IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 5 (KIT EJA)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
Sasaran : 12 orang murid Prasekolah SK Bukit Bandaraya
Penglibatan : 14 orang siswa guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn. Jessica Khoo Swee Ling
2. ⁠En. Mohd Hanif bin Hashim
3. Pn. Nurulhooda Farrah binti Dorahim

🎯 OBJEKTIF PROGRAM
1. Membantu murid menguasai kemahiran mengeja huruf untuk membentuk suku kata terbuka melalui aktiviti menyeronokkan menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Eja).
2. Meningkatkan minat dan pelibatan aktif murid dalam pembelajaran literasi awal melalui pendekatan manipulatif dan berstruktur yang ditawarkan oleh Kit B.A.C.E (Kit Eja).
3. Melatih siswa guru secara praktikal dalam melaksanakan aktiviti mengeja suku kata terbuka menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Eja) sebagai persediaan menghadapi situasi pengajaran sebenar di dalam bilik darjah.

💡 IMPAK PROGRAM
1. Murid dapat menguasai kemahiran mengeja dan menyebut suku kata terbuka dengan tepat melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Eja) yang menarik.
2. Murid menunjukkan penglibatan aktif dan motivasi tinggi sepanjang sesi PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Eja).
3. Siswa guru dapat mengendalikan sesi PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Eja) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pendidikan awal kanak‑kanak.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.E Siri 5 (Kit Eja) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Design Thinking dalam Inovasi

Anjuran: JPPI dengan kerjasama pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023.
Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB), IPG Kampus Bahasa Melayu
Sasaran: Pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023

Pensyarah Pengajar:
•Datin Dr Thusha Rani Rajendra
•Dr. Thusha Devi Rajendra

Objektif Program:
1. Meningkatkan kefahaman siswa guru tentang aplikasi reka bentuk pemikiran (design thinking) dalam konteks inovasi pendidikan.
2. Mendedahkan siswa guru kepada pendekatan penyelesaian masalah secara kreatif dan berpusatkan murid.
3. Mengasah kemahiran kolaboratif dan reflektif dalam kalangan siswa guru menerusi aktiviti berbentuk simulasi.
4. Menyokong inisiatif IPGM sebagai pusat kecemerlangan guru yang inovatif dan berpandangan jauh.

Impak Program:
1. Siswa guru lebih bersedia untuk merancang pelaksanaan inovasi pendidikan yang relevan dan berimpak tinggi.
2. Peningkatan kemahiran penyelesaian masalah, terutamanya dalam menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang kompleks.
3. Penggunaan design thinking sebagai alat pedagogi akan memperkayakan kaedah pengajaran dalam bilik darjah sebenar.
4. Program ini memberikan peluang kepada siswa guru untuk meneroka potensi diri dalam kepimpinan, inovasi dan kerjasama berpasukan.

Bengkel Design Thinking dalam Inovasi:
Design Thinking dalam Inovasi berjaya dijalankan dengan penglibatan aktif siswa guru dan bimbingan berfokus daripada pensyarah pengiring. Inisiatif ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pendekatan pengajaran yang lebih responsif, inovatif dan bersifat masa hadapan.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#DesignThinking
#InovasiPendidikan
#SiswaGuruMADANI
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SASUBA SIRI 5

Anjuran : Jabatan Pengajian Melayu
Tarikh : 9 Julai 2025 (Rabu)
Masa : 12:15 – 3:30 petang
Tempat : SK Sungai Penchala
Sasaran : 32 orang murid pemulihan Tahap 1
Penglibatan : 25 orang Siswa Guru Bahasa Melayu (D3)

Pensyarah Pengiring:
1. Dr. N Siva Perumal A/L Narayanan
2. Dr. Richard A/L Ignacy
3. Puan Vijayaletcmy A/P Muniyandy

OBJEKTIF PROGRAM :
1. ⁠Memantapkan strategi pengajaran berdasarkan refleksi daripada Siri 4, dengan memperbaiki pendekatan mengikut keperluan murid.
2. ⁠Mengukuhkan lagi pengelompokan murid kepada 5 kumpulan mengikut kelemahan spesifik dalam aspek membaca.
3. ⁠Meningkatkan kemampuan siswa guru dalam mengendalikan murid pemulihan melalui pendekatan berasaskan permainan, bahan bantu mengajar maujud, dan aktiviti interaktif.
4. ⁠Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif agar murid berasa selamat, dihargai dan terdorong untuk mencuba.
5. Menyediakan ruang kepada siswa guru untuk mengasah kawalan kelas, komunikasi berkesan, dan refleksi kendiri secara langsung di lapangan.

