CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Dalam zaman ini, kita boleh outsource banyak kerja. Namun perlu diingat... jangan serahkan core competency bulat-bulat kepada orang luar. Benda yang jika tidak diuruskan dengan betul boleh meranapkan syarikat, yang ini biar syarikat yang handle. Menjadi tanggungjawab syarikat utk hire the best team to work on it.
Dalam bisnes yang kalian usahakan sekarang. Bagaimanakah kalian lihat kedudukan kalian 5-10-20-30-50-100 tahun akan datang.

Kami suka berfikir jauh ke hadapan. Dengan berfikir begitu, amazingly, ALLAH buka jalan untuk nampak a better view on table. Yang bukan pandangan 1-2 tahun. Nampak..bagaimana kuasa besar main silang pangkah in 30-50 years.

Sekarang kami tahu, mengapa Jack Ma meletakkan sasaran AliBaba bertahan 102 tahun dalam pasaran. Over a century.

Of course, kita tak perlu tahu semua baru nak bermula. Along the way, we will learn new things.

If you want to do some thinking anyway, better think big.

PS : Terkecuali untuk mereka yang berbisnes dengan mindset melompat-lompat jenis bisnes. Malah kami mula nampak, melompat bisnes adalah petanda pandangan mereka 1-2 tahun ke hadapan.

Untuk bertahan 100 tahun ke hadapan, kalian perlu melihat, apa yang orang lain choose to ignore.
#tips
Jaga anak buah. In 10 years, kita tak tau mereka akan jadi apa. Jaga anak buah baik-baik.

Ia sama penting dengan belajar pengurusan syarikat.

Real business is done the poker way. Some chips thrown on the table based on certain non quantitative variable.
25/10
70% Malaysian buyers do their research first, before buying.

Here comes content marketing.
28/10
REPOST beserta tambahan bebelan. LOL
=================
Ramai pulak yang follow channel ini. Sesungguhnya, saya tidak ada fokus yang tertentu dalam sharing di grup ini. Lebih kepada on going journey, perkara yang saya pelajari saban hari dan pemerhatian yang menarik. Harap jangan kecewa.

Semalam, saya turun ke sekitar jalan TAR untuk menjenguk suasana terkini di sana. Sedia maklum, dalam industri fesyen dewasa ini jualan ada turun naiknya yang ketara. Ada seakan hentakan dalam pusingan duit industri ini sehingga pemain-pemain kecil mulai rasa jerihnya.

Masalah jualan bergerak perlahan bukan hanya surface up pada peringkat peniaga kecil/peniaga online kecil, ia juga menjengah sehingga ke peringkat supplier.

Khabar dari rakan-rakan seindustri bermacam rupa. Pemerhatian lanjut kita lakukan sendiri... dan memang boleh disahkan, jualan perlahan itu berlaku di mana-mana.

Pasaraya, butik, lebih kurang orang berbanding biasa.

Pusat-pusat butik pakaian di Bangi, tempat parkir kereta penuh namun catatan jualan menunjukkan angka sebaliknya. Butik yang asalnya bermain harga premium saban hari canang diskaun untuk pelanggan yang dikasihi.

Belum lagi so called upcoming JUALAN AKHIR TAHUN!

Biasa juga kita dengar, jualan bagi sesetengah butik meningkat - ini disebabkan oleh plan restruktur menipiskan margin yang dilakukan bagi menampung tempias gelombang ekonomi turun naik yang berlaku.

Seksyen 7 Shah Alam apa kurangnya... banyak kedai, sunyi. Banyak juga jualan MOVING OUT, juga ada yang menjual keseluruhan bisnes atas pelbagai reason - walhal kita faham benar bisnes itu sudah tidak mendatangkan hasil, malah terus menyedut duit keluar daripada poket.

