Terkini dan Sensasi Palestin
116K subscribers
28.3K photos
7.93K videos
10 files
13.1K links
TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!
Download Telegram
Bukan sekadar belajar tentang Palestin — anda juga bakal menjadi penggerak advokasi Palestin!

Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka peluang kepada semua yang ingin memahami isu Palestin secara lebih mendalam melalui program:

Training of Trainers (TOT) Siri-II (2026)
Program ini bakal melahirkan generasi belia yang:
✅ Faham sejarah & realiti Palestin
✅ Membawa naratif yang jelas tentang isu Palestin
✅ Bersedia menjadi penggerak advokasi masyarakat
✅ Berani menyampaikan isu Palestin kepada komuniti

📌 Terbuka kepada:
Golongan belia berusia 18–35 tahun
Kami juga mengalu-alukan pelajar sekolah menengah seawal 15 tahun untuk turut serta menyertai program ini!

💰 Yuran early birds:
RM50 jerr tauuuu!
Harga asal - RM90 (orang awam), RM70 (pelajar IPT dan sekolah)

📅 Tarikh tutup early birds:
30 Mei 2026

📲 Imbas kod QR atau klik pautan https://bit.ly/earlybirdTOT2026

Fahami Palestin. Sebarkan Kebenaran.

#TOTCGM2026
#penggerakadvokasiCGM
#heroes4hope
😱11👍5❤1
Malam Aidiladha di Gaza diselubungi darah para syuhada, sementara masjid-masjid dipenuhi jenazah. Seramai 10 individu dilaporkan gugur syahid pada hari pertama Aidiladha selepas pesawat tempur tentera rejim Israel mengebom sebuah rumah di Jalan Omar al-Mukhtar, di tengah bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
😢50🤬21
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesan kemusnahan selepas pesawat tempur tentera rejim Zionis Israel menyasarkan beberapa buah bangunan kediaman di bandar Tyre, selatan Lubnan.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
🤬52😢12🔥2
Saluran 12 Israel: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyenaraikan Israel dalam senarai hitam negara dan organisasi yang terlibat dalam keganasan seksual di wilayah konflik.

Sumber: Al Jazeera Palestin
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
👍53🔥6❤2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ketika kanak-kanak di seluruh dunia Islam menyambut Aidiladha dengan kegembiraan, kanak-kanak Palestin di Gaza pula berlari menyelamatkan diri daripada bom dan serangan udara.

Di Jabalia, utara Gaza, seorang kanak-kanak perempuan kelihatan berlari dalam ketakutan ketika bedilan rejim Israel terus menghujani kawasan tersebut. Di sekeliling mereka, darah, kecederaan dan kemusnahan.

Hari pertama Aidiladha di Gaza bukan tentang sambutan. Ia tentang bertahan untuk hidup.

🌐 Follow, Like & Share
• Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
• Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.

#Heroes4Hope
#CintaGazaMalaysia
🤬49😢14😭9❤1
Media Hebrew memetik Kementerian Kesihatan kerajaan haram Israel:

▪️ Sebanyak 13 kecederaan baharu direkodkan pada Rabu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan sejak bermulanya perang Amerika-Israel terhadap Iran hingga Ahad meningkat kepada 8,902 kes.

▪️ Jumlah kecederaan akibat perang di Lubnan sahaja, selepas tempoh 'gencatan senjata' dengan Iran pada 8 April lalu, mencecah 1,001 kes.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
👏32🔥3❤1❤‍🔥1
Pejabat Media Kerajaan: Rejim Israel menghalang kemasukan 17,000 ekor lembu dan 24,000 ekor kambing ke Gaza, sekali gus menafikan rakyat Palestin daripada melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha 2026.

Sumber: Al Jazeera Palestin
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
🤬58😢5🔥1
Seramai 10 orang rakyat Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas terbunuh dalam serangan rejim Zionis Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di bandar Gaza pada hari raya pertama Aidiladha, dalam salah satu serangan paling berdarah di Gaza sejak 'gencatan senjata' yang disokong Amerika Syarikat mula berkuat kuasa.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
😭46🤬25😢4
Kupasan isu Palestin kini dalam video artikel eksklusif di saluran YouTube Laman Diskusi Cinta Gaza Malaysia.

Daripada realiti kehidupan anak yatim di Gaza, dinamika politik antarabangsa hingga perjuangan yang tidak pernah terpadam, setiap video membawa perspektif yang lebih mendalam untuk difahami bersama.

📌 Antara topik terkini:
▪️ Di Sebalik Statistik: Realiti Kehidupan Anak Yatim di Gaza
▪️ Tindakan Indonesia Menyertai Board of Peace Dikritik
▪️ Pembunuhan Pemimpin Tidak Mematikan Sebuah Idea

Tonton, fahami dan sebarkan kesedaran.

▶️ Eksklusif di https://www.youtube.com/@LamanDiskusi1948/videos

🌐 Follow, Like & Share
• Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
• Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.

#Heroes4Hope
#CintaGazaMalaysia
❤14👍11
Dana Board of Peace yang diperkenalkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor tidak mempunyai dana mencukupi untuk pelan pembangunan Gaza dan kini berada dalam keadaan tergantung dari sudut undang-undang dan politik, menurut laporan The Financial Times pada Rabu semalam.

Laporan itu menyusuli pendedahan eksklusif Middle East Eye bahawa seorang pegawai kanan pentadbiran Trump telah berkunjung ke Arab Saudi pada April lalu bagi meminta Riyadh meneruskan janji sumbangan AS$1 bilion kepada lembaga tersebut.