IMPAK PROGRAM :
1. Siswa guru menunjukkan kawalan kelas yang semakin mantap hasil daripada pendedahan berterusan, mereka kini lebih cekap mengurus tingkah laku murid dengan tenang dan berstrategi.
2. Murid menunjukkan keterlibatan aktif dan keseronokan belajar aktiviti yang dirancang secara kreatif berjaya memupuk minat membaca dan memberi keyakinan kepada murid untuk mencuba.
3. Intervensi pengajaran lebih tersasar , pelajar dapat melaksanakan pengajaran secara berfokus dan tersusun berdasarkan kelemahan sebenar murid, hasil analisis terdahulu.
4. Siswa guru lebih berani dan yakin dalam menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti penggunaan lagu, kad imbas, suku kata mudah dan teknik fonetik.
5. Hubungan dua hala guru pelatih-murid semakin erat dimana murid lebih selesa untuk bertanya dan berinteraksi secara langsung, menjadikan pembelajaran dua hala lebih bermakna.

RUMUSAN:
Program Sekolah Pengajar SASUBA Siri 5 ini telah dilaksanakan dengan penuh semangat dan kerjasama padu antara pensyarah pengiring, pihak sekolah serta siswa guru. Kejayaan program ini bukan sahaja memperlihatkan peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pengurusan murid, tetapi juga mengukuhkan keyakinan siswa guru dalam arena pendidikan sebenar.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SASUBA SIRI 6

IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 11 Julai 2025 (Jumaat)
Tempat: SK Sungai Penchala
Penglibatan: 25 guru pelatih | 32 murid pemulihan Tahap 1
Pensyarah Pengiring:
1. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof
2. Dr. Zanariah Binti Hamid
3. Dr. Shapiza Binti Sharif
4. Dr. Azim Normiza Binti Ahmad
5. Dr. Izani Bin ibrahim
6. Dr. N Siva Perumal A/L Narayanan
7. Dr. Richard A/L Ignacy
8. Puan Rosnawati Binti Sa’ad
9. Encik Suhasni Bin Dollah
10. Puan Vijayaletcmy A/P Muniyandy
11. Puan Sarimah Binti Awang

OBJEKTIF:
• Memantapkan pengajaran berdasarkan refleksi siri terdahulu dengan menyesuaikan pendekatan mengikut kemajuan murid.
• Menyusun murid mengikut tahap penguasaan, khususnya dalam aspek suku kata dan membaca perkataan mudah.
• Menggunakan kaedah interaktif seperti permainan, lagu, bahan maujud dan teknik fonetik bagi menarik minat murid.
• Memberi ruang kepada guru pelatih mengasah kemahiran komunikasi, kawalan kelas dan pengajaran berfokus.

IMPAK:
• Murid semakin cekap mengenal suku kata, menyebut bunyi dan membina perkataan.
• Murid lebih berani, seronok dan aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
• Guru pelatih lebih yakin, kreatif dan strategik dalam mengurus kelas serta menyusun pengajaran.
• Penggunaan BBM dan teknik fonetik membantu memudahkan pemahaman murid.
• Terjalin hubungan mesra antara guru pelatih dan murid, menjadikan pembelajaran dua hala lebih bermakna.

RUMUSAN:

Siri 6 memperlihatkan perkembangan yang positif dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Murid semakin menunjukkan kemajuan dan minat untuk belajar , manakala guru pelatih pula lebih bersedia dengan pendekatan yang lebih sesuai. Ukhwah yang terjalin antara mereka menjadi asas kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SASUBA SIRI 7

IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Tempat: SK Sungai Penchala
Penglibatan: 25 guru pelatih | 32 murid pemulihan Tahap 1

Pensyarah Pengiring:
1. Encik Suhasni Bin Dollah

OBJEKTIF:
• Memantapkan pengajaran berdasarkan refleksi siri terdahulu dengan menyesuaikan pendekatan mengikut kemajuan murid.
• Menyusun murid mengikut tahap penguasaan, khususnya dalam aspek suku kata dan membaca perkataan mudah.
• Menggunakan kaedah interaktif seperti permainan, lagu, bahan maujud dan teknik fonetik bagi menarik minat murid.
• Memberi ruang kepada guru pelatih mengasah kemahiran komunikasi, kawalan kelas dan pengajaran berfokus.

IMPAK:
• Murid semakin cekap mengenal suku kata, menyebut bunyi dan membina perkataan.
• Murid lebih berani, seronok dan aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
• Guru pelatih lebih yakin, kreatif dan strategik dalam mengurus kelas serta menyusun pengajaran.
• Penggunaan BBM dan teknik fonetik membantu memudahkan pemahaman murid.
• Terjalin hubungan mesra antara guru pelatih dan murid, menjadikan pembelajaran dua hala lebih bermakna.

RUMUSAN:

Siri 7 memperlihatkan perkembangan yang positif dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Murid semakin menunjukkan kemajuan, manakala guru pelatih pula lebih bersedia dengan pendekatan yang bersesuaian. Ukhwah yang terjalin antara mereka menjadi asas kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SASUBA SIRI 8
(SIRI TERAKHIR)

IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 18 Julai 2025
Tempat: SK Sungai Penchala
Penglibatan: 25 guru pelatih | 32 murid pemulihan Tahap 1
Pensyarah Pengiring:
1. Pn. Rosnawati Binti Sa’ad
2. Dr. Zanariah Binti Hamid
3. Dr. Izani Bin Ibrahim
4. Puan Vijayaletchmy A/P Muniyandy
5. Pn. Sarimah Binti Awang
6. En. Suhasni Bin Dollah

OBJEKTIF:
• Melaksanakan ujian pasca bagi menilai tahap pencapaian murid selepas mengikuti tujuh siri intervensi sebelumnya.
• Mengenal pasti sama ada terdapat penambahbaikan dalam penguasaan membaca murid berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti sebelum ini.
• Menjalankan aktiviti akhir yang bersifat santai dan bermakna sebagai penutup program, sekaligus merapatkan hubungan antara guru pelatih dan murid.

IMPAK:
• Hasil ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kalangan murid, terutamanya dalam pengecaman huruf, suku kata dan pembinaan perkataan mudah.
• Guru pelatih dapat melihat secara konkrit keberkesanan pendekatan dan BBM yang telah digunakan sepanjang program.
• Aktiviti terakhir berjaya mencetuskan suasana yang ceria, mesra dan menyentuh hati, sekali gus meninggalkan kesan positif terhadap semangat belajar murid.
• Murid lebih yakin, berdikari dan menunjukkan hubungan yang baik dengan guru pelatih, hasil interaksi berterusan sepanjang lapan siri program.

RUMUSAN:

SASUBA Siri 8 merupakan kemuncak kepada keseluruhan pelaksanaan program. Ujian pasca membuktikan keberkesanan intervensi, manakala aktiviti akhir menjadi simbol penutupan yang indah dan penuh makna. Ia bukan sahaja menilai pencapaian murid, tetapi juga mengukuhkan nilai kemanusiaan dalam profesion perguruan.
Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

📢PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH 2025 (PedaTEd 2025)
📌Anjuran: IPG Zon Tengah
📌Tema: “Pendidikan Digital Pemangkin Generasi MADANI”

📆Tarikh : 23-24 Julai 2025
🌐Tempat: Secara dalam Talian
📍Saluran Youtube IPG Kampus Bahasa Melayu: https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu
📘Buku Program: https://online.fliphtml5.com/jijex/jxod/
ℹ️Maklumat lanjut: https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/pedated2025

📅 Acara
🟡 23 Julai 2025 (Rabu)
🕘 9.00 pagi – Majlis Perasmian & Ucaptama 1
🔗 Tonton langsung: https://www.youtube.com/live/Y7DfvrAeXTs?si=ViJ3DOGak5pYd4Uy
🎙️ Perasmi: YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
🎤 Ucaptama 1: Ts. Dr. Mohd Ridhuan bin Mohd Jamil, Pensyarah Kanan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI
Tajuk: “Kerangka Pedagogi Digital ke Arah Pendidikan Kalis Masa Depan Dalam Membentuk Generasi MADANI”

🕚 11.00 pagi – Sesi Pembentangan Selari Seminar Penyelidikan PedaTEd'25
Bilik 1: https://www.youtube.com/watch?v=KdFzDox3DhQ
Bilik 2: https://www.youtube.com/watch?v=iYoSZ76Y-KY
Bilik 3: https://www.youtube.com/watch?v=yOvyQkVSRdE

🕝 2.30 petang – Sesi Pembentangan Selari Seminar Penyelidikan PedaTEd'25
Bilik 1: https://www.youtube.com/watch?v=AmVLDCYlQOE
Bilik 2: https://www.youtube.com/watch?v=QD8pZ_migDM
Bilik 3: https://www.youtube.com/watch?v=N9DaiqNfENc

🟡 24 Julai 2025 (Khamis)
🕘 9.00 pagi – Ucaptama 2
🔗 Tonton langsung: https://www.youtube.com/live/1ll-6Fmo9RY?si=bsNR8SrPjzU5XnFD
🎤 Penceramah: YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Tajuk: “Kecerdasan Buatan (AI) dalam Dunia Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan MADANI”

🕦 11.30 pagi –Sesi Pembentangan Selari Seminar Penyelidikan PedaTEd'25
Bilik 1 : https://www.youtube.com/watch?v=_LsZfPw-R14
Bilik 2 : https://www.youtube.com/watch?v=wM2DDFfjVrw
Bilik 3 : https://www.youtube.com/watch?v=QRFNCGEHGVk

🕑 2.00 petang – Majlis Penutupan & Pengumuman Pemenang
🔗 Tonton langsung: https://www.youtube.com/live/F5xGWdB57TQ?si=dftTOj0bHEcAYEcl
🎙️ Perasmi: YBhg. Dato' Hj. Mohd Zamri bin Hj. Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan, Institut Pendidikan Guru Malaysia

🌐 PAMERAN MAYA
📌 Galeri Pameran Maya Poster Digital: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pertandingan-poster-ipgkba/egallery
📌 Galeri Pameran Maya Inovasi:https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/jppiipgkik/pedated-zon-tengah-2025/pameran-maya-top-10-pertandingan-inovasi-pedated-zon-tengah-2025
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH 2025 (PedaTEd 2025)
Majlis Perasmian dan Ucaptama 1
Anjuran: IPG Zon Tengah
Tema: “Pendidikan Digital Pemangkin Generasi MADANI”

Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tonton langsung: https://www.youtube.com/live/Y7DfvrAeXTs?si=ViJ3DOGak5pYd4Uy

Perasmi: YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Ucaptama 1: YBrs. Ts. Dr. Mohd Ridhuan bin Mohd Jamil, Pensyarah Kanan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI
Tajuk: “Kerangka Pedagogi Digital ke Arah Pendidikan Kalis Masa Depan Dalam Membentuk Generasi MADANI”
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH 2025 (PedaTEd 2025)
Pembentangan Selari Seminar Penyelidikan PedaTEd'25
Anjuran: IPG Zon Tengah
Tema: “Pendidikan Digital Pemangkin Generasi MADANI”
Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi
Bilik 1: https://www.youtube.com/watch?v=KdFzDox3DhQ
Bilik 2: https://www.youtube.com/watch?v=iYoSZ76Y-KY
Bilik 3: https://www.youtube.com/watch?v=yOvyQkVSRdE
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH 2025 (PedaTEd 2025)
Pembentangan Selari Seminar Penyelidikan PedaTEd'25
Anjuran: IPG Zon Tengah
Tema: “Pendidikan Digital Pemangkin Generasi MADANI”
Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Bilik 1: https://www.youtube.com/watch?v=AmVLDCYlQOE
Bilik 2: https://www.youtube.com/watch?v=QD8pZ_migDM
Bilik 3: https://www.youtube.com/watch?v=N9DaiqNfENc
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH 2025 (PedaTEd 2025)
Ucaptama 2
Anjuran: IPG Zon Tengah
Tema: “Pendidikan Digital Pemangkin Generasi MADANI”

Tarikh: 24 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tonton langsung: https://www.youtube.com/live/1ll-6Fmo9RY?si=bsNR8SrPjzU5XnFD

Penceramah: YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Tajuk: “Kecerdasan Buatan (AI) dalam Dunia Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan MADANI”