IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum WBT buat semua warga IPGKBM yang dikasihi sekalian. InsyaAllah Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh (Hari): 27 April 2022 (Rabu)
🕰️ Masa: 1.30 tengah hari - 2.00 petang
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu

⚜️Dijemput semua untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang dijalankan✨

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Bahasa Melayu
PERINGATAN KESELAMATAN SEMASA CUTI PERAYAAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Antara isi penting yang perlu pegawai laksanakan:

✅ Bertanggungjawab terhadap persekitaran tempat tugasan dan memastikan dalam keadaan baik sebelum meninggalkan pejabat.

✅ Aset alih, bahan penting dan dokumen rahsia rasmi disimpan dan dikunci dengan selamat.

✅ Log off komputer dan padam skrin dan semua peralatan elektrik, cabut plug daripda soket.

✅ Peralatan keselamatan fizikal berfungsi.

Boleh rujuk surat edaran di bawah untuk maklumat lanjut.
Pemakluman Penutupan Pintu Masuk ke IPG Kampus Bahasa Melayu
Selamat Hari Jadi • Happy Birthday •
Berlabuh tirai bulan ramadan,
Kini tiba syawal dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan aidilfitri,
Kad dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan kekal dihati.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Unit Multimedia IPGKBM
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْ
مِنَ العَائدِيْنَ والفَائِزِينَ
كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Kami mengambil kesempatan mengucapkan

𝕾𝖆𝖑𝖆𝖒 𝕬𝖎𝖉𝖎𝖑𝖋𝖎𝖙𝖗𝖎
𝕸𝖆𝖆𝖋 𝖅𝖆𝖍𝖎𝖗 𝖉𝖆𝖓 𝕭𝖆𝖙𝖎𝖓

Semoga ibadat Ramadan kita diterima Allah s.w.t. dan dilipat gandakan ganjaran oleh-NYA.

𝓢𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓣𝓾𝓵𝓾𝓼 𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪
JPPI IPGKBM
Unit Praktikum IPGKBM