Menurut sumber Arab dan pegawai AS yang dipetik Middle East Eye, Aryeh Lightstone, antara pegawai utama AS yang menyelia perancangan pasca perang Gaza, telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud bagi membincangkan komitmen kewangan tersebut.

Board of Peace atau Lembaga Keamanan ini diwujudkan selepas AS menjadi perantara gencatan senjata pada Oktober 2025 bagi menamatkan perang rejim Israel ke atas Gaza. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pakar hak asasi manusia dan beberapa pemimpin dunia sebelum ini mengiktiraf perang tersebut sebagai genosid, dengan lebih 72,800 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Gaza.

Walaupun Trump sebelum ini mengumumkan bahawa lembaga itu bakal menjadi antara inisiatif ‘paling berpengaruh’ dalam sejarah dunia dan berjaya memperoleh janji sumbangan bernilai berbilion dolar daripada negara Teluk, Financial Times melaporkan bahawa empat bulan selepas penubuhannya, tabung kewangan yang diwujudkan melalui Bank Dunia masih belum menerima sebarang dana rasmi.

Sebaliknya, lembaga itu dilaporkan menerima sumbangan terus melalui akaun JPMorgan miliknya. Mekanisme tersebut membolehkan organisasi itu tidak perlu mendedahkan sumber pembiayaan kepada penderma atau 25 negara anggota yang terlibat.

Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai pihak sebenar yang membiayai lembaga tersebut serta pegawai AS dan antarabangsa yang bekerjasama dengannya.

Laporan itu turut menyebut bahawa Lightstone dan beberapa penasihat AS sebelum ini menetap di dua buah hotel mewah tepi pantai di Tel Aviv, iaitu Kempinski dan Hilton, ketika merangka ‘pelan masa depan’ Gaza.
Penasihat AS juga didakwa merangka cadangan menjadikan Gaza sebagai hab teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bandar mega, yang dikritik oleh banyak pihak sebagai usaha pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.

Dalam wawancara bersama The New York Times pada November lalu, Lightstone mengesahkan bahawa salah satu cadangan termasuk membina penempatan khas untuk ribuan rakyat Palestin yang telah ‘disaring’ untuk tinggal di luar Garisan Kuning di Gaza; kawasan yang kini berada di bawah kawalan tentera rejim Israel.

Setakat ini, lembaga tersebut hanya menerima beberapa sumbangan kecil bagi membayar gaji kakitangan. Maghribi dilaporkan menyumbang AS$3 juta manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyalurkan AS$20 juta bagi menubuhkan pejabat Nickolay Mladenov serta membiayai teknokrat Palestin yang bekerja di bawahnya.

Trump mengetuai lembaga itu, manakala Nickolay Mladenov, bekas utusan PBB dan tokoh kanan Akademi Diplomatik Anwar Gargash milik UAE, dilantik sebagai wakil khas bagi Gaza pasca perang.

Financial Times turut melaporkan bahawa dana AS$100 juta daripada UAE yang diperuntukkan bagi melatih pasukan polis Palestin juga kini dibekukan. Ahli perniagaan Palestin-Amerika, Bishara Bahbah, yang membantu AS dalam rundingan gencatan senjata dengan HAMAS, menyifatkan kedudukan kewangan lembaga itu sebagai sangat suram.

Menurut beliau, organisasi tersebut masih gagal memulakan sebarang operasi di Gaza berikutan ketiadaan dana untuk melaksanakan apa-apa di lapangan.

Sumber: Middle East Eye

🌐 Follow, Like & Share
• Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
• Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.

#Heroes4Hope
#CintaGazaMalaysia
👎27❤4🔥2🤬2
Bukan sekadar belajar tentang Palestin — anda juga bakal menjadi penggerak advokasi Palestin!

Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka peluang kepada semua yang ingin memahami isu Palestin secara lebih mendalam melalui program:

Training of Trainers (TOT) Siri-II (2026)
Program ini bakal melahirkan generasi belia yang:
✅ Faham sejarah & realiti Palestin
✅ Membawa naratif yang jelas tentang isu Palestin
✅ Bersedia menjadi penggerak advokasi masyarakat
✅ Berani menyampaikan isu Palestin kepada komuniti

📌 Terbuka kepada:
Golongan belia berusia 18–35 tahun
Kami juga mengalu-alukan pelajar sekolah menengah seawal 15 tahun untuk turut serta menyertai program ini!

💰 Yuran early birds:
RM50 jerr tauuuu!
Harga asal - RM90 (orang awam), RM70 (pelajar IPT dan sekolah)

📅 Tarikh tutup early birds:
30 Mei 2026

📲 Imbas kod QR atau klik pautan https://bit.ly/earlybirdTOT2026

Fahami Palestin. Sebarkan Kebenaran.

#TOTCGM2026
#penggerakadvokasiCGM
#heroes4hope
❤15👍6
Alhamdulillah, pada 28 Mei 2026, tim Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah selesai melaksanakan ibadah korban di Ayoy Farm, Kg Sungai Kembung Hilir, Kajang.

Sebanyak 2 ekor lembu korban telah disempurnakan bagi 14 penama yang mendaftar korban bersama CGM.

Proses penyembelihan, melapah, memotong, membungkus dan pengagihan daging korban berjalan lancar dengan bantuan para sukarelawan.

Lebih kurang 150 keluarga asnaf di sekitar kampung serta Pangsapuri Nuri telah menerima manfaat daripada agihan korban ini.

Terima kasih kepada semua peserta korban dan penyumbang yang terus bersama CGM dalam menyebarkan manfaat dan harapan kepada masyarakat.

#Heroes4Hope
#CintaGazaMalaysia
❤34