UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR DI UTM 2023

Yayasan Sultan Iskandar Johor menawarkan biasiswa kepada anak-anak negeri Johor yang
mendapat tempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi 2023/2024 yang akan bermula
pada 8 Oktober 2023. Setiap satu biasiswa ini bernilai RM11,000 setahun bagi pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selain daripada itu Yayasan akan membayar yuran pengajian yang
dikenakan oleh universiti. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang, bersahsiah
baik dan daripada keluarga yang miskin.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2023.

πŸ“ƒ Sila rujuk iklan dan borang permohonan untuk maklumat lanjut.

Semua borang permohonan mesti sampai ke pejabat HEPA, UTM Skudai
(U.P.: Encik Shamsul Azli bin Shamsuray) sebelum jam 12 tengahari pada tarikh di atas.

Sekian, terima kasih.

#studentaffairs
#hepprihatin
#myheputm
🌟 Teroka Peluang Kerjaya di Program Outreach oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Kerjaya UTM 🌟
πŸ“† Tarikh: 24 Oktober 2023
πŸ•œ Masa: 1.30 petang - 6.00 petang
🏒 Tempat: L51, Pusat Kerjaya UTM
Adakah anda seorang pelajar, kakitangan UTM, atau orang awam yang ingin mengenali lebih dekat peluang pekerjaan untuk OKU? Program Outreach oleh Kementerian Sumber Manusia adalah peluang yang sempurna!
🌠 Program Ini Terbuka untuk Semua!
(Pelajar, Kakitangan UTM, dan Orang Awam, termasuk pelajar OKU atau mereka yang memiliki ahli keluarga OKU)
🍽️ Makan Tengah Hari dan Minum Petang Akan Disediakan!
πŸ’Ό Merit untuk Pelajar UTM
πŸ“œ Sijil Penyertaan Akan Disediakan
πŸ“² Daftarkan diri anda sekarang di pautan https://forms.gle/oTTzwMj5vPs6cop56 atau mengimbas QR Code di poster
Jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka dunia peluang pekerjaan dan mengembangkan potensi anda. Sertai kami dalam Program Outreach ini dan mulakan perancangan masa depan anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
πŸ“§ ecareer@utm.my
Simpan tarikh ini dan sertailah kami!
#ProgramOutreach #PeluangKerjaya #TerokaPotensiAnda
PROGRAM BANTUAN AWAL PENGAJIAN (BAP) 2023 YAYASAN BANK RAKYAT

Bagi meringankan beban golongan B40 dan dalam membantu lebih ramai pelajar melalui penajaan pendidikan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi melalui pendidikan dan pemerkasaan masyarakat, Yayasan Bank Rakyat (YBR) berbesar hati untuk memberikan Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar IPT yang berkelayakan.

Sila mohon melalui Google form di sini:
https://forms.gle/xhFNBMjSHsbedb5fA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14 OKTOBER 2023

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui
e-mel bkkthep@utm.my atau di talian
+6011-53806006 (HEPA UTM CARE) atau +6011-35233803 (HOTLINE HEPA UTM)

--
Seksyen Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
UTM Johor Bahru

#studentaffairs
#myheputm
#penajaanpendidikan
PENCARIAN AHLI DEWAN MUDA JOHOR SESI 2024 [DMJ 4.0] KINI BERMULA!

Dewan Muda Johor (DMJ) 4.0 adalah platform terbuka dan bebas yang akan mengumpulkan 56 orang wakil suara anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang & membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.

Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor melalui konsep β€œPERSIDANGAN”.

Jika anda memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan, daftarkan diri anda sebagai calon Ahli Dewan Muda Johor Sesi 2024 sekarang!

Link pendaftaran: https://bit.ly/permohohandmj

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, email kami di admin@dewanmudajohor.com ataupun tweet kami di @DewanMudaJohor πŸ“£

β€œDewan Muda Johor, Gelanggang Bakat-Bakat Terbaik Bangsa Johor!”

Dikuasakan oleh @institutdatoonn (IDO).

#DMJ2024
#IDO

https://www.facebook.com/100071092397588/posts/pfbid02Uj2QBAaLX8P8EbCAxxh1j8y14rHD96Bn2vbuVDJyCYXFoCaTg6b5wqDPk26cXW4Sl/?d=w&mibextid=qC1gEa
❀1
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan webinar Hari Terbuka Pasca Siswazah 2023 secara dalam talian (Zoom). Webinar ini merupakan platform penerangan program dan kemudahan yang ditawarkan kepada penjawat awam yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah. Butiran adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 Oktober 2023
Masa : 8.15 pagi – 1.00 tengah hari
Link : https://zoom.us/j/97951209703
Assalamualaikum and Warm Greetings,

DAIKIN MALAYSIA GROUP SCHOLARSHIP

Daikin Malaysia Group Scholarship would like to announce that the scholarship application is now open until 10/11/23.

Students can also go directly to the following website to apply for the scholarship.
https://www.daikinmalaysia.com/career/scholarship-program/

Thank You.

#studentaffairs
#myheputm
#scholarship
πŸ‘1
πŸ₯‡*BIASISWA HUAWEI-UTM 2023*

βœ… Terbuka kepada semua pelajar UTM tahun 2 dan ke atas (warganegara Malaysia) ijazah pertama sahaja.
βœ… Memperoleh CGPA >3.20

βœ… Berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti engagement bersama Huawei
βœ… Ditawarkan bekerja di Huawei selepas tamat pengajian dengan gaji permulaan >RM3,500.

βœ… Dapatkan borang permohonan di https://t.ly/krze5
βœ… Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke https://t.ly/2ndBn

‼️Tarikh tutup : *26 Oktober 2023*

_Pusat Kerjaya_
_Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni_
πŸ‘1