DragonForce Malaysia
154K subscribers
1.06K photos
135 videos
39 files
590 links
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Download Telegram
Korang pernah guna tool nama Dirbuster? Kalau ada yang belum, disini min ada kongsikan pautan berkenaan tool tersebut. Thread ini di post oleh Ghazyuri, member baharu Hacker kita pada hari ini.

https://dragonforce.io/threads/dirbuster-osint-tool-to-find-dir-of-the-website.8965/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍12😱7❤2🎉1
Pemilihan Krew Whitehat DragonForce kini dibuka. Lawati pautan yang kami berikan dibawah bagi mengetahui maklumat lanjut. Pemilihan dijalankan berkonsepkan CTF. Semoga berjaya kepada kesemua calon yang menyertai pemilihan ini.

https://dragonforce.io/threads/whitehat-crew-selection-open-now.9011/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍10❤1
Now ! Siaran Langsung CTF Dragonforce Malaysia Di Facebook

https://fb.watch/ah4U8p1pi3/

Live dashboard of CTF for DragonForce Whitehat Selection Crew. Show your support guys by sharing this live. TQ

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍15🤩8
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Komuniti DragonForce Malaysia.

Untuk makluman, laman web Dragon Force Malaysia akan diselenggara (maintenance) bagi menaiktaraf sistem ke arah lebih baik. Berikut merupakan maklumat berkaitan penyelenggaraan.

Hari: Ahad, 09 Januari 2022
Masa: 12.00 tengah malam - 08.00 pagi
Maklumat: Akses terhadap laman web Dragon Force Malaysia termasuk radio tidak dapat dilayari selama tempoh 8 jam.​

Akses terhadap laman web akan dibuka semula selepas pukul 08.00 pagi pada 09 Januari 2022. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Diharap warga komuniti bersabar dalam tempoh 8 jam tersebut.

Sekian, terima kasih.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍32
Hebahan Link Bahaya Di Facebook

Kecoh di laman sosial Facebook di mana tersebarkan pautan berbahaya yang boleh menyebabkan akaun Facebook anda digodam. Kami telah menerima pelbagai mesej yang menyatakan berkaitan isu ini.

Hasil siasatan awal mendapati, link tersebut tersebar apabila seseorang itu menekan link tersebut menyebabkan akses terhadap Facebook mereka berjaya direntas oleh pihak ketiga bagi tujuan penyebaran link tersebut seperti access token atau key.

Baca selanjutnya di https://dragonforce.io/threads/hebahan-link-bahaya-di-facebook.9037/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍32
👍18
DragonForce Malaysia
Photo
https://dragonforce.io/threads/15-juta-data-rakyat-malaysia-bocor.9040/

Assalammualaikum .
Baru-baru ini pihak kami mendapati ada kebocoran data besar-besaran dan lebih dari 15Mil Malaysian database telah pun digodam dan sedia untuk dijual di pasaran gelap (Darkweb - Raidsforum).
Perkara ini sangat membimbangkan dan merisaukan, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Covid dan banjir di merata tempat.
Scammer akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk menjana pendapatan lumayan dengan menipu dan memperdaya mangsa menggunakan data-data yang bocor ini.

Selepas berlaku kebocoran data-data dan maklumat rakyat Malaysia, kami mendapati ada seseorang yang tidak bertanggungjawab mengongsikan sebuah gambar status vaksinasi YB Khairy Jamaluddin atau KJ, yang tidak mengambil vaksin/divaksinasi.
Kami tidak tahu kesahihan gambar itu dan kemungkinan besar diedit untuk membuat isu.
Perlu di ingatkan bukan Data KJ sahaja tetapi lebih 15 Juta data telah bocor.
Kami juga tidak mengetahui bagaimana data seperti IC dan nombor telefon KJ diambil.
Berkemungkinan besar ada berlaku kebocoran data di laman sesawang / web dan server Kerajaan Malaysia.
Perkara seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku dan kami tidak sesekali menyokong tindakan seperti ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak boleh kongsikan gambar status vaksinasi tersebut disini,takut ia akan mengundang fitnah memandangkan sekarang ini zaman fitnah, tetapi jika benar, maka berwaspadalah kepada semua pengguna di Malaysia. Mungkin data anda juga ada dan telah berada di pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kami tidak bertanggungjawab atas apa yang disebarkan . Kami hanya menemui gambar itu di dalam group telegram 'COVID-19 VACCINES SERIOUS DISCUSSION'

Kami Mendapat Screen Capture Status Vaksin KJ dari Group
COVID-19 VACCINES SERIOUS DISCUSSION
https://t.me/VaksinMalaysia

Kami memohon pihak berkuasa yg bertanggungjawab untuk kesan kartel2 penjual data ni secara serius !

