CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
#OLDSCHOOL5X: Panduan Video Training, Case Study & Template Marketing yang telah berhasil tingkatkan jualan 5X ganda dengan teknik OLDSCHOOL yang semakin dilupakan.

Pendaftaran kini dibuka selama 12 jam sahaja.

🎁🎁🎁
Daftar cepat untuk dapatkan 3 BONUS UTAMA yang akan bantu anda tingkatkan jualan.
🎁🎁🎁

Link pendaftaran di sini
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» https://brc.my/638-os-go/hai/278
Happy hour: Jualan dari biasa-biasa, jadi luar biasa!

Biasa tak kita dengar pasal happy hour?

Ini strategi nak meramaikan pelanggan dalam satu tempoh masa.

Maksudnya, sepanjang bisnes berjalan ada satu tempoh kempen jualan khas untuk tarik ramai lebih pelanggan.

.
.

Dari mana datangnya 'happy hour' ni?

Ada banyak kisah, tapi yang jelas happy hour dalam bisnes bermula selepas perang dunia pertama di US dulu.

Waktu tu zaman gelap, ekonomi sangat tenat.

Arak dikatakan penyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat sebab sangat berkait rapat dengan gangster, pembunuhan, pelacuran dan bar haram.

Kerajaan telah melarang penjualan arak.

Semua restoran dilarang jual arak.

Apa jadi?...

Bar haram menjual arak secara senyap-senyap bermula jam 5pm hingga 7pm.

Arak dijual secara haram. (padahal arak memang haram kan? πŸ˜‚πŸ˜‚)

Waktu ni orang baru balik kerja, masa ni je peluang untuk minum sebelum makan malam. Sebab di restoran dah tak jual arak.

Jualan selama 2 jam ni yang dipanggil happy hour.

Selepas 13 tahun, larangan penjualan arak ditarik balik dengan syarat kandungan alkohol mesti rendah.

Bar dan restoran masih guna kempen happy hour ni untuk gandakan jualan.

Arak dijual dengan pelbagai promosi untuk tarik lebih ramai pekerja datang minum sebelum balik rumah.

Nak harapkan waktu lain memang tak ramai.

Contoh promosi, diskaun 50% untuk gelas kedua.

Tapi sampai sekarang, masih ada negeri di US melarang premis menggunakan kempen happy hour untuk promosi arak.

Sebab arak masih menjadi penyumbang kepada masalah sosial.

Ni semua orang setuju! 😎

.
.

Sekarang, terma 'happy hour' diguna sangat meluas untuk semua jenis bisnes.

Pasaraya besar buat kempen jualan semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Platform jualan online seperti Lazada dan Shopee buat kempen jualan untuk tarikh unik seperti Black Friday, 9.9, 11.11, 12.12. Harga runtuh kaw-kaw masa hari jualan.

McDonalds melipat gandakan jualan dengan kempen McValue Lunch & Dinner.

Malah mereka menjual menu special, Prosperity Burger untuk waktu tertentu untuk tarik ramai orang ke restoran. Menu ni dijual menjelang Tahun Baru Cina sahaja.

Begitu juga KFC dengan 'trick' yang sama, Lunch & Dinner treat.
Orang nak makan KFC, mesti akan makan masa tengahari dan malam sebab harga yang berbaloi.

.
.

Apa yang kita boleh belajar dari kempen 'happy hour' ni?

Orang akan datang membeli apabila tiba masa yang sesuai dengan tawaran yang sesuai.

Mak ayah beli baju sekolah anak masa musim sebelum buka sekolah, masa ni lah pasaraya buat tawaran.

Bukan jualan selepas sebulan sekolah dibuka.

Ini ilmu psikologi, people response to incentives.
Bertindak untuk dapatkan sesuatu yang bagi kepuasan kepada diri mereka.

Takde sebab yang kuat, jangan mimpi orang akan datang.

Sehebat mana pun produk kita.

Murah dan berbaloi macam mana pun harga.

Tapi kalau tak cukup kuat SEBAB untuk orang beli, produk tu tak berguna juga.

PRODUK IS NOTHING!

.
.

Silakan share tulisan ini untuk bagi manfaat kepada kenalan yang lain.

Nak belajar lebih lagi pasal kempen tawaran untuk tarik pelanggan?

