IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
πŸ“£ PETAH KPM 2025 bakal menggegarkan PUTRAJAYA pada 21 hingga 24 September ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
P - Pengucapan Bertatasusila
E - Ekspresi Kreatif
T - Tatabahasa Gramatis
A - Artikulasi Sempurna
H - Hujah Bernas
https://youtu.be/5k-UoTywigY?si=vS3SpceKhxhyKdhl
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Amalan Gaya Hidup Sihat: Jom
sertai & Menang!

Hai semua! Kami ingin mengajak semua warga kampus untuk sertai cabaran turunkan berat badan secara sihat.
Selalu rancang je tapi sekaranglah masanya! Jom kita sama-sama kawal berat badan secara sihat, tingkatkan keyakinan diri dan paling penting ada peluang untuk menangi hadiah dan dapatkan sijil !

PAUTAN GOOGLE FORM :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-7dzMSKdp2Z36Kp4tzrhljaFUcw8YeQz5vpUQvEwESBpodA/viewform?usp=header


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ilham - 010-900 8517


Sekian, terima kasih.

β€œWaris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa”
‼️AKAN DATANG‼️ PASAR SURI IPG KBM ✨🌸

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Jom meriahkan Pasar Suri yang akan berlangsung pada 27 September 2025 ini! πŸŽ‰

Di sini anda berpeluang menemui pelbagai juadah enak, barangan menarik serta kraftangan kreatif hasil tangan usahawan pelajar wanita. Inilah kesempatan untuk kita bersama-sama menyokong usaha mereka sambil menikmati suasana pasar yang penuh warna-warni. 🌈

πŸ—“οΈ Tarikh: 27 September 2025
⏰ Masa: 11.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Lobi Menara, IPG KBM

✨ Jangan lepaskan peluang – jumpa anda di Pasar Suri! ✨

πŸ“Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
πŸ“žSyazwani: 013-9964200
πŸ“žAqilah: 019-9015806

Sekian, terima kasih.

#HelwaniIBInspirasiSiswi

WARIS L. E. S. T. A. R. I. DESTAR BAHASA

B
iro Hal Ehwal Wanita
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🎞️ MALAM JEJAK BUDAYA🎞️

Biro Kesenian dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2025/2026, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Bahasa dengan kerjasama Inisiatif #108 dan Jabatan Persuratan Melayu, serta IPGK Zon Tengah akan mengadakan Malam Jejak Budaya πŸ’«

🌷Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan kepelbagaian budaya setiap negeri di dalam Malaysia.

🎭 Ayuh, datang beramai-ramai bagi memeriahkan Malam Jejak Budaya! Sertai kami menonton persembahan tradisional yang mengangkat nilai budaya dan kesenian warisan bangsa.

πŸ“Tarikh : 27 September 2025
πŸ“Masa : 8.45 malam
πŸ“Tempat : Dewan Aminuddin Baki , IPG Kampus Bahasa Melayu


"Alun Seni Gema Budaya"

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
__
Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM 2025/2026
‼️AKAN DATANG 22 SEPTEMBER 2025‼️

MINGGU TERBUKA KOKED 2025πŸ’«


Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🏑 Ayuh sertai Minggu Terbuka Koked IPG Kampus Bahasa Melayu! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Manfaatkan kesempatan ini untuk menimba ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman yang bermakna di Institut Bahasa. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

🏑 Minggu Terbuka KOKED akan bermula pada 22 September 2025. Jumpa anda di sana!


Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
______
Biro Kolej Kediaman
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM 2025/2026
‼️AKAN DATANG 27 SEPTEMBER 2025‼️

MALAM JEJAK BUDAYAπŸ’«


Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

πŸŽ‰ Ayuh datang beramai-ramai bagi memeriahkan Malam Jejak Budaya! Sertai kami menonton persembahan tradisional yang mengangkat nilai budaya dan seni bangsa. Nikmati persembahan yang menyatukan warisan dan jiwa muda.

"Alun Seni Gema Budaya"

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
______
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM 2025/2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN TREASURE HUNT SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN PENUBUHAN AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA)


Aktiviti: Pertandingan Treasure Hunt Sempena Sambuatan 20 Tahun Penubuhan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)
Tarikh: 20 September 2025
Masa: 8.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat: Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

OBJEKTIF PENYERTAAN

1. Menguji dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran asas pertahanan awam yang telah dipelajari dalam situasi pertandingan yang sebenar dan mencabar.

2. Meningkatkan kecekapan dan keyakinan diri dalam menggunakan kemahiran navigasi darat khususnya penggunaan kompas dan peta topografi untuk menyelesaikan tugasan.

3. Memupuk dan mengeratkan semangat kerjasama, komunikasi, dan setiakawan dalam kalangan ahli pasukan untuk melepasi setiap halangan di keenam-enam checkpoint.

4. Menjalin hubungan baik serta menimba pengalaman daripada agensi pertahanan awam di samping menaikkan imej KOR SISPA IPG Kampus Bahasa Melayu.

IMPAK PENYERTAAN

1. Peserta dapat mengukuhkan kemahiran asas pertahanan awam kerana setiap tugasan di checkpoint memerlukan aplikasi pengetahuan seperti ikatan, penggunaan kompas dan peta topografi dan pertolongan cemas.

2. Keyakinan peserta dalam membuat keputusan pantas dan tepat di bawah tekanan masa meningkat, terutamanya semasa proses navigasi dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain.

3. Semangat kerja berpasukan terbukti amat berkesan apabila setiap ahli kumpulan berjaya menyumbang kepakaran masing-masing bagi memastikan semua tugasan diselesaikan dengan jayanya.

4. Penyertaan dalam program ini memberikan pendedahan yang amat berguna kepada para peserta dalam bidang pertahanan awam, dan menambahkan pengalaman ahli peserta.

Penyertaan wakil KOR SISPA IPG Kampus Bahasa Melayu seramai 5 orang dalam Pertandingan Treasure Hunt ini telah berjalan dengan jayanya dan memberikan pengalaman yang amat berharga. Aktiviti yang menguji kemahiran pertahanan awam dan navigasi ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengukur kecekapan diri, tetapi juga berjaya menyemai semangat juang yang tinggi dan kerjasama yang padu dalam kalangan peserta.