Check Status anda Disini : https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/
Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍80❤15🎉15😢14😁3😱1
👍39❤7
DragonForce Malaysia
Photo
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sindiket Rekrut Keldai Akaun | Taktik Sewa Akaun Bank & Kad ATM!
Anda Dinasihatkan untuk lebih berHati-Hati

Selain isu Banjir, Covid , Vaksin , KWSP One-Off , Kenaikan Harga Minyak dan barangan , Kena Scam , Kebocoran Data dan banyak lagi aduan / luahan yang pihak kami terima didalam forum.
Semenjak PKP dilaksanakan ramai yang dibuang kerja, hilang sumber pendapatan.

Ramai pihak yang terkesan dan terdesak diwaktu sekarang ini untuk mendapatkan wang,ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelangsungan hidup mereka.
Diwaktu ini juga Ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka (mangsa) dengan memberi Servis untuk mendapatkan duit dengan mudah dan cepat.
Antaranya ialah servis "MENYEWAKAN AKAUN BANK DAN KAD ATM" anda.

Heboh di social media baru-baru ini tentang sindiket keldai akaun,Walaubagaimanapun , Kami sudah mengenal pasti dan selidik sindiket ini telah beroperasi terlalu lama,
cuma baru saja heboh baru-baru ini.

Kita biasa mendengar isu tentang Scammer. Malah kes melibatkan beberapa individu yang ditahan kerana terlibat dengan penipuan ini hangat diperkatakan di social media.

Menjadi Keldai Akaun Bank & Money Laundering
*Ringkasan Keldai Akaun adalah, sindiket akan menggunakan akaun bank anda untuk memindahkan duit haram ke akaun anda dan seterusnya anda perlu memindahkan duit ke akaun keldai yang lain.

Anda harus tahu mengapa mereka mencari Penyewa akaun bank. Ini adalah sebabnya:
- Untuk membolehkan mereka memindahkan wang yang mereka curi/scam daripada pihak lain ke akaun bank pihak ketiga.
Ianya bertujuan untuk menutup pihak ketiga atau pihak ke empat dan menyusahkan pihak berkuasa iaitu polis melakukan siasatan.
- KELDAI AKAUN merujuk kepada individu yang menyerahkan akaun bank miliknya kepada individu lain untuk digunakan.
Akaun bank tersebut kemudiannya digunakan , bagi menerima atau memindahkan wang hasil daripada pencurian atau perjudian.

Teknik menyewa akaun ini disebut sebagai MULE AKAUN ataupun Keldai akaun bank di mana scammer ini akan memberi duit "Sewaan" bulanan kepada anda.
Akaun anda digunakan sebagai PENGANTARAAN sebelum mereka memindakan duit kepada pihak yang ketiga atau ke empat atau ke lima.

Anda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan ,
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-dua jika sabit kesalahan ATAU Seksyen 29(1) ,
Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jika anda telah menyerahkan akaun bank atau kad ATM anda kepada mana-mana pihak :-

1. Semak transaksi keluar masuk atau baki wang dalam akaun anda dengan segera.
2. Hubungi Pihak bank dan batalkan kad ATM dan perbankan internet dengan segera .
3. Laporkan kepada pihak polis jika anda dapati terdapat transaksi luar biasa dan akaun bank anda.

Tindakan anda memberikan atau menyewakan akaun bank kepada penjenayah menyebabkan orang lain menjadi mangsa penipuan.

Jangan SERAH , JUAL atau SEWA kad atm anda kepada, rakan ,saudara atau pihak lain.

Akaun bank anda adalah tanggungjawab anda !

Berhati-hatilah, kerana duit badan dipenjara!

Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan itu yang susah untuk dicari. maka berbahagialah kita sebagai rakyat Malaysia , Dibumi yang aman dan damai. Nohhh panjang betul.

Nota :-

KELDAI AKAUN biasanya akan menerima bayaran sewa RM500 hingga RM3,000 sebulan atau dijual dengan harga RM300-RM3,000 sekeping kad ATM

KELDAI AKAUN juga terdiri daripada peminjam Ahlong. Mereka menyerahkan kad ATM kepada Ahlong dan kemudiannya tidak membatalkan kad tersebut dengan pihak BANK.