Klik sini:
πŸ‘‰πŸ» https://brc.my/638-os-go/hai/278
=====
IKLAN
=====
Assalamualaikum semua. Kami ada buka 1 grup baru di Telegram untuk ibu bapa yang perlukan info tentang buku rujukan dan bacaan santai anak-anak.

Ramai yang nak kurangkan penggunaan gadget dari anak-anak terutamanya kan? Jadi kita boleh share info sama sama dalam grup tu.

Jom pupuk minat membaca di kalangan anak-anak kita.

Yang berminat boleh klik link ini ya t.me/sayangjombacabuku
BELAJAR TULIS IKLAN DARI PELANGGAN KEDEKUT

Joe Sugarman, seorang copywriter iklan terhebat dalam satu temubual ada menjawab soalan apa tujuan copywriting iklan.

Apa jawapan beliau?

β€œTo cause a person to exchange his or her hard-earned money for a product or service.”

Maksudnya, kita kena bayangkan kita tulis kepada prospek yang paling KEDEKUT.

Betapa susahnya prospek cari rezeki kerja setiap hari nak dapatkan duit yang ada dalam poket dia.

Lepas segala penat lelah dia nak dapatkan duit tu, dia tak nak buat keputusan yang SALAH beli benda yang tak membantu selesaikan masalah hidup dia.

Macam mana kita nak tulis ayat iklan yang buat dia betul-betul percaya untuk keluarkan duit dan beli apa yang kita jual?

Ini MINDSET yang kita kena ada kalau nak belajar hasilkan copywriting iklan yang betul.

.
.

CONTOH:

– β€œBelilah produk ini. Kalau tak anda rugi!”
– β€œProduk ini sangat laris di pasaran. Tunggu apa lagi?”

Ini contoh ayat copywriting yang jual semata-mata produk.

Kita sepatutnya 'jual' bagaimana hidup pelanggan akan BERUBAH lepas guna produk kita.

Ok. Cuba kita tengok ayat ini:

β€œBayangkan kalau segala jerawat pada muka anda boleh hilang. Kulit anda akan jadi berseri-seri.

β€œAnda akan jadi lebih yakin bila nak jumpa kawan. Kawan-kawan semua puji muka anda yang putih gebu. Best tak?

β€œSebab itu Produk X ada untuk bantu anda. Sebab produk ini memang direka khas untuk buang segala jerawat di muka. Kulit anda akan putih mulus macam bayi baru lahir!”

Nampak?

Betapa berbaloinya pelanggan spend duit penat lelah dia bekerja untuk dapatkan 'nikmat' lepas dah pakai produk ni.

.
.

Bila kita letak mindset macam ini, kita akan belajar tulis iklan yang betul-betul berkesan.

Kita akan cuba sedaya upaya buat prospek betul-betul yakin dengan apa yang kita jual.

Kita takkan syok sendiri rasa orang akan beli apa je yang kita jual.

Malah, kita akan rasa betapa seronoknya nak pujuk orang kedekut membeli dengan kita.

Jadi, mulakan menulis ayat iklan dengan mindset ini.
.
.
Nak belajar tulis iklan dengan betul kepada prospek yang betul?

Jom join Program Panduan 21 Formula Copywriting.

KLIK di link di komen pertama supaya tak terlepas.

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» https://brc.my/290-21fc-20x/hai/278
NAK BUAT IKLAN?
JAWAB 3 SOALAN INI DULU

"Saya tak pandai FB ads, macam mana ya?"

"Macam mana saya nak online kan bisnes saya"

"Ramai yang like iklan saya, tapi takda yang beli pun. Kenapa?"

"Apa ayat iklan meletup, bila orang baca je mesti terus rasa nak beli?"

Ini soalan-soalan yang kerap orang tanya.

Tak salah pun soalan ni, cuma jawapan kepada soalan tak membantu pun selesaikan masalah buat iklan untuk hasilkan jualan.

Ramai sangat orang kejar teknik daripada nak fahamkan TUJUAN sesebuah iklan.

Terlalu sibuk pada benda yang tak patut.

Iklan sepatutnya bertujuan untuk hasilkan jualan. Ajak orang membeli.

.
.

Apa soalan yang patut ditanya sebelum buat iklan?

1. SIAPA pelanggan kita?

Kena kenal siapa target pelanggan yang kita nak.

Iklan takkan melekat dalam kepala semua orang.
Kena lebih spesifik.

