UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.65K photos
38 videos
284 files
2.44K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
*Assalamu'alaikum Wr. Wb.,*

*PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H*

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

*2.0* Dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian Institusi Pembangunan Felow dengan kerjasama Majlis Felow Kolej 9&10 akan mengadakan program ceramah bersempena memperingati Rasulullah al-Mustafa, Nabi Muhammad s.a.w.

*3.0* Sehubungan dengan itu, berikut adalah perincian program tersebut.

*Tarikh: 5 November 2020 (Khamis)*
*Masa: 8.30 malam*
*Platform: Dalam Talian melalui FB LIVE https://www.facebook.com/ipfutm/ *
*Penceramah Jemputan: Ustaz Panji Alam bin Mazhisham, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM*

*4.0* Justeru, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara adalah dijemput untuk menyertai program ini. Kehadiran anda akan direkodkan untuk mata CPD (staf) & mata Merit (pelajar).

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


*BIRO KEROHANIAN*
Institusi Pembangunan Felow
Universiti Teknologi Malaysia
https://www.facebook.com/videokreatifbahasajpt/videos/371818754161729/

Jika kita berasa yakin untuk berbahasa melayu,mungkin semuanya berbeza. Jom sertai Pertandingan Video Pendek Kreatif Bahasa Melayu.
If we feel confident to use Bahasa Melayu, things might be different. Let's join Malay Language Short Creative Video Competition.
Open to all international students
who are studying in public and private universities. The video produced must be in Bahasa Melayu.
Hurry! Challenge your brain and get creative!
UTM Hotline (Call Centre) during RMCO
๐ŸŒ www.utm.my/hotline
*PERINGATAN & PEMAKLUMAN*

*ANUGERAH GEMILANG MAHASISWA (GEMA) 2020*

*_HARI TERAKHIR untuk PENCALONAN_*

Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) akan mengadakan Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) sesi 2020. Anugerah ini terbuka kepada semua pelajar dan staf berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia.

Anugerah ini adalah satu platform bagi mengiktiraf semua program dan aktiviti berimpak yang telah dianjurkan oleh Persatuan/Kelab/JKM/ Badan Beruniform/Mahasiswa sepanjang sesi 2019/2020 (1 September 2019 hingga 17 Oktober 2020). Kepada mana-mana Persatuan/Kelab/JKM/Badan Beruniform/Mahasiswa/Staf yang berminat untuk menyertainya, saudara/i boleh melayari laman sesawang Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) https://www.utm.my/studentaffairs/hebahan-mahasiswa/anugerah-gemilang-mahasiswa-2020/ bagi menyemak syarat-syarat pertandingan, kategori dan kriteria yang dipertandingkan. Pencalonan boleh dilakukan di google form yang telah disediakan dengan melayari pautan yang telah disediakan *http://bit.do/NOMINATIONGEMA2020*

Calon-calon yang layak pada tapisan pertama sahaja akan menghadiri sesi selanjutnya. Jadi, jangan lepaskan peluang ini bagi mengiktiraf program/aktiviti yang telah dijalankan oleh anda.

*Tarikh tutup permohonan melalui google form adalah pada 7 November 2020 jam 5.00 petang.*

Terima kasih.

๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ๐Ÿ…พ๏ธ

*ANNOUNCEMENT*

*ANUGERAH GEMILANG MAHASISWA (GEMA) 2020*

*_LAST DAY for NOMINATION_*

It is our pleasure to inform that the Department of the Deputy Vice Chancellor (Student Affairs) is organising Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) session 2020. This award program is open to all Universiti Teknologi Malaysia students and staff.

Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) serves as a platform to recognize impactful programs and activities organized by Associations / Clubs / JKM / Uniformed Bodies / Students during the 2019/2020 academic session (September 1, 2019 until October 17, 2020).

Thus, any Associations / Clubs / JKM / Uniformed Bodies / Students / Staff that are interested in competing for any of the awards may visit the website of the Department of Deputy Vice Chancellor (Student Affairs) at https://www.utm.my/studentaffairs/hebahan-mahasiswa/anugerah-gemilang-mahasiswa-2020/ to check the terms and conditions of the award nominations, award categories and criteria of nomination. Nominations can be submitted by filling in the google form link provided *http://bit.do/NOMINATIONGEMA2020*

Donโ€™t miss this opportunity to gain recognition for the program / activity that you have organised.

*Closing date for application via the google form is on November 7th, 2020 at 5:00 pm.* Please take note that only eligible candidates in the first screening will be called for the next session.


