Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Buku Umum akan mengadakan beberapa aktiviti menarik bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Ayuh, sertai kami bagi menyemarakkan citra keilmuan dan budaya membaca bersama-sama DBP!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku (Siri Bicara Perundangan) π‘΄π’‚π’‰π’π’Šπ’ˆπ’‚π’Š π‘·π’‚π’”π’Šπ’“: π‘²π’“π’Šπ’”π’Šπ’” π‘²π’†π’˜π’‚π’π’ˆπ’‚π’ 𝑷𝒖𝒏𝒄𝒂 π‘·π’†π’“π’„π’†π’“π’‚π’Šπ’‚π’ dan π‘΄π’‚π’π’π’–π’•π’“π’Šπ’”π’Š π’…π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 2 Jun 2026 (Selasa), pukul 3.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Acara istimewa ini akan menampilkan Prof. Madya Dr. Helmi bin Md Said, Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku: π‘»π’†π’Œπ’π’π’π’π’ˆπ’Š π‘΅π’–π’Œπ’π’†π’‚π’“ π’…π’‚π’π’‚π’Ž π‘©π’Šπ’‚π’Œ π‘©π’‚π’Œπ’‚ π‘»π’‚π’π’‚π’Žπ’‚π’ π‘―π’Šπ’‚π’”π’‚π’ bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 3 Jun 2026 (Rabu), pukul 12.00 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Acara istimewa ini akan menampilkan Dr. Zaiton binti Ahmad, Pengarah Bahagian Agroteknologi dan Biosains (Agensi Nuklear Malaysia) sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Ayuh, sertai kami dalam program Bicara Buku: π‘»π’“π’‚π’π’”π’ˆπ’†π’π’…π’†π’“ π’…π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚: π‘·π’†π’“π’”π’‘π’†π’Œπ’•π’Šπ’‡ π‘°π’”π’π’‚π’Ž 𝒅𝒂𝒏 π‘·π’†π’“π’–π’π’…π’‚π’π’ˆπ’‚π’ bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 3 Jun 2026 (Rabu), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Acara istimewa ini akan menampilkan Dr. Pg Ismail bin Pg Musa, Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya sebagai pembicara. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝐁𝐚𝐜𝐚π₯𝐚𝐑 𝐌𝐞π₯𝐚𝐑𝐒𝐫𝐀𝐚𝐧 π–πšπœπšπ§πš

Pada helaian, akal diasah.
Pada bacalah, wacana bertunas.

Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Siri Bacalah BPI pada setiap hari Rabu, pukul 12.00 – 12.30 tengah hari, bertempat di Lobi, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siri 10 oleh Zanariah Mohd Tap, Penolong Perancang Bahasa pada 20 Mei 2026.

#BahasaJiwaBangsa
𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 π‘―π’‚π’“π’Š π‘°π’π’Š

#Pantun
#BahasaJiwaBangsa
Jom, sertai kami dalam program Bual Bicara Kutubkhanah: Khazanah Kita Tanggungjawab Kita bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 30 Mei 2026 (Sabtu), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Perkembangan mutakhir di Asia Barat bukan sekadar konflik wilayah, bahkan mencetuskan gelombang perubahan yang memberikan kesan yang mendalam terhadap kestabilan geopolitik sejagat, rantaian ekonomi, keselamatan dan diplomasi global. Apakah kesannya terhadap Malaysia dan dunia dalam mendepani cabaran ini?

Bagi mengupas persoalan ini yang diketengahkan dalam majalah π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘΄π’‚π’”π’šπ’‚π’“π’‚π’Œπ’‚π’• keluaran Mei 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan penganalisis geopolitik, Encik Ayman Rasydan Wong dan penganalisis politik antarabangsa, Encik Haris Zalkapli menerusi Bual Bicara Dewan Masyarakat bertajuk Konflik Ais Barat: Dunia Terkesan yang akan dikendalikan oleh pemerhati politik antarabangsa, Encik Ahmad Muziru Idham Adnan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:

Tarikh: 29 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 – 5.00 petang
Tempat: Pentas Utama Reruai DBP, Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

#BahasaJiwaBangsa
Ayuh, sertai kami dalam Majlis Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Acara ini akan diadakan pada 29 Mei 2026 (Jumaat), pukul 12.00 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Majlis ini akan diadakan pada 2 Jun 2026 (Selasa), pukul 1.30 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis pelancaran ini. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Majlis ini akan diadakan pada 31 Mei 2026 (Ahad), pukul 3.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis pelancaran ini. Jumpa anda di sana!

#DBP #PBAKL2026 #BahasaJiwaBangsa
Sesi Cerita Buku Cerita Kita: Sekotak Pensel Warna akan berlangsung di pentas reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 pada 6 Jun 2026, pukul 6.00 petang bersama-sama Encik 'Azimin bin Daud AMN.

Ayuh, marilah kita ikuti sesi perkongsian yang sarat dengan pengisian santai, kreatif dan berinformasi ini dalam usaha menyemarakkan budaya membaca serta kecintaan terhadap dunia buku dan sastera kanak-kanak.

#BahasaJiwaBangsa
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan akan menganjurkan Bicara Tokoh Penerima S.E.A. Write Award (Malaysia) 2025 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Program ini akan membincangkan karya-karya serta pengalaman penulisan Puan Hafizah binti Iszahanid, Penerima S.E.A. Write Award (Malaysia) 2025. Turut memeriahkan sesi ini ialah barisan panel yang terdiri daripada penerima S.E.A. Write Award Malaysia terdahulu.

Sehubungan dengan itu, seluruh pencinta bahasa dan sastera diundang hadir bagi memeriahkan program ini.

#BahasaJiwaBangsa
Kursus Penulisan Profesional Berimpak Tinggi (Minit Mesyuarat) anjuran Akademi DBP telah diadakan pada 20 dan 21 Mei 2026 di Wisma DBP. Kursus ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Zanariah Ibrahim, Munsyi Dewan (Bahasa). Kursus ini disertai oleh 22 orang peserta daripada pelbagai agensi.

Melalui kursus ini, para peserta dapat menguasai kaedah, struktur dan format penulisan dokumen rasmi yang betul.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut tentang kursus anjuran Akademi DBP, sila layari portal akademi.dbp.my.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#KursusAkademiDBP
Anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus anjuran Akademi DBP?

Kunjungi reruai kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#KursusAkademiDBP