IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
PROGRAM HABIBUL RASUL 1446H

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📌 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan kerjasama Surau At-Taqwa dan Kelab Rakan Islah (KRI) akan melaksanakan Program Habibul Rasul seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 8 November 2024
⏱️ Masa: 7:30 pagi - 9:00 pagi
🏫 Tempat: Surau Za'ba dan Bulatan IPGM Kampus Bahasa Melayu

Semua pelajar beragama Islam digalakkan untuk menghadiri Program Habibul Rasul 1446H mengikut ketetapan di atas.

📌 Banyak pertandingan yang dianjurkan, antaranya ialah:

🔖 Pertandingan Atas Talian (30 Oktober 2024 - 8 November 2024):
• Kuiz
• ⁠Poster
• ⁠Video Kreatif

🔖 Pertandingan Pada Hari Program (8 November 2024):
• Perarakan dan Sepanduk

Ayuh sertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan!
Terbuka kepada warga IPGMKBM.

TAQWA | ISLAH | MUSLEH
___
K
ELAB RAKAN ISLAH 2024
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

IPGM Kampus Bahasa Melayu,
[Oktober 5-9, 2024, 8.30 PM]
Jualan Aras

Tarikh : 5-9 Oktober 2024
Tempat : Kolej Kediaman Dato' Razali Ismail dan Kolej Kediaman Adibah Amin
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai
Anjuran : Biro Kolej Kediaman, IPGMKBM
Tujuan :
- Mencungkil bakat dalam program jualan.
- Memberi pengalaman kepada penghuni kolej kediaman dalam menganjurkan program jualan.
- ⁠Memberi peluang kepada penghuni aras untuk belajar menguruskan kewangan.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara penghuni asrama.

Semoga dengan pelaksanaan program ini para penghuni asrama diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di Kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

IPGM Kampus Bahasa Melayu,
[Oktober 5, 2024, 8.30 PM]

Gotong-royong setiap aras

Tarikh : 5 Oktober 2024
Tempat : Kolej Kediaman Dato' Razali Ismail dan Kolej Kediaman Adibah Amin
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai
Anjuran : Biro Kolej Kediaman, IPGMKBM
Tujuan :
- Memastikan kolej kediaman sentiasa bersih dan selesa untuk didiami
- Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan sedia ada asrama untuk memastikan keselamatan asrama dalam keadaan terkawal.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara penghuni asrama.

Semoga dengan pelaksanaan program ini para penghuni asrama diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di Kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

IPGM Kampus Bahasa Melayu,
[Oktober 10, 2024, 8.30 PM]
Malam Apresiasi Puisi

Tarikh : 10 Oktober 2024
Tempat : Lobi Menara
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai
Anjuran : Biro Kolej Kediaman, IPGMKBM
Tujuan :
- Mencungkil bakat penyampaian puisi dalam kalangan penghuni kolej kediaman.
- Memartabatkan program budaya sastera seperti sajak dan syair.
- ⁠Memperbanyak program kebudayaan.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara barisan JPP dan penghuni asrama.

Semoga dengan pelaksanaan program ini para penghuni asrama diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam penyampaian puisi serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di Kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

LARIAN REBEN MERAH JAMBU IPGMKBM 2024

Tarikh: 21 Oktober 2024
Tempat: Kampus IPGMKBM
Penganjur: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) bersama Biro Kebajikan dan Sosial (KEBSO) Sesi 24/25
Penyertaan: 1,000 orang peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah, alumni dan kakitangan IPGMKBM

Objektif Acara:
1. Kesedaran Mengenai Kanser Payudara: Meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara melalui Larian Reben Merah Jambu serta penyebaran maklumat berkaitan langkah-langkah pencegahan dan pengesanan awal.

2. Gaya Hidup Sihat: Menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti larian.

3. Pengumpulan Dana Kebajikan: Beberapa peratus daripada hasil keuntungan jualan Jersi #LRMJ24 akan disalurkan ke Tabung Kasih Pelajar bagi membantu kebajikan pelajar IPGMKBM.

4. Menjalin Hubungan Antara Pelajar, Alumni, dan Pensyarah: Acara ini bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar, alumni, dan pensyarah dengan menyediakan peluang berkongsi pengalaman, inspirasi, dan sokongan dalam suasana santai. Ini dapat mengukuhkan jaringan sosial komuniti pendidikan IPGM.

5. Memperluas Jaringan Kolaboratif dengan Penaja-Penaja Luar: Acara ini juga menyediakan peluang bagi memperkukuhkan hubungan kolaboratif antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan syarikat-syarikat penaja yang menyokong program ini seperti MAAEZ Cosmetics, Jantzen, Marigold, Shell, Nusar Sports, Yogood, dan Redha Studio. Kolaborasi ini bukan sahaja menyokong penganjuran acara, malah memperluas rangkaian strategik antara pihak pelajar dan industri luar.

Impak Acara:
1. Kesedaran Kesihatan yang Lebih Tinggi: Larian Reben Merah Jambu ini berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran para peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan, terutamanya dalam pencegahan kanser payudara. Maklumat penting mengenai pencegahan dan pengesanan awal akan disampaikan sepanjang acara.

2. Peningkatan Kemahiran Kepemimpinan dan Kolaborasi: Melalui kerjasama antara JPP IPGMKBM dan para peserta, kemahiran kepemimpinan serta kemampuan kolaborasi dapat dipertingkatkan. Ini merupakan pengalaman yang berharga dalam mengurus acara berskala besar, yang akan membantu pelatih-pelatih guru dalam mengendalikan program sekolah kelak.

