UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pemakluman Penjenamaan Baharu JTNCHEPA dan Pusat Kaunseling UTM.

Harap maklum.

SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN HEP
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
4 OKTOBER 2023 | 19 RABIULAWAL 1445H

#myheputm
#studentaffairs
#penjenamaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN

📃Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

#myheputm
#studentaffairs
#PTPTN
SURVEI PENGLIBATAN & PENGALAMAN KEPIMPINAN PELAJAR BAHARU & PELUANG MENYERTAI PROGRAM KEPIMPINAN ANJURAN MAJLIS LATIHAN DAN KEPIMPINAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKLUM)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKLUM) sedang mengenalpasti bakat kepimpinan dan pengalaman kepimpinan dikalangan pelajar IPT.

2. Sehubungan itu, pihak MAKLUM mengambil inisiatif untuk mewujudkan pangkalan data penglibatan & pengalaman kepimpinan pelajar-pelajar baharu sesi akademik 2023/2024 di seluruh IPT bagi mendapatkan talent pool yang berpotensi & berkualiti agar dapat direkrut mengikuti berapa siri program khas berdasarkan kategori modul anjuran MAKLUM seperti berikut:
1. Modul Jatidiri
2. Modul Kepimpinan
3. Modul Komunikasi
4. Modul Integriti
5. Modul Pengurusan Aktiviti
6. Modul Organisasi Pendigitalan
7. Modul Kolaborasi Jaringan

3. Selaras dengan itu, semua pelajar baharu adalah dijemput untuk mendaftar dan mengisi SURVEI PENGLIBATAN & PENGALAMAN KEPIMPINAN DALAM KELAB/ PERSATUAN ATAU MANA-MANA BADAN LUAR bermula dari sekolah menengah hingga sekarang melalui pautan https://forms.gle/YmaALft4nee1vBeKA ATAU mengimbas kod QR berikut.

Calon yang terpilih akan dihubungi oleh wakil IPT masing-masing untuk dicalonkan bagi menyertai modul tersebut mengikut tahap asas, tahap pertengahan dan tahap lanjutan sehingga pelajar tamat pengajian.

Tempoh menjawab survei boleh dibuat selewat-lewatnya sehingga 15 OKTOBER 2023

Sekian. Terima kasih

Majlis Latihan & Kepimpinan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKLUM),
Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni/ Timbalan Rektor Universiti Awam Malaysia (TTNCHEPA/TR)

#studentaffairs
#myheputm
#MAKLUM
❤1
❤1
SESI PENGAKTIFAN DAN PENYERAHAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS)

Sesi pengaktifan dan penyerahan Kad Prihatin Siswa (KPS) akan diadakan di UTM Johor bahru seperti di poster hebahan.

Pelajar UTM diminta menghadiri sesi serahan seperti yang ditetapkan.

Terima kasih.

#studentaffairs
#myheputm
#KPS
✨ *PROGRAM UNIVERSITI BERSELAWAT DAN BERMUNAJAT 2023* ✨

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, UTM dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Sahabat Selawat Naariyah Tafrijiyah 4444 Negeri Johor akan mengadakan *Program Universiti Berselawat dan Bermunajat 2023* sempena sambutan Maulidul Rasul 1445H.

Program ini akan dijalankan secara hibrid iaitu secara fizikal dan di atas talian (online).

Sehubungan dengan itu, *semua warga UTM* dan *masyarakat setempat* dijemput hadir untuk memeriahkan Program ini bagi menyuburkan rasa cinta kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W.

*Program Universiti Berselawat dan Bermunajat 2023* akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📌 Tarikh:5 Oktober 2023
📌 Tempat:Masjid Sultan Ismail, UTM
📌 Platform Online:Cisco Webex (https://bit.ly/UTMBerselawatBermunajat-2023)
📌 *Masa: 6.00 petang*

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Ustaz Firdaus 012-4377841, Ustazah Hajar 017-7498859

CPD disediakan kepada staf & e-sijil kepada orang awam

#myheputm
#studentaffairs
#universitiberselawat
Assalamualaikum.

Jom scan Qr code bagi pengesahan pendaftaran kehadiran dalam *Program Universiti Berselawat & Bermunajat 2023*. Khamis, 5 Okt 2023. Jam 7.30 malam bertempat di Masjid Sultan Ismail, UTM JB. https://forms.gle/kScwSDQzop1sGPEa7
Hello there, fellow tech enthusiasts!

