IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM PEMBELAJARAN BERMAKNA KE MUZIUM DAN GALERI SENI BANK NEGARA, KUALA LUMPUR

Tarikh : 28 September 2024
Tempat : Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, KL
Masa : 9.30 pagi hingga 2.00 petang

Anjuran Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Objektif utama program ini adalah untuk perkongsian pengetahuan bagi memperoleh idea dan menggalakkan kreativiti dalam kalangan siswa guru untuk memenuhi keperluan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna.

Peserta :
1. Siswa guru PISMP B9 (PAKK) ambilan Ogos 2022/2027 seramai 25 orang.
2. Dua ⁠orang pensyarah PAKK iaitu Pn Nor Zarina binti Md Faril dan Pn Khoo Swee Ling.

Impak :
1. Melihat pelbagai perspektif dan memahami karya seni dari sudut pandangan yang berbeza
2. Memahami karya seni boleh dijadikan medium yang efektif dalam pendidikan.
3. ⁠Mempelajari cara-cara untuk mengaplikasikan kreativiti dalam pengajaran.
4. Kesedaran dan penghargaan terhadap budaya dan warisan negara.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM GOTONG-ROYONG & TANAMAN POKOK BUNGA

Tarikh : 28 September 2024
Tempat : Bilik-bilik Khas PAKK & Bulatan IPGMKBM
Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi

Kehadiran :
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril (KU PAKK/Pensyarah Kelab Go Green)
2. ⁠Siswa Guru Kelab Go Green
3. ⁠Siswa Guru PISMP B9 (PAKK)
4. ⁠Siswa Guru PISMP D6 & D7 (PAKK)

Objektif utama program ini untuk menanam pokok bunga di sekitar bulatan IPGM KBM serta menyediakan persekitaran bilik-bilik khas PAKK yang kondusif bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran siswa guru.

Impak :
1. Menceriakan kawasan bulatan IPGM KBM dengan pokok-pokok bunga sumbangan ahli Kelab Go Green.
2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan siswa guru tentang kepentingan memelihara persekitaran dan fasiliti IPGM KBM.
3. ⁠Membina rasa tanggungjawab dalam kalangan siswa guru seterusnya mengaplikasikan peranan mereka dalam kehidupan seharian.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAJLIS SAMBUTAN MESRA TIMBALAN PENGARAH BAHARU

Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Semua pensyarah dan kakitangan IPGM Kampus Bahasa Melayu, dipersilakan untuk hadir meraikan kehadiran YBrs. Dr. Ghazali bin Ismail Timbalan Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu yang baharu mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 30 September 2024
Masa: 9.15 pagi
Tempat: Perkarangan Ruang Legar Bangunan Menara IPGM KBM

ATURCARA MAJLIS
9.15 pagi
-Para pensyarah dan kakitangan berkumpul di perkarangan ruang legar di lobi Bangunan Menara

9.30 pagi
-Ketibaan Timbalan Pengarah Baharu disambut oleh Pengarah diiringi oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit.
-Timbalan Pengarah baharu dibawa mengetik kad perakam waktu
-Tandatangan Buku Pelawat oleh Timbalan Pengarah Baharu

9.35 pagi
-Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
-Bacaan Doa
-Ucapan Pengarah
-Ucapan Timbalan Pengarah Baharu
-Penyampaian Cenderamata
-Sesi Bergambar

10.30 pagi
-Bersurai

Kehadirian tuan-tuan diharapkan dapat memeriahkan majlis itu nanti. Terima kasih
HARI APRESIASI AKADEMIK KAMPUS 2024 (HAAM24)
Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Semua warga IPGM Kampus Bahasa Melayu, dipersilakan untuk hadir ke Program Hari Apresiasi Akademik Kampus 2024 (HAAM24) mengikut ketetapan berikut:

PERASMIAN
Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 11:15 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki IPGMKBM

Acara sepanjang 2 hari:
Pameran, Pertandingan Bicara Berirama, PingaT (Program Inovator Digital Terarah Kendiri) dan beberapa pertandingan permainan.

PENUTUPAN
Tarikh: 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 11:15 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki IPGMKBM

Buku Program : https://anyflip.com/qewhq/isep/

Kehadirian semua diharapkan dapat memeriahkan program itu nanti. Terima kasih
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SHOWCASE KPPB-OPD HARI APRESIASI AKADEMIK KAMPUS IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU 2024

Butiran program:
1. Tarikh: 1 Oktober 2024
Hari: Selasa
Masa: 2:30 hingga 4:30 petang

2. Tarikh: 2 Oktober 2024
Hari: Rabu
Masa: 8:30 hingga 10:30 pagi

Program ini akan dilaksanakan secara hibrid iaitu di Dewan Aminuddin Baki dan secara dalam talian.

Platform : https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Mari bersama-sama kita berikan sokongan
Terima kasih.
Assalamualaikum WBT.
Salam Sejahtera.
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SHOWCASE KPPB-OPD HARI APRESIASI AKADEMIK KAMPUS IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU 2024

Butiran program:
Program ini akan dilaksanakan secara hibrid.

1. Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 2:30 hingga 4:30 petang
Platform: https://www.youtube.com/watch?v=jTTpL1w93Tg

2. Tarikh: 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 8:30 hingga 10:30 pagi
Platform : https://www.youtube.com/watch?v=ScrZTOdLPQs

Mari bersama-sama kita berikan sokongan
Terima kasih.
Tarikh Kemas Kini: 18 September 2024

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PEMAKLUMAN BERKAITAN LAGU RASMI IPGM (KEMAS KINI VERSI SEPTEMBER 2024)

Pautan untuk muat turun Logo-logo Rasmi (KPM, Malaysia MADANI, IPGM dan IPGM KBM), video dan Lagu Rasmi IPGM/IPGM KBM dan Teks Doa: https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Sekian, terima kasih
Info IPGM KBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SPI KPM Bil. 11 Tahun 2023: Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM

https://www.moe.gov.my/spi-kpm-bil-11-tahun-2023-garis-panduan-nilai-dan-etika-penggunaan-media-sosial-kpm

Sekian, terima kasih
INFO IPGM KBM

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia