IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

SELAMAT MAJU JAYA🔥

Warga IPG Kampus Bahasa Melayu dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM Sesi 2025/2026 merakamkan ucapan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Ahmad Hamka Ilham Bin Ahmad Zamani yang mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.

Semoga saudara Hamka diberi kekuatan dan ketenangan untuk menampilkan prestasi terbaik di pentas antarabangsa. Seluruh warga IPGKBM mendoakan agar Hamka membawa pulang kejayaan untuk negara.

Malaysia bersama anda — teruskan mengharumkan nama tanah air! 🇲🇾

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
______________
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Peluncuran Buku Modul Pembelajaran Ujian Bahasa Melayu untuk Bukan Warganegara

Majlis peluncuran Modul Pembelajaran Ujian Bahasa Melayu untuk Bukan Warganegara telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Disember 2025 di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. Peluncuran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Modul ini dibangunkan berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) melalui kerjasama strategik antara KDN, KPM, JPN, IPGM dan IPGKBM.

Majlis turut dihadiri oleh:
* YBrs. Dr. Yazid bin Abd Manaf, Timbalan Rektor IPGM
* Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
* Dr. Ghazali bin Ismail, Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
* Pn. Mimma Sayuti binti Mat Khalid, Pensyarah Cemerlang IPG Kampus Bahasa Melayu
* Pembangun Modul dari IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehadiran mereka mewakili komitmen IPGM dan IPGKBM dalam menyokong pembangunan modul ini sebagai rujukan rasmi bagi calon bukan warganegara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan modul. Semoga usaha ini terus memperkukuh ekosistem pendidikan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada agenda negara dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Rakaman Majlis:
https://www.facebook.com/share/v/1AH8AcaFfr/

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Kem Belia Peduli Hak 2025
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Kem Belia Peduli Hak 2025

Tarikh : 15-16 November 2025
Tempat : TAMU Hotel & Suiter, Kuala Lumpur.
Anjuran : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Tujuan Program:
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pelajar tentang hak asasi manusia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kemanusiaan sejagat.
- Membentuk generasi belia yang peka terhadap isu keadilan sosial, hak individu, dan tanggungjawab sivik.
- Mendorong Jawatankuasa pelajar untuk menjadi ejen perubahan yang aktif memperjuangkan nilai kemanusiaan di kampus dan komuniti.
- Mengeratkan hubungan antara pelajar IPG dan universiti sekitar Lembang Klang melalui aktiviti kolaboratif dan dialog terbuka mengenai isu hak asasi.
- Memupuk semangat kepimpinan belia yang berpaksikan nilai-nilai hormat, toleransi dan integriti.

Semoga dengan pelaksanaan program ini pelajar diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjadi pemimpin yang berkalibel dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di Kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPen-didikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS ANUGERAH INSPIRASI PENDIDIKAN 2025 JABATAN PENDIDIKAN WP KUALA LUMPUR

Warga IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada dua penerima daripada IPG Kampus Bahasa Melayu dalam Majlis Anugerah Inspirasi Pendidikan 2025, JPWPKL pada 11 Disember 2025.

YBrs.Dr. Masitah binti Mohammad Yusof
Anugerah Kepimpinan Lepasan Menengah

Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

Ts. Mimma Sayuti binti Mat Khalid
Anugerah Pensyarah Berwibawa

Ketua Unit Pembelajaran Digital/Pensyarah Cemerlang
Jabatan Kecemerlangan Akademik

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti kepimpinan berwibawa, profesionalisme dan kecemerlangan dalam memacu aspirasi pendidikan berkualiti.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pihak IPG Kampus Bahasa Melayu merakamkan sekalung penghargaan kepada YBrs. Dr. Richard Ignacy atas pencapaiannya yang membanggakan. Pembentangan kertas kerja penyelidikan bertajuk, Keberkesanan Modul CeMat Dari Aspek Penulisan Karangan Bahasa Melayu Peringkat SPM telah terpilih dan terbit dalam e-prosiding berindeks SCOPUS. Pembentangan kertas kerja ini telah berlangsung secara bersemuka bertempat di Foreign Studies Department, Tokyo University pada 10-11 September 2024.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Kalendar Akademik PISMP & PPISMP (Jan - Mei 2026) serta PDPP Perdana & COS (Mac - Julai 2026)

Laman Web IPGKBM: https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/siswa-guru/kalendar-akademik

Sekian, terima kasih
Info IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Jadual Waktu Sem II Jan-Mei 2026

Laman Web IPGKBM >> https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-pismp-dan-ppismp-sem-ii-jan-mei-2026

Sekian, terima kasih
Info IPG Kampus Bahasa Melayu