Ini reaksi on the surface yang kita nampak. Ada banyak lagi... benda, yang kita belum nampak. smile emoticon Dan ia berada di permukaan bawah tanah. Yang ini, hanya boleh dikongsi lewat lepak-lepak sahaja. Dan cerita yang tidak dibuka kepada umum. Yang dapat, rezekilah tu.

Ramai peniaga yang saya kenali, seperti saya juga pada kira-kira 3-4 minggu sudah. Kita berasa sebenarnya kita tidak terkesan dengan percaturan ekonomi waktu ini. Biar ekonomi turun pun, kita tetap menghasilkan jualan.

Namun, bersiap sedialah.. Kerana apa? Kerana tekanan yang dihadapi supplier, akan merentas chain. Semua orang akan rasa, cepat lambat saja bezanya.

Tudung/jubah, menggunakan kain dan benang. Kain dan benang kita, datang dari mana? Naik kapal? Maka wajarlah untuk bersiap sedia. Kerana ringgit kita berada di tahap menggerunkan, dan ini memberi kuasa kepada pihak yang mengeluarkan kain.

Ingat, across the chain.

PS : Ada beza berfikir negatif dan mengurus risiko ya. Keep in mind, you cant face the giant with only positive thinking. You cant win a battle solely with 'semangat'. You definitely need a good winning strategy. Put in line your best damn chips. Bukan nak cakap apa... its totally gambling on the table. Take it, or leave it. Feel free untuk buat benda lain, jika tak setuju dengan apa saya kata.

PS (2) : Masa ini juga kita nak tengok....do we have what it takes?
29/10
Gajah dan Semut
=============
Siang hari tadi, saya dan kakcik turun ke jalan TAR sekali lagi. Dalam situasi ekonomi begini, kami balik kepada step 0 - tidak menyimpan stok. Lebih penat daripada biasa apabila perlu ulang alik saban hari.

Tadi, supplier kami berkongsi cerita. :)

Tentang Gajah dan Semut.

Dalam industri kami ini, pada waktu ekonomi menurun ini - waktu terbaik untuk pemurnian padang. Player besar akan menolak player kecil secara kasar dan halus. Ini kisah tentang Gajah.

Gajah ialah haiwan yang besar. Apabila Gajah lalu di tengah laluan, semua benda boleh dipijaknya. Kalau Gajah mengamuk? Lintang pukang semuanya.

Tapi kata supplier kami, walaupun begitu....kita ini ibaratnya semut. Kita kecil, tapi kita ramai...

Jika semut-semut ini datang dan serang Gajah, Gajah pun boleh menggelupur jadinya.

Pendek kata, jangan takut dengan Gajah. Kita yang kecil ada kelebihan kita yang tersendiri. Supplier kami berpesan, bertahan. Itu saja yang penting untuk waktu ini. Jika pada waktu ini kita survive, nanti masa ekonomi pulih kita akan berjaya besar.

Kami angguk.

--------

Dalam situasi bisnes, kelebihan kepada kita yang kecil adalah kita berbentuk mobile. Kita masih mudah berubah bentuk. Merubah arah. Berbanding sebuah kapal besar yang sarat muatan. Nak tukar arah pun ambil masa. Berbanding kita yang naik bot.

Situasi lautan yang merah bukan menjadikan kita stress tak tentu hala. Lautan yang merah maksudnya kita ada banyak peluang untuk belajar. Di sini juga kita akan kenal diri kita - kita memang orang bisnes, atau kita orang yang nak buat duit semata-mata.

Choice is yours.
31/10
Margin tidak memberi gambaran penuh tentang masa hadapan sesebuah bisnes.

Kita biasa saja dimaklumkan urusan jual beli bisnes dengan melihat seberapa besar potensi untung bisnes itu. Lazimnya ditunjukkan kepada kita akan margin untung yang bakal kita raih selepas take over.

Perkara yang lebih bernilai untuk kita lihat adalah laporan kewangan (paling kurang 1 tahun) sesebuah bisnes - normally minta 3 tahun; kedua tanyakan velocity duit dalam account syarikat; ketiga semak growth syarikat dalam tempoh 3 tahun bisnes mereka.

