadar Bayaran : RM 5/jam

Emel permohonan dan resume ke konvo@utm.my

Tarikh tutup permohonan : 7 April 2023

#SPB
#studentaffairs
#myheputm
โค1
โค1