3. Pengalaman Praktikal dalam Penganjuran Acara: Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk mengendalikan program komuniti secara langsung. Pengalaman ini melibatkan aspek penganjuran acara di luar bilik darjah, serta kemahiran interpersonal yang diasah melalui interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

4. Peningkatan Jaringan Sosial: Selain berfungsi sebagai platform kesedaran kesihatan, Larian Reben Merah Jambu turut membuka ruang untuk membina hubungan yang lebih erat antara pelajar, alumni, dan pensyarah. Rangkaian ini memberikan peluang bagi pelajar untuk mendapatkan nasihat dan inspirasi daripada alumni serta pensyarah, yang boleh menjadi sumber motivasi dalam membina kerjaya mereka pada masa hadapan.

5. Dana untuk Kebajikan Pelajar: Acara ini juga berfungsi sebagai platform pengumpulan dana untuk Tabung Kasih Pelajar, di mana sumbangan akan digunakan bagi membantu pelajar yang memerlukan. Ini secara langsung akan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti kampus IPGMKBM.

6. Jaringan Kolaboratif yang Luas: Dengan sokongan beberapa penaja luar seperti MAAEZ Cosmetics, Jantzen, Marigold, Shell, Nusar Sports, Yogood, Redha Studio, KOWARIS dan Surau At-Taqwa. Larian Reben Merah Jambu 2024 menjadi platform untuk memperluas rangkaian kolaboratif antara pihak pelajar IPGMKBM dengan sektor korporat. Hubungan strategik ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam menyokong inisiatif pelajar dan komuniti pada masa akan datang.

#LRMJ24
#KempenKesedaranKanserPayudara
#PinkOctober
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM EKSPLORASI PENERBITAN BUKU

Program Eksplorasi Penerbitan Buku anjuran Kelab Pengkarya Muda (KAMUDA) IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 07 November 2024
Masa: 12:30-4:00 petang
Tempat: Nusamas Global MediaStreet
Ahli Kelab : 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Ambilan Jun 2022 dan 2023

Pensyarah Terlibat:

1. Dr Shamsul Aizuwani bin Nawi
2. Dr Siva Perumal A/L Narayanan
3. Puan Teo Siew Fang

Objektif Program Eksplorasi Penerbitan Buku:
1. Mempelajari proses percetakan buku secara menyeluruh.
2. Menggalakkan minat terhadap bidang pencetakan dan penerbitan buku bahasa Melayu.
3. Meningkatkan kesedaran tentang sumbangan industry pencetakan dalam penerbitan buku bahasa Melayu.


Semoga matlamat aktiviti ini dapat dicapai untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum,
Salam L.E.S.T.A.RI,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Penaraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia

Kembara Ilmu ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2024

Tarikh: 6 November 2024
Masa: 12:00 Tengah Hari - 4:30 Petang
Tempat: Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Ahli kelab terlibat: 23 orang pelajar
Pensyarah terlibat:
1. Puan Rosnawati binti Sa’ad

Tujuan :
* Membangunkan rangkaian kerjasama dengan pelajar dan staf universiti yang boleh membantu dalam projek masa depan.
* ⁠Perkongsian ilmu tentang pengucapan awam daripada pakar tentang tujuan, ciri-ciri, cara-cara pengucapan awam. Perkongsian ini membantu pengacara majlis, pemidato dan sebagainya lebih memahami tentang cara pengucapan awam.
* ⁠Meningkatkan keyakinan diri ahli kelab dalam berinteraksi dengan pihak luar,termasuklah dengan tenaga pengajar universiti dan pelajar.

Semoga program kolaboratif ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak berkaitan ilmu pengurusan majlis dan pengucapan awam.

__________
KELAB PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PENGUCAPAN AWAM 2024,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia

Program Wacana Pembangunan Insaniah Guru Permulaan 2024 anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGMKBM

Tarikh: 11 hingga 15 November 2024
Masa: 8:30 Pagi hingga 4:30 Petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, Aras 2, IPGMKBM
Peserta: Siswa Guru Ambilan Ogos 2021 - Julai 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia Madani,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

📆 Tarikh: 11 - 12 NOVEMBER 2024 (Isnin & Selasa)
🕜 Masa:v8.00 pagi - 4.30 petang
🏫 Tempat: Dewan Aminuddin Baki
👕 Pakaian:
Isnin: Pakaian Formal
Selasa: Pakaian Sukan
Kehadiran:bKumpulan A adalah WAJIB

Anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Bahasa Melayu.
______

PISMP AMBILAN SEPTEMBER 2021 - JULAI 2026
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MEMBACA BERSEMPENA DENGAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📌 Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Program Institut Pendidikan Guru (IPG) Membaca bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Pelbagai pertandingan menarik dianjurkan termasuklah Pertandingan Baca Naskhah, Pertandingan Mencipta Syair Tokoh Nasionalisme dan Pertandingan Mencipta Tokoh Sasterawan Negara.

Program ini akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

📅 Tarikh Penghantaran Karya: 14 November 2024 (Jam 10:00 pagi)
🏫 Platform: Online

📅 Tarikh Penyampaian Hadiah: 15 November 2024 (Jam 8.30 malam)

Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Untuk ketetapan lanjut boleh tekan di pautan:
https://linktr.ee/ipgkbmmembaca2024

#IPGKBMMEMBACA2024
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
The Star-091124.pdf
13.1 MB
The Star-091124.pdf
BeritaHarian-091124.pdf
11.2 MB
BeritaHarian-091124.pdf
01 NOTIS MESY AGUNG 20 NOV 2024.pdf
170.3 KB
NOTIS MESYUARAT AGUNG KOWARIS PADA 20 NOVEMBER 2024