Dr Samhan (Official)
✔
149K subscribers
1.98K photos
90 videos
13 files
2.26K links
Tip Perubatan dan Kesihatan

SSM: DR SAMHAN HEALTHCARE SDN. BHD. 202201016587 (1462284-K)
Download Telegram
❤138
TIPS NYAMANKAN RUMAH
TANPA KOS TINGGI


💠 Gantung tuala basah di tingkap yang kena cahaya

💠 Lap lantai jubin dengan air sejuk waktu petang

💠 Tutup langsir tebal pada waktu siang

💠 Letak kipas dekat tingkap dan halakan ke luar

💠 Tukar lampu biasa kepada lampu LED

💠 Kurangkan guna alatan yang Keluarkan haba

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
❤185
'𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫 𝟐𝟎 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝟒𝟎'

Masa muda, tidur lewat pun boleh bangun awal.
Minum air manis hari-hari, tak pernah fikir pasal gula.
Merokok, tak bersenam — semua nampak tak ada kesan.
Waktu tu, kita rasa badan kebal.
Tapi lepas 30… masuk 40…
badan mula bagi amaran.

Naik tangga sikit pun semput.
Tidur tak lena. Badan cepat lenguh.
Bacaan kesihatan mula naik.
Dan paling senyap — mula ada tanda mati pucuk.

Mr.P makin lemah. Tak ada nafsu.
‘Pacak pagi’ pun hilang entah ke mana.

Ini bukan sekadar faktor umur.
Tapi kesan dari gaya hidup lama — makan sembarangan, stres berpanjangan, tidur tak cukup.

Bila usia makin meningkat, kita tak perlukan semuanya.
Kita cuma nak hidup yang sihat, tenang, dan cukup untuk bahagiakan orang tersayang.

Jadi mulakan hari ni —
• Kurangkan gula
• Cukupkan tidur
• Bergerak setiap hari
• Dan buat saringan kesihatan

Sihat itu bukan pilihan. Ia tanggungjawab.

– Dr Samhan
❤248
❤162
TIPS HARGAI PASANGAN

🤍 Ucap TQ untuk perkara kecil

🤍 Puji cantik baju, tudung,makeup

🤍 Berkongsi matlamat & cita cita

🤍 Perbuatan simple :

✅ Pegang tangan
✅ Pandang mata
✅ Senyum

🤍 Jadi BFF tukang sorak

🤍Penyokong

🤍 Puji pasangan depan keluarga

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
❤167
❤41
“Doktor… saya kena herpes sebab telor suami masam?” 😳

Bunyi pelik, tapi jangan cepat salahkan pasangan.
Jangkitan ni boleh datang dari banyak punca.

Bila bibir naik gelembung kecil, pedih, rasa panas ramai fikir itu ulser.
Tapi kalau berulang, ada kemungkinan ia herpes mulut (HSV-1).

Ada yang datang mengadu:
“Lepas saya buat oral sex, bibir saya terus melepuh… suami saya punya bau pelik.”

Ya, oral sex boleh jadi punca jangkitan, tapi penting untuk kita faham:

✅ Herpes bukan semata-mata datang dari lelaki.
Virus ni sangat mudah berjangkit, dan ramai orang tak sedar mereka dah bawa virus ni sejak kecil.

Kadang ia dijangkiti masa kecil — dari ciuman ahli keluarga, berkongsi sudu, atau tuala.
Virus tu ‘tidur’ dalam badan dan boleh aktif balik bila sistem imun lemah (contoh: stress, demam, haid).

Cara virus ni boleh merebak:

• Ciuman, walaupun tiada luka nampak
• Oral sex dengan pasangan dijangkiti
• Guna barang peribadi orang lain atau berkongsi barang (lip balm, sudu, straw)
• Sentuhan tangan dari kawasan dijangkiti ke mulut sendiri

Tanda-tanda herpes mulut:

• Gelembung kecil di bibir
• Rasa gatal, panas, pedih
• Demam ringan, tak larat

Jangan ambil ringan bila bibir mula melepuh atau rasa pedih. Herpes mulut mudah berjangkit, kadang tanpa disedari. Jaga kebersihan, elak berkongsi barang peribadi, dan sentiasa peka dengan perubahan tubuh.

Lebih baik berjaga-jaga, daripada menyesal kemudian.

- Dr Samhan
❤282
❤412
❤79
🤰7 RAGAM ISTERI HAMIL🤰

📌 Menangis jika tidak dapat makan

📌 Sentiasa lapar

📌 Mengidam tapi makan hanya 1-2 suap

📌 Sangat sensitif dengan bau yang tidak menyenangkan

📌 Pelupa

📌 Tidak boleh tidur malam

📌 Saat tengah sarat, tempat tidur penuh dengan bantal

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
❤125
❤38
“Dia suami yang baik. Tapi dia diam-diam tanggung derita…”

Lumrah seorang lelaki…
Bila sakit, dia diam.
Bila kecewa, dia pendam.
Bila ada masalah “dalam hubungan”, dia terus rasa gagal sebagai suami.