Kita tidak mahu buang duit, pada kereta yang sudah di touch up cantik tapi satu persatu bahagian enjin problem.

Kita mahu yang dalamnya cantik, jadi kerja touch up luaran jauh lebih mudah dan berkesan.

Jangan ambil alih bisnes yang ada kanser.

PS : Pada musim ekonomi menurun, banyak owner jual bisnes dengan menjaja mereka mahu tukar nature bisnes.
Channel photo updated
1/11
Originally posted here : https://telegram.me/cmread

Senarai ini dibina oleh ahli-ahli grup MBN :

- Pilih customer segment.
- Pilih produk.
- Dapatkan supplier.
- Kira overhead bulanan.
- Kira CPS setiap produk.
- Tetapkan target jualan(unit)/month utk breakeven.
- Tetapkan channel marketing1
- Shoot marketing (channel by channel), rekod ROI.
- Kemaskini cashflow bulanan
- SOP-kan proses2 yang berulang
- Kemaskini database
- Keep in touch dgn database
- Tetapkan USP
- Pembangunan content marketing
- Apb Cashflow boleh tampung staff minimum 3 bulan, hire staff1 (sale/account)
- Kenal pasti target 12bulan, 9 bulan, 6 bulan, 3bulan
- Adjust, rescale, repeat
- Tetapkan kuarter ke berapa kita perlukan spotlight media
- Cari investor jika perlu/ go slow jika tidak mahu investor
- IPO
- Budget & Forecast

ON GOING PROCESS
- Cari Cikgu ikut industri
- Cari Cikgu lain industri
- TEST TEST TEST dan TEST LAGI
- Bina rangka asas infrastruktur, untuk memudahkan scale up

PS : MBN adalah nama grup Telegram saya yang membawa maksud Mal Business Network. Grup ini tidak dibuka kepada umum.

PS (2) : List di atas dibina atas inisiatif memberi gambaran perjalanan sesebuah bisnes. Dan mohon diubah suai mengikut nature bisnes masing-masing.
2/11
Originally Posted Here : https://telegram.me/cmread

Often in business life, shits happened. Ada sesetengah faktor tu bersifat luar kawalan. Ia tidak boleh dikawal oleh tim kita sendiri.

Kita lebih mudah dan terdorong hidup dalam masalah. Sebab, kita tak perlu berdepan kenyataan yg kita tak ada upaya untuk kawal situasi.

Business ada tough days yg tersendiri

Orang yg benar bikin bisnes tau kenyataan ini.

But for a business person, lying down a bit might help.

Lepas tu kena bangkit semula. Sebab...bila kita down, kita menutup semua potensi lain. Kita sibuk melayan perasaan.

Masa ekonomi jatuh adalah masa PALING MASYUK UTK BUAT SALES.

Sebab masa ini la, banyak player QUIT.

If you plan not to quit. You better focus on making big money.

Get rid of ur comfort zone - dalam kes sekarang buying power lemah adalah sandaran paling comfort - dan start utk guna otak yg ada tu utk make money.

Jika!

Jika rasa selepas masih nak merungut..

Man, maybe you are not cut enough for this.

Think for a second.

Kita tak masuk bisnes utk settle average.

So why behaving like one?

Be tougher, grow stronger.

We can make it.

Happy Monday!
6/11
Apabila jadi excited, waktu itu keputusan-keputusan salah dalam bisnes boleh terhasil.

Apabila jadi excited, berhenti buat decision. Pergi buat sesuatu untuk divert focus. Have enough rest. Tidur awal, selepas 48 jam, baru buat keputusan.

Saya belajar dari pengalaman. Excited yang paling bahaya, datang daripada sesi minum kopi dan lunch appointment. Kita bercerita tentang duit dan projek.

Datang minum kopi tak ada terfikir pun buat perubahan itu ini. Tapi balik minum kopi, tetiba perlukan perubahan itu ini.

