IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
PERKARA : KURSUS KEPEMIMPINAN DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KBM Sesi 2026/2027 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan menjalani kursus kepemimpinan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 & 28 Februari 2026
Tempat : Bilik Simulasi Bestari (Aras 2), IPG Kampus Bahasa Melayu
Dirasmikan oleh : YBRS. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof (Pengarah IPG KBM)

Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran pengurusan serta memantapkan jati diri barisan kepimpinan pelajar bagi sesi kali ini. Semoga program ini berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada seluruh warga IPG KBM.

Selamat menjalani kursus!
سيروا lعلى بركة الله
PERKARA : BENGKEL PENULISAN & PENGHASILAN BUKU CERITA DIGITAL BERBANTUKAN AI

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Tarikh : 28 Februari 2026
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
Penceramah : Encik Muhammad Khairi bin Khairul Anuar (Penyelaras ICT & Jurulatih Utama ICT/STEM Negeri Sembilan, GEG Kota Kinabalu)
Kohort Terlibat: Bidasari, Cendekia, Embun
Anjuran: Jabatan Persuratan Melayu

Bengkel ini telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang pelajar yang terdiri daripada kohort Bidasari, Cendekia, dan Embun. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran praktikal mengenai teknik penghasilan buku cerita digital berbantukan kecerdasan buatan (AI). Besar harapan kami agar program ini menjadi titik tolak kepada penghasilan karya yang lebih kreatif, inovatif, serta mampu memartabatkan dunia kesusasteraan kanak-kanak berbantukan digital di peringkat yang lebih tinggi.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

HI-FIVE KAUNSIS KEMBALI!🌟

✨ FOMO: TAKUT TERTINGGAL ATAU SEKADAR PERASAAN?😰📱

Pernah tak anda rasa gelisah bila lihat orang lain seronok, berjaya atau sentiasa “up-to-date”? Rasa seperti diri sendiri ketinggalan? Itulah yang dipanggil "FOMO" Fear Of Missing Out.

FOMO boleh buat kita mudah membandingkan diri, hilang fokus, malah rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Tapi jangan risau, perasaan ini boleh difahami dan diurus dengan bijak. 🤍

Melalui perkongsian ini, anda akan mengetahui tentang:
✅ Maksud sebenar FOMO dan bagaimana ia mempengaruhi emosi.
✅ Punca berlakunya FOMO dalam kehidupan seharian.
✅ Cara menukar FOMO kepada JOMO (Joy Of Missing Out).
✅ Langkah praktikal seperti detoks media sosial dan fokus pada matlamat diri.

Ingat, tidak semua yang kita terlepas itu satu kerugian. Kadang-kadang, di situlah ruang untuk kita menemui ketenangan dan kebahagiaan sebenar. 🌿✨

Jom sama-sama bina emosi yang lebih sejahtera dan belajar menikmati hidup tanpa tekanan untuk sentiasa “ikut semua”.

#HiFiveKaunsis
#PRSDCaknaEmosiSejahtera
#FOMOtoJOMO
#JagaKesihatanMental
[PERKARA : MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPGK BAHASA MELAYU SESI 2026/2027]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Sesi 2026/2027.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Butiran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 5 Mac 2026 (Khamis) / 16 Ramadan 1447H
Masa : 11:15 Pagi
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu

Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan baharu ini dalam menggalas amanah demi kesejahteraan seluruh warga kampus.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله*
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS  PENUTUPAN PROGRAM PELAKSANAAN  PRAKTIKUM UNIVERSITI PRINCE OF SONGKLA (PSU) DI IPGKBM

🗓️Tarikh: 23 Februari 2026
📜Hari: Khamis
⏰Masa: 11.30 pagi– 12.30 tengahari
🏢Tempat: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Aras 6 IPGKBM

Kelolaan:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu

Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai empat orang  pelajar PSU yang telah berjaya menamatkan sesi praktikum dan perkongsian kepakaran di IPGKBM. Mereka adalah Abdulmuhaimin Makeh, Solihin Longsamah, Affa Che-Ngoh dan Nurunhuda Lang-Puteh. Pihak IPGKBM mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas segala usaha dan dedikasi yang disumbangkan sepanjang berada di kampus IPGKBM.

OBJEKTIF:
1.Memberi pendedahan kepada pelajar PSU tentang pengalaman praktikum dalam konteks pendidikan di Malaysia.
2.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi melalui pengalaman pengajaran sebenar.
3.Menggalakkan perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara IPG KBM dan Universiti Prince of Songkla.
4.Memupuk persefahaman budaya serta mengukuhkan kerjasama pendidikan antarabangsa.

IMPAK:
1.Meningkatkan kompetensi profesional pelajar PSU melalui pengalaman mengajar, penguasaan pedagogi dan penyesuaian PdP dalam konteks berbeza.
2.Memperkaya amalan pengajaran hasil pertukaran idea dan strategi antara pelajar PSU dan pensyarah IPG KBM.
3.Memperkukuh pengantarabangsaan pendidikan guru, sekali gus mengangkat IPG KBM sebagai rakan strategik pendidikan di peringkat serantau.
4.Memupuk persefahaman budaya dan nilai kerjasama rentas negara, selaras dengan keperluan pendidikan global masa kini.

Semoga ilmu yang diperolehi olehh keempat-empat orang pelajar PSU ini akan menjadi bekalan yang berguna untuk mereka meneruskan  perjalanan seterusnya.

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
[PERKARA : MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPGK BAHASA MELAYU SESI 2026/2027]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Sesi 2026/2027.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Butiran majlis adalah seperti berikut :

📆Tarikh : 5 Mac 2026 (Khamis) / 16 Ramadan 1447H
🕰️Masa : 11:15 Pagi
📍Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu
🖥️Pautan Siaran Langsung : https://www.youtube.com/watch?v=pQeVVlssS5U
📒Pautan Buku Hala Tuju : https://heyzine.com/flip-book/98c93ba520.html

Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan baharu ini dalam menggalas amanah demi kesejahteraan seluruh warga kampus.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan' سيروا على بركة الله
PROGRAM SAHABAT BAHASA: CAKNA BAHASA
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM SAHABAT BAHASA: CAKNA BAHASA

Tarikh: 4 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 2:30 petang
Tempat:* Bazar Ramadan Taman Medan, Kuala Lumpur

Anjuran : Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu

Kerjasama : Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal Ehwal Pelajar IPGKBM dan Pengurusan Surau At-Taqwa.

Strategi: Edaran Brosur Cakna Bahasa (Tiga Tema: Ramadan, Makanan dan Pasar)

Objektif:
1. Memupuk kesedaran masyarakat tentang pentingnya memelihara dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.
2. Membantu masyarakat memahami asas-asas tatabahasa yang betul, seterusnya mengelakkan penggunaan bahasa yang salah.
3. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai identiti bangsa dan warisan negara.
4. Melahirkan siswa guru sebagai agen pemartabatan Bahasa Melayu.
Pelibatan:
YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof (Pengarah)
YBrs. Dr. Hj. Salime bin Ab Rahman (Timbalan Pengarah)
Pensyarah JPM
14 orang siswa guru ambilan Ogos 2025-Julai 2026

#semarakmbmmbi
#sahabatbahasambmmbi