IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
LAWATAN AKADEMIK DAN KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN AKADEMIK DAN KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aktiviti: Kursus Asas Pertolongan Cemas

Anjuran: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 2 April 2026 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Akademi Latihan Pertahanan Awam ALPHA, Bangi
Sasaran: Siswa Guru Major Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kumpulan B9
Penglibatan: 25 orang siswa guru IPG Kampus Bahasa Melayu

Pensyarah Pengiring:
1.Puan Nuridah binti Mohammad Isa
2.Dr Arulmozhi a/p Narayanasamy

OBJEKTIF PROGRAM:
1.Memberi pendedahan kepada siswa guru tentang konsep asas pertolongan cemas melibatkan kanak-kanak.
2.Melatih siswa guru menguasai kemahiran asas dan teknik bantuan awal yang sesuai dengan persekitaran prasekolah.
3.Meningkatkan kesedaran dan kepekaan siswa guru terhadap aspek keselamatan, dan kesihatan kanak-kanak.
4.Membina keyakinan siswa guru untuk bertindak secara cepat, tepat dan berhemah dalam menghadapi kecemasan di dalam dan luar bilik darjah.

IMPAK PROGRAM:
1.Siswa guru memperoleh pengetahuan teori dan praktikal kemahiran asas pertolongan cemas yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan keselamatan kanak-kanak di prasekolah.
2.Siswa guru lebih bersedia dan yakin untuk bertindak sebagai individu pertama yang memberi bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan melibatkan kanak-kanak.
3.Siswa guru dapat mengaplikasikan amalan keselamatan dan pencegahan risiko dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
4.Tahap profesionalisme siswa guru meningkat sebagai bakal pendidik yang prihatin, bertanggungjawab serta kompeten dalam menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu serta penglibatan aktif siswa guru major Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENULISAN ILMIAH SIRI 1
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENULISAN ILMIAH SIRI 1

🗓 Tarikh: 6-8 April 2026
📜 Hari: Isnin - Rabu
⏰ Masa: 08:30 pagi – 10:30 malam
🏢 Tempat : SSTP Ipoh, Perak

Objektif :
1. Meningkatkan kemahiran penulisan ilmiah dalam kalangan peserta dengan memberikan pendedahan kepada struktur penulisan akademik yang sistematik, termasuk penghasilan artikel, laporan kajian dan penulisan berimpak tinggi.
2. ⁠Memantapkan penguasaan kaedah penyelidikan dan rujukan akademik melalui bimbingan kepada peserta dalam penggunaan kaedah penyelidikan yang tepat serta teknik sitasi dan rujukan yang memenuhi standard penerbitan ilmiah.
3. ⁠Menggalakkan penghasilan penulisan berkualiti untuk penerbitan dengan mendorong peserta menghasilkan penulisan ilmiah yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal, prosiding atau platform akademik yang diiktiraf.

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Bahasa Melayu

#JPPIIPGKBM
#PendidikanBermutuInsanTerdidikNegaraSejahtera
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENGHASILAN INOVASI YOUNG INNOVATOR SIRI 1

🗓 Tarikh: 4 April 2026
📜 Hari: Sabtu
⏰ Masa: 08:30 pagi – 12:30 tengah hari
🏢 Pautan: https://meet.google.com/pxu-gpsz-nrp

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua pelajar kumpulan *EMBUN.

Objektif :
1. Meningkatkan kefahaman pelajar PPISMP tentang konsep dan kepentingan inovasi dalam pendidikan.
2. Memperkukuh kemahiran pelajar PPISMP menghasilkan projek inovasi.
3. Menggalakkan budaya inovasi dan kolaborasi dalam kalangan pelajar di IPG.

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Bahasa Melayu

#JPPIIPGKBM
#PendidikanBermutuInsanTerdidikNegaraSejahtera
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📢 HEBAHAN SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN JEMPUTAN IPGKBM 2026

Untuk makluman semua, link siaran langsung kini boleh diakses di bawah.

https://vt.tiktok.com/ZS98CtpaYMwmw-SrkM8/

Terima kasih atas kerjasama anda.
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI  BERSAMA IBU BAPA MURID PRASEKOLAH BINTANG IPGKBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI  BERSAMA IBU BAPA MURID PRASEKOLAH BINTANG IPGKBM

Anjuran : PISMP E19, Jabatan  Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah Bintang

Tarikh : 3 April 2026 (Jumaat)
Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Za’aba
Sasaran : Murid Prasekolah, Ibu bapa Prasekolah Bintang
Pelibatan : Pensyarah JPAKK, Prasekolah Bintang, PISMP B9, D6, D7, E19 & E20

Buku Program : https://heyzine.com/flip-book/cd00226131.html

Gambar majlis : https://drive.google.com/drive/folders/1tFDc4FzaITtiNdlpwoCQfIZvJ4pWykwR?usp=share_link

OBJEKTIF PROGRAM :
1.Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga JPAKK dan ibu bapa melalui penganjuran jamuan hari raya.
2.Memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan siswa guru dalam merancang dan melaksanakan program prasekolah untuk memenuhi keperluan MK.
3.Memberikan pengalaman secara langsung kepada siswa guru dalam pengurusan dan pelaksanaan majlis secara terancang.