Walau ada perubahan itu perlu, kadang lebih banyak yang tidak perlu dalam jangka masa terdekat.

Sentiasa, tahu dan kawal skala sendiri.

Dengar semua, tapi be selective.

Ini pun, skil bisnes yang perlu dipelajari. Tiada dalam buku.
6/11
Saya ada menulis 1 status FB lama dulu. Cerita bagaimana bisnes saya bermula. Berikut petikannya.

Jika berminat, boleh klik pada link di bawah, ada bacaan penuh.

===============
(2) UNTUK MEREKA YANG BERMULA DARI ZERO - Entri Penuh
======================================
Saya menulis ini dari SOHO semak, tak ada comfy chair, apatah lagi air cond. This is real.

Saya bermula dari kosong, modal RM100 pinjam daripada orang. Sudah hampir 2 tahun masa berlalu.
.
.
.
.
Masa saya bermula dahulu, basis action taken sama dengan masa ini. Saya pilih cara yang paling dummy.

Saya tak pergi mana-mana kelas marketing, mana-mana kelas motivasi dan apa-apa kelas pun.

Saya beritahu diri saya, kalau hari ini dapat jual 1, esok aku cuba jual 2. Lepas tu aku cuba jual 3, lepas tu tambah lagi.

Dan begitulah saya bermula, dengan cara yang paling dummy.

Mungkin ada yang masih ingat, si bodoh Mal susun 20 helai inner
===============

Sambung bacaan anda di sini sekiranya anda rasa...nak baca : https://www.facebook.com/glorybecky/posts/10153332870507557
10/11
"Oleh itu, demi buat ingatan diri ini, sesekali saat kita menyangka bahawa ujian kitalah yang paling mencabar, ingatlah masih ada lagi hamba-Nya yang mungkin sedang bertarung dalam hidupnya. Mungkin antara nyawa dan maut. Antara cinta dan benci. Antara rugi dan rezeki. Antara jodoh dan cerai.

Apalah sangat ujian kita pada hari ini. Tiadalah tujuan lain ujian dari Allah ini ke atas hamba-Nya melainkan demi diangkat darjat keimanan hamba terhadap Allah yang Maha Perkasa."

Bacaan penuh di sini : https://www.facebook.com/150239268422164/photos/a.305105889602167.69144.150239268422164/850862171693200/?type=3
10/11
Originally Posted Here : https://telegram.me/cmread

10 Perkara Saya Belajar Minggu Ini.

1. FUND. Ya, apabila bisnes kita bertambah usia kita menjangkakan team kita memerlukan tambahan fund. "Alangkah bagusnya jika kita ada duit banyak untuk bla bla.." Perlu diingati ia bukannya jatuh status wajib apabila kita tidak tahu tahap kesihatan bisnes kita. Menerusi beberapa situasi yang saya teladani, isu utama dalam bisnes bukan datang dariapda kekurangan fund, dan penyelesaian juga tidak semestinya datang dengan peleburan duit yang banyak. Lebih ngeri, lebihan FUND menyebabkan kita kurang cermat memacu pergerakan team ke hadapan. Tidak semua situasi bisnes solusinya adalah duit yang banyak.

2. MARKET SHARE. Penting untuk tahu secara kasar apakah perkembangan kita dalam industri kita. Kita ini, berapa % daripada keseluruhan kek industri. Apabila kita tahu nombor, kita tahu berapa jauh lagi perjalanan kita. Dan apakah sasaran kita dalam kek industri? Jangan beri jawapan seperti ... "Saya nak pegang 50% market share." Bila ditanya berapa besar nilai industri tersebut, kita garu kepala.

3. DATABASE. Database super penting. Database memberikan kita laporan demografik dan data. Daripada database kita hasilkan hipotesis, untuk kita uji dengan split test. Orang boleh kata jual tudung sekian sekian, kepada sekian sekian menghasilkan result sekian sekian. Namun database kita boleh memberitahu yang sebaliknya.