Thank you.
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
UTM Hotline (Call Centre) during RMCO
๐ŸŒ www.utm.my/hotline
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan, Pekerjaan (OSHE UTM) anjuran bersama Jawatankuasa 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera), Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan FIESTA MAYA 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera) UTM 2020 seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 9-12 November 2020 (Isnin hingga Khamis)
Masa : 7.45 pagi sehingga 5.00 petang
Medium Penyampaian : FB LIVE OSHE UTM (https://www.facebook.com/osheactivities)
Tentatif : Seperti di lampiran

Program ini juga disertai oleh pelbagai agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), JPJ, JKKP Johor, MBIP Johor, PERHILITAN Johor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, NIOSH Johor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Skyhill Clinic.

Terdapat pelbagai aktiviti diadakan seperti Sesi Pengkayaan Ilmu, Pertandingan mewarna menerusi aplikasi mudah alih telefon pintar, Pertandingan Video Menu Masakan Sihat, Forum Bicara dan Aktiviti Senambrobik.

Semua staf dan pelajar adalah dijemput hadir.

MAKLUMAN:

Staf yang menyertai program ini akan direkodkan dalam Sistem UTMSMILE (mata CPD). Manakala Pelajar akan direkodkan dalam sistem aktiviti pelajar (UTM ACAD)(mata Merit).

Terima kasih.
Assalamualaikum wth & Salam Sejahtera,

Anda pandai memasak?
Peminat tegar makanan sihat?
Sedang berdiet?

**Jom sertai kami dalam FIESTA MAYA 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera) UTM 2020 - "Pertandingan Video Menu Masakan Sihat" anjuran bersama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Jawatankuasa 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera) dan Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar.


Syarat-syarat Penyertaan:

1) Terbuka kepada staf dan pelajar UTM.
2) Like Facebook Rasmi UTM TTC (https://www.facebook.com/UTMTTC)
3) Saudara dikehendaki menghantar video masakan ke alamat emel sitinurhasyikin@utm.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 November 2020 (Selasa) jam 4 petang.
4) Tarikh undian bermula 11 November 2020 (Rabu) jam 8.30pagi hingga 4.30petang.
5) Butiran Video : -
- Format : MP4/ MOV
- Size : 1280x720 / Landskap 16:9
- Durasi : 3-5 minit per video
- Menu : Makanan sihat

6) Pihak Urus Setia akan memuatnaik video masakan di page rasmi UTM TTC dan Pemenang akan dipilih berdasarkan โ€œLikeโ€ paling banyak serta video paling menarik dan menepati butiran video yang diperlukan.

Hadiah:

1. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama (RM300), kedua (RM200) dan ketiga (RM100) sahaja.
2. Sesi penyampaian hadiah akan disampaikan pada Fiesta 3s UTM Fasa 2 (Januari 2021).

P/S : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Urus Setia di emel sitinurhasyikin@utm.my @ whatsapp di 0137444023

Apa tunggu lagi?? Jom sertai kami! Hadiah hebat menanti anda.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰

Klik untuk penyertaan --> https://forms.gle/7arUEpq2tZszdNcH6


Sekian, terima kasih.
Forwarded from Universiti Teknologi Malaysia (idiana hamidi)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr./Saudara,

TOWN HALL: UTM enVision 2025

2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Strategi (SMO) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Korporat dan UTMDigital akan mengadakan Sesi Town Hall: enVision 2025.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar adalah dijemput untuk menghadiri sesi Town Hall tersebut. Mohon kerjasama Ketua Jabatan/PSM PTJ/Fakulti/Bahagian agar dapat menghebahkan kepada semua staf dan pelajar masing-masing untuk hadir.

4. Sesi Town Hall ini bertujuan memberi hebahan dan pendedahan kepada seluruh warga kampus untuk mengetahui, memahami dan menghayati UTM enVision 2025.

5. Terdapat 21 buah booth untuk dikunjungi pada sesi Town Hall ini.

Kehadiran anda untuk memeriahkan lagi program ini amatlah dialu-alukan. Hadiah menarik menanti anda.

*Kehadiran staf akan diambil kira sebagai mata CPD di dalam UTMSMILE
UTM Library is conducting a Customer Satisfaction Index (CSI) Survey on the performance of UTM Digital Library for the year 2020. Due to Covid-19 pandemic, UTM Library continues to provide most of its services online, while maintaining its physical operations. Therefore, this survey aims to understand your interaction with the Library in the digital environment through online library services, resources and programmes.

Your cooperation in completing this survey will help us provide the best possible service to you. The feedbacks obtained from this survey are CONFIDENTIAL and the results of this survey are only applicable to our research reports. Please click on the provided link to access the survey:

http://bit.ly/CSI2020UTMLIBRARY

Your feedback is highly appreciated. For any enquiries, please call us at 07-55 30023 or email at lib-enquiryjb@utm.my or lib-enquirykl@utm.my