IMPAK PROGRAM :
1.Mengukuhkan semangat kekeluargaan melalui pelibatan secara langsung dalam suasana yang santai dan harmoni di luar waktu akademik.
2.Meningkatkan kefahaman sosiobudaya dalam kalangan murid prasekolah untuk merasai pengalaman hari raya.
3.Meningkatkan pembentukan sahsiah dan etika sosial kerana pelajar dapat mempraktikkan adab bertamu dan cara berkomunikasi yang sopan.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama  warga JPAKK serta pelibatan aktif siswa guru major Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN INOVASI PINTAR BERTERASKAN KESELAMATAN: PEMACU GENERASI GENIUS YANG BERKUALITI

Anjuran: Guru Pelatih B9 Ambilan Ogos 2022/2027 dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
🗓️ Tarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7:30 pagi – 1:00 petang
📍 Tempat: Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

🎯 Sasaran: 25 orang Siswa Guru Major Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kumpulan B9 dan Kanak-Kanak Prasekolah Bintang

Pensyarah :
1. Puan Nuridah binti Mohammad Isa
2. Puan Khoo Swee Ling

OBJEKTIF PROGRAM:
1.  Memberi peluang kepada murid prasekolah meneroka aktiviti interaktif dan demostrasi bahan bantu mengajar (BBM).
2.  Meningkatkan pengetahuan  siswa guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan pameran BBM secara terancang.
3.  Meningkatkan kesedaran siswa guru pelatih dan murid prasekolah tentang kepentingan amalan keselamatan termasuk Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan pengurusan kecemasan kebakaran.

IMPAK PROGRAM:
1.  Siswa guru dapat memperkukuh kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pendidikan.
2.  Siswa guru dapat meningkatkan pengalaman  dan kompetensi pedagogi menggunakan BBM digital dan maujud.
3.  Kanak-kanak prasekolah memperoleh kesedaran tentang keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan pengurusan kecemasan kebakaran.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan impak positif kepada siswa guru dan murid prasekolah dalam aspek inovasi pedagogi serta pengalaman pembelajaran bermakna secara berterusan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL DAN INOVASI PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU BAGI ASAS PENDIDIKAN

Tarikh: 1-3 April 2026, Rabu-Jumaat
Tempat: SSTP Ipoh, Perak
Anjuran: Jabatan Ilmu Pendidikan

Objektif:
1. Menghasilkan artikel lengkap yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak dan dibentangkan
2. ⁠Menghasilkan inovasi penyelidikan yang mampu memberikan impak positif kepada kualiti pendidikan

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
67de6e8f-a11b-48eb-8d46-89a523073ca4.jpg
154 KB
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Saksikan siaran langsung Peluncuran Majlis Pemimpin Murid Malaysia (MPMM) Kementerian Pendidikan Tahun 2026 Tekad Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 - 2035.

Tarikh: 7 April 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Siaran langsung menerusi saluran:
YouTube EduwebTV KPM: https://www.youtube.com/watch?v=e5g0beZ3tlE

Tahun Ini, Tahun Kita

Anjuran:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Makluman Penyelarasan Ucapan Salam IPG Kampus Bahasa Melayu

Sehubungan itu, semua warga IPG KBM adalah dimohon untuk menggunakan format ucapan salam ini dalam setiap majlis rasmi, ucapan, serta bahan komunikasi rasmi (hebahan dan laporan) berkuat kuasa serta-merta. Penambahan Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera adalah selaras dengan Visi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 - 2035.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
INFO IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🌿 HIJAU ITU MENARIK !
♻️ Jom sertai Program ‘Gaya Hidup Lestari’ anjuran PPISMP E20 Pendidikan Awal Kanak-kanak ambilan Ogos 2025/2030 ♻️

Bawa bahan terpakai anda & jadikan bumi lebih hijau!
Seronok + bermanfaat + belajar kitar semula bersama kanak-kanak. 🌱

📅 Tarikh : 10 April 2026 | Jumaat (Pagi)
📍 Lokasi : Dewan Za’ba
♻️ Sumbangan yang Diterima : Kertas, Botol Plastik, Tin Aluminium, Majalah Lama, Minyak Masak Terpakai, E-Waste

✨ Langkah kecil anda = Perubahan besar untuk bumi!
Ayuh jadikan kitar semula sebagai amalan harian demi kesejahteraan bersama 😄💚