📱 GDSC UTM is thrilled to announce the launch of our RECRUITMENT for the upcoming term 2023/24. As a new chapter unfolds, we're excited to welcome dedicated souls who are passionate about making a real impact in the world of technology! 🌐

🤩 Who are we searching for? 🤩

• 🌟 Enthusiasts who are ready to learn and embrace new technologies to create meaningful change.
• 💻 Individuals eager to hone both their soft skills and technical expertise.
• 🔍 Those who approach tasks with responsibility and dedication, upholding our shared commitment to excellence.
•👨‍💻 Love coding, event planning, sharing knowledge, and building connections? Join GDSC UTM's core team now!

🌟 In case you're unfamiliar, GDSC UTM stands for Google Developer Student Club at Universiti Teknologi Malaysia. We're a spirited UTM-based community focused on harnessing the potential of Google Technologies, refine our tech skills, and nurture the mindset of a developer. 🛠

This year, GDSC UTM is thrilled to open doors to a variety of exciting positions:

• 🎨 Core member of Non-Technical Team(Creative Marketing, Entrepreneurial, Operational, Community Management)
•💻 Core member of Technical Team (App Development, Web Development, Cybersecurity and ML/AI)

🤩 Open to All UTM Students 🤩

⏳ Register by October 15th, 11:59 PM. Don't miss the chance to be a part of something incredible. ⏰

Registration Form: https://bit.ly/gdscutm_recruit

Recruitment Booklet: https://bit.ly/gdscutm_recruit_booklet

Keep an eye on our social media for the latest updates!
📡 https://linktr.ee/gdscutm
📢 https://t.me/GDSCUTM

For further insights, feel free to reach out to:
Samiul : +60 11-3700 0488
Qian Hui : +60 11-1090 3559

Let's embark on a journey of innovation, teamwork, and growth together! 🔥🚀

#studentaffairs
#myheputm
❤1👍1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR DI UTM 2023

Yayasan Sultan Iskandar Johor menawarkan biasiswa kepada anak-anak negeri Johor yang
mendapat tempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi 2023/2024 yang akan bermula
pada 8 Oktober 2023. Setiap satu biasiswa ini bernilai RM11,000 setahun bagi pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selain daripada itu Yayasan akan membayar yuran pengajian yang
dikenakan oleh universiti. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang, bersahsiah
baik dan daripada keluarga yang miskin.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2023.

📃 Sila rujuk iklan dan borang permohonan untuk maklumat lanjut.

Semua borang permohonan mesti sampai ke pejabat HEPA, UTM Skudai
(U.P.: Encik Shamsul Azli bin Shamsuray) sebelum jam 12 tengahari pada tarikh di atas.

Sekian, terima kasih.

#studentaffairs
#hepprihatin
#myheputm
🌟 Teroka Peluang Kerjaya di Program Outreach oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Kerjaya UTM 🌟
📆 Tarikh: 24 Oktober 2023
🕜 Masa: 1.30 petang - 6.00 petang
🏢 Tempat: L51, Pusat Kerjaya UTM
Adakah anda seorang pelajar, kakitangan UTM, atau orang awam yang ingin mengenali lebih dekat peluang pekerjaan untuk OKU? Program Outreach oleh Kementerian Sumber Manusia adalah peluang yang sempurna!
🌠 Program Ini Terbuka untuk Semua!
(Pelajar, Kakitangan UTM, dan Orang Awam, termasuk pelajar OKU atau mereka yang memiliki ahli keluarga OKU)
🍽️ Makan Tengah Hari dan Minum Petang Akan Disediakan!
💼 Merit untuk Pelajar UTM
📜 Sijil Penyertaan Akan Disediakan
📲 Daftarkan diri anda sekarang di pautan https://forms.gle/oTTzwMj5vPs6cop56 atau mengimbas QR Code di poster
Jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka dunia peluang pekerjaan dan mengembangkan potensi anda. Sertai kami dalam Program Outreach ini dan mulakan perancangan masa depan anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📧 ecareer@utm.my
Simpan tarikh ini dan sertailah kami!
#ProgramOutreach #PeluangKerjaya #TerokaPotensiAnda
PROGRAM BANTUAN AWAL PENGAJIAN (BAP) 2023 YAYASAN BANK RAKYAT

Bagi meringankan beban golongan B40 dan dalam membantu lebih ramai pelajar melalui penajaan pendidikan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi melalui pendidikan dan pemerkasaan masyarakat, Yayasan Bank Rakyat (YBR) berbesar hati untuk memberikan Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar IPT yang berkelayakan.

Sila mohon melalui Google form di sini:
https://forms.gle/xhFNBMjSHsbedb5fA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14 OKTOBER 2023

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui
e-mel bkkthep@utm.my atau di talian
+6011-53806006 (HEPA UTM CARE) atau +6011-35233803 (HOTLINE HEPA UTM)

--
Seksyen Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
UTM Johor Bahru

#studentaffairs
#myheputm
#penajaanpendidikan