IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
🤩 _*MALAM INI*_ 🤩

📍 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga
IPG Kampus Bahasa Melayu.

Sukacita dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 IPG Kampus Bahasa Melayu akan menganjurkan

🍽️ _*Majlis Makan Malam Perdana 2.0*_ 🍽️

sebagaimana ketetapan berikut:

🛳️ *Tarikh:* 4 November 2023 (Sabtu)
🛳️ *Masa:* 8.00 P.M. hingga 10.30 P.M.
🛳️ *Tempat:* Dewan Aminuddin Baki
🛳️ *Sasaran:* Semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu

Dengan itu, dimaklumkan bahawasanya tema pakaian merupakan:

🏖️ *Tema Busana:* _Percutian_ 🏖️

_*"REFORMASI KEPIMPINAN BERKUALITI"*_
—————————————————————
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*SESI 2023/2024,*
*IPG KAMPUS BAHASA MELAYU*
✨ BENGKEL PENCIPTAAN & APRESIASI PUISI MODEN✨ DAN ✨ *MALAM APRESIASI SENI* ✨

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

💫 Dimaklumkan bahawa Program Pemartabatan Bahasa Melayu akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut

🗓️ Tarikh: 5 November 2023 (Ahad)
⏰ Bengkel Penciptaan dan Apresiasi Puisi Moden: 2.30 - 4.30 petang
⏰ Malam Apresiasi Seni: 8.30-11.00 malam
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
⭐ Pakaian: Tema Busana Melayu

Tetamu Jemputan:
👤 Dr. Shamsudin bin Othman (Pemenang S.E.A Write Award Tahun 2019)
👤 Datuk Dr. LIM Swee Tin (Pemenang S.E.A Write Award Tahun 2000)

Penampilan istimewa, iaitu persembahan menora dan wayang kulit. Jangan lepaskan peluang ⭐

📌Pelajar A, B dan C diwajibkan hadir bagi kedua-dua program ini. Pelajar G dan F digalakkan hadir.

📌 Makan malam disediakan untuk 800 orang pelajar.

Anjuran Inisiatif #108: Pemartabatan Bahasa Melayu dengan Kerjasama Jawatankuasa Pasukan Kecemerlangan IPGKBM, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, HEP dan Jabatan Persuratan Melayu
The STAR-041123.pdf
13.7 MB
The STAR-04 November 2023
BeritaHarian-041123.pdf
10.5 MB
BeritaHarian-04 November 2023
Berikut disertakan pautan video YouTube Showcase KPPB-OPD IPGKBM Sem I Sesi Ogos-Dis 2023 yang diadakan pada hari Jumaat lepas 3 Nov 2023. Seramai 39 orang pensyarah dan pelajar menyertai showcase maya tersebut.

Bagi yang tidak berkesempatan boleh menonton video yang disertakan pada pautan dibawah.

https://youtu.be/jemTVKfqCYs?si=K0kjD0ZScDX0QYb0
Galeri Malam Apresiasi Seni, 5 November 2023 >> https://drive.google.com/drive/folders/1AjoJvn_eBk-toHkbq8F7EaBw71d2KaZ2?usp=sharing

Malam Apresiasi Seni dengan penampilan istimewa Datuk Dr.Lim Swee Tin dgn Kumpulan Kesenian Tradisional, iaitu Akademi Arjunasukma di bawah pimpinan saudara Yie Arjunasukma mempersembahkan Menora dan Wayang kulit daripada fragmen sebuah kisah yg berjudul "Limau Nipis Naga Berseru". Malam Apresiasi Seni ini juga menampilkan pelbagai persembahan yang mempamerkan keindahan seni berbahasa melalui persembahan boria, lagu puisi, lagu rakyat, syair, sajak dan nazam.
Memo Penghantaran Bukram Pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 >> https://drive.google.com/file/d/15x4zlPTw9ejYccW9rFDEzSREAaRN_l_p/