IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CDL Hands-On Online Session IPG (Siri 56) —

📌 MODEL PEMBELAJARAN PELAJAR KPPB: PENGALAMAN KE ARAH INDUSTRI REVOLUSI 5.0

PANEL 1: En. Muhammad Brilliant Choy bin Iswan Choy
PANEL 2: Cik Norly Dia binti Mohd Ariff
PANEL 3: En. Luqman Nul Hakim bin Norazizan
PANEL 4: Cik Nur Edlyn Nazura binti Mohd Norhisham
(IPG Kampus Bahasa Melayu)

🎤 Moderator: Cik Nur Atikah Najwa binti Mohammad Rabbani (IPG Kampus Bahasa Melayu)
📆 26 Julai 2024 (Jumaat)
⏰ 2:50 - 4:00 petang
💻 Zoom https://t.ly/JTpeE atau https://us02web.zoom.us/j/84327890999?pwd=BXybxVlu1trFwzMJzLbGSfkyDXU2Da.1
Meeting ID: 843 2789 0999
Passcode: CDLIPG

Catatan tambahan:
🔸 E-sijil disediakan.
🔸 Ruangan zoom dibuka pada 2:30 petang.
🔸 "CDL Snippets" oleh Dato' Dr. Mehander Singh pada 2:50 petang.
🔸 Livestream & rakaman di Youtube: https://youtube.com/connectingdotslearning

Semua dijemput hadir.

#CDLHandsOnIPG
#CDLSnippetsIPG
#CikguBantuCikgu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Kemampanan Jati diri Pemacu Malaysia MADANI


Tarikh : 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Perasmi: YBrs. Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Anjuran: JK Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

Pautan Buku Program: https://pdflink.to/90bcd272/

🔷Semua warga IPGM Kampus Bahasa Melayu digalakkan memakai pakaian tema berwarna biru untuk memeriahkan majlis.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KEDUDUKAN PELAJAR BAGI PROGRAM JERAYAWARA DISIPLIN

Dimaklumkan bahawa untuk program pada hari Isnin ini, penempatan adalah seperti berikut:

- Kohort G : Dewan Aras 3 - Pintu Masuk Aras 4
- Kohort A, B, C: Dewan Aras 2 - Pintu Masuk Aras 2

Tarikh: 29 Julai 2024
Masa : 8:00 Pagi
Tempat Pendaftaran: Hadapan Dewan Aminuddin Baki Aras 2

🌟 Bagi pelajar C1-C6, anda diminta untuk mengambil kerusi sendiri dari kelas masing-masing sebelum program bermula disebabkan bilangan kerusi yang tersedia tidak mencukupi. Pelajar juga diminta untuk memulangkan semula kerusi yang telah diambil dari kelas masing-masing selepas berakhir program. Oleh itu, semua pelajar Kohort C akan ditempatkan di belakang dewan Aras 2.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Kemampanan Jati diri Pemacu Malaysia MADANI


Tarikh : 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Perasmi: YBrs. Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Anjuran: JK Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

Pautan Buku Program: https://pdflink.to/90bcd272/
Senarai penerima: https://youtu.be/3FbRHRcI3Bc?si=prP_2dW_YUo62dSD

🔷Tahniah kepada semua penerima anugerah, teruskan kecemerlangan.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jom bersama kami, untuk Google Educator Group Asia Pasifik Hujung Minggu 2024 (GEG APAC Weekend) perkongsian tentang bagaimana AI diintegrasikan dalam kursus Asas Pembelajaran Digital yang menekankan personalisasi dalam proses pembelajaran pelajar. Perkongsian adalah dari GEG APAC Leader: Ts Mimma Sayuti dan salah seorang kapten GEG Petaling Jaya, Malaysia, saudara Muhammad Brilliant Choy dari IPGM Kampus Bahasa Melayu, Malaysia.

Tarikh: 28 Julai 2024
Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/9rM8lqRYJPk?si=Xy1ryKDjZrVx5tTE
Masa: 8.45 malam (MYT)

Untuk menonton sesi GEG APAC Weekend 2024 dari Jepun/ Kanada dan India boleh rujuk laman web GEG APAC (Google Educator Groups Asia Pasifik): https://sites.google.com/view/gegasia/home

#GEGAPACWEEKEND2024
#IPGPENERAJUKECEMERLANGANPENDIDIKANGURUBERTARAFGLOBAL

Jom!
BH Ahad-280724.pdf
8.4 MB
BH Ahad-28 Julai 2024
Sunday Star-280724.pdf
12.5 MB
Sunday Star-28 Julai 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE PROSIS

Tarikh: 12-24 Julai 2024
Platform: Aplikasi TikTok
Tema: Kebersihan Persekitaran
Pencapaian: Johan
Anjuran: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia

IPGM Kampus Bahasa Melayu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudari Nor Zahra Auni bitni Mohammad Mazani, Nur Syafila binti Mohd Safie dan Nur Farah Afifa binti Mohd Hamzah atas pencapaian meraih Johan di dalam Pertandingan Tiktok Challenge Prosis.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE PROSIS

Tarikh: 12-24 Julai 2024
Platform: Aplikasi TikTok
Tema: Kebersihan Persekitaran
Pencapaian: Tempat Ketiga
Anjuran: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia

IPGM Kampus Bahasa Melayu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudari Nur Aisya Sofea binti Yusof atas pencapaian meraih tempat Ketiga di dalam Pertandingan Tiktok Challenge Prosis.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE PROSIS

Tarikh: 24 Julai 2024
Anjuran: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET PADA 22-24 JULAI 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET TAHUN 2024

Tarikh: 22 - 24 Julai 2024
Tempat: Kem Teratak River View, Tanjong Malim, Perak
Anjuran: Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet IPGM Kampus Bahasa Melayu

Senarai aktiviti yang telah dilaksanakan:
1) Aktiviti Pembinaan Gajet/ Kraf Tangan Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
2) Aktiviti Pelantikan Pandu Puteri Kadet
3) Aktiviti Kompas dan Bearing Pandu Puteri Kadet
4) Aktiviti Permainan Kim Pandu Puteri Kadet
5) Aktiviti Permainan Luas Pandu Puteri Kadet
6) Aktiviti Malam Manito danvUnggun Api

Pensyarah Pengiring:
1) Puan Patmavathy A/P Alagappan
2) Puan Noor Suriya binti Abdul Talib

Penceramah Undangan:
1) Dr Siti Rosni binti Mohamad Yusoff
2) Tuan Affendi bin Zaini

Impak:
1) Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan pembangunan diri setiap bakal guru secara holistik dan sekaligus dapat diterapkan di sekolah pada masa akan datang.

2) Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran setiap bakal guru dalam apa jua perkara yang dilakukan secara berterusan.

Bilangan peserta: 37 orang guru pelatih perempuan

Kumpulan sasaran: Ahli Pandu Puteri Kadet IPGM Kampus Bahasa Melayu

Semoga setiap perkongsian yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BENGKEL BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT (BBOM) UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PADA 23 - 24 JULAI 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT (BBOM) UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA TAHUN 2024

Tarikh: 23-24 Julai 2024
Masa: 8:00 pagi - 11:00 malam
Tempat: Teratak Bernam Riverview, Bernam Jaya, Kerling, Selangor Darul Ehsan
Anjuran: Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia IPGM Kampus Bahasa Melayu
Penceramah Undangan: Tuan Wahab dan Tuan Lukman

Impak:
1. Simulasi membantu masyarakat dan petugas kecemasan memahami prosedur evakuasi dan tindak balas kecemasan dengan lebih baik, meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana sebenar.

2. Simulasi juga membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya bencana dan cara-cara untuk mengurangkan kesan negatifnya, mempersiapkan mereka secara psikologi dan fizikal.

3. Dengan melibatkan penyertaan aktif dari pelbagai pihak, simulasi dapat mengenal pasti kelemahan dalam rancangan kecemasan dan infrastruktur, membantu mengurangkan risiko kerugian semasa berlakunya bencana.

Peserta 76 orang:
- 27 lelaki
- 49 perempuan
⁠
Kumpulan Sasaran: Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPGM Kampus Bahasa Melayu

Semoga dedahan simulasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia