IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BUAL BICARA : AKHLAK DAN ILMU PEMANGKIN GENERASI MADANI

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada siswa guru tentang kepentingan sosial dalam membentuk masyarakat yang harmoni selain memberi pendedahan mengenai realiti dunia pendidikan, cabaran dalam profesion keguruan serta kepentingan dalam membentuk generasi masa depan.

📆 Tarikh : 29 April 2025
⏰ Masa : 11.15 pagi
📍 Tempat : Dewan Aminuddin Baki
⚠️ Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pelajar.

_Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa_
__________
Biro Kebajikan dan Sosial
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
VIDEO LAGU NEGARAKU TERKINI - TARIKH KUAT KUASA 13 APRIL 2025 & LOGO RASMI

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Adalah dimaklumkan, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah membuat pindaan terhadap video Lagu Negaraku berkuat kuasa untuk siaran dan kegunaan rasmi mulai 13 April 2025.

Sehubungan dengan itu disertakan pautan untuk muat turun Logo-logo Rasmi (KPM, Malaysia MADANI, IPGM dan IPG KBM), video Lagu Negaraku (terkini 13 April 2025) , Lagu IPGM/IPG KBM, Ikrar dan Teks Doa Rasmi: https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Sekian, terima kasih
JK Komunikasi Korporat IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh Kemas Kini: 15 April 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

CHECK-IN MINDA 3R : REFLECT, RELAX AND RECHARGE

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada siswa guru tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, mendapatkan sokongan emosi dan meningkatkan keseimbangan produktiviti. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik melalui program ini🤩

📆 Tarikh : 02 Mei 2025 (Jumaat)
⏰ 9am-5pm
📍 Tempat : Tingkat 8, Unit Psikologi dan Kaunseling

✅Kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan program ini.
✅Terdapat hadiah misteri menanti anda!!

Peka Emosi, Mental Sejahtera
Unit Psikologi dan Kaunseling
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI 
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Bual Bicara: Akhlak dan Ilmu Pemangkin Generasi MADANI

📅 Tarikh: 29 April 2025 (Selasa) 
⏰ Masa: 11.00 pagi – 1.30 tengah hari 
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu 
📌 Anjuran: JPP Biro Kebajikan dan Sosial, IPGKBM Sesi 2025/2026

Latar Belakang & Objektif:
Program ini dianjurkan bertujuan menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan keseimbangan antara akhlak dan ilmu pengetahuan dalam membentuk generasi pendidik yang berkualiti dan berintegriti. Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan sahsiah dan kecemerlangan intelektual.

Pelaksanaan:
✅ Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar dan pensyarah. 
✅ Sesi bual bicara menampilkan panel jemputan yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kepentingan akhlak dalam dunia pendidikan masa kini. 

Penghargaan:
💐 Ucapan terima kasih kepada:

- Pihak pentadbiran IPGKBM atas sokongan dan dorongan terhadap penganjuran program ini. 
- Panel jemputan atas kesudian berkongsi ilmu yang bermanfaat. 
- Saudari Nur Syazana, Saudara Afham Rafiq serta JPP atas usaha dan komitmen tinggi. 
- Semua pelajar yang hadir dan menunjukkan minat yang tinggi sepanjang program berlangsung.

JPP KEBSO akan terus komited dalam melaksanakan program yang membina nilai dan potensi diri pelajar ke arah kecemerlangan holistik.

#Prihatin,Peduli,Proaktif
"Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa"
JPP Biro Kebajikan dan Sosial, IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL PEMBELAJARAN STEM

Program ini bertujuan memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran STEM selaras dengan keperluan dan pengisian pendidikan abad ke-21 dalam kalangan siswa guru.

📆 Tarikh : 02 Mei 2025
⏰ Masa : 09.15 pagi
📍 Tempat : Dewan Aminuddin Baki
⚠️ Kehadiran adalah diwajibkan kepada pelajar Andika 1, Bidasari 1 dan Cendekia 1.

