IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2024

Dimaklumkan bahawa pihak JPP dengan kerjasama JHEP, JPPK dan KKSP IPGM Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat IPGMKBM tahun 2024 seperti ketetapan berikut :

📍 Tarikh : 28 Jun 2024 (Jumaat)
📍 Tempat : Dewan Aminuddin Baki IPGKBM
📍 Masa: 7:30 pagi - 12.00 tengah hari
📍Tema: Kembali ke Sekolah

📝Justeru itu, warga IPGKBM dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut ketetapan garis panduan yang disediakan

📌Pakaian mestilah menutup aurat bagi yang beragama islam
📌Memakai pakaian yang bersesuaian dan menepati tema “back to school”
📌Tidak memakai pakaian yang mencolok mata

_________
JK PENDAFTARAN,PENGURUSAN DAN DISIPLIN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Kem Kepemimpinan Muda SK Sungai Tekali Sesi 2024/25

Tarikh : 22 - 23 Jun 2024
Tempat : SK Sungai Tekali
Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid kerjasama Unit Kokurikulum SK Sg. Tekali
Fasilitator : 12 orang Pelajar IPGM KBM (JPP dan PRS)
Pembimbing Fasilitator: Kaunselor dan Kaunselor pelatih IPGM KBM
Pensyarah pengiring: Pn. Noraini Mohamed, Pn. Norzeta Erham dan En. Nizamudin bin Mohd Pauzi.

Impak:
• Latihan kepada barisan pemimpin kecil yang dilantik di peringkat sekolah yang merangkumi Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pengawas Pusat Sumber (PSS), dan ketua kelas dan penolong ketua kelas serta pemimpin Unit Kokurikulum.

Semoga dengan pelaksanaan Kem Kepemimpinan Muda SK Sungai Tekali Sesi 2024/25 diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjadi pemimpin dan fasilitator yang berkalibel dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Kepada: Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu

Makluman Penyelarasan Ucapan Salam IPGM Kampus Bahasa Melayu

Ucapan salam rasmi IPGM KBM adalah seperti berikut bermula 26 Jun 2024:

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia


Penggunaan ucapan salam rasmi ini terpakai untuk semua ayat hebahan di media sosial dan ucapan salam semasa majlis rasmi IPGM KBM.

Muat turun logo dan lagu rasmi: https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Sekian, terima kasih.
INFO IPGM Kampus Bahasa Melayu
26 Jun 2024

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia

—————————
L.E.S.T.A.R.I bermaksud:
-Lestari kebahasaan
-Efektif pengurusan
-Strategik pemikiran
-Teknologi digitalisasi
-Aktif pelibatan
-Reflektif tindakan
-Inovatif pembudayaan
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR DAN SAHABAT BAHASA
Saya Suka Baca (SASUBA) - Siri 1


Program Sekolah Pengajar dan Sahabat Bahasa anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama pelajar PISMP Ambilan Jun 2022/2027 (B3) IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Tarikh: 26 Jun 2024
Masa: 2:00-4:00 petang
Tempat: SK Bandar Tasik Selatan
Fasilitator: 19 orang fasilitator Siswa Guru IPGM KBM Ambilan Jun 2022/2027

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisadikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru
4. ⁠Makmal Ujian bagi semua pensyarah dan siswa guru.

Objektif Utama Aktiviti (SASUBA) :
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
2. ⁠Meningkatkan kemahiran membaca secara bermakna dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
3. ⁠Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca secara mendalam dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.

Semoga matlamat aktiviti ini dapat dicapai untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

|🧑🏻‍🏫MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU👩🏻‍🏫|

🏫 Dengan sukacitanya dimaklumkan Insititut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat IPGMKBM Tahun 2024.

🏫 Justeru itu, semua warga IPGMKBM dijemput hadir berdasarkan ketetapan yang berikut:
📌 Tarikh: 28 Jun 2024 ( Jumaat )
📌 Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari
📌 Tempat: Surau At-Taqwa & Dewan Aminuddin Baki

🏫Semua warga IPGMKBM dan siswa guru digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema yang ditetapkan:

📌Tema: Kembali ke Sekolah

🏫 Kehadiran semua pelajar adalah diwajibkan
__
__
JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2024
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E DAN SAHABAT BAHASA
Aktiviti Kit B.A.C.E - Siri 1


Tarikh: 26 Jun 2024
Masa: 8:30-10:30 pagi
Tempat: SK Bandar Tasik Selatan
Fasilitator: 25 orang fasilitator Siswa Guru PISMP (PAKK) B9, IPGM KBM Ambilan Jun 2022/2027
Kumpulan Sasaran : Murid prasekolah

Pensyarah yg terlibat :
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. Pn Zaimah binti Abdul Rahman
3. Pn Nuridah binti Mohammad Isa
4. Pn Khoo Swee Ling

Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru
4. ⁠Makmal Ujian bagi semua pensyarah dan siswa guru.

Impak program (Kit B.A. C.E):
1. Saringan pra ujian menggunakan senarai semak berdasarkan kepada Kit B.A.C.E dapat membantu mengenal pasti murid prasekolah yang kurang menguasai literasi asas bahasa melayu.
2. Instrumen Kit B.A.C.E berasaskan inovasi digital memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif kepada murid prasekolah.
3. Siswa guru dapat mengaplikasikan bahan inovasi yang dicipta, mengadaptasi teori latihan guru di IPG kepada suasana pembelajaran sebenar.
4. Siswa guru juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan baharu kepada guru-guru prasekolah melalui pelaksanaan penilaian menggunakan integrasi digital.

Pelaksanaan program Kit B.A.C.E ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penguasaan asas literasi bahasa melayu murid prasekolah melalui pengalaman pembelajaran menggunakan aplikasi digital, pembelajaran secara hands-on dan bermain sambil belajar. Kit B.A.C.E ini direka khas mengikut pelbagai tahap perkembangan murid, penyediaan aktiviti-aktiviti yang menarik dan melibatkan bahan inovasi yang mudah untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia