UTM Official Students Channel
17.3K subscribers
3.64K photos
38 videos
284 files
2.43K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
SESI PENGAKTIFAN DAN PENYERAHAN KAD MYSISWA PELAJAR BAHARU SEMESTER II 2024/2025

Sesi pengaktifan dan penyerahan Kad MySiswa bagi pelajar baharu akan diadakan di UTM Johor Bahru seperti di poster hebahan.

Pelajar baharu Semester II Sesi 2024/2025 diminta menghadiri sesi serahan seperti yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang masih belum mengaktifkan Kad MySiswa juga boleh turut hadir bagi pengaktifan kad tersebut.

Sekian, terima kasih.

NOR AMELIA BINTI YUHARMON
Pembantu Tadbir
Seksyen Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib Pelajar
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Tel: 07-5530185

#studentaffairs
#myhepautm
#KadMySiswa
πŸ‘2
BERITA BAIK UNTUK PELAJAR PENERIMA BANTUAN ZAKAT UTM 2025!

Anda perlukan kerja sambilan di dalam kampus untuk menanggung perbelanjaan seharian?

Peluang keemasan inilah jawapannya!

Anda dialu-alukan untuk menyertai program latihan Job on Campus-Asnaf yang julung kali diwujudkan di UTM pada tahun 2025 ini.

Program perintis anjuran UTMCC dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan Maybank Islamic Berhad ini akan bermula pada 14 April 2025 sehingga 13 Julai 2025.

Bagaimana untuk memohon menyertai program JoC-Asnaf 2025 ini?

1. Anda mestilah pelajar pra-siswazah warganegara Malaysia yang aktif dan terdiri daripada penerima bantuan zakat UTM.

2. Semak UTMSmart anda sekarang! Ada 9 tawaran JoC-Asnaf yang telah diiklankan untuk anda menjadi perintis program latihan ini.

3. Permohonan boleh dibuat melalui sistem UTMACAD mengikut kalayakan anda dengan melampirkan dokumen yang diminta.

4. Saringan permohonan akan dibuat oleh pihak berkaitan. Tunggu keputusan pelantikan melalui sistem UTMACAD anda.

5. Jika permohonan berjaya, cetak surat pelantikan anda dan bawa bersama ketika sesi lapor diri di PTJ berkaitan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Selamat maju jaya!

#studentaffairs
#myhepautm
#penerimabantuanzakat
πŸ‘2❀1
Onn Leadership Accelerator dan Johor Apprentice (OLAXJA)

Pautan pendaftaran https://idojohor.my/onn-leadership-accelerator-x-johor-apprentice/

Pendaftaran dilanjutkan sehingga 30 April 2025.

#studentaffairs
#myhepautm
*[JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN RAYA 2025 ANJURAN PERSATUAN ALUMNI UTM NEGERI MELAKA]*

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UTM Negeri Melaka (PAUTM Melaka) akan menganjurkan Majlis Jamuan Raya 2025 dan AGM untuk ahli NGO sepertimana ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 27 April 2025 (Ahad)
πŸ•˜ Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
πŸ“ Tempat: UTeM, Melaka

Pihak PAUTM Negeri Melaka menjemput *Pelajar Tahun Akhir UTM kelahiran atau mastautin di Melaka* untuk meraikan majlis ini.
*Pengangkutan* akan disediakan kepada pelajar yang terlibat.

πŸ“Œ Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/m6SrYzhzvbb4syLf7

Majlis diadakan untuk meraikan Pelajar Tahun Akhir UTM Melaka dan mengeratkan silaturahim dengan Alumni UTM Negeri Melaka🀩

Kami menyeru semua Pelajar Tahun Akhir UTM Melaka untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini dan mengambil peluang bertemu-ramah bersama Alumni UTM Negeri Melakaβ€Ό

β€ΌTempat adalah terhadβ€Ό

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
*πŸ“ž 019-7085954 (Encik Amirul Amin)*

#studentaffairs
#wecare
#myhepautm
❀1πŸ‘1
πŸ‘1
πŸ“JEMPUTAN KE KULIAH TAFAQQUH FIDDIN 4.0 25/26 πŸ“

بِسْــــــــــــــــــمِ Ψ§ο·²ΩΨ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ψ§Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ… Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ

Salam Sejahtera , Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ³ΩŽΩ„ΩŽΩƒΩŽ Ψ·ΩŽΨ±ΩΩŠΩ‚Ω‹Ψ§ ΩŠΩŽΩ„Ω’ΨͺΩŽΩ…ΩΨ³Ω ΩΩΩŠΩ‡Ω ΨΉΩΩ„Ω’Ω…Ω‹Ψ§ΨŒ Ψ³ΩŽΩ‡Ω‘ΩŽΩ„ΩŽ اللهُ Ω„ΩŽΩ‡Ω بِهِ Ψ·ΩŽΨ±ΩΩŠΩ‚Ω‹Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω’Ψ¬ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΨ©Ω

Maksudnya: "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga."
[Riwayat Muslim (4867)]

πŸ“SIRI 1 : ADAB TERHADAP TUHAN

πŸ“… Tarikh: 20/4/2025 Ahad
⏰ Masa: 10.15-11.15 Pagi
πŸ—ƒ Platform: LIVE Streaming Webex
πŸ’Œ Penceramah istimewa : Ustaz Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh

🌟 Kelebihan menyertai Program Kuliah Tafaqquh Fiddin:

βœ…Merit UTM
βœ…Sijil e-cert disediakan

πŸ“Œ Daftar sekarang di link pautan:
https://forms.gle/mnFKiHrVtNc8YMKh8

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

πŸ“ž Nasywa - 013-264 6865
πŸ“ž Humaira - 017-978 5165

Al Qana’ahβ€’Al Quwwahβ€’Al-Qudwah

Rakan Siswa YADIM dan Rakan Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia Sesi 24/25.

#studentaffairs
#myhepautm
#wecare
❀3πŸ‘1
πŸ”₯ JOM KE OPEN DAY IJN COLLEGE! πŸ”₯
Nak ceburi bidang sains perubatan & sains kesihatan tapi risau pasal yuran pengajian? Jangan risau! IJN College ada peluang istimewa untuk anda! πŸ’‰πŸŽ“

πŸ“… Tarikh: 19 April 2025 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Auditorium IJN College, Level 13, Bangunan Yayasan Selangor, Kg Baru, Kuala Lumpur
⏰ Masa: 9:00 AM - 1:00 PM

✨ KENAPA ANDA WAJIB HADIR? ✨
βœ… Elaun Sara Diri setiap bulan – belajar pun dapat duit poket! πŸ’°*
βœ… Biasiswa penuh – yuran pengajian 100% ditaja! 🎯*
βœ… Jaminan kerjaya dalam industri kesihatan selepas tamat pengajian! πŸ₯*
βœ… Tak perlu tunggu result SPM – boleh mohon dengan keputusan percubaan!
βœ… Jumpa & tanya Education Counselors kami – semua jawapan ada di sini!
βœ… Eksplorasi pelbagai bidang kesihatan – temui program terbaik untuk masa depan anda!

*Tertakluk kepada terma & syarat

πŸ“² DAFTAR SEKARANG! DM kami atau klik link ni untuk bercakap dengan Education Counselors kami:
➑️ https://wa.link/u8tqdo
➑️ https://wa.link/u8tqdo
➑️ https://wa.link/u8tqdo

πŸ’‘ Rebut peluang keemasan ini sekarang! Tag kawan-kawan & family yang sedang mencari peluang pendidikan terbaik! πŸš€

πŸ”— Info lanjut di πŸ‘‰ www.ijncollege.edu.my
#IJNCollege #OpenDay2025 #ElaunSaraDiri #BiasiswaPenuh #TajaanPengajian #MasaDepanBermulaDiSini
πŸ‘2❀1
🌟 UTM PREMIUM CAREER, ENTREPRENEURSHIP & ALUMNI FESTIVAL (UTMPEARL 2025) is back β€” bigger, bolder, and more inspiring than ever!

Get ready to explore a vibrant space where opportunities meet ambition. You can look forward to:
- Career booths from top employers
- Inspiring talks by industry leaders and successful alumni
- Engaging activities and meaningful networking sessions that could shape your next chapter

πŸ“Œ Save the date!
πŸ—“ 29th & 30th April 2025 (Tuesday & Wednesday)
πŸ•™ 10:00 AM – 4:00 PM
πŸ“ Dataran UTM, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

🚌 Shuttle bus services will be provided for students. Stay tuned for the schedule and pick-up points.

This is more than just a festival β€” it's a platform to empower talents and unlock the future.

UTMPearl 2025
Universiti Teknologi Malaysia

#studentaffairs
#myhepautm
#wecare
Forwarded from UTM Official Students Channel (Zue)
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI) sedang menjalankan tinjauan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) Fasa Pertama bagi bulan Februari hingga Jun 2025.

Kerjasama anda dalam melengkapkan tinjauan ini amat penting bagi membantu kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh para pelanggan kami melalui penambahbaikan berterusan sistem penyampaian perkhidmatan. Kongsikan pengalaman anda sebagai pelanggan kami dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Pelanggan. Segala maklumat dari kajian selidik ini akan digunakan oleh bahagian pentadbiran JTNC (HEPA) bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan ke arah transformasi yang lebih telus dan berprestasi tinggi.

Tinjauan ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2025. Segala kerjasama yang diberikan sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Bagi mengakses tinjauan ini, boleh tekan di pautan yang disediakan atau mengimbas QR code di bawah :

Link :https://forms.gle/pFVnbsU1LyGPUMuq6

#studentaffairs
#myhepautm
#kajianindekskepuasanpelanggan
❀2πŸ‘2
πŸ€Program Kesedaran Autisme : Kenali Anak Anda☘️

Penawar Special Learning Centre (PSLC) dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), Pusat Kesihatan UTM dan Jabatan Pendaftar UTM. akan mengadakan program
PROGRAM KESEDARAN AUTISME : KENALI ANAK ANDA iaitu pada ;

πŸ—“ : 30 April 2025 (Rabu)
⏰ : 9.00 pagi - 12.00 tghhari
🏑 : Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, S41, UTM

Aktiviti Menarik Menanti Anda!
🌟Mini Forum : Autisme Bukan Penghalang - Kesedaran, Penerimaan dan Tindakan (9.30 pagi - 11.00 pagi)
⭐️Saringan Awal Secara PERCUMA (9.00 pagi - 12.00 tgh hari)
πŸͺ€Pameran interaktif

πŸ’₯Tempat adalah TERHAD dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat!
πŸ”₯Daftar segera PERCUMA di link berikut :
https://bit.ly/autism2025

πŸ‘‰ Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Dr. Nik Rafidah (Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, UTM) 019-2815208

Cik Hazirah (Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, UTM) 011-69885918

Penawar Special Learning Centre :

Ms Jannah : 0164079674
Ms Mawar : 0143579574
Ms Syeren : 0167331326

Terima Kasih & Jumpa di sana! πŸ€—

#studentaffairs
#myhepautm
#Kesedaran Autisme
Assalamualaikum & Warm Greetings,

Prof. / Associate Prof. / Dr. / Sir / Madam / Mr. / Ms.,

The Office of the Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs & Alumni) is conducting a Customer Satisfaction Index Phase One survey to enhance the quality of service delivery towards a more transparent and high-performance transformation, for the months of February to June 2025.

The survey will be conducted until 30 June 2025 .Your cooperation is greatly appreciated, and we extend our sincere thanks. To access the survey, please click the provided link or scan the QR code below:

Link : :https://forms.gle/pFVnbsU1LyGPUMuq6

Thank you.

#studentaffairs
#myhepautm
#CSI
❀1