Iklan Panadol, akan melekat kepada orang yang sedang/akan rasa sakit kepala.

Iklan Trivago, akan melekat kepada orang yang ada masalah cari tempat tidur bila nak travel.

Iklan Shieldtox, akan melekat kepada orang yang rumah ada banyak nyamuk.


2. APA mesej yang kita nak sampaikan?

Dah kenal siapa pelanggan, lagi senang kita nak cipta ayat guna bahasa yang dia boleh faham.

David Ogilvy, seorang copywriter iklan terhebat ada menyebut:

"When people read your copy, they are alone. Pretend you are writing to each of them a letter on behalf of your client.”

Faham tak?

Setiap iklan bertindak seperti ditulis setiap satu untuk setiap orang.

Pelanggan yang baca akan rasa, iklan ni KHAS untuk dia. Bukan orang lain.

Lagi spesifik mesej iklan, lagi mudah pelanggan buat keputusan untuk beli.

β€”β€”β€”
Contoh iklan:
β€”β€”β€”

KHAS untuk ibu bapa yang mempunyai bayi kurang 6 bulan yang ada masalah kembung perut.

Dah jumpa ke cara terbaik untuk legakan perut anak anda?

Dengan losyen panas X, ia boleh bantu melegakan masalah kembung perut dan buatkan anak anda cukup rehat sepanjang hari.

......
Iklan ini jelas
Kepada SIAPA: Ibu bapa yang ada bayi berusia kurang 6 bulan dan mengalami masalah kembung perut
Mesej APA: Jom ubati masalah dengan losyen X


3. DI MANA pelanggan berada?

Zaman sekarang, orang terlalu 'hype' menjual di Facebook.

Kenalpasti kat mana pelanggan kita ni 'melepak'.

Nak jual krim sakit lutut kepada pakcik-makcik, adakah mereka ni ada di Facebook?

Nak jual ikan patin segar di pasar malam, perlu ke buat iklan Facebook?

Nak iklankan homestay, ada ke orang akan cari homestay di Facebook?

Facebook, Twitter, Instagram, Trivago, Courasell, Lazada semua ni hanyalah medium sahaja.

Kena cari medium sesuai yang target pelanggan kita guna.

.
.

Nak belajar hasilkan copywriting yang boleh hasilkan jualan?

Klik sini:
πŸ‘‰πŸ» https://brc.my/290-21fc-20x/hai/278
TANGKAP PERHATIAN PROSPEK DENGAN 'KEPALA IKLAN'

Headline ialah kepala iklan.

Ini yang prospek nampak dulu.

Kalau headline tak menangkap, prospek takkan baca copywriting ayat iklan kita.

Tak baca iklan, tak dapat la jualan.

.

Nak buat headline yang best, copywriting kena la best.

Kena jelas:

πŸ‘‰πŸ» Kepada SIAPA

πŸ‘‰πŸ» Apa MESEJ penting yang nak disampaikan

πŸ‘‰πŸ» Apa TINDAKAN prospek yang kita nak

====
CONTOH:

Headline:
GAJET: PUNCA RISIKO BARAH OTAK KEPADA ANAK-ANAK


Copywriting:
<SIAPA?>
Anak anda kerap bermain gajet?

<MESEJ PENTING>
Ada kajian mengatakan,anak-anak mudah terdedah dengan risiko barah otak jika terlalu lama dengan gajet.

<TINDAKAN>
Ubah perhatian anak anda dari gajet kepada permainan LEGO. Set ini sesuai kepada kanak-kanak bawah 5 tahun kerana saiz yang besar dan binaan-binaan yang mudah dilengkapi dengan tutorial untuk anak belajar.

Bukan sahaja dapat elakkan dari risiko barah, malah dapat merangsang minda dan otot anak supaya membesar dengan normal.

Klik link ini (link whatsapp) untuk menempah.

===
Perhatikan headline (kepala iklan) yang jelas untuk tangkap perhatian dan sangat bertepatan dengan copywriting (body) iklan.

Ibu-bapa yang ada masalah anak ketagih gajet mesti akan sentap bila baca headline ini.
.
.

Nak belajar hasilkan iklan untuk dapat jualan?

KINI DIBUKA

Pendaftaran Panduan 21 Formula akan ditutup malam ini.