Pautan buku program : https://heyzine.com/flip-book/5cc072dcc0.html

_Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa_
__________
Unit Matematik
Jabatan Sains Kemanusiaan
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MEI 2025 PPISMP, PISMP DAN PDPP (KDC) MELALUI SISTEM iTEMS

Memo:
🌎http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/421-taklimat-peperiksaan-mei-2025-pdpp-kdc-melalui-sistem-items

🌎http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/422-memo-taklimat-peperiksaan-mei-2025-ppismp-dan-pismp-melalui-sistem-items

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Harmoni MADANI: Dialog Harmoni dan Jejak Harmoni Metasemesta Tahun 2025

Tarikh: 26 April 2025 (Sabtu)
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Center Kuala Lumpur
Anjuran: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur,
Kementerian Perpaduan Negara

Penyelarasan program dengan kerjasama Jabatan Sains Kemanusiaan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Peserta: 34 orang pelajar SRN IPG Kampus Bahasa Melayu

Pensyarah pengiring: Pn.
Tuminah binti Mespan, Pensyarah Unit Sains Sosial (Sejarah)

Objektif:
1) Dialog Harmoni dan Jejak Metasemesta untuk menangani isu-isu yang menyentuh keharmonian antara penganut agama dan meningkatkan toleransi sesama kaum.

2) Mengukuhkan konsep asas integrasi nasional dan merealisasikan iltizam pendigitalan untuk perpaduan.

3) Perkongsian pengetahuan  dan mengupas tentang kepentingan keharmonian dan perpaduan antara kaum.

4) Memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum melalui penggunaan teknologi untuk masa depan negara yang lebih harmoni.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Bengkel Kemahiran Artificial Intelligence (AI) Sempena Program Harmoni MADANI: Dialog Harmoni dan Jejak Harmoni Metasemesta bagi 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh: 25 hingga 27 April 2025
Tempat: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Anjuran: Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Peserta: 3 orang pelajar Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPG Kampus Bahasa Melayu
i ) Luqman Nul Hakim Bin Norazizan C5
ii) Muhammad Ammar Bin Azman C5
iii) Muhammad Brilliant Choy Bin Iswan Choy C5

Objektif:
1) Bengkel ini menjadi platform menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang sambil memperkukuhkan semangat perpaduan.

2) Bengkel ini mendedahkan pelajar dengan promt AI, membina karya kreatif, membina dunia 3D dan penghasilan video.

3) Bengkel ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami dan  meningkatkan kemahiran digital melalui teknologi AI sambil memperkukuhkan perpaduan antara kaum.

Pencapaian:
Tempat pertama penghasilan video teknologi Artificial Inteligence (AI), Bengkel Kemahiran AI sempena Program Harmoni MADANI

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Pengenalan bagi Kumpulan Latihan Malaysia 02, IPG Kampus Bhasa Melayu telah diadakan bagi pelajar Ambilan 2022 Kumpulan Bidasari di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu pada 3 Mei 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 66 ahli pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, IPG Kampus Bahasa Melayu. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kokurikulum IG Kampus Bahasa Melayu


Objektif:
1) memberikan pendedahan asas tentang kepengakapan di Malaysia.

2) mendedahkan tentang persaudaraan pengakap sedunia yang luas dan mengaitkan tentang peranan bakal pemimpin dalam penyiapan diri tentang perkara tersebut.

3) menjelaskan peranan dan tanggungjawab bakal pemimpin pengakap untuk menghadapi Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum sebagai sebahagian daripada latihan kepimpinan manik kayu.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

APRESIASI KURSUS BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU & BMMB3262 KREATIVITI DAN ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Apresiasi Kursus BMMB3283 (Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu) dan BMMB3262 (Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu) diadakan bagi melatih pelajar Kumpulan Andika dan Bidasari (A1 hingga A11 dan B1 hingga B8) dalam melaksanakan pameran dan pementasan drama.

Pelajar Kumpulan A telah pun dikehendaki menyediakan sama ada prototaip, kit pembelajaran atau bahan digital yang boleh digunakan semasa sesi PdP. Kesemua bahan ini, dikumpul dan dipamerkan bersekali dengan pementasan drama pelajar Kumpulan B. Pelajar Kumpulan B bukan sahaja mementaskan drama kanak-kanak, malah mempamerkan sekali skrip drama pelajar, prop cerita pementasan dan bahan bantu mengajar pada hari kejadian.

Objektif:
1. Membuat pameran berdasarkan cerita yang dibina secara kumpulan serta mempamerkan kreativiti semasa membuat pameran.
2. Membuat persembahan berdasarkan penilaian berterusan yang ditetapkan tema secara kreatif dan menarik.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Sunday Star-5.pdf
12 MB
Sunday Star-5 Mei 2025.pdf
SinarAhad.pdf
9.8 MB
Sinar Ahad-5 Mei 2025.pdf