UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
❀3
❀5
❀3
Photo from Zue
πŸ‘2
Photo from Zue
Photo from Zue
πŸ₯°1
Photo from Zue
πŸ‘1
Photo from Zue
❀1πŸ‘1πŸ€“1
πŸ‘3
MAJLIS BERBUKA PUASA 2024 DAN BENGKEL HALATUJU KEPIMPINAN MAHASISWA ANAK PAHANG

*Pada 29 Mac 2024*

Perwakilan Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang (SEPADU UTM) telah menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Program ini merupakan anjuran Kumpulan Yayasan Pahang yang bertempat di Dataran Rumah Yayasan Pahang, Kuantan dan program ini telah disertai oleh lebih 800 mahasiswa dan mahasiswi Pahang dari pelbagai IPT dan institusi sekitar semanjung Malaysia termasuklah UTM.

Program ini telah bermula pada jam 5.00 petang dengan menyambut ketibaan diff-diff jemputan dan disertakan dengan ucapan dari Yang Amat Berhormat Dato Sri'.

Program kemudian diteruskan dengan jamuan berbuka puasa dan program ini telah berakhir pada jam 7.30 malam dengan sesi beramah mesra dan bergambar.

*Pada 30 Mac 2024*

Bengkel Halatuju Kepimpinan Mahasiswa Anak Pahang diadakan di E-Red Hotel, Kuantan dan disertai seramai 120 mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan majlis tertinggi MAMPAN dari setiap universiti seluruh semanjung Malaysia. Program ini dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan borak santai bersama mantan Presiden MAMPAN kebangsaan saudara Syed Amirul dari UniPSAS.

Program diteruskan dengan taklimat mengenai kepimpinan oleh Pengarah Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang
Yang Hormat Dato Sri’ Hajah Shahaniza binti Shamsuddin. Program ini bertujuan untuk melahirkan seorang pemimpin yang mampu menerajui MAMPAN pada sesi akan datang dengan memberi gambaran mengenai visi dan misi.

Sesi diteruskan lagi dengan pemberian 'duit raya' daripada YAB Dato Sri' Haji Wan Rosdi dan disampaikan oleh Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin. Program ini ditamatkan pada jam 1 petang dengan sesi ramah mesra dan sesi bergambar.

_Perwakilan Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang (SEPADU)_
_Universiti Teknologi Malaysia_
_Sesi 2023/2024_

β€œSEPADU BERTAMBAH PADU”

#studentaffairs
#myhepautm
#anakpahang
πŸ‘4❀3
❀1
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam #UTMSanjunganBangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM akan mengadakan Webinar Program Student of Universal Learning (SOUL) Siri 2/2024

πŸ–₯Tajuk: *Webinar Student of Universal Learning (SOUL) Siri 2/2024 - Fokus 360 Maksimakan Perhatian Dalam Kelas Faktor Kecemerlangan Akademik*

πŸ—£ Panel : *Ts. Dr. Nurul Ezaila binti Alias, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM*

πŸ—“ Tarikh : *23 April 2024 (Selasa)*
⏰ Masa : *3.00 pm - 4.00 pm*

πŸ“± Platform : https://bit.ly/3x0bAVd (Webex)

πŸ”— Link Google Form untuk kehadiran akan dibuka selama 35 minit sewaktu webinar berlangsung.

πŸ‘₯Link kehadiran Peserta UTM (Staf & Pelajar) dan Komuniti

https://forms.gle/FyyCuvgic5HNDSLQ9

βœ… Markah Merit untuk pelajar UTM dan mata CPD untuk staf UTM disediakan

βœ… E-sijil disediakan.

"Perhatian maksimum, kejayaan tanpa batas!"

#studentaffairs
#myhepautm
πŸ‘7
*NOTIS TAWARAN PENGANJURAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE-68 (FESKO'68)*

_*Jom sertai festival terbesar di UTM!*_

Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar (BAPP) membuka peluang semua JKM, Kelab & Persatuan bagi penganjuran Konvokesyen Kali Ke-68 pada NOV 2024. Penyediaan Kertas Cadangan perlu dihantar seperti berikut:-

πŸ“Œ *Tarikh Tutup:* 15 MEI 2024 | 4.00petang
πŸ“Œ *Syarat Penyertaan:* (rujuk poster)
πŸ“Œ *Penghantaran:* Secara fizikal di Galeri Siswa M42 atau muat naik melalui 'Google Form' - https://forms.gle/42XLg2SFwDX4NcZx8
πŸ“Œ *Rujukan Templat:* https://docs.google.com/document/d/1ws0unbuTcidZ71nSEVKz23u16-S0U8F4/edit

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
πŸ“² Encik Ridzuan - 0107053530
πŸ“² Encik Zack - 0177777731

Terima kasih.

#studentaffairs
#myhepautm
#konvokesyen
❀4πŸ‘2
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam #UTMSanjunganBangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM (PPPK) dan Kelab PEMADAM UTM akan mengadakan Program Jerayawara Sempena Peringatan Hari Antidadah tahun 2024.

πŸ—“ Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

πŸ™Tempat: Dewan Seminar, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB), UTM

⏰ Masa : 8.00 pg – 1.00 ptg

πŸ‘₯Link pendaftaran Peserta UTM (Staf & Pelajar) dan Komuniti

https://forms.gle/mDdYqrbNiGx2NbMS8

Tarikh akhir pendaftaran pada 25 April 2024

πŸ‘₯Pendaftaran sebagai sukaralewan SKUAD Antidadah juga dibuka semasa program

βœ… Markah Merit untuk pelajar UTM dan mata CPD untuk staf UTM disediakan

βœ… Sijil penyertaan disediakan.

πŸ›Sarapan pagi dan makan tengahari terhad kepada 80 peserta terawal sahaja.

β€œAyuh semua sama- sama hadirkan diri bagi memeriahkan program ini. Komuniti yang peduli. Sokongan anda diperlukan. Sertai kami!”

#studentaffairs
#myhepautm
#hariantidadah
πŸ‘3❀1
[BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA NEGERI PERAK]

https://www.instagram.com/p/C55wCe6JBNo/?igsh=M3ZiNjFla2JpaTVm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak telah dibuka untuk permohonan.*

Bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak di bawah kelolaan Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.

Permohonan boleh di buat melalui laman sesawang www.eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/.

Tarikh tutup permohonan pada *17 Mei 2024.*

Kelayakan permohonan adalah tertakluk kepada terma & syarat yang telah ditetapkan.

"Spread Wisdom for Better Perak"

Gerakan Mahasiswa Perak(GMPk)/ Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP)

#SiswaPerak
#SpreadWisdomForBetterPerak
❀2πŸ‘2πŸ‘1