Panduan ini lengkap dengan VIDEO LATIHAN dan TEMPLATE iklan yang mudah bantu bina iklan yang berkesan.

KLIK SINI :
πŸ‘‰πŸ» https://brc.my/290-21fc-20x/hai/278
WWHD
===
Hari ini ada seorang kenalan mesej saya. Beliau sedang buntu dan stuck dengan masalah yang dihadapinya.
.
Jadi, saya beri sedikit pandangan kepada beliau. Dan ia merupakan pandangan sama yang saya berikan kepada orang lain. Itu sebabnya saya tulis entri ini - untuk memanjangkan pandangan itu. Moga ia bermanfaat.
.
DALAM HIDUP INI, JANGAN GELABAH ITIK.
.
Saya berpegang kepada prinsip ini. Itu bukan bermaksud saya tak pernah gelabah itik tau? Itu maksudnya, saya berpegang pada prinsip ini dan mungkin ada waktunya saya tergelincir.
.
Bottom line : Jangan gelabah itik.
.
BILA ADA MASALAH, BERTENANG
==========
1. Apabila kita ada masalah - well, siapa yang tak ada masalah dalam hidup? - tolong trigger dalam kepala : BERTENANG. Jangan panik. Zikir dalam kepala, 'Kalau aku panik nanti Cik Mal lempang.'
.
2. Waktu kita panik, bukan saja kita buang masa buang energi, malah kita akan buat benda-benda merepek yang lain. Tak berfikir dan terus buat keputusan. Contohnya, pergi register seminar beribu ringgit dengan harapan tok guru seminar bantu kita solve masalah kita; jangan pergi mengamuk keliling rumah - sebab ia sikit pun tak menyelesaikan masalah yang ada. Jangan buat benda bodoh-bodoh. Jangan lari dari masalah.
.
Tapi kalau nak pergi makan megi kari telur mata cili racik, silakan.
.
Kenapa? Well, megi tu sedap. Dan..
.
Takut dan panik tidak membantu apa-apa pun.
.
Takut adalah disebabkan kekaburan. Ia hanya perasaan dan perasan bukannya satu benda fizikal. Ia emosi dan fasa yang akan berubah-ubah.
.
Ambil contoh mudah. Jika saya suruh awak masuk hutan di waktu malam, tutup mata dengan kain penutup mata. Kemudian, saya suruh awak jalan tanpa beritahu pun ke mana awak perlu pergi.
.
Takut tak? Dengar bunyi binatang waktu malam. Dengan tak nampak apa-apa. Meraba. Kalau teraba hantu macam mana haha.
.
Kita jadi takut sebab tak nampak apa yang di depan sana. Kita tak dapat kawal situasi.
.
Jadi, jangan kelibut berlari dalam hutan yang gelap. Bawa bertenang. Sekurangnya, kita dapat berfikir bila kita bertenang. Duduk, dan berfikir.
.
Itu tidak menyelesaikan masalah - betul, tapi itu berganda baik daripada berlari keliling hutan. Lagi jauh dan sesat jadinya..
.
SELEPAS BERTENANG, TETAPKAN PARAMETER
==========
3. Dalam situasi hutan tadi, kita akan lebih tenang dan terkawal jika kita dapat tahu lebih banyak detail berkaitan. Contohnya, saya nak suruh awak ke mana dari starting point yang saya tinggalkan awak tadi?
.
Adakah ini hutan tebal atau sebenarnya 50meter saja dari kawasan ramai orang? Adakah ada binatang buas dalam hutan ini? Atau entah-entah saya je kata ini hutan, rupanya padang bola je. Saya yang takutkan awak.
.
Semakin banyak data yang awak ada, semakin awak kurang takut dengan situasi awal awak. You feels better.
.
Ketidakpastian, kekeliruan, semua ni yang buat kita panik dan takut. Tapi ia boleh berubah jika kita pasti, yakin, tidak keliru, jelas.
.
Itulah yang kita kena buat seterusnya : Senaraikan semua data yang associate kepada masalah itu. Kita nak bina parameter pada masalah. Kita nak ada sebanyak data supaya kita dapatkan wujudkan parameter kepada masalah itu.
.
Parameter tu apa CIk Mal? Hmmm. Kita ada benda yang namanya Google di Bumi ini tau. Jangan manja sangat.
.