4. PASSION. Penting, tapi passion semata tidak menghasilkan duit. Produk yang betul dalam pasaran yang salah tidak menghasilkan duit. Biar pun kita sungguh passionate dengan idea tersebut.

5. CYCLE 10 YEARS. Mengetahui cycle berulang setiap 10 tahun (average), usahawan perlu sediakan 'kusyen' yang selesa untuk kekal bersaing pada waktu ekonomi kurang stabil. But giving up is never an option.

6. COMPETITORS. Mesti tahu siapa top competitors kita. Senaraikan secara kasar permainan mereka - market segment mereka. Cuba untuk tidak bersaing secara terus dengan mereka. Flanking, if you have to.

7. RESULT. Apa juga hasil orang lain, itu hasil mereka. Ambil apa yang boleh kita pelajari...dan SENTIASA letak split test untuk bisnes sendiri. Result kita mungkin tidak sama. Berhenti menakutkan diri sendiri dengan melihat result team orang lain. Lebih bagus berjalan atas skala sendiri.

8. NETWORK. Network yang bagus menyajikan kita dengan banyak soft info yang tidak boleh kita miliki secara terus di dinding FB. Jangan potong network masing-masing. Berniagalah atas konsep brotherhood. Kita nak makan lama. Hari ini kita boleh buat 1 juta, esok kita boleh hilang 2 juta. Masa tu, network kita yang akan support kita - walau hanya dari sudut emosi dan semangat. Tapi jika hari ini, kita tidak hirau network kita?

9. EDGE. Jika semua orang pergi ke kanan, kita pergi ke kiri. Hanya pergi ke kanan, jika kita ada network yang kuat, kita kawal bahan mentah, kita ada big hard cash. Jumlah lost di sana, lebih tinggi. Berbanding jika kita berada di arah bertentangan.

10. MONEY. Money have no soul. Duit ibaratnya askar. Hari ini kita hantar duit keluar pergi berperang, kita nak pada hujung harinya duit ini pulang bersama tawanan dan harta. Kita tak mahu duit ni mati dalam pertempuran. Dalam realiti, memang duit bakal rentung. Justeru, perlu kita belajar menguruskan risiko agar jumlah yang terbakar itu dapat kita minimakan dan kawal.

=================
BONUS POIN NO 11 dan NO 12
=================
11. MASA. Kita tidak tahu berapa banyak yang dapat kita pelajari dalam tempoh masa 1 tahun. Beri masa kepada diri untuk belajar. Background dan pengetahuan kita berbeza-beza. Kita belajar pada waktu yang tepat. Apa kita dapat pelajar jika kita quit atau melompat bisnes setiap 2-3 minggu?

12. FRAGILE GROWTH. Membesar dengan kadar yang terlalu pantas mendatangkan banyak masalah dalam jangka masa pendek dan panjang. Teladani sepohon pokok. Dari sebiji benih sehingga tumbuh rendang memayungi bumi, ia mengambil masa bertahun. Kita mahu buat duit, kita juga mahu berdiri stabil.

Sekian.
16/11
Catatan FB saya hari ini :

Saya tak pasti orang lain, namun saya mementingkan :

1) CTR utk setiap ads yang dijalankan.

2) Rekod leads yg masuk menerusi setiap ads yang dijalankan - ikut channel, keyword, sedetail yang boleh.

3) Berapa banyak order submitted bagi setiap leads dalam tempoh 24jam.

4) Jadual follow up untuk leads yang tidak responsif.

No 1 dan 2, memang biasa buat. No 3 dan 4 dalam proses enhance.

Ada sesetengah orang berpendapat, no 1 tidak penting. Selagi kita tau menggunakan leads.

Bagi CM, ia penting. CTR adalah indikator pertama untuk speed ads.

Kedua, ia memberitahu kami jika headline kami tidak responsif.

Ketiga, player kecil seperti kami memang perlu sukat 'effectiveness' duit yg dibakar.

