DragonForce Malaysia
154K subscribers
1.06K photos
135 videos
39 files
590 links
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Download Telegram
👍4
Selain akaun FB/IG/ML/Twitter digodam, kami juga terima puluhan aduan berkenaan ugutan berkenaan #SexScam.

kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum lelaki, tidak kira yang muda, tua semuanya tersungkur. Modus Operadi #SexScam ini sangatlah mudah. Tapi bilamana nafsu menguasai diri, yang ada PHD pun kecundang.

Kebanyakannya #SexScam ini dilakukan di platform Facebook dan Instagram. Si Scammer akan menggunakan profile jantina perempuan dan kemudian akan "add Friend" mangsa secara rambang. pada awalnya Scammer sembang biasa2 hinggalah si mangsa berasa senang, hubungan menjadi rapat dan untuk bercerita hal hal lucah. Dalam masa yang sama, si Scammer akan mengumpul data-data seperti fb senarai Ahli keluarga dan rakan-rakan si mangsa.

Apabila tiba masa yang sesuai, Si Scammer akan mengajak mangsa untuk Sex Video Call (VC). Secara realitinya Scammer ini mungkin seorang perempuan dan mungkin seorang lelaki. Ada yang real video call, ada yang menggunakan video yang diambil dari laman web lucah. Tapi kebanyakan video call Bog** tersebut diambil dari laman web lucah dan di Mirror kan sebagai webcam.

Dalam keseronokan Si mangsa melayan VC tersebut, si Scammer record segala apa yang berlaku. nah.. si Scammer akan ugut mangsa demi wang ringgit. jika tidak dibayar, maka video tersebut akan disebarkan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan akan di upload di web lucah.

Ada seorang mangsa yang mengadu kepada kami, setelah dibayar pun si Scammer masih meminta lagi duit dan total kerugian hampir RM5000 yang dibayar secara berperingkat. kebanyakan mangsa malu untuk buat laporan polis, risau diketahui oleh ahli keluarga.

Bank account yang diterima kebiasaanya menggunakan bank account seller2 barangan dan bank account tokey judi online. Ada juga yang menggunakan bank account seller shopee yang deal secara luar platform. purata yang ugutan yang diminta kebanyakan berjumlah RM1000 - RM5000.

Apa yang anda boleh buat jika terjebak dengan #SexScam ni?

Nasihat kami mudah je, JANGAN BAYAR. Block FB.. Bertaubat.. dan pergi tidur.. walaupun hakikatnya xlena nak tidur. ha ha ha.. sebab apa? sebab bukan kau sorang je jadi mangsa. berpuluh-puluh kami terima aduan setiap hari.

ingin lagi #DFHackTips dari kami? Tolong share agar tidak ada yang menjadi mangsa.
👍29❤4❤‍🔥1🤩1
Boikot: Rejim Zionis Kerugian $4,700,000.000 Dolar Setahun...
👍8❤2
IAF Control Room with HP server .
Ya mereka menggunakan system ini untuk mengebom dan membunuh saudara kita di Gaza ! Boikot HP !!!
👍4
Assalamualaikum. Kepada rakyat malaysia. hampir setiap hari beratus² aduan kami terima pasal akaun yg dihack.samaada akaun ig personal, Akaun ig business, Akaun facebook, google dihack atau akaun game yg dihack. Dan pasal sex scam jugak ramai lagi tak serik² rupanya walaupun kami dah keluarkan amaran.
Ini nasihat kami untuk menjaga drpd akaun media sosial anda drpd dihack: aktifkanlah fungsi keselamatan 2FA dekat security setting atau pun guna google authentication. Sila rajin²kan diri ambil alternative utk menjaga privacy dan keselamatan akaun media sosial diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri yg nak jaga siapa lagi? do you expect kami nak jaga berjuta² akaun media sosial anda semua? Dah tahu akaun tu kamu guna utk berniaga cari rezki tapi malas nak aktifkan 2FA atau letak email back up siapa suruh? Kalau Akaun media sosial sendiri pun tak mampu nak jaga, agak² mcmana kamu nak jaga keluarga.agama dan negara?

Berkenaan sex scam pulak. Rakyat Malaysia ni dah kenapa sebenarnya?? Mentang² korang kena pkp, korang ada banyak masa plak nak buang duit korang dgn offer video cam daripada warga asing. Bila kena ugut viral mula menggelabah baru ingat Allah nak bertaubat. Kau tu org islam. tahu hukum halal haram kan? Modus operandi dorang ni senang je. ajak korang video call and dia akan rakam aksi korang tu tanpa korang sedar. Lepas tu dia akan tunjukkan rakaman tu dan ugut mintak bayar kalau tak nak video aksi kau tu diviralkan. Dan kononnya lepas tu dia akan delete video tu dari simpanannya. Tapi dia tak delete pun sebab lepas kau dah bayar,dia akan terus PM ko dgn no yg berbeza dan ugut lagi dan lagi sampailah abang jamil mamposss 😂😂 kami percaya ini dilakukan oleh warga asing yang bekerja di Malaysia dan menggunakan akaun bank kawannya sebab kebanyakan no akaun bank yang digunakan adalah akaun bank rakyat Malaysia sendiri.

MORAL OF THE STORY: Kepada mak² bawang sekalian. Perhatikanlah gerak geri suami anda ataupun anak bujang anda 😏 nafsu membawa padah.

Sekian. wabillahitaufik.
#bibik_janji_lepas_rakam_bibik_delete
👍23❤1😱1🤩1
📢DFM Official Forum📢
Seminggu ni kami agak berdiam diri sebab Facebook block posting kami dan restrict posting #opsBedil. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk melancarkan forum ala media sosial kami sendiri.

https://dragonforce.io

Kepada Bawang-Rangers, anda amat dialukan bergosip utk mengelakkan segala kesekatan yang ada di Facebook.

Kepada adik2 , abang2, dan kakak2 yang ingin mempelajari lebih dalam tentang hacking juga dijemput untuk register di forum kami. Kami cuba kongsi ilmu sebaik mungkin di dalam platform DFM untuk ke arah Malaysia yang lebih baik.

Apa2 cadangan & idea untuk tambahbaik sangat diggalakkan untuk improvekan lagi platform kami.

Selamat membawang DFM Bawang-Rangers di https://dragonforce.io !
#dragonforcemalaysia #GroupTempurSiberMalaysia #RileksCrew
#HackingIsAnArt
👍6❤3