IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
As salam dan salam sejahtera semua rakan KU HLA,
Mohon kerjasama untuk uar-uarkan kepada warga kampus yang berminat menyertai program anjuran US Embassy ini.

Mohon isi borang yang dilampirkan dan penyertaan terbuka kepada pensyarah dan guru pelatih yang berminat. Tarikh akhir untuk dikembalikan borang penyertaan(kepada IPGM, U.P En Shafizan) adalah pada *Sabtu 18 April 2022*. Pihak IPGM akan membuat saringan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel rasmi.

Saya share juga message dari pihak kedutaan untuk rujukan pihak tuan/puan/Dr.

We’re excited to announce that the U.S. Embassy Kuala Lumpur is accepting applications to participate in the Summer 2022 term of the Online Professional English Network (OPEN) Program. The OPEN Program offers 8-week professional development courses developed by U.S. universities on topics such as English as a Medium of Instruction (EMI) TESOL Methodology, Professional Development for Teacher Trainers, and Integrating Critical Thinking into the Classroom and a few other topics.
Courses will begin in Summer of 2022. Kindly be informed that orientation will be available from May 30 through July 1, 2022.
Certificates and digital badges are issued by the U.S. Department of State for all those who pass the course.

Utk pertanyaan lanjut boleh hubungi En Shafizan JHLA IPGM.

Sekian, terima kasih.



Thanks and regards,

US Embassy
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

FORUM PERDANA: CABARAN PARA GURU DALAM MENDEPANI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

🗓️Hari : Jumaat
📆Tarikh : 15 April 2022
⏰Masa : 9 pm - 10 pm

Pautan Google Meet:
meet.google.com/osk-ftgq-stm

📍Sila gunakan emel MOE untuk masuk ke pautan Google Meet

📍 Mohon pelajar masuk ke dalam pautan Google Meet 10 minit sebelum program dimulakan.

📝 Penganjuran forum ini adalah bagi memenuhi Tugasan Kerja Kursus Kesantunan Berbahasa (BMMB1144) di bawah bimbingan Dr. Zanariah Hamid.

Diharap semua dapat meluangkan sedikit masa pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pelajar Pakej D tersebut.

📍 E - Sijil penyertaan akan diberikan.

Terima kasih.
WEBINAR KOKURIKULUM 2
Tajuk ‘Kemahiran Berkayak Sebagai Alternatif Rekreasi dan Menyelamat
Tarikh: 16 April (Sabtu) Masa: 10.00-12.00
Google Meet : https://meet.google.com/utm-osws-fkj
Pautan Youtube Rasmi IPG Kampus Bahasa Melayu :
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Moderator: Dr. Amir Hamzah bin Aman (Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum) IPG Kampus Bahasa Melayu
Panel : Encik Iswandi bin Isia (Atlet Slalom Malaysia/ Jurulatih Kayak Bertauliah Persatuan Kayak Kuala Lumpur)
Pautan untuk SPLGKPM dan Sijil Digital Penyertaan akan disediakan untuk semua yang mengikuti webinar ini. Jangan lepaskan peluang anda. Jom beramai-ramai menjayakan webinar kayak secara dalam talian kali pertama ini.
HEBAHAN: JEMPUTAN PENYERTAAN KOLOKIUM PEMANTAPAN BAHASA MELAYU (KOLOPEM BM) DAN PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Tema: “Pemantapan Penyelidikan Bahasa Melayu dan Inovasi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan”

Tarikh KOLOPEM BM: 20-21 Julai 2022
Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 Mei 2022

Penyertaan: Percuma
Pelantar: Secara dalam Talian
Pendaftaran: http://ipgkbm.edu.my/kolopemdaftar
Maklumat lanjut: http://ipgkbm.edu.my/kolopem
Buku Panduan: http://ipgkbm.edu.my/kolopempanduan
Poster:http://ipgkbm.edu.my/kolopemposter

Acara Sepanjang KOLOPEM BM
1. Pembentangan Kajian Ilmiah
2. Pembentangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu
3. Pertandingan dan Pameran Inovasi Bahasa Melayu dan Bidang-bidang Lain

-Subtema Kajian Ilmiah:
> Perkembangan Bahasa Melayu
> Pedagogi Bahasa Melayu
> Pemulihan Khas Bahasa Melayu
> Pendidikan Prasekolah (Bahasa Melayu)
> Literasi Bahasa
> Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad ke-21
> Penilaian dan Pentaksiran Pendidikan Bahasa Melayu
> Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Bahasa Melayu
> Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk guru-guru dalam perkhidmatan, pensyarah/ pelajar IPGK, Pensyarah dan pelajar IPTA/ IPTS.
Poster Kolopem.pdf
3.5 MB
Poster Hebahan KOLOPEM BM 2022
BENGKEL SOKONGAN PROFESIONAL KPPB 2.0
Anjuran Bersama IPGKBA dan IPGKBM

21 April 2022 (Khamis)
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Penganjur : IPGKBA & IPGKBM
Platform: GOOGLE MEET
Pautan: https://meet.google.com/sgb-vtcg-feb

Ucapan alu-aluan : Dr Razila Aw Kamaluddin, Penyelaras KPPB IPGM
Perasmi Pembukaan : Datin Dr Bushro binti Ali, Pengarah IPGKBA
Perasmi Penutupan : Puan Hajah Nor Asilah binti Osman, Pengarah IPGKBM

Ahli Panel:
Dr Kartini Bt Abdul Mutalib
Dr Nor Azah Ahmad Safran
Dr Abdul Hadi Bin Mat Dawi
En Zulkufli Mahayudin
Pn. Jurina Bt Ibrahim

Buku Program: https://bit.ly/3xCQcn3

Rekod Kehadiran SPLKPM: https://tinyurl.com/bengkel-sokongan-KPPB

Jom sama-sama kita berikan sokongan .Terima kasih
Pembentang IPGKBM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 minit yang akan diadakan serentak di seluruh negara bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Butiran Program adalah seperti berikut:

🌹Jom Baca Bersama 10 minit 2022🌹
📍21 April 2022 | Khamis
⏰11.00 pagi hingga 11.10 pagi
🏠Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa.

Walau dimana saja anda berada…berhenti seketika dan jom baca bersama 10 minit.
Gunakan peluang ini sebagai tanda komitmen kita terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

🟥Warga IPG Kampus Bahasa Melayu juga boleh kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di Facebook Pusat Sumber . Gambar menarik bersama slogan kata membaca yang kreatif akan mendapat hadiah 🥰🥰.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Program Jom baca Bersama 10 minit seperti :

🔴 Pertandingan mencipta slogan Pusat Sumber
🔴 Teka jumlah buku
🔴Permainan congkak
🔴Sahhiba
🔴Cabutan pengunjung bertuah