Senaraikan apa masalah kita, apa situasi kita, apa kelebihan dan aset yang kita ada, apa kelemahan kita, apa kita punya kekangan. Buat analisis.
.
Dan.. sadly.
.
Benda inilah yang orang takut dan tak boleh nak buat. Duduk bertenang dan analisis situasi. Ia benda mahal yang orang tak boleh buat. Sebab mereka malas dan tak biasa memaksa otak mereka duduk dan berfikir.
.
Kita tak boleh berfikir jika kita panik.
Kita tak boleh berfikir jika tidak ada data
Kerja berfikir jadi tidak efektif jika tiada parameter.
.
Jadi, jika kita ada masalah. Ambil pen dan kertas. Kuno je caranya kan? Tak payah pergi meditasi atas gunung pun. Tak payah join program ribu ringgit pun. Pergi ambil pen dan kertas. Tulis masalah kita, tulis situasi kita. Tulis dengan detail yang paling maksimum kita boleh beri.
.
JANGAN MALAS. Kalau malas nanti Cik Mal lempang. Haha.
.
Jangan tulis benda basic : Saya nak kena bayar hutang orang RM10k hujung bulan ini.
.
SO????? *Pang pang*
.
Tulislah sana berapa hutang, berapa income, berapa expenses. Tulis juga berapa banyak masa senggang yang ada tiap hari untuk kita guna, supaya dapat generate duit untuk bayar hutang.
.
Kalau setakat tulis nilai hutang, itu budak darjah 1 pun boleh tulis. Kita ni akal budak darjah 1 ke? Jangan malas.
.
Perangai ambil mudah itulah yang buat kita di sini hari ini. Be proactive.
.
Ambillah masa sehari dua. Tiga hari pun boleh. Ikutlah. Janji kita buat... Dan siap, tampal di dinding yang kita tengok hari-hari.
.
Barulah kita masuk ke satu zon baru. Zon bersiap sedia untuk tackle masalah. Barulah kita nampak sasaran kita, kita sedar kekuatan dan kelemahan kita.
.
Cara nak uruskan rasa takut ni mudah saja. FACE YOUR FEAR. Itu bagi sayalah. Tapi kalau fobia tempat tinggi jangan pergi terjun pulak dari tempat tinggi. Jangan jadi bendul. Get the idea.
.
Selagi kita nak hidup dengan agak-agak, sampai kiamat kita tak dapat selesaikan masalah kita.
.
Ambil contoh nak masak rendang kali pertama. Mana ada orang pergi pasar, agak-agak je nak beli apa? Ada ke orang niat nak masak rendang tapi pergi beli jantung pisang? Dia mesti survey siap punya apa bahan dalam masakan itu..
.
Same concept.
.
Lepas berjaya tulis itu, barulah kita berada dalam zon jelas. Kita jelas dalam fikiran. Otak kita tenang. Otak kita tak macam berlari dalam hutan waktu malam. Kita ada arah nak dituju dan kita tahu kapasiti kita.
.
NUMBERS MATTERS. It gives clarity.
.
Clarity is power. Clarity drives action.
.
Selagi kita tak berjaya tulis masalah kita itu jelas-jelas, selagi itulah kita tak akan ke mana-mana. Kadang masa kabur kita rasa masalah kita itu sebesar gunung Everest, padahal rupanya secupak je. Yang lebihnya adalah takut.
.
Apa-apa yang kabur ini bukan saja buang masa, ia juga mempengaruhi emosi, mempengaruhi hubungan dengan orang lain, buat kita bersangka-sangka.
.
Jangan gelabah itik. JANGAN. Get your data together.
Dan jangan biar orang tunjuk kita apa data kita.
Masalah kita, kita sendiri kena tahu.
.
Dapat sesuatu?
.
Bukan saja nak bebel. Bebel sebab peduli.
.
Kalau kau tak belajar benda atas ni, kau siap je la beribu ringgit bagi kat orang untuk selesaikan masalah kau. Itu pun selepas dia takutkan kau, dia shower kau dengan data yang dia tau akan buat kau lagi panik.
.
Learn something?
.
Always WWHD! What Would Harvey Do. #Tiber.
Forwarded from BRC.my
Forwarded from BRC.my
BAGAIMANA KURANGKAN PERGERAKAN & PERGAULAN BOLEH JADI IKHTIAR KEKANG COVID-19?

