IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Ia menjadi kenang-kenangan.

Assalamualaikum w.b.t., dan
salam sejahtera.

*MAJLIS PEMBUBARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023 PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU*

Sukacita dimaklumkan bahawa IPG Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

*Tarikh* : 13 Januari 2023
*Masa* : 2:30 petang
*Tempat* : Dewan Aminuddin Baki

Sehubungan dengan itu,

📡 Para pensyarah dan semua pelajar dijemput hadir ke majlis ini.
📡 Kehadiran pelajar adalah diwajibkan.
📡 Kehadiran batch E adalah digalakkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 atas segala khidmat dan bakti sepanjang memegang jawatan.

Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi majlis bagi meraikan dan menghargai jasa semua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023. 🫡

Kehadiran dan kerjasama anda amat kami hargai 📡

#IPGKAMPUSBAHASAMELAYU
#JPPIPGKBM22/23

_*SINERGI MENJANA REVOLUSI*_
____
_*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*_
_*SESI 2022/2023*_
_*IPG KAMPUS BAHASA MELAYU*_
Quote of the Month🌸
(An initiative under the HIP 2023)
Picture Book Workshop
Bengkel Buku Bergambar
0000000000000000000

Generasi masa hadapan ialah bakal pemimpin negara. Oleh itu, nilai-nilai murni harus disemai sejak kecil. Melentur buluh biar dari rebung.

Buku bergambar memainkan peranan besar dalam hal ini. Justeru, negara memerlukan lebih banyak buku-buku bergambar yang bermutu tinggi.

Menyedari hakikat ini, PenaWan (Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional) menjemput anda bersama-sama dalam usaha ini.

Mari bersama-sama kami? Ikuti daripada asas:-

*Teori Buku Bergambar
*Ide menghasilkan Buku Bergambar
*Asas ilustrasi digital

Anda mahu tahu ciri-ciri pada Buku Bergambar?
Mahu mencuba tetapi tiada ide? Memang menulis tetapi ketandusan ide?
Tidak tahu melukis?

Usah ragu-ragu. Jemput bersama kami. Tarikh tutup semakin hampir. Cepat mendaftar, ya? 😊

https://bit.ly/bukubergambar2023

LINK PENDAFTARAN👆🏻

#BengkelBukuBergambarAnjuranPenaWan
#PictureBookWorkshopByPenaWan