Lelaki macam ni bukan tak sayang isteri.
Tapi dia malu.
Malu nak mengaku dia ada masalah.
Malu nak dapatkan rawatan.
Dan lebih sedih… dia rasa masalah tu akan hilang sendiri.

Tapi hari ke hari, hubungan makin dingin.
Isteri makin jauh.
Bukan sebab tak cinta, tapi sebab tak puas.

Saya masih ingat seorang pesakit yang konsult dengan saya secara online.
Mula-mula dia diam. Tak banyak cakap.
Lepas saya tenangkan dia, baru dia luahkan:

“Saya malu sangat, Dr. Tapi saya dah tak sanggup rasa bersalah setiap kali bersama isteri. Saya pancut awal… dan saya tahu dia kecewa. Tapi dia tak pernah tegur. Itu yang buat saya rasa lagi teruk.”

Saya faham perasaan tu.
Ramai lelaki macam dia. Nampak kuat, tapi dalam diam sedang runtuh.

Jadi saya bantu.
Saya terangkan punca. Saya cadangkan rawatan.
Dan saya terus pos ubat ke rumah dia.
Tak perlu datang klinik. Tak perlu jumpa sesiapa.
Semuanya secara privasi dan selamat.

Seminggu lepas tu, dia follow up. Kali ni nada suara dia lain.

“Dr, Alhamdulillah… saya rasa macam dapat balik keyakinan diri saya.
Isteri pun nampak gembira. Lepas bersama, dia peluk saya. Dia kata, abang macam dulu balik…”

Saya tulis kisah ni bukan untuk pujian.
Tapi untuk suami di luar sana yang tengah baca sekarang.
Kalau alami masalah yang sama… tolong jangan tunggu sampai semuanya terlambat.

Jangan biar rasa malu tu musnahkan kebahagiaan rumahtangga.

Rawatan sekarang dah mudah.
Konsultasi boleh dibuat secara online.
Tak perlu keluar rumah. Tak perlu malu. Saya akan bantu.

Boleh layari www.forhimclinic.com
❤123
❤151
❤32
Apa Patut Buat Kalau Isteri Datang Bulan?

Ramai suami blur bila isteri datang bulan. Tak tahu nak buat apa.
Ada yang ingat isteri tengah merajuk, padahal badan dia memang letih.

Saya nak kongsi beberapa tips yang nampak kecil… tapi besar kesannya:

1. Jangan sentuh ego dia – sentuh jiwa dia
Tanya dia nak makan apa. Jangan kritik bila dia moody.
Hormonnya tengah roller coaster, bukan dia sengaja.

2. Ambil alih kerja rumah
Kalau dia mengerang sakit perut, jangan suruh masak.
Gantikan dia jaga anak, cuci pinggan, atau kemas rumah. Itu cukup buat dia rasa disayangi.

3. Belikan pad atau coklat
Simple, tapi bermakna.
Ada suami yang sanggup beratur kat farmasi beli pad…
Isteri dia cerita sampai bertahun!

4. Urut lembut belakang pinggang
Kadang senggugut tu sampai ke belakang.
Urutan dari suami bukan je hilangkan sakit… tapi boleh cairkan hati isteri.

5. Jangan minta “lebih”
Ini waktu dia perlukan rehat, bukan hubungan intim.
Tapi peluk tetap penting.
Biarkan dia rasa selamat, bukan dipaksa.

Isteri yang dijaga ketika haid, akan lebih menghargai suaminya selepas haid.
Jangan tunggu dia minta. Bertindak sebelum dia penat.

— Dr Samhan
❤357
❤137
Kenapa Air Penting Ketika Demam?

❇️ Minum sedikit tetapi kerap, jangan tunggu haus baru minum.

❇️ Air bantu turunkan suhu badan

❇️ Demam menyebakan dehidrasi

❇️ Kekurangan air boleh buat badan jadi lebih lemah dan lambat pulih

❇️ Air melancarkan aliran darah dan pergerakan sel-sel imun

❇️ Legakan sakit kepala & lenguh badan

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
❤177
❤89
👁️ RAWAT MATA KETUMBIT
DENGAN 4 PETUA MUDAH 👁️


🔶 Jangan sesekali cuba untuk pecahkan ketumbit

🔶 Tuam dengan tuala bersih yang suam selama 10 minit 3 kali sehari

🔶 Bersihkan kelopak mata dengan syampu bayi & putik kapas

🔶 Jumpa doktor jika masih tidak surut selepas 2-3 hari

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
❤120
❤26