Ini infografik yang informatif dan mudah faham.

A yang membawa dan positif. Kita boleh jejak Insya-Allah.

C berjumpa A & mungkin terkena. Kita boleh jejak Insya-Allah.

D duduk diam di rumah. Insya-Allah selamat selagi belum keluar.

Yang susahnya kalau berjalan bergaul ke sana ke mari ialah:
Golongan B. Yang terdedah kepada A sepanjang perjalanan harian. TANPA mereka sedar.

Dan akan jadi masalah apabila D jumpa B (yang sendiri tak tahu dia pernah terdedah).

D pula boleh jadi B baru β€” B2.

.
.

Golongan B ini yang susah untuk dikesan.

Kita tak tahu β€˜titik sentuhan’ berlaku di mana dan bila.

Perintah Kawalan Pergerakan (Pekaper β€” saya bagi nama pendek) bertujuan mengurangkan β€˜titik sentuhan’ misteri ini.

Mohon kerjasama semua.

Keluar hanya bila perlu.

Kekang kemaraan.

Lindungi diri di tempat awam.

Kurangkan bersesak di kedai, pasaraya dan tempat awam.

Kurangkan β€˜titik sentuhan’ ini.

Kita mampu mengubahnya.

.
.

Kredit gambar kepada pemilik asal (yang saya tidak tahu).

Saya tulis semula untuk lebih mudah faham.

Mohon sebarkan.

~ Bukhari Ramli, jalankan tanggungjawab
Khamis, 19 Mac 2020
Shah Alam

Assalamualaikum wrt wbh,

*JEMPUTAN SOLIDARITI MALAYSIA #QURANTIME @ QUARANTINE*

β–ͺJumaat, 20 Mac 2020
β–ͺJam 12 tghari 1pm
β–ͺLive dari TV AlHijrah
Saluran 114
β–ͺLaksanakan dari
lokasi masing-masing

Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur esok, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quran lah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.

Mohon bantuan untuk kita sebarkan sessi 1 jam bersama Surah Ar Rahman esok, siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.

Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini.

Mohon bantuan sebarkan seluas-luasnya sessi 1 jam esok, antara jam 12 hingga 1 petang.

Salam hormat. Terima kasih.

******
Hussamuddin Hj Yaacub,
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Sinar Harian
3 HARI PERTAMA KAWALAN PERGERAKAN, APA KERJA PUN TAK BUAT!

Sebab tangan asyik scroll berita je. Dalam Facebook, dalam WhatsApp, Telegram, Twitter. Eh semua tempatlah.
.
Bukak TV pun tengok berita lagi, walhal benda yang sama.
.
Rasa tak boleh nak exit daripada berita ni semua.
.
Rasa down, rasa semak, rasa Gelisah sebab banyak sangat membayangkan keadaan akan jadi lagi teruk.
.
Dari celik mata dah scroll phone. Walhal dah tahu nanti jam 5 petang baru ada official update.
.
Entah apa yang dicari.
.
Masalahnya, emosi jadi down. Kerja yang ada langsung tak bergerak. Buku tak payah cakap la langsung tak sentuh.
.
Lepas tu malam ketiga, saya duduk relax fikir baru ingat apa yang dah belajar dalam KTCM.
.
Puncanya senang je, TAK RANCANG KERJA.

Macam situasi sekarang. Kita terpaksa duduk di rumah disebabkan perintah #kawalanpergerakan.
.
Masa dulu, kita dah siap jadual kerja. Pergi pejabat ke, mobile office ke, otak terus tahu apa nak buat.
.
Tapi sekarang, otak macam dibebaskan buat apa dia nak. Ikut suka. Tak memasal shifted masuk ke rutin scroll berita.
.
Ini tak boleh jadi.
.
Terus duduk dan tulis apa kerja di rumah yang WAJIB disiapkan hari ini. Ikut apa yang KTCM ajar. Be on high alert benda yang menyebabkan 3 hari pertama jadi wasted.
.
Set masa siap-siap berapa lama masa nak 'curi'. Jangan langgar masa.
.
Nampak mudah je. Tapi kalau tak bebetul faham, memang tak menjadi la jawabnya.
.
Amaran: Jangan sesekali letak 'excuse' NANTI DULU. Ini punca kerja tak siap-siap.
.
Hasilnya, hari keempat rasa lebih terurus sikit lah. Ada dengar few keynotes, siapkan menulis 3-4 entri, etc.
.
Walaupun 'work from home', tak dapat lepak mobile office macam biasa, kerja-kerja saya masih berjalan.
.
Best kan?
.
.
.

