Datuk Ismail Lasim telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi satu surat bertarikh 16 November yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir salinan surat peletakan jawatan Ismail telah diterima Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu Ahmad Zahid akan mempersembahkan cadangan calon pengganti kepada Tuanku Muhriz bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri.
“Proses berkenaan akan dilaksanakan selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan baginda,” katanya.