KELDAI AKAUN pun ada SSM. huhu.

Buah cempedak enak rasanya,
Buat santapan di waktu senja,
Sekian sahaja ucapan saya,
Diharap dapat manfaat semua.
https://dragonforce.io/threads/keldai-akaun-taktik-sewa-akaun-bank-kad-atm.9061/
👍182😱33❤13😢5🎉5😁3🤩3
👍118😱33❤7
KENYATAAN RASMI
DRAGONFORCE MALAYSIA
ANCAMAN PENDEDAHAN 40,000 MAKLUMAT IMIGRESEN MALAYSIA
OLEH AD4MX SYNIXCYBERCRIME

Pada 07 Januari 2022, lebih kurang jam 09.30 malam, pihak DragonForce Malaysia telah menerima satu emel daripada seseorang yang menggelarkan diri sebagai Ad4mX dari SynixCyberCrime. Kandungan emel tersebut mengandungi ancaman untuk mendedahkan 40,000 Maklumat Imigresen Malaysia serta hasil defacement ke atas laman sesawang Jabatan Agama Islam Perak (https://jaipk.perak.my/luv.html).

Berkaitan dengan 40,000 maklumat Imigresen Malaysia di laman sesawang Pastebin (https://pastebin.com/yywkhqh2), didapati mereka telah mendedahkan sekurang-kurangnya 170 maklumat dan mereka berhasrat untuk mendedahkan selebihnya.

Hasil siasatan awal kami mendapati, pihak mereka pernah melakukan serangan ke atas beberapa laman sesawang berprofil tinggi negara kita seperti https://penanghill.gov.my, https://aduan.mpklang.gov.my serta https://imi.gov.my.
Ini merupakan satu ancaman yang besar terhadap negara kita. Kami menyeru agar semua pihak khususnya pihak System Admin untuk lebih berhati-hati agar maklumat penting seperti ini tidak semudahnya bocor ke pihak yang tidak bertanggungjawab. Ancaman ke atas laman sesawang rasmi pihak kerajaan Malaysia serta kerajaan negeri ini juga perlu dititkberatkan bagi menjamin keselamatan daripada diceroboh.
Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka ini yang sengaja membuat kekecohan serta kerosakan ke atas laman sesawang serta maklumat rahsia ini. Kami menggesa agar mereka ini diambil tindakan yang serius oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Dikeluarkan pada
07 Januari 2022
👍177😱113😢44❤9🎉4🤩4
Ini merupakan tangkap layar yang kami terima pada pukul 08.30 malam yang mendakwa dirinya sebagai Ad4mX SynixCyberCrime yang mengugut untuk melaksanakan serangan lanjut.
😱244😢49👍37🤩9
Untuk mengetahui perkembangan lanjut berkaitan isu kebocoran 40,000 data Imigresen Malaysia, anda boleh layari forum kami di https://dragonforce.io/threads/ancaman-pendedahan-40-000-maklumat-imigresen-malaysia-oleh-ad4mx-synixcybercrime.9071/
👍107😱13😢5
Si pelaku telah memasuki ruangan forum https://dragonforce.io/threads/ancaman-pendedahan-40-000-maklumat-imigresen-malaysia-oleh-ad4mx-synixcybercrime.9071 dan mengaku telah menceroboh beberapa laman web kerajaan Malaysia.
😱281👍47😢16😁12🎉11❤3🤩2
Jika Kamu Deface/Leaked Web Negara Kami.
Kamu bermusuhan dengan Negara Kami.
Secara Automatik Kamu Adalah Musuh Kami.

Tidak kira apa alasan penjelasan yg kamu bagi.
kamu adalah musuh kami.

https://dragonforce.io/threads/event-falcon98-memes-and-quote-untuk-ad4mx.9077/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍390❤26😁26😱22🎉11🤩10
Laman sesawang DragonForce Malaysia (https://dragonforce.io) akan diselenggara pada Ahad, 09 Januari 2022 bermula pada pukul 12.00 tengah malam sehingga 08.00 pagi.

Akses ke seluruh laman sesawang tidak dapat dicapai termasuk radio.

Sekian.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍174😢41😱20❤17😁6🎉6🤩4
Salam , fb saye kene hek, sy dah tukar paswed dah set 2fa tetapi fb saye hajes masih boleh ekses.

anda terlupa untuk logout semua device .
pergi setting > Security > Security Login
See All Where You're Login

logout semua device.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍262😱36😁34❤17🎉11😢5🤩3