Nak belajar lebih lagi cara nak susun kerja-kerja dengan tabiat baik?
.
Jom daftar modul Kuasai Tabiat Capai Matlamat (KTCM).
.
Modul ini dah bantu saya dan ramai peserta capai matlamat nak ubah tabiat buruk kepada tabiat baik.
.
Klik link di bawah
.
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» https://brc.my/kuasai-tabiat-capai-matlamat/hai/278
Salah satu perkara yang dirunsingkan orang ramai masa Perintah Kawalan Pergerakan ni : Bayaran hutang rumah.
.
Kebetulan saya baru baca entri ni pagi ni. Mungkin bermanfaat untuk mereka yang nak planning ahead untuk bayaran hutang rumah.
.
Sebab saya pasti selepas tamat PKP nanti akan ramai orang yang cuba cari income tepi. Boleh guna tip no 2, dan ubah suai untuk bayaran hutang lain juga.
.
Ini link entri tu :
https://notabisnes.net/read/?id=2-cara-pantas-melangsaikan-hutang-rumah&utm_campaign=cm-telegramcm
Mereka yang menulis ketika terkurung, terikat dan terbaring.

Sayid Qutb menulis sepanjang 10 tahun dalam penjara, kitab Fi Zilal al-Qur'an terhasil.

Hamka menulis Tafsir Al Azhar ketika dipenjarakan selama dua tahun pada zaman Sukarno.

Anne Frank menulis 50,000 patah perkataan pada usia 13 tahun sepanjang dua tahun terkurung dalam rumah, bersembunyi di bilik rahsia.

Adolph Hitler menulis Mein Kampf sepanjang duduk dalam penjara selama lima tahun, sembilan bulan.

Pramoedya Ananta Toer menulis lima buah karya ketika menjalani hukuman penjara pada dua zaman pemerintahan.

Bruce Lee menulis sejumlah banyak nota meskipun berada di atas katil hospital sehingga ia dikumpul dan dijadikan buku The Tao of Jeet Kune Do.

Apa yang berlaku?

Manusia yang terkurung akan sedar mereka memiliki super power yang tak pernah digunakan.

Super power itu adalah penulisan.

Tetapi penulisan yang bagaimana yang menjadikan super power itu memberi kebebasan, kelapangan dan ketenangan dalam diri?

Penulisan yang merangkumkan pengalaman hidup dan pengetahuan yang ada yang dikumpulkan sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit.

Ada orang apabila terkurung, dia masuk dan keluar masih begitu juga. Dia menjadi manusia yang mendatar.

Ada orang apabila terkurung, dia masuk dan makin lama makin teruk hidupnya, sampaikan pagar rumah pun dilihat tembok besar China. Fikiran semakin mengecil, jiwa terganggu. Dia menjadi manusia yang merudum.

Ada orang apabila terkurung, dia masuk, mula-mula resah, tetapi apabila dia menguasai cara menulis yang betul, dia dapat menyalurkan apa dalam fikiran menjadi makna hidup baharu.

Mahukah saudara menjadi orang yang ketiga?

Jadilah orang baharu selepas 14 hari tempoh perintah kawalan pergerakan. #dudukrumah dan tulis buku pertama.
Hamka, Sayyid Qutb, Adolph Hitler, Anne Frank, Pramoedya Ananta Toer dan Bruce Lee sudah membuktikan ia berjaya dilakukan.

Mulakan menulis apa yang kita tahu

Senaraikan dalam bentuk poin-poin kasar.

Kembangkan poin tersebut dengan menjawab apa, kenapa, siapa bagaimana dan di mana.

Semakin lama, semakin jiwa tenang dan fikiran terkawal.

Tidak mendatar, tidak merudum tetapi berkembang.

Mahu jadi manusia seperti itu?

Malam ini saya upkan lagi tip tenang-tenang tulis buku pertama untuk yang tak ada bakat, bermula kosong dan ada rasa mahu.
Tips siapkan kerja di rumah lagi banyak daripada tempat kerja.

Klik sini : https://brc.my/duduk-rumah-kerja-siap/hai/278