CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Tempoh hari saya nampak buku ini di Book Xcess, saya belek pada mulanya kerana nama penulis dan judul pada kulit buku ini.
.
Menjadi kebiasaan saya akan membaca review di Google terlebih dahulu sebelum membeli buku. Jika buku itu keperluan buat masa ini, saya akan dahulukan. JIka tidak, kena fikir banyak kali. Kadang kita buat keputusan ikut nafsu buku, kadang kita buat keputusan ikut logik akal. Hee.
.
Bukan semua buku itu kritikal pada diri kita, walaupun buku itu sangat terkenal di seluruh dunia.
.
Kebanyakan review di Amazon menyifatkan buku ini sebagai buku yang memberi kita idea untuk berhati-hati dan jika boleh kurangkan mendengar berita, juga membaca berita kerana ada waktunya berita yang dilaporkan mengandungi perkara yang kita gelarkan ia sebagai unsettling point - fakta atau perkembangan semasa yang tidak lengkap.
.
Ada sesetengah berita yang dilaporkan itu adalah berita ongoing, ada berita yang tidak lengkap dan ada berita yang tidak ada nilai pun ke atas diri kita, apatah lagi cita-cita yang sedang kita usahakan.
.
Keseluruhannya, buku itu mencadangkan kita supaya berhati-hati kerana apa yang kita khatamkan itu ada kesan kepada fokus kita.
.
Saya melihat konteks berita ini juga teraplikasi kepada apa yang kita baca di media sosial. Kebanyakan hal yang dilaporkan di Facebook sebagai contoh bersifat separuh masak, penipuan, hype dan majoritinya tidak ada nilai kepada cita-cita yang kita sedang usahakan.
.
Maka, hati-hatilah ke atas apa yang kita masukkan ke dalam kepala kita.
.
Pada hujung hari, saya tidak membeli buku ini kerana saya berpuas hati dengan apa yang diterangkan secara ringkas oleh pembaca lain di Amazon.
.
Hati-hati. Banyak berita tidak ada nilainya kepada hidup kita.
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia

#pckm 12/1000
Buku untuk dijual. Boleh terus ke FB saya.
Link video : https://fb.watch/fD-O1iikhn/

Pada tahun 2022 baru sedar Tuan Izwan Wahab bercerita tentang ekonomi. Masa tahun 2017, tidaklah saya faham dengan jelas hal ekonomi.
.
Kata kunci : Produktiviti, nilai (value), transaksi, inflasi, ekonomi. Apa pun terjadi, produktiviti perlu terus diusahakan..
.
Jika tidak ada produktiviti, kita ibarat menggali lubang untuk menanam diri sendiri.

Join grup Telegram Tuan Izwan di sini : https://t.me/+O9JNLjsfIQ9iKnBj
Hi 279! Hari ini ulangtahun kelahiran saya buat kesekian kalinya. Saya tidak ada banyak perkara yang mahu dicoretkan pada ulangtahun kelahiran tahun ini. Semoga saja saya semakin matang, kekal comel dan awet muda. Amin.
.
Sepanjang saya belajar bangun semula, saya melalui proses acknowledge. Menerima dan meredhai satu persatu ketentuan Tuhan. Kalian bayangkan jika kita ini ibaratnya jatuh ke lembah yang dalam, kemudian kini masanya kita memanjat semula ke atas satu persatu anak tangga.
.
Maka, kita akan melihat babak demi babak kejadian, merakam jelas dalam ingatan dan tidak lagi menangisi tiap satunya tetapi jadi lebih berhati-hati. Semakin tahu bila mahu berhenti, bila waktunya bertegas, dan pastinya bila untuk menutup pintu.
.
Semakin bertambah usia, semakin berani memilih dan membuat pilihan dengan jelas. Secara akarnya masih sama, mungkin gerak tindakan yang jadi berbeza.
.
Saya semakin dewasa dan kekal memilih kejujuran dalam dunia yang banyak tipu-tipu.
.
Kejujuran kita tidak perlu dihargai semua, tetapi ia pasti dihargai buat yang pandai menilai. Hidup tenang, hidup jujur, jangan bermuka-muka.
.
Semoga tahun mendepan saya menjadi CM yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, tahun sebelumnya.
.
Akhir kata, jika kita lahir comel, kita tidak perlu sibuk jadi jelita. Pasti ada yang menghargai kecomelan kita seadanya. Saya selesa, bahagia dan akan sentiasa jadi diri saya.
.
Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Aaa gitu.
.
.
Happy Birthday CM! ❤️
.
PS : Anthem birthday tahun ini Blackpink - Shut Down. Each and every words. "When we pull up, you know it's a shutdown."
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
Saya ada buku-buku untuk dilepaskan. Mohon ke FB saya segera. Siapa cepat dia dapat.
Assalamualaikum. Saya akan mengadakan jualan koleksi buku-buku saya secara tertutup di grup Whatsapp pada hari Selasa 13 Mac (esok).
.
InsyaAllah saya akan melepaskan majoriti koleksi buku saya bagi memfokuskan kepada buku-buku kritikal yang perlu saya tekuni tahun ini.
.
Hasil jualan kali ini akan saya gunakan bagi membina semula sistem sokongan kepada prioriti saya.
.
Besar harapan saya jika buku-buku ini dibeli oleh mereka yang menyokong saya selama ini.
.
Boleh klik link ini untuk join grup WhatsApp. Grup akan dibubarkan setelah jualan selesai.
.
Terima kasih.
.
https://chat.whatsapp.com/Kw4iJBvKiK57U8N97EA0EK
Assalamualaikum wrt wbt.