Keempat, dalam industri fesyen, sehelai pattern tudung dijual lebih 100 player. Its a totally diff game.

Get ur ass in this field. Than you might wanna ammend certain thoughts of urs.
19/11
Catatan FB saya hari ini :

Biasa kita dengar, "Kau cuba fikir berapa besar market untuk produk ni. Semua orang ada GIGI. Berbillion weh manusia atas bumi ada GIGI. Kita patut jual ubat gigi yang ada flavor chocolate. Aku dah dapat pull cash 1juta dari 'Angah'. Jom design packaging dan kaya la kita lepas ni..."

Produknya ialah ubat gigi. Jual di Malaysia.

Nak langgar kapal siapa tu? Kapal Colgate. Ok takpe, kita flanking. Kita jual yang untuk niche market, kita cater Muslim je. Habis kapal Mukmin kau nak buang mana?

Ok macam tu kita buat ubat gigi khusus untuk orang yang gigi sensitif. Habis kapal Sensodyne nak buang mana?

Tapi ni kan industri berbillion, imagine kita dapat 1% saja. 1% saja!

Yeah. Rasanya Colgate, Mukmin, Sensodyne nak bagi je 1% pada kita sebab mereka ada pegangan yang lebih besar?

Habis tu nak buat apa weh? Eh kejap. Tadi kan nak buat ubat gigi flavor chocolate? Kids will be dying for that..

Mungkin ye, mungkin tidak. Yang pasti, ia item yang melanggar norma. Coklat dan gigi. Jika pun coklat tu tak merosakkan gigi, market perlu dididik. Here comes infomercial business. And how much money and time it will takes for you to educate the market.. belum kira nak tahu bila duit 1juta dari 'Angah' tadi dapat return semula.

Idk. You think. Saya tak nak jual ubat gigi.

Business ni subjektif. Pengalaman orang berbeza-beza. Belajar dari buku, dari pengalaman, dari orang lebih berjaya. Tapi jangan over excited dengan perkataan billion.

If its too good to be true....berhati-hatilah. :)
26/11

Saya sedang menanti tren di stesen LRT Masjid Jamek ketika menaip nota ini.

Hari hujan..

Pasti ramai di sini yang menggunakan FB Ads dalam bisnes masing-masing.

Berikut catatan FB saya semalam :

FB Ads
======
FB Ads adalah salah satu platform yang wujud di dunia ini bagi membolehkan kita reach market segment kita. Sama ada secara berkesan, atau pun secara tidak berkesan.

Selain dari FB Ads, kita juga boleh reach market segment. Jadi, tidak timbul isu tiada FB Ads, tak boleh berniaga.

Beberapa hari ini FB Ads menukar beberapa fungsi. Mind you, saya lembap terma. Saya cuba menerangkan sesuatu mengikut kefahaman..

Facebook adalah media sosial. Bukan yellowpages. Apa yang berlaku sebelum ini, FB ibaratnya Yellowpages. Kita masuk je FB, tu dia melambak iklan. Belum kira lagi copywriting 18SX. Mujur FB flag ads mereka kan? Baru aman mata kita..

Tapi banyak lagi FB perlu buat, bagi memberikan kita ruang enjoy experience di media sosial. Untuk memberikan kita ruang engage dengan kenalan kita. Selain daripada ads yang menganggu biji mata.

Jadi, dari masa ke masa FB merubah beberapa perkara, saya percaya bagi memanjangkan jangka hayat FB sendiri sebagai salah satu media sosial.

Zaman MySpace, menyampah betul kita dengan ability boleh edit MySpace acc ikut cita rasa kita. Habislah berkelip-kelip macam pasang lampu kelip-kelip. Mujur FB tak ada begitu, kan?

Tapi FB ada ads yang memualkan...

Justeru dalam merangka plan marketing, jangan lupa bina plan win-win dgn platform provider.

Dont try to outsmart a big team. Play along with em. :)