Semoga Tuan/Puan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah kita menemui Ramadan sekali lagi dengan izinNya.

Saya mengambil kesempatan memohon ampun maaf jika ada sebarang kekurangan selama berurusan dengan pihak Tuan/Puan terdahulunya.

Terima kasih Tuan/Puan atas kepercayaan kepada saya dalam apa jua bentuk projek serta jualan yang diadakan.

Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dan penuh keberkahan buat Tuan/Puan.

Marhaban Ya Ramadan.

Cik Mal
Ghostwriter/Content Writer
White Taffy Studio
Jika saya buka jualan buku-buku saya pada harga RM10 setiap buku, adakah yang berminat? Buku-buku yang sebelum ini saya jual pada harga RM25-RM30 juga akan diturunkan harga ke RM10 dalam jualan sehari ini.
.
Jualan saya akan buka dalam grup Whatsapp, jadi mohon join terlebih dahulu. Mohon share kepada rakan-rakan lain juga. Saya akan tutup akses grup esok pagi, insyaALLAH.

https://chat.whatsapp.com/BPIznQaMgFB4tSBdw5oeIy
Hakikatnya, sepanjang hidup ini :
1) Tiada sesiapa kisah pasal kita. Kalau hari ini kita meninggal, orang akan ingat buat beberapa hari sahaja, kehidupan pun diteruskan. Kita pun sudah lupa siapa yang pergi beberapa ketika yang lalu.
.
2) Tiada sesiapa akan susah payah nak membantu kita. Manusia begini bukan tidak wujud tetapi secara konsepnya memang orang tidak kisah. Kalau kita tangkap gambar dalam satu kumpulan orang, wajah siapa yang pertama sekali kita cari? Muka sendiri, betul kan? Mana kita kisah kawan sebelah awning tak OP pun.
.
3) Tidak ada sesiapa bertanggungjawab membantu kita. Hari ini mungkin dimulakan dengan orang membantu kita, tetapi sampai satu masa orang itu juga akan berlalu pergi. Bukan dia jahat, tapi siapa yang dapat bertahan dengan perangai kita yang pemalas dan nak makan suap?
.
Jika kita sedar hakikat itu, maka sedarlah. Perubahan yang kita tunggu tidak akan kunjung tiba. Perubahan bukan datang dari luar.
.
Tiada Superman akan datang menyelamatkan kita. Captain America pun tak ada.
.
Belajarlah bangun sendiri dengan susah payah. Bangun dan berdiri setinggi mana yang kita nak. Dan kalau sepanjang jalan itu kita kena berjalan sendiri, kita kena tikam belakang, orang cela kita, orang fitnah kita, sesakit apa pun kita, jatuh tergolek dalam longkang sekali pun...
.
Masih tiada sesiapa yang peduli.
.
Kau nak berjaya, maka usahalah. Usaha tanpa lelah. Hard work will never betray you.
🔥2👍1
Hujung minggu lalu saya hadiri kelas-kelas Marketing. Menghadiri kelas-kelas ini dapat bantu refresh kefahaman sendiri.
.
Anda ada produk. Produk anda kita namakan A.
.
A adalah produk yang bagus, kata anda.
.
Betulkah produk A tu bagus?
.
Ya, kata anda. Ada para pelanggan kami yang gunakan produk ini dan berpuas hati.
.
Jika jawabnya YA, kerja seterusnya adalah membuktikan kepada lebih ramai orang, bahawasanya produk itu memang bagus.
.
Tidak kiralah menggunakan testimonial, study case, demonstrasi mahu pun menunjukkan proses menggunakan produk tersebut.
.
Mahu buktikan kepada siapa?
.
Buktikan kepada lebih ramai orang yang memerlukan produk tersebut.
.
Bagaimana nak reach lebih ramai orang itu? Gunakan pemasaran berbayar. Jika tiada model, anda boleh gunakan pemasaran percuma.
.
Mana-mana satu sekali pun, anda perlu bangunkan konten.
.
Ia mungkin konten di Facebook, Tiktok, Instagram atau blog. Atau 1001 saluran lagi.
.
.
.
Bagaimana kalau produk itu tidak dapat dibuktikan bagus? Maksudnya produk itu tidak bagus. Atau anda tidak jelas dengan kekuatan produk sendiri.
.
Reverse back. Buat product knowledge.
.
Jika terbukti produk itu tidak bagus dan mengelirukan, cari saja produk lain yang lebih jelas dan memudahkan kefahaman.
.
Ulanglah kitaran ini sampai lebam.
.
Sebagai contoh, katakan produk A itu adalah buku yang baru terbit. Anda baca buku itu dan anda dapati buku itu bagus.
.
Apa anda boleh lakukan seterusnya?
.
(1) Buktikan buku itu bagus.
.
(2) Anda boleh beri satu naskah percuma dan minta orang lain baca.
.
(3) Lebih bagus jika orang itu ada ramai followers.
.
(4) Anda boleh update wisdom anda perolehi dari buku itu. Ia boleh jadi dalam bentuk entri teks, atau video pendek.
.
(5) Anda boleh ceritakan satu bahagian kecil dalam buku itu dengan bersungguh-sungguh kepada followers anda.
.
(6) Boleh juga buat program Read With Me. Setiap hari anda LIVE di FB/Tiktok dan tunjuk progress anda membaca sambil menghirup kopi jika bukan bulan puasa.
.
(7) Tunjukkan buku itu diminati orang lain.
.
(😎 Share sharing orang lain tentang buku itu.
.
(9) Interview orang lain tentang buku itu jika beliau juga sudah membacanya.
.
.
Cukup masa, anda boleh ambil order kepada sesiapa yang minat nak baca buku yang sama.
.
Selesai.
.
Ulang cycle untuk buku seterusnya.
.
Begitulah serba ringkas.
.
Cabarannya adalah memastikan banyak mata orang melihat segala jenis konten yang anda sediakan.
.
Isu dalam Marketing biasanya ada beberapa saja :
- Tidak pandai buktikan produk itu bagus
- Tidak pandai paparkan kepada orang yang betul
- Tidak cukup paparkan kepada orang yang betul
.
Jika Marketing dilakukan dengan betul. Closing adalah effortless. Dan Marketing adalah kerja yang dilakukan berterusan sepanjang tahun.
.
Kira-kira pertengahan April lalu saya menulis di FB bagaimana para penerbit buku boleh mula memberikan naskah bacaan percuma kepada sekelompok manusia supaya review daripada pembaca awal ini dapat dijadikan bahan marketing semasa PBAKL, seterusnya masa mendatang.

Jadi pada waktu PBAKL berlangsung baru-baru ini, Puan Saadiah Ali, CEO Jejak Tarbiah telah menurunkan komen di FB saya, mahu menyerahkan novel May bagi saya baca dan buat review.

Bukunya sudah saya baca, inilah entri review saya. Dan pihak penerbit JT berhak menggunakan review ini buat kerja marketing mereka kelak :

https://tinyurl.com/novelmay

Jika anda juga ada buku/ebook/course yang mahu saya review, boleh hubungi saya di Facebook. Buat masa ini, tiada caj dikenakan bagi servis ini. ❤️

Ini pula link asal entri berkenaan kerja marketing yang saya maksudkan : https://www.facebook.com/photo/?fbid=6144539035615150&set=a.6115946101807777

Semoga bermanfaat.
❤1
Dalam salah satu kelas yang saya pernah attend, saya diingatkan yang saya seorang yang sombong kalau saya mengharap kejayaan dengan terpaling sedikit cabaran.

Maksudnya, jika saya fikir ujian-ujian hidup ini tak patut banyak sangat masa saya nak bina kejayaan - susah dan stress untuk saya, itu maksudnya saya sombong..

Maksudnya juga saya tamak, nak merasa senang tanpa pecah peluh. Maksudnya juga saya lemah.

Contohnya, nak jaga anak, urus keluarga, jaga mak ayah sakit, masalah kewangan, masalah tak cukup masa dan sebagainya.

Kalau kita harap bina kejayaan tanpa semua variable ini, maksudnya kita sombong.

Terpempan mendengar masa tu.

Selaku orang yang pernah tidak buat apa-apa kerja selama hampir setahun... saya nak kongsi pada kawan-kawan..

Sebagai manusia kita memang membina kejayaan dengan cara perlu meredah halangan demi halangan.

Mustahil kita boleh berjaya tanpa rasa susah.

Makanya walau apa pun situasi kita hari ini, apa pun variable kehidupan kita, its okay. Its normal sebab setiap orang ada variable yang berbeza.

Kita tak perlu faham variable orang. Orang tak payah faham variable kita.

Variable kehidupan kita bukan penentu kita boleh berjaya atau tidak.

1) Kita boleh buat kerja bila kita ada clarity. Selagi mana otak kita cloudy dengan bermacam benda, selagi mana kita stimulate minda dengan masalah dan situasi; selagi itu otak kita tidak pernah aman.

2) Otak tak aman, takkan dapat berfikir dengan jelas.

3) Tak fikir dengan jelas, tak tahu apa nak capai.

4) Tak pasti apa nak capai, tak tahu apa kerja nak dibuat.

5) Tak buat kerja, hidup tak berubah, kejayaan tak dicapai.

6) Tidak berjaya, jadi salahkan variable kehidupan pula.

Hentikan unnecessary noise. Berfikir dengan tenang dan jelas. Reverse engineer perkara yang nak dicapai. Buatlah kerjanya satu persatu.

InsyaAllah